You are on page 1of 43

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS BEHOR PULAI, 01000 KANGAR, PERLIS

MATEMATIK ASAS

NAMA

: MOHD FERDAUS BIN DIN : PATRICIA JONG WAN SYN : LIM PHUI YIN : THILAKA a/p VELOOSAMY

NO KAD PENGENALAN: 920208-06-5789 ( 0610/1783 ) : 921201-13-5232 ( 0610/1791 ) : 920224- 08-5528( 0610/1782 ) : 920217-05-5400 ( 0610/1794 )

KUMPULAN KOD KURSUS NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH SERAHAN

: PPISMP PEMULIHAN B AMBILAN JUN 2010 : MT 2311 D : MATEMATIK ASAS : PN HAIRANI BINTI HARIS : 21 MAC 2011

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

................................................... MOHD FERDAUS BIN DIN TARIKH : 20 MAC 2011

.................................................. PATRICIA JONG WAN SYN TARIKH : 20 MAC 2011

................................................ LIM PHUI YIN TARIKH : 20 MAC 2011

................................................. THILAKA a/p VELOOSAMY TARIKH : 20 MAC 2011

SENARAI KANDUNGAN

TAJUK ....................................................................................................................I HALAMAN PENGAKUAN .....................................................................................II SENARAI KANDUNGAN ......................................................................................III PENGHARGAAN ..................................................................................................IV 1.0 PENGENALAN ................................................................................................1 PENGENALAN KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH ........................2-5 2.0 MASALAH 1.....................................................................................................6 2.1 KAEDAH PENYELESAIAN 1 .............................................................6-10 2.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2 ...........................................................11-13 2.3 PILIHAN KAEDAH TERBAIK ..............................................................14 2.4 JUSTIFIKASI ........................................................................................14

3.0 MASALAH 2 ...................................................................................................15 3.1 KAEDAH PENYELESAIAN 1 ...........................................................15-16 3.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2 ...........................................................17-18 3.3 PILIHAN KAEDAH TERBAIK .............................................................18 3.4 JUSTIFIKASI .......................................................................................18

4.0 MASALAH 3 ..................................................................................................19 4.1 KAEDAH PENYELESAIAN 1 .............................................................20 4.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2 .............................................................21 4.3 PILIHAN KAEDAH TERBAIK ............................................................22 4.4 JUSTIFIKASI ...................................................................................22-23

5.0 MASALAH 4 ..................................................................................................24 5.1 KAEDAH PENYELESAIAN 1 ..........................................................24-26 5.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2 ..........................................................27-28 5.3 PILIHAN KAEDAH TERBAIK .............................................................29

5.4 JUSTIFIKASI ......................................................................................29 6.0 REFLEKSI ....................................................................................................... 6.1 MOHD FERDAUS BIN DIN .................................................................30 6.2 PATRICIA JONG WAN SYN ............................................................31-32 6.3 LIM PHUI YIN ...................................................................................33-34 6.4 THILAKA a/p VELOOSAMY ............................................................35-36 7.0 BIBLOGRAFI..................................................................................................37 8.0 LAMPIRAN .................................................................................................... 8.1 BORANG KOLABORASI....................................................................38 8.2 SUMBER RUJUKAN ..........................................................................39

PENGHARGAAN Dengan izin tuhan yang maha pengasih , tugasan yang diberi kepada kami ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dengan jayanya.Tugasan kami ini membincangkan tentang Pendidikan Matematik serta masalah-masalah matematik yang berkaitan dengannya. Ia juga ada membincangkan tentang cara-cara untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan metematik dengan menggunakan teknik-teknik pemikiran agar permasalahan tersebut dapat diatasi dengan penuh efisien. Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan tugasan kami. Tidak lupa kepada pensyarah kami, Pn Hairani Binti Haris yang telah banyak memberi tujuk ajar serta teguran- teguran bagi memperbaiki tugasan kami ini kearah yang lebih berkualiti. Juga kepada rakan-rakan yang sama-sama berbincang serta berkongsi maklumat dalam menyiapkan tugasan kami ini. Pada masa yang sama ,ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ibu bapaku yang sentiasa mendoakan kejayaanku dalam pelajaran dan hidupku ,jasamu sentiasa akan kukenangi. Tidak lupa juga kepada sesiapa sahaja yang telah membantu kami dalam menyiapkan tugasan kami ini. Sesungguhnya segala perngorbanan ikhlas yang rakan-rakan telah diberikan hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya.

Disini, kami ingin menyusun sepuluh jari memohon seribu kemaafan jika terdapat kesilapan tanpa disedari dalam tugasan ini. Sesungguhnya teguran yang diberikan akan kami jadikan panduan dalam tugasan kami akan datang. Yang baik itu

datangnya dari tuhan dan yang kurang baik itu adalah hasil dari kesilapan kami sendiri.

Sekian Terima Kasih.

1.0 PENGENALAN MASALAH RUTIN Masalah rutin merupakan masalah matematik secara mekanikal iaitu pengiraan. Tujuan masalah rutin adalah untuk melatih para pelajar menguasai kemahiran asas terutama dalam kemahiran aritmetik yang melibatkan empat operasi dalam matematik iaitu penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian. .Pelajar-pelajar dikehendaki untuk memahami masalah, memilih operasi yang sesuai serta mempratikkan algoritma-algoritma yang telah dipelajari. Selain itu, masalah rutin adalah masalah yang diketahui jalan penyelesaiannya dengan menggunaakan satu strategi mudah.Terdapat banyak fungsi masalah rutin. Antaranya ialah:

memberi latihan dalam ingatan fakta-fakta asas dan langkah-langkah yang berturutan

mempertingkatkan kemahiran-kemahiran dalam operasi-operasi asas memberi peluang kepada pelajar untuk berfikir tentang perkaitan di antara sesuatu operasi dan aplikasinya kepada situasi-situasi sebenar.

