Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
PERANAN KEIBUBAPAAN (UKM)

PERANAN KEIBUBAPAAN (UKM)

Ratings: (0)|Views: 1,957|Likes:
Published by norsayyidatina
peranan keibubapaan dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi remaja cemerlang akademik
peranan keibubapaan dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi remaja cemerlang akademik

More info:

Categories:Types, Research
Published by: norsayyidatina on Mar 30, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

05/21/2013

pdf

text

original

 
International Counselling Conference 2011 UKM
PERANAN KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGIDALAM KALANGAN REMAJA CEMERLANG AKADEMIK
oleh
 Norsayyidatina Che Rozubi, Zuria Mahmud &Azad Athahiri AnuarUniversiti Kebangsaan Malaysia
ABSTRAK
Kajian ini meninjau hubungan antara peranan keibubapaan dan hubungannya dengan kesejahteraan psikologi dalamkalangan 185 remaja yang mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang di Sekolah Berasrama Penuh MRSMTumpat, Kelantan. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mix method) iaitu kombinasi pendekatan kuantitatif dengan pendekatan kualitatif. Data telah dikumpulkan menggunakan soalselidik dan temubual kumpulan fokus.Kajian ini menggunakan satu set soalselidik yang terdiri daripada soalselidik Amalan Keibubapaan dan SkalaKesejahteraan Psikologi. Kajian ini penting dalam memahami dan mengenalpasti peranan yang dimainkan ibubapadari sudut pandangan anak- anak mereka dan kesejahteraan psikologi remaja yang mempunyai pencapaian akademik cemerlang merangkumi pelbagai aspek kehidupan .
ABSTRACT
The purpose of this study was to examine the relationship between parenting role and psychological well-beingamongst 185 adolescents with high achievers academic score from boarding school of MRSM Tumpat, Kelantanstudent. The quantitative and qualitative mix method combination was used for this study. Data was collectedthrough survey and focus group interview. A set of questionnaire; Parenting Role Inventories and PsychologicalWell- Being were utilized. This study is significant in identifying and understanding the sense of parenting role from
adolescent’s perception and psychological well
- being amongst adolescents with high achievers towards variousaspects of their life.
PERANAN KEIBUBAPAAN DAN HUBUNGANNYA DENGAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGIDALAM KALANGAN REMAJA CEMERLANG AKADEMIK1.0 PENDAHULUAN
Pembangunan dan pembentukkan keluarga dalam sesuatu masyarakat itu akan menjadi faktor penentu dalampembangunan sesebuah bangsa(Hasmadi 2008). Keluarga yang bahagia juga merupakan prasyarat dalam merencanarekayasa sosial. Rekayasa sosial (
social engineering
) adalah salah satu cara dalam mengukuhkan institusi keluargamenerusi pembentukan masyarakat sakinah bagi menghadapi era globalisasi. Pendekatan ini diambil denganmatlamat untuk melahirkan individu dan masyarakat yang berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian hidupyang positif (Miskon 2003).
Mahatma Gandhi pernah berkata “tiada sckolah yang setanding rumahtangga yang
bahagia dan tiada gum yang setanding dcngan ibu bapa yang tulus ikhlas dan berhati mu1ia". Pendapat di atas jelasmembuktikan betapa ibu bapa berperanan penting dalam membentuk sebarang jenis perhubungan tingkah laku dansahsiah anak.Langkah pertama untuk mendidik anak-anak menjadi cemerlang adalah dengan menjadi ibu bapa yangcemerlang ibu dan bapa atau penjaga perlu dibimbing dan dipupuk setiap masa sebelum menjadi pemimpin, ketuakeluarga atau pengurus rumah tangga, dan akhirnya menjadi insan yang bertanggungjawab kepada diri, keluarga,agama dan bangsa (Azizi 2004). Dalam memastikan perkembangan psikologi remaja pada tahap optimun, ibubapaperlu menggunakan segala kebijaksanaan, pengalaman, ketekunan, pengetahuan dan ketabahan hati dalammelaksanakan tanggungjawab. Ini kerana peranan yang dimainkan ibubapa memberi pengaruh yang sangat penting
 
International Counselling Conference 2011 UKM
terhadap perkembangan personaliti anak 
 – 
anak dan kesejahteraan hidup mereka secara keseluruhan (Adler dalamGfoerer 2004).Secara keseluruhannya kajian ini dilaksanakan untuk melihat sejauhmana peranan yang dimainkan ibu bapa diMalaysia terhadap anak- anak mereka yang terdiri daripada remaja cemerlang pencapaian akademik dari aspek kesejahteraan psikologi. Penekanan kepada peranan keibubapaan dan kesan terhadap kesejahteraan psikolgi amatpenting kerana perkembangan kesihatan anak- anak menjadi pemangkin kearah masyarakat yang cemerlang sertaseimbang. Kajian ini juga diharap memