Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
20Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Apa Itu Koperasi

Apa Itu Koperasi

Ratings:

4.0

(2)
|Views: 3,513 |Likes:

More info:

Published by: FATIN HAFIZAH MOHAMMAD SUKRI on Dec 08, 2008
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/26/2013

pdf

text

original

 
Apa itu Koperasi?
Koperasi ialah sebuah pertubuhan sosio-ekonomi yang didaftarkan di bawahAkta 502 (Akta Koperasi 1993)Malaysia. Pertubuhan ini dianggotai, dimodali dan ditadbir olehsekumpulan manusia
berasaskan semangat dan usaha kerjasama
untuk memajukankepentingan ekonomi dan sosial anggota-anggotanya.Dalam ertikata lain, koperasi merupakan persatuan yang menjalankan aktiviti perniagaanyang bertujuan
membantu dan meringankan beban anggota-anggotanya
. Selainmendapat pulangan dalam bentuk 
dividen
, anggota-anggotanya juga menikmati
hargayang lebih murah dari pasaran
dan kemudahan-kemudahan khas seperti
pinjaman
dansebagainya, bergantung kepada koperasi yang dianggotainya.Sesebuah koperasi ditadbirselia oleh sepasukan
Anggota Lembaga
yang dilantik secarademokrasi pada
Mesyuarat Agung
yang biasanya diadakan selepas tiap-tiap akhir tahunkewangan sesebuah koperasi itu. Seorang
Pengerusi
,
Setiausaha
dan
Bendahari
akandilantik untuk mentadbir koperasi itu. Lantikan dibuat bedasarkan pada calon yangmendapat undi terbanyak. Setiap anggota
berhak mencalonkan
seseorang daripadakalangan anggota untuk jawatan Anggota Lembaga.
Perbezaan Koperasi dengan Syarikat Berhad
Sesebuah koperasi ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggotanyamanakala tujuan penubuhan sesebuah syarikat adalah untuk mencari keuntungansemata-mata.
Hak milik sesebuah koperasi adalah kepada anggota-anggotanya manakalasesebuah syarikat dipunyai pemegang saham syarikat tersebut.
Kawalan sesebuah koperasi dijalankan bedasarkan sistem demokrasi, berasaskankepada
satu anggota, satu undi
.
Kawalan sesebuah syarikat berhad pula dijalankan bedasarkan jumlah saham yangdipunyainya.
Keuntungan sesebuah koperasi dikongsi dikalangan anggota-anggotanyamanakala bagi sesebuah syarikat pula, keuntungan dibahagikan antara pemegang- pemegang saham.
 Nilai saham seseorang anggota koperasi adalah tetap dan boleh dikeluarkansemula. Saham sesebuah syarikat tidak boleh dikeluarkan semula dan nilainyatidak menentu.
Pertubuhan koperasi tertakluk kepada Akta Koperasi manakala syarikat tertakluk kepada Akta Syarikat.
 
Nilai dan Prinsip
Kedai Koperasi yang diasaskan oleh
Para Perintis Rochdale
mengamalkan beberapa prinsip yang juga menjadi asas kepada sesebuah pertubuhan koperasi. Seiring denganarus perubahan semasa, prinsip-prinsip tersebut dikaji dan diperbaharui untumengekalkan relevansi terhadap gerakan koperasi sedunia secara keseluruhan.Prinsip-prinsip berikut disytiharkan di Manchester, United Kingdom pada 23 September 1995.
1. Keanggotaan Sukarela dan Terbuka
Koperasi adalah sebuah organisasi sukarela, terbuka kepada sesiapa sahaja yang bolehmenggunakan perkhidmatan yang ditawarkannya dan rela menerima tanggungjawabsebagai anggota tanpa mengira jantina, perbezaan sosial bangsa, fahaman politimahupun agama.
2. Kawalan Demokrasi oleh Anggota
Koperasi adalah organisasi berasaskan demokrasi, dikawal oleh anggotanya sendirisecara melibatkan diri dengan aktif dalam membuat polisi dan keputusan. Lelaki danwanita, yang dilantik sebagai wakil adalah bertanggungjawab terhadap anggota-anggotanya. Bagi Koperasi asas, anggota-anggota mempunyai hak mengundi yang sama(satu anggota satu undi) dan koperasi di peringkat yang lebih tinggi turut mengamalkandasar berbentuk demokrasi.
3. Penglibatan Anggota Dalam Kegiatan Ekonomi
Anggota-anggota memberi sumbangan samarata kepada modal koperasi danmengawalnya secara demokrasi. Sekurang-kurangnya sebahagian daripada modaltersebut adalah harta bersama koperasi. Anggota-anggota selalunya menerima gantirugiyang terhad, jika ada, keatas modal yang disumbangkan sebagai sebahagian daripadasyarat menjadi anggota. Anggota-anggota menyediakan peruntukan kewangan untuk satu-satu tujuan atau kesemua tujuan yang berikut: memajukan koperasi denganmenyediakan rezab, dimana sebahagian daripada rezab tersebut tidak boleh dibahagi- bahagikan, disamping memberi faedah kepada anggota mengikut jumlah transaksimereka dengan koperasi dan menyokong lain-lain aktiviti yang dipersetujui oleh anggota.
 
4. Kebebasan dan Autonomi
Koperasi adalah organisasi berdikari dan bercirikan autonomi yang dikawal olehanggotanya. Jika mereka memasuki mana-mana perjanjian dengan lain-lain organisasi,termasuk dengan kerajaan, atau menambah modal daripada sumber luar, mereka berbuatdemikian di atas syarat-syarat yang memastikan kawalan demokrasi masih di tangananggota disamping masih dapat mengekalkan taraf autonominya.
5. Pendidikan, Latihan dan Maklumat
Koperasi menyediakan pendidikan dan latihan untuk anggotanya, lembaga yang dipilih, pengurus dan pekerja agar mereka boleh menyumbangkan secara berkesan kepadakemajuan koperasi. Koperasi menyampaikan maklumat kepada orang ramai terutamagolongan belia dan ketua-ketua masyarakat berhubung perihal dan faedah berkoperasi.
6. Kerjasama Antara Koperasi-Koperasi
Koperasi membantu anggotanya secara lebih berkesan di samping mengukuhkan gerakankoperasi dengan cara bekerja bersama-sama di peringkat tempatan, wilayah, nasional danantarabangsa.
7. Prihatin Terhadap Komuniti
Di samping menumpukan kepada keperluan anggota-anggotanya, koperasi juga berusahauntuk membangunkan masyarakat secara mampan melalui dasar-dasar yang diterima olehanggota-anggotanya.

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Hairul Azmi liked this
Rosli Johor liked this
Iffa Ilyana liked this
Shafa Riqma liked this
Itabel Inan liked this
Rosazira Norjaid liked this
Itabel Inan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->