Apabila menyelesaikan masalah-masalah rutin, pelajar perlu mengenalpasti:


Apakah soalannya yang perlu dijawab fakta-fakta atau nombor-nombor yang perlu digunakan Operasai-operasi matematik yang sesuai digunakan anggaran nilai penyelesaian Secara umumnya masalah rutin ini ialah jenis penyelesaian masalah dalam

matematik yang paling mudah atau asas dan bertujuan untuk memudahkan pelajar menguasai konsep algoritma. Para pelajar dikehendaki mengaplikasi secara terus (direct) dengan menggunakan formula matematik, mengikut prinsip matematik, secara teori dan persamaan.

MASALAH BUKAN RUTIN Masalah bukan rutin merupakan satu penyelesaian yang unik di mana memerlukan pelajar mengaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Masalah-masalah bukan rutin ini memerlukan proses-proses yang lebih tinggi berbanding dengan masalah rutin. Misalnya, proses penyelesaian masalah bukan rutin ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik. Contohnya, kita harus mempunyai perancangan yang logik

termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya. Kejayaan dalam penyelesaian masalah-masalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Oleh itu, pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. Terdapat pelbagai sebab masalahmasalah rutin yang harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah:

mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik.

mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik

mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman.

Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti:

10 SRATEGI PENYELESAIAN MASALAH

Strategi Teka dan Uji Strategi ini adalah cara termudah tetapi ianya memerlukan tekaan yang bijak dan penyemakan yang tersusun boleh membawa kepada jawapan atau penyelesaian. Teka dan uji memerlukan kita membuat tekaan tentang penyelesaian terlebih dahulu dan kemudan menguji untuk melihat sama ada betul atau tidak. Proses ini diulang sehingga jawapan yang betul ditemui. Segala tekaan dan uji atau cuba jaya tidak dibuat secara rambang atau rawak sahaja. Strategi Membina Model Sesuatu masalah akan lebih mudah difahami jika kita dapat memindahkannya dalam bentuk yang konkrit. Salah satu cara yang dapat anda lakukan ialah dengan membina model. Dari pembinaan model atau rajah, anda akan dapat menyelesaikan masalah dengan lebih mudah tanpa memikirkan cara pengiraan yang kompleks. Strategi Melukis Gambar Rajah Dalam kaedah melukis gambar rajah ini biasanya maklumat atau situasi soalan ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah. Dengan cara ini dapat memudahkan dan menolong pelajar untuk mengenalpasti hubungan di antara kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk lebih mudah dan jelas. Dalam proses penyelesaian masalah dalam matematik boleh dilaksanakan dalam pelbagai jenis pendekatan penyelesaian masalah. Dalam pemerhatian ini, sesetengah pelajar lebih suka menggunakan pendekatan melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah dalam matematik.

Strategi Mencari Pola Pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang masalah itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan penyelesaian pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk mendapatkan penyelesaian. Strategi Memudahkan Masalah Sesuatu masalah yang rumit atau kompleks dan yang melibatkan nombor-nombor bernilai besar, pelajar enggan menyelesaikannya kerana takut akan nilai-nilai besar itu. Masalah-masalah yang kompleks itu dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah. Penyelesaian bagi masalah-masalah yang mudah ini, kemudian digunakan untuk masakah asal.

Strategi Melakonkan masalah/Simulasi/Eksperimen Terdapat masalah yang boleh diselesaikan jika pelajar melaksanakan kerja praktik iaitu melaksanakan ujian atau eksperimen bagi mendapat maklumat untuk membantu menyelesaikan masalah. Biasanya ia melibatkan tajuk isipadu, berat, pecahan, statistik dan masa. Eksperimen yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik dan menyediakan bahan-bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi. Apabila situasi masalah terlalu sukar, bahaya atau melibatkan perbelanjaan yang tinggi dan mengambil masa yang terlalu panjang untuk diselesaikan melalui uji kaji, peggunaan similasi boleh dijalankan.

Strategi Menyiasat semua kemungkinan Eksperimen boleh dijalankan untuk mencari beberapa kerap perkara tertentu terjadi. Melambung duit syiling atau buah dadu dijalankan secara eskperimen ke atas kebarangkalian. Eksperimen digunakan untuk mendapatkan maklumat bagi

membantu anda menyelesaikan masalah. Eksperimen yang hendak dijalankan mesti dirancang dengan baik, menyediakan bahan berkaitan, menyimpan rekod dan hasil yang diperolehi.

Strategi Membina Jadual Strategi ini membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur semua masalah yang mungkin dalam jadual sehingga jawapan yang dikehendaki itu diperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar melihat corak atau pola maklumat. Membuat jadual adalah berguna apabila kita tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke daalm bentuk ayat matematik. Strategi Mengenal pasti Sub Goal Bagi strategi ini, merujuk kepada soalan, pelajar harus mengenalpasti sub goal ataupun matlamat sampingan yang dikehendaki. Sub goal merujuk kepada soalan atau data yang diperlukan untuk melengkapkan soalan dan akhirnya menyelesaikan soalan utama. Strategi Kerja Secara Songsang Working backwards merujuk kepada aplikasi yang menggunakan kaedah songsangan (inverse method) dalam menyelesaikan masalah dalam matematik. Kaedah ini menggunakan semua data yang diberikan dan melakukan jalan penyelesaian secara terbalik menggunakan jawapan akhir yang diberi dan kebiasaannya pelajar harus menggunakan beberapa persamaan bagi mendapatkan jawapan.

