You are on page 1of 2

Iqbal ke eropah Pada tahun 1905, atas nasihat arnoid, iqbal berangkat ke eropah , iaitu menuju ke england untuk

melenjutkan pelajarannya. Ketika disana pengalamannya bertambah dan ruang lingkup ilmu menjadi luas serta pergerakannya juga lebih bebas tanpa diawasi oleh anggota keluarganya mahupun gurugurunya yang terdahulu. Selama tiga tahun di eropah, pemikirannya berkembang dengan lebih mendalam lagi. Beliau menuntut sebagai mahasiswa bahagian falsafah di universiti Cambride, yang terletak di bandar Cambride dan memasuki lincorns Inn, sebuah pusat pengajian undang-undang yang terkenal dikota london sebagai seorang penuntut undang-undang, khususnya undang-undang British. Akhirnya, beliau memperolehi ijazah sarjan dalam bidang falsafah dariUniversiti Munich, berdasarkan tesis yang sama, berjudul, the development of methaphysic in persia (perkembangan metafizikal di negeri parsi). Tesis tersebut telah diterbitkan di london pada 1908. Karyanay itu sungguh mengagumkan kerana ia merupakan sebuah karya yang bukan sahaja lengkap , tetapi pertama kali ditulis dalam bahasa inggeris mengenai perkembangan metafizikal di negara parsi dari zaman Zoroaster( Zarathustra) hinggalah bhaullah ( pengasas kedua ajaran Bahai) hingga kini ia tetap kekal sebagai monograf terpenting dan tiada tolok bandingnya yang pernah ditulis mengenai subjek yang demikian dalam bahasa inggeris. Pada tahun 1908

BERGIAT DI BENUA KECIL INDIA Setelah menamatkan pengajiannya, iqbal pulang ke benua india, pada 1908. Seterussnya, beliau menjadi profesor di Goverment College, Lahore, iaitu mengajar sastera Inggeris dan falsafah. Pada waktu yang sam dia dibenarkan untuk mempraktikkan tugasnya sebagai seorang peguam. Beliau menggunakan waktunya yang terluang untuk menulis sajak-sajak yang bermutu. Dalam ketiga-tiga kegiatannya itu, beliau lebih menonjol dalam idang yang amat dicintainya, iaitu pengubahan syair. Tetapi akhirnya oleh kesibukan beliau meninggalkan jawatannya sebagai profesor pada 1909 dan menumpukan terusnkepada kerjayanya sebagai seorang peguam sehinggalah ketahun1934.

IQBAL DALAM ARENA POLITIK: PERANANNYA DI INDIA Pada peringkat akhir kehidupannya, iqbal telah bergerak secara aktif dalam bidang politik. Beliau menyertai pilihan raya yang diperkenalkan di punjab dibawah pembaharuan montagu-chelmford apabila dipujuk oleh teman-teman dan para penyokongnya. Sementara itu, pada november 1926, beliau memperjuangkan satu kerusi bagi kawasan muslim Lahore, ini bermakna perwakilan umat islam dalam politik india telah ditambah bagimemperkukuhkan suara mereka berbanding dengan kaum hindu yang selama ini memangnya mempunyai pengaruh yang kuat. Atas usaha itu, iqbal telah memenangi kerusi di Lahore itu, dengan mendapat suatu undi yang tinggi, iaitu 5675 undi berbanding penentangnya yang hanya mendapat 2498 undi sahaja.

Iqbal dan umat islam sedunia

Iqbal juga melibatkan dirinya dalam isu-isu yang membabitkan umat islam luar benua kecil india. Misalnya, beliau telah menghadiri Muktar islam yang diadakan di jerusalem,ibu negeri palestine yang ketika itu dikuasai oleh penjajah british. Pada 1933, beliau berkunjung ke afganistan bersama-sama sayyid sulaiman nadwi dan sir sayyid ross masud, dua orang tokoh pemikir islam, atas jemputan muhammad nadir shah, raja afganistan, bagi membincangkan tentang soal pembentukan universiti kabul. Saguiyalah diketahui pada masa itu, afganistan sedang berlaku proses pembaharuan. Rajanya ingin membangunkan aspek pendidikan dan bahagian lain dinegaranya sebagai satulangkah untuk memajukan negara itu. Sebenarnya, baginda memang mempunya satu hasrat untuk mendirikan sebuah universiti baru dan inginkan nasihat daripada mereka mengenai cara-cara memanfaatkannilai terbaik daripada barat dan juga islam.

You might also like