You are on page 1of 5

HALAMAN PENGAKUAN

Saya mengakui karya ini adalah hasil penulisan saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : . Nama penulis : ROSELAWATI BT MOHD SUHOOT Tarikh : 17 Mac 2011

SENARAI ISI KANDUNGAN Muka surat

HALAMAN PENGAKUAN SENARAI ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan

[I] [ ii ]

1.0 Pengenalan Seperti yang kita sedia maklum , Pendidikan Kerohanian dan Moral prasekolah amat penting bagi pemupukan nilai-nilai murni masyarakat berbilang kaum. Ianya bertujuan untuk melahirkan rakyat pelbagai bangsa yang berakhlak mulia , tahu membezakan perkara baik dan buruk serta mampu mengelak dari terjebak dengan perkara-perkara yang negatif. Pendidikan seperti ini perlulah dipupuk sedari kecil kerana ia akan menjadi tonggak kehidupan kanak-kanak dalam meniti alam kanak-kanak sehingga mereka dewasa tidak kira walau apa pun bangsa , keturunan dan agama mereka. Oleh kerana pentingnya pendidikan ini , ia perlu diberikan perhatian khusus bagi menjamin keberkesanan dalam pelaksanaanya kelak. Kurikulum prasekolah bermatlamat untuk memperkembangkan diri secara menyeluruh dan bersepadu dengan memberi fokus kepada penyuburan dari segi intelek, emosi , rohani dan jasmani. Individu yang seimbang dan harmonis memiliki : Kepercayaan kepada Tuhan Ilmu pengetahuan Kemahiran asas Akhlak mulia Emosi yang stabil Kesihatan dan kecerdasan

Justeru itu adalah menjadi harapan agar Tunjang Kerohanian dan Moral dapat memberi fokus kepada penyampaian ilmu untuk menjadikan seorang insan yang berakhlak mulia dan bermoral. 2.0 Definisi Dan Konsep Kerohanian Menurut Kamus Dewan (1998), rohani bermaksud berkenaan dengan roh , batin yang berkaitan dengan jiwa lawan jasmani. Kesimpulannya rohani boleh diertikan sebagai batin yang berkaitan dengan roh, rohaniah atau jiwa. Ia merupakan sesuatu yang berlawanan dengan jasmani iaitu perkara yang bukan berbentuk fizikal dan tidak boleh dilihat dengan mata kasar.

2.1 Konsep Kerohanian Menurut Agama Islam Akidah menjadi teras utama dalam Agama Islam.Kerohanian pula merupakan pembangunan asas dalam Islam. Rohani sebagai perkara yang terdiri daripada akal,nafsu,jiwa dan roh. (Imam Al Ghazali,1058 1111)

Akal dan jiwa manusia perlu dididik bagi melahirkan insan yang mempunyai pemikiran yang bersih,suci dan pekerti mulia.Untuk mencapai rohani yang baik,AlQuran dan As-Sunnah dijadikan garis panduan dalam kehidupan.Aspek yang ditekankan dalam membentuk kerohanian dalam Islam ialah : Syahadah,iaitu fahaman asas atau ajaran Islam. Solat,yang perlu dilakukan 5kali seharin untuk memfokuskan minda pada Allah dan sebagai komunikasi peribadi denganNya bagi meluahkan kesyukuran dan penyembahan. Zakat,amalan pemberian berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul dan wajib untuk semua muslim yang mampu. Puasa,tidak makan atau minum dan dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Haji,merupakan ziarah semasa bulan Islam dari Zulhijjah di Bandar Makkah.

2.2 Konsep Kerohanian Menurut Agama Kristian Agama Kristian adalah sebuah agama monotheis yang berdasarkan kehidupan dan ajaran Jesus.Agama Kristian selalunya dipaparkan sebagai tiga aliran yang terutama telah dibentuk selama dua ribu tahun dahulu. Katolik Roma Ortodoks Protestan

Penganut Kristian percaya bahawa Jesus adalah anak Tuhan untuk memimpin manusia kearah yang baik,beretika dan mengelakkan diri daripada perkara yang buruk.Ajaran agama Kristian terdapat dalam 2 rukun utama iaitu citailah tuhan dengan seluruh jiwa raga dan cintai jiran seperti kamu mencintai diri
4

sendiri.Konsep kerohanian dalam agama ini ,menitik beratkan unsur kasih saying dan belas kasihan sesame manusia.

2.3 Konsep Kerohanian Menurut Agama Buddha Seperti agama Islam dan Kristian,ajaran Buddha juga menjunjung tinggi nilai kemoralan.Nilai-nilai kemoralan yang diharuskan untuk penganut Buddha biasanya dikenali dengan Pancasila.Selain nilai-nilai moral di atas,agama Buddha juga amat menyanjung tinggi karma sebagai sesuatu yang berpegang pada prinsip sebab akibat.

You might also like