JAWAPAN SOALAN 2.0 MASALAH 1 Edy berjalan ke kedai runcit dari rumahnya sejauh 500 meter dan mengambil masa 10 minit untuk sampai. Kemudian dia berjalan lagi ke rumah datuknya yang terletak 1km dari kedai tersebut dan mengambil masa 20 minit . Edy berehat di rumah dauknya selama 2 jam 30 minit dan pulang ke rumah menggunakan jalan lain yang jaraknya sejauh 1 km. Jika Edy sampai di rumahnya pada pukul 2.20 petang, pukul berapakah Edy bertolak dari rumahnya dan berapakah jarak dalam meter yang Edy lalui bagi setiap minit? 2.1 KAEDAH PENYELESAIAN 1 MENGGUNAKAN GAMBARAJAH Kaedah pertama yang dipilih ialah menggunakan gambarajah. Dengan cara ini dapat memudahkan dan menolong pelajar untuk mengenalpasti hubungan diantara kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk lebih mudah dan jelas. Selain itu, pelajar dapat menyelesaikan masalah mengikut tentatif dan membuatkannya lebih mudah.

1. Memahami masalah Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Beberapa soalan akan ditanya kepada para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu: Adakah anda memahami semua makna, istilah atau perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut? Apa yang perlu anda cari dan tunjukkan? Bolehkah anda menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah?

Menyenaraikan maklumat : Rumah Edy ke kedai = 5oo meter = 10 minit Kedai ke rumah datuknya = 1 kilometer = 20 minit Rumah datuknya ke rumahnya = 1 kilometer = 20 minit Berehat di rumah datuknya = 2 jam 30 minit Sampai di rumah = pukul 2.20 petang Bertolak dari rumah = ? Jarak bagi setiap 1 minit = ?

2.Merangka strategi Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Para pelajar dikehendaki untuk memilih strategi yang sesuai berdasarkan soalan tersebut. Kaedah gambarajah telah dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, pelajar hendaklah melukis gambar soalan dalam bentuk grafik.

3.Melaksanakan strategi Menggunakan semua maklumat yang dikumpulkan, pelajar boleh mula melukis dan melabel lukisan mereka selain memasukkan beberapa isi dan maklumat penting di dalam lakaran mereka bagi memudahkan lagi proses penyelesaian masalah berikut. Melaksanakan strategi dengan kemas dan teratur dapat menambahkan lagi kefahaman dan mudah untuk dijadikan rujukan kelak.

JALAN PENYELESAIAN 1 Melukis gambaran awal :

500 m

Rumah Edy

Kedai

1 km

1 km

Rumah datuk Edy

RAJAH 1

2 Langkah kerja :

Merujuk kepada gambarajah, Tempoh masa perjalanan = 10 minit + 20 minit + 20 minit + 2 jam 30 minit = 3 jam 20 minit

Tolak masa tiba di rumah =

Jawapan = Masa Edy bertolak dari rumah ialah pada pukul 11.00 pagi.

Jarak Edy berjalan dalam 1 minit :

500 meter 10 minit

1000 meter 20 minit

Samakan unit pengiraan terlebih dahulu = 1 km bersamaan 1000 meter = 1000 meter + 500 meter = 1500 meter ___________ 30 minit = 50 meter

Jawapan : jarak perjalanan Edy bagi setiap 1 minit ialah 50 meter.

4.Menyemak jawapan

2.20 petang = Edy sampai bertolak dari rumah pada pukul 11.00 pagi + tempoh keseluruhan perjalanan.

2.20 petang = 11.00 pagi + 3.20 minit = 2.20 petang ( terbukti betul )

Jarak perjalanan Edy x tempoh masa = 1500 meter 50 meter x 30 minit = 1500 meter ( terbukti )

2.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2 KAEDAH SONGSANGAN Kaedah ini menggunakan prinsip jalan kerja secara terbalik ataupun songsang. Ini bermakna semua data yang terdapat dalam soalan akan digunakan dan jawapan akhir yang terdapat di dalam soalan amat diperlukan. 1.Memahami masalah Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Beberapa soalan akan ditanya kepada para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu: Adakah anda memahami semua makna, istilah atau perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut? Apa yang perlu anda cari dan tunjukkan? Bolehkah anda menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah?

Menyenaraikan maklumat yang diberi:

Rumah Edy ke kedai = 5oo meter = 10 minit Kedai ke rumah datuknya = 1 kilometer = 20 minit Rumah datuknya ke rumahnya = 1 kilometer = 20 minit Berehat di rumah datuknya = 2 jam 30 minit Sampai di rumah = pukul 2.20 petang

2.Merangka strategi Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Para pelajar dikehendaki untuk memilih strategi yang sesuai berdasarkan soalan tersebut. Kaedah songsangan telah dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, pelajar hendaklah menyenaraikan maklumat yang diperoleh dan menyelesaikan masalah menggunkaan jawapan akhir yang diberi.

3.Melaksanakan strategi Menggunakan semua maklumat yang dikumpulkan, pelajar boleh mula menyusun maklumat yang diperoleh mengikut turutan yang betul bagi mendapatkan jawapan. Kaedah persamaan juga boleh digunakan untuk meningkatkan lagi kefahaman dan jalan kerja.

1) Langkah kerja : Tiba di rumah = tempoh masa dari rumah ke kedai + tempoh masa dari kedai ke rumah datuk + tempoh masa berada di rumah datuk + tempoh masa dari rumah datuk ke rumah

2.20 petang = 10 minit + 20 minit + 2jam 30minit + 20 minit 2.20 petang 10 minit = 20 minit + 2jam 30minit + 20 minit 2.10 petang 20 minit = 2jam 30minit + 20 minit 1.50 petang 2jam 30minit = 20 minit 11.20 pagi 20 minit = 11.00 pagi

Jawapan akhir = Edy bertolak dari rumahnya pada pukul 11.00 pagi.

Jarak Edy berjalan dalam 1 minit : 1500 meter = 30 minit 1500er dibahagikan kepada 30 minit = 50 meter dalam setiap minit

4.Menyemak jawapan

2.20 petang = 11.00 pagi + 3.20 minit = 2.20 petang ( terbukti betul )

Jawapan = Edy bertolak pada pukul 11.00 pagi dari rumahnya.

50 meter x 30 minit = 1500 meter ( terbukti betul )

Jawapan = Edy bergerak sejauh 50 meter dalam setiap minit.

2.3 PILIHAN KAEDAH PENYELESAIAN

Melalui kedua-dua cara yang dipilih di atas, didapati kedua-duanya dapat menghasilkan jawapan yang betul walaupun mneggunakan cara yang berbeza. Namun begitu di antara kedua-dua cara itu, kami telah memilih satu kaedah penyelesaian yang lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, kami memilih kaedah penyelesaian berbentuk gambarajah. Hal ini kerana kaedah penyelesaian sebegini mampu memberi pemahaman yang lebih jelas kepada pelajar di samping menraik minat mereka untuk belajar.

2.4 JUSTIFIKASI Kaedah 2.1 iaitu menggunakan gambarajah dipilih kerana kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk memahami soalan itu selain meningkatkan daya imaginasi pelajar untuk menyelesaikan masalah. Pada masa yang sama, memori ingatan pelajar juga dapat diasah kerana seperti yang semua orang tahu otak manusia dapat mengingati sesuatu dengan lebih baik sekiranya perkara itu mempunyai pelbagai warna dan berbentuk gambar atau grafik. Kaedah ini terbukti bersesuaian dengan perkembangan minda pelajar pada tahap awal pembelajaran. Oleh itu, kami memilih kaedah penyelesaian menggunakan gambarajah daripada kaedah songsangan bagi soalan ini.

3.0 MASALAH 2 Fuad mempunyai kawasan yang seluas 3600m. Dia ingin menanam pokok kelapa dengan sepohon 16m di kawasan tersebut. Berapakah pokok kelapa yang boleh ditanam oleh Fuad dalam kawasan tersebut? Apakah strategi yang akan anda gunakan? 3.1 CARA PENYELESAIAN 1: Strategi Teka dan Semak ( Guess and Check method )

Memahami masalah Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Beberapa soalan akan ditanya kepada para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu: Adakah anda memahami semua makna, istilah atau perkataan yang digunakan dalam masalah tersebut? Apa yang perlu anda cari dan tunjukkan? Bolehkah anda menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri? Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah?

Keluasan kawasan = 3600 m Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16 m Jumlah keluasan kawasan yang diperlukan = keluasan sepohon pokok x bilangan pokok kelapa yang boleh ditanam bilangan pokok kepala yang boleh ditanam = ?

Merangka strategi Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini. Para pelajar dikehendaki untuk memilih strategi yang sesuai berdasarkan soalan tersebut. Strategi teka dan semak telah dipilih untuk menyelesaikan masalah ini. Pelajar dikehendaki meneka bilangan pokok yang boleh ditanam bagi memuatkan kawasan yang seluas 3600 m.

Melaksanakan strategi Satu jadual teka dan semak dengan perbezaan bilangan pokok telah dibuat seperti yang ditunjukkan di bawah: Keluasan Sepohon Pokok Kelapa (m) 16 16 16 16 16 300 280 250 225 200 Bilangan Pokok Yang Boleh Ditanam Jumlah Keluasan Kawasan (m) 4800 4480 4000 3600 3200 3600 3600 3600 3600 3600 Keluasan Kawasan (m) Tanda ( / )

Jadual di atas telah menunjukkan bahawa bilangan pokok yang diperlukan untuk menanam kawasan yang seluas 3600 m adalah sebanyak 225 pohon.

Menyemak Jawapan / Imbas Kembali

Pokok yang ditanam x Keluasan sepohon pokok = Keluasan kawasan (3600 m) 225 x 16 m = 3600 m

3.2 CARA PENYELESAIAN 2: Strategi Kerja mengundur ( working backward )

Memahami masalah Pelajar dikehendaki memahami masalah tersebut. Beberapa soalan akan

ditanya kepada para pelajar untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu: Selepas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut? ( untuk mencari bilangan pokok kelapa yang dapat ditanam bagi kawasan yang seluas 3600 m) Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut? ( kaedah operasi pembahagian) Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut ?

( Keluasan kawasan = 3600 m, Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16 m ) Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan.

Merangka strategi Terdapat pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini..Strategi kerja

mengundur telah digunakan untuk menyelesaikan masalah ini.

Strategi ini

merupakan satu proses yang mencapai kesimpulan melalui logik atau pemikiran.

Melaksanakan strategi Dengan menggabungkan kedua-dua maklumat yang ada, kita dapat membuat

kesimpulan bahawa 16 m boleh digunakan untuk menanam sepohon pokok kelapa. Jadi 3600 m boleh dibahagikan oleh 16 m bagi mendapat bilangan pokok yang boleh ditanam di kawasan tersebut. ( Keluasan kawasan = 3600 m, Keluasan untuk menanam sepohon pokok kelapa = 16 m )

Menyemak Jawapan / Imbas Kembali

Keluasan kawasan Bilangan pokok yang boleh ditanam = Keluasan sepohon pokok

3600 m 16 m

= 225 m

3.3 PILIHAN KAEDAH TERBAIK Strategi teka dan semak dan strategi kerja mengundur telah digunakan untuk menyelesaikan masalah bilangan pokok yang boleh ditanam bagi keluasan sesebuah kawasan yang tertentu. Selepas menggunakan kedua-dua strategi yang berbeza untuk menyelesaikan masalah ini, kumpulan kami telah membuat keputusan untuk menggunakan cara penyelesaian yang kedua iaitu strategi kerja mengundur (Deduction Method ).

3.4 JUSTIFIKASI

Strategi kerja mengundur (Deduction Method ) merupakan satu kaedah yang bergantung kepada pengalaman lepas seseorang untuk menyelesaikan masalah matematik. Pelajar diminta mengingati dan menggunakan formula, prinsip atau teori dalam matematik berdasarkan sesuatu soalan selain menganalisis masalah. Kita juga dapat menguji kefahaman mereka terhadap pengajaran matematik yang pernah dipelajari sebelum ini. Strategi kerja mengundur ini lebih menjimatkan masa berbanding dengan strategi teka dan semak. Hal ini kerana kita tidak perlu membuat satu jadual tekaan bagi mendapatkan sesuatu jawapan. Dengan menggunakan strategi kerja mengundur, kita dapat menggunakan formula seperti pembahagian bagi menyelesaikan masalah kita.

4.0 MASALAH 3

Harga bagi 3 buah buku cerita ialah RM12. Berapakah harga bagi 10 buah buku cerita yang sama jenis?

PENYELESAIAN :

i.

Selepas membaca soalan, pelajar ditanya objektif utama soalan tersebut. Objektif utama soalan tersebut ialah untuk mencari harga 10 buah buku cerita.

ii.

Apakah cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut? Cara atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah kaedah operasi bercampur yang berkenaan dengan unit wang.

iii.

Apakah maklumat yang boleh diperolehi daripada maklumat tersebut? Maklumat yang boleh diperolehi ialah harga bagi 3 buah buku cerita adalah RM 12.

iv.

Pelajar telah diberi panduan untuk menggunakan maklumat yang diberi dan menyelesaikan masalah dengan menggunakan kaedah berkenaan dengan unit di bawah deductive approach .

4.1 KAEDAH PENYELESAIAN 1

Strategi Membina Jadual Strategi ini membabitkan pelajar menyenaraikan secara teratur semua masalah yang mungkin dalam jadual sehingga jawapan yang dikehendaki itu diperolehi, ianya dapat digunakan dalam merumuskan data atau membantu pelajar melihat corak atau pola maklumat. Membuat jadual adalah berguna apabila kita tidak dapat menterjemahkan sesuatu masalah ke dalam bentuk ayat matematik.

Rajah 1 : Proses penjadualan dalam penyelesaian masalah.

KAEDAH PENYELESAIAN

Harga tiga buah buku cerita adalah RM 12 Harga sebuah buku cerita = RM 12 3 = RM 4.00

PERKARA Buku cerita

KUANTITI 10

HARGA SEUNIT RM 4.00

JUMLAH RM 40.00

Harga sepuluh buah buku cerita = kuantiti x harga seunit = RM 4 x 10 = RM 40.00

4.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2

Strategi Memudahkan Masalah Sesuatu masalah yang rumit atau kompleks dan yang melibatkan nombor-nombor bernilai besar, pelajar enggan menyelesaikannya kerana takut akan nilai-nilai besar itu. Masalah-masalah yang kompleks itu dipecahkan kepada beberapa bahagian yang mudah. Penyelesaian bagi masalah-masalah yang mudah ini, kemudian digunakan untuk masakah asal.

Memahami masalah . Apa yang telah diberi dalam soalan? Apa yang hendak dicari dalam soalan? Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

Menyelesaikan masalah

Mengumpul maklumat dan jawapan kasar.

Apa yang telah diberi dalam soalan? Harga tiga buah buku cerita adalah RM 12

Apa yang hendak dicari dalam soalan? Untuk mencari harga 10 buah buku cerita.

Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah? Langkah atau operasi yang sesuai untuk menyelesaikan masalah tersebut ialah kaedah operasi bercampur yang berkenaan dengan unit wang.

Harga sepuluh buah buku cerita = ( RM 12 3 ) x 10 = RM 4 x 10 = RM 40

Dalam

pendekatan

kaedah

ini,

strategi

penyelesaian

masalah

ialah

mengenalpasti maklumat dan item item yang terkandung dalam masalah tersebut.

4.3 PEMILIHAN KAEDAH TERBAIK Pemilihan kaedah terbaik bagi menyelesaikan masalah bukan rutin adalah kaedah analisis berbanding kaedah mengundur.

4.4 JUSTIFIKASI

Analisis method merupakan satu teknik pengajaran , di mana sesuatu konsep dipecahkan kepada beberapa bahagian kecil mengikut langkah-langkah penerangan. Kaedah ini menghendaki pelajar perlu mengetahui ' kenapa ' sesuatu langkah atau algorithma itu dilakukan. Teknik ini dapat menyediakan proses kefahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu konsep. Pelajar tidak hanya mengetahui ' bagaimana ' jawapan diperolehi , bahkan mereka dapat menjelaskan ' kenapa ' sesuatu prosedur itu dilakukan.

Kefahaman jenis ini sering kali disebut sebagai ' relational understanding ' ( Skemp, 1987), atau ' conceptual understanding ' ( Resnick & Ford, 1981; Hiebert, 1992; Desforges & Cockburn, 1987 ), atau ' perceptual interpretation ' ( Cooney, 1992 ).

Kaedah analisis ini biasanya untuk membantu para pelajar untuk memikirkan langkah yang paling sesuai untuk menyelesaikan masalah matematik. Pada dasarnya, kaedah ini mengandungi beberapa langkah penyelesaian yang mana beberapa soalan yang ditanya kepada murid untuk membantu mereka membuat analisis dengan betul iaitu :

Apa yang telah diberi dalam soalan? Apa yang hendak dicari dalam soalan? Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

Dengan menggunakan strategi penyelesaian masalah ini pelajar dapat belajar menyelesaikan masalah dengan tepat sekali. Mereka dapat meneliti masalah yang timbul dan mengenalpasti maklumat dan item item yang terkandung dalam

masalah tersebut. Ini membantu mereka meningkatkan keupayaan mencari kaedah penyelesaian masalah dan mencapai kefahaman.

5.0 MASALAH 4 Encik Ravi menyimpan 5 helai wang ringgit RM 10,2 keping RM 50 dan 5 keping RM 0.50. Berapakah jumlah wang yang Encik Ravi letak dalam dompet?

5.1 KAEDAH PENYELESAIAN -1 GAMBAR RAJAH Dalam kaedah melukis gambar rajah ini biasanya maklumat atau situasi soalan ditunjukkan dalam bentuk gambar rajah. Dengan cara ini dapat memudahkan dan menolong pelajar untuk mengenalpasti hubungan diantara kuantiti yang dinyatakan dalam bentuk lebih mudah dan jelas. Dalam proses penyelesaian masalah dalam matematik boleh dilaksanakan dalam pelbagai jenis pendekatan penyelesaian masalah ,sesetengah pelajar lebih suka menggunakan pendekatan melukis gambar rajah untuk menyelesaikan masalah dalam matematik. 1.Memahami masalah Jumlah semua wang Encik Ravi di dalam dompet.

2.Merancang strategi

Bilangan wang RM 10 = 5 Bilangan wang RM 50 = 2 Bilangan wang 50 sen = 5

3.Melaksanakan strategi JALAN PENYELESAIAN Melukis gambaran awal

=2

=5

=5

Jawapan=RM 152.50 (En Ravi menyimpan RM 152.50 dalam dompetnya)

5.2 KAEDAH PENYELESAIAN 2-KAEDAH MENCARI POLA Strategi Mencari Pola Pelajar perlu diberikan beberapa contoh spesifik tentang masalah itu kemudian melihat sama ada munculnya sesuatu pola yang mencadangkan penyelesaian pada suatu masalah itu dan dapat membuat generalisasi itu untuk mendapatkan penyelesaian. 1.Memahami masalah

Apa yang telah diberi dalam soalan? Apa yang hendak dicari dalam soalan? Apakah langkah yang sesuai digunakan untuk selesaikan masalah?

2.Merangka strategi RM 50.00 + RM 50.00=? RM 10.00+RM 10.00+RM 10.00+RM 10.00+RM 10.00=? RM 0.50+RM 0.50+ RM 0.50+RM 0.50+RM 0.50=?

3.Melaksanakan strategi

LANGKAH KERJA RM 50.00 RM 10.00 RM 0.50 + + + RM 50.00 =RM 100.00 RM 10.00 RM 0.50 + RM 10.00 + RM 10.00 +RM 10.00=RM 50.00 + RM 0.50 + RM 0.50 + RM 0.50 =RM 2.50

RM 100.00 RM 50.00 + RM 2.50 152.50

JAWAPAN :En Ravi menyimpan RM 152.50 dalam dompetnya.

4.Menyemak kembali

Check RM 152.50 -RM 50.00 RM 102.50 - RM 50.00

RM 52.50 - RM 50.00 02.50 2.50 00.00 Jawapan =RM 152.50

5.3 PILIHAN KAEDAH PENYELESAIAN

Melalui kedua-dua cara yang dipilih di atas, didapati kedua-duanya dapat menghasilkan jawapan yang betul walaupun mneggunakan cara yang berbeza. Namun begitu di antara kedua-dua cara itu, kami telah memilih satu kaedah penyelesaian yang lebih mudah dan berkesan. Oleh itu, kami memilih kaedah penyelesaian berbentuk gambarajah. Hal ini kerana kaedah penyelesaian sebegini mampu memberi pemahaman yang lebih jelas dan belajar. efektif kepada pelajar di samping menarik minat mereka untuk

5.4 JUSTIFIKASI Kaedah dipilih kerana kaedah ini dapat menarik minat pelajar untuk memahami soalan itu selain meningkatkan daya imaginasi pelajar untuk menyelesaikan masalah tanpa rasa bosan. Pada masa yang sama, memori ingatan pelajar juga dapat diasah kerana seperti yang semua orang tahu otak manusia dapat mengingati sesuatu dengan lebih baik sekiranya perkara itu mempunyai pelbagai warna dan berbentuk gambar atau grafik. Kaedah ini terbukti bersesuaian dengan perkembangan minda pelajar pada tahap awal pembelajaran. Oleh itu, kami memilih kaedah penyelesaian menggunakan gambarajah daripada kaedah songsangan bagi soalan ini.

6.1 REFLEKSI Oleh : MOHD FERDAUS BIN DIN

Pertama-tama saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Melalui tugasan ini, banyak perkara dan kemahiran telah saya pelajari kerana tugasan ini melatih pelajar memikirkan sesuatu yang berada di luar kotak pemikiran mereka seperti memilih masalah bukan rutin untuk diselesaikan. Sekiranya masalah yang diberikan adalah masalah rutin pelajar pasti akan menggunakan masalah yang hampir sama. Hal ini dapat meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam memikirkan sesuatu perkara yang baru dan berbeza dengan individu lain. Sewaktu menyiapkan tugasan ini, pelbagai aspek perlu diambil kira terutamanya berkaitan keksesuaian soalan atau masalah yang dipilih. Masalah yang dipilih haruslah mempunyai pelbagai kaedah penyelesaian untuk memudahkan pelajar. Untuk tujuan itu, pelbagai sumber dah contoh soalan telah saya dan rakanrakan rujuk bagi mendapatkan maklumat dan gambaran yang jelas mengenai kehendak soalan. Seterusnya, kaedah penyelesaian yang saya pilih juga memainkan peranan penting dalam kemahiran menjawab soalan dengan mengambil kira aspek masa yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan tersebut, kesesuaian kaedah yang dipilih, dan ketepatan dalam mencari jawapan dalam setiap kaedah. Semua faktor ini amat penting dalam melatih kemahiran berfikir para pelajar terutamanya dalam penggunaan otak kanan manusia. Pada akhir tugasan ini, saya mampu mengenalpasti kesesuaian kaedah dalam menyelesaikan masalah. Terdapat lapan kaedah dalam proses penyelesaian masalah ini. Oleh yang demikian, pemilihan kaedah yang tepat adalah sangat penting dalam mengembangkan minda pelajar. Tugasan ini juga bukan sahaja mengajar kita untuk menyelesaikan masalah menggunakan satu sudut pandangan sahaja, tetapi melihat dari pelbagai sudut yang berbeza. Perkara ini jelas membantu dalam meningkatkan kreativiti dan inovasi pelajar. Saya berasa sangat gembira

dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya dan berharap, apa yang saya pelajari melalui tugasan ini dapat saya gunakan dalam kehidupan harian saya. Sekian, terima kasih.

6.2 REFLEKSI Oleh: PATRICIA JONG WAN SYN Melalui Tugasan Kerja Kursus Pendek Matematik ini, saya telah lebih mengenali strategi penyelesaian yang amat berguna dalam pembelajaran dan pengajaran kehidupan seharian kita. Menurut Model Polya (1973), Terdapat empt jenis fasa penyelesaian masalah matematik. Antaranya ialah pemahaman tentang masalah, merangka strategi, melaksanakan strategi dan mengimbas kembali atau menyemak jawapan. Dengan merujuk kepada strategi ini, kita dapat menyelesaikan masalah bukan rutin dengan betul dan tepat. . Selain itu, strategi penyelesaian masalah ini merupakan fokus penting dalam pendidikan Matematik. Saya berasa bersyukur kerana telah diberi tajuk tugasan yang berkaitan dengan tajuk ini. Hal ini telah menyebabkan saya mempunyai peluang untuk memperoleh lebih banyak maklumat dan pengetahuan yang berkaitan dengan tajuk ini. Pelbagai strategi penyelesaian masalah ini terutamanya dalam mengatasi masalah bukan rutin merupakan cara yang paling sesuai bagi kita mengembangkan kemahiran kita dalam proses-proses Matematik. Di samping itu, saya telah mempelajari banyak nilai dan pengajaran melalui ugasan ini. Antaranya ialah nilai berkerjasama, kesabaran, toleransi dan sebagainya. Contohnya, kumpulan kita telah membuatkan perbincangan di kafe dan

perpustakaan sekolah bagi menyiapkan kerja kursus ini. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah banyak memberikan kerjasama supaya kerja kursus ini dapat disiapkan dengan secepat mungkin. Pelbagai pengalaman telah saya lalui dalam menyiapkan kerja kursus ini termasuklah kesepakatan cabaran dan dalam bekerja di kumpulan yang memerlukan pihak harus banyak merasa

kerjasama

samping

semua

bertanggungjawab ke atas diri masing-masing dan hasil tugasan ini. Segala bebanan tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak sahaja. Oleh itu saya begitu optimis dengan melakukan tugasan ini sebaik mungkin walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Kesimpulannya, banyak pengetahuan yang telah saya perolehi melalui kerja kursus pendek ini dan telah memantapkan lagi jati diri saya sebagai seorang pelajar .

khususnya, kerja kursus pendek ini telah membolehkan kita memahami konsep penyelesaian masalah secara mendalam dan seterusnya membantu kita dalam membuat pemilihan strategi yang baik dan bersesuaian. Hal ini kerana pemilihan strategi yang bersesuaian amat penting dalam menyelesaikan masalah. Semua prinsip dan kaedah yang digunakan sentiasa praktikal dan memenuhi kehendak semasa. Akhir kata, kerja kursus ini amat membantu saya dalam pelbagai aspek. Sekian, terima kasih.

6.3 REFLEKSI

Oleh :LIM PHUI YIN

Dalam usaha menyediakan kerja khusus ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Hairani Binti Haris, selaku pensyarah penasihat Matematik atas segala nasihat, dorongan, bantuan dan keprihatinan semasa menyempurnakan kerja khusus ini. Beliau telah meluangkan masa membimbing kami dengan memberi cadangan dan pandangan kepada kami dalam menyiapkan kerja khusus dengan jayanya. Beliau sedia menghulurkan maklumat dan tunjuk- ajar serta mengiringi

kami mengharungi segala cabaran sepanjang tempoh kerja khusus ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ahli-ahli kumpulan saya kerana telah menyiapkan kerja khusus ini dengan sempurna. Dalam proses mencari maklumat yang berkenaan, kami telah mengadakan perbincangan sesama ahli dan telah mencapai persetujuan sebelum menjalankan sesuatu aktiviti. Kami dapat mempelajari pelbagai cara untuk mencari bahan sumber sepanjang tempoh menyiapkan kerja khusus kami. Saya dapat mempelajari pelbagai kaedah penyelesaian masalah dengan berdasarkan Model Polya.

Penyelesaian

masalah

adalah

sebuah

proses

bagaimana

individu

menggunakan pengetahuan sedia ada, kemahiran dan segala pemahaman untuk mengenal pasti suatu keadaan yang berbeza dan luar biasa dari keadaan lazimnya berlaku. Salah satu matlamat Pendidikan Matematik adalah mengajar kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah. Oleh itu, guru harus memastikan murid berjaya menyelesaikan masalah dengan menggunakan strategi-strategi tertentu. Program Pendidikan Matematik yang seimbang bukan sahaja harus terdiri daripada pembelajaran konsep Matematik dan penguasaan kemahiran-kemahiran asas Matematik. Ia juga harus melibatkan murid memperkembangkan kebolehan untuk berfikiran secara matematikal.

Model Polya membabitkan empat fasa utama iaitu memahami dan mentafsir sesuatu masalah, merancang rancangan penyelesaian, melaksanakan penyelesaian

dan menyemak semula. Dengan menggunakan Model Polya untuk menyelesaikan masalah, ia memberi peluang kepada pelajar untuk menambah pengetahuan mereka dan merangsang penggunaan teknik yang baru. Kebanyakan konsep-konsep matematik boleh diperkenalkan melalui masalah yang berlandaskan pengalaman sedia ada kanak-kanak berdasarkan konteks matematik.

Melalui kerja khusus pendek ini, saya dapat mempelajari cara-cara berinteraksi dengan orang lain. Semangat bekerjasama memainkan peranan yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Saya bersama ahli-ahli kumpulan saya telah bekerjasama dengan berdedikasi dan komited untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan penuh azam dan tekad demi memperolehi pencapaian yang cemerlang.

Selain itu, dengan mengamalkan sikap rasional, saya boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. Saya tidak akan bersikap keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain. Saya dapat menerima pandangan dan cadangan daripada ahli kumpulan yang lain dengan sifat keterbukaan.

Akhirnya, dalam kehidupan seharian kita tidak dapat lari daripada pelbagai masalah dan ianya memerlukan penyelesaian yang berkesan. Seharusnya dalam Pendidikan Matematik, penyelesaian masalah perlu diberikan penekanan yang lebih supaya pelajar akan lebih memahami kepentingan dan keindahan Pendidikan Matematik. Selain daripada itu pelajar akan mempunyai daya pemikiran yang kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah Matematik. Sekali gus menghasilkan masyarakat yang unggul yang dapat menangani sebarang masalah dengan menggunakan cara terbaik dan berkesan.

6.4 REFLEKSI OLEH : THILAKA a/p VELOOSAMY Kursus ini memberi saya kesempatan untuk menerokai pelbagai cara penyelesaian masalah dalam masalah matematik.Dari hari awal kursus ini saya

mengumpul maklumat dari sumber yang berbeza walaupun diperlukan banyak masa dan sukar untuk melakukan analisis tentang bagaimana mengumpul maklumat yang tepat tentang cara cara penyelesaian masalah bukan rutin menggunakan banyak kaedah seperti nota kuliah ,buku rujukan dari perpustakaan,ulasan dokumentasi, perbincangan dalam kumpulan dan melayari internet. Dari sudut pandang saya

Internet adalah kemudahan besar untuk pengumpulan data, membolehkan seluruh dunia berkolaborasi untuk mendapatkan maklumat.Internet menyediakan akses

untuk mendapatkan bahan-bahan yang menarik dan saran untuk membaca tambahan yang berkaitan dengan tugasan saya. Sewaktu menjalankan tugasan ini ,saya mendapati masalah matematik berayat (word problems) ataupun masalah matematik bukan rutin merupakan

komponen penting dalam kurikulum matematik KBSR. Bagaimanapun, kebanyakan murid belum berupaya menguasai kemahiran ini sedangkan mereka berupaya melaksanakan operasi asas matematik. Satu strategi atau teknik yang sesuai perlu dikenalpasti bagi membantu murid menangani kesukaran dalam menyelesaikan masalah matematik bukan rutin.Mengikut kajian yang dilakukan sewaktu

menjalankan tugasan ini saya mendapati bahawa terdapat berapa cara.Iaitu menurut Model Polya (1973), terdapat empat fasa penyelesaian masalah matematik yang merangkumi pemahaman tentang masalah, merancang strategi tentang masalah, implementasikan strategi yang dirancang dan mengimbas kembali.Ini membantu saya mendapat pemahaman yang lebih mendalam tentang kaedah dan teknik

penyelesaian masalah matematik bukan rutin.Ia juga merupakan proses yang menekankan pemikiran , mengklarifikasi, dan menyemak semula untuk

menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian

kita. Tidak hanya

menulis membantu mengatur maklumat dan prosedur penyelesaian masalah tetapi ia membantu kita untuk belajar lebih lanjut tentang proses berfikir kita sendiri.

Saya juga mendapati bahawa dalam setiap fasa penyelesaian masalah, beberapa soalan ditanya atau cadangan untuk membantu para pelajar memahami masalah serta mendapat penyelesaian tentang masalah tersebut. Salah satu pendekatan pengajaran ialah pendekatan berpusatkan masalah (problem-centered approach). Pendekatan ini dipercayai dapat menerokai ideaidea penting dalam matematik serta memperkembangkan kuasa matematik iaitu keupayaan untuk membuat matematik dan mempunyai celik akal dalam pembelajaran matematik. Ianya juga dapat mengelakkan penekanan daripada melakukan aktiviti matematik kepada memikirkan hubungan antara idea idea matematik.

Masalah bukan rutin (non-routine problem) pula ialah penyelesaian masalah yang unik dimana memerlukan pelajar mangaplikasikan kemahiran dan konsep atau prinsip dalam matematik yang telah dipelajari dan dikuasai. Kaedah penyelesaian masalah bukan rutin dalam matematik tidak boleh dihafal atau dicongak tidak sepertimana menjawab soalan yang berbentuk pengiraan. Proses penyelesaian masalah ini memerlukan satu set aktiviti yang sistematik dimana ianya mempunyai perancangan yang logik termasuk strategi yang hendak digunakan serta pemilihan kaedah yang sesuai untuk melaksanakannya.Dalam penyelesaian masalah dalam matematik, lebih daripada satu strategi digunakan untuk memperolehi penyelesaiannya. Strategi strategi yang biasa digunakan di sekolah rendah adalah seperti kaedah analisis, kaedah analogy, kaedah melukis gambar rajah, kaedah deduction , kaedah songsangan dan kaedah transformasi ayat(simplify the problem).

Tugasan ini member kesempatan kepada saya untuk mengembangkan disiplin diri, kebiasaan belajar, dan kemahiran pengurusan masa. Saya belajar bagaimana menjadi seseorang yang berdikari dan bertanggung jawab. Saya

berlatih mengambil inisiatif dengan bermula sampai menghabiskan projek pada saya sendiri.Menurut pendapat saya, dalam semua tugasan kursus matematik sangat

penting sehingga kita dapat belajar bagaimana untuk berkomunikasi lengkap dan menyelesaikan masalah, dan hasilnya dapat saya membuat tugasan matematik ini. membuktikan apabila selesai

4 BIBLOGRAFI

BUKU Hock, L. (2008). Ace Analysis Mathematics. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn Bhd. Ronis, D. (2009). PBL Problem Based Learning For Math. United State of America: Skylight Professional Development Publishing Inc. Siri Analisis Matematik. (1999). Selangor, Malaysia: Pelangi Sdn Bhd. INTERNET Motter, A. (n.d.). Wichita. Retrieved from http://www.math.wichita.edu/history/men/polya.html. UTM. (n.d.). Retrieved from http://mathed.utm.my/duniamatematik/index.php/keluaran-lepas/jun-2008/121Pelajari%20Matematik/304-bagaimana-mahu-menyelesaikan-masalah.

8.0 LAMPIRAN

Sumber: http://www.scribd.com/pojandjan/d/61447546-Complete-Maths-1

You might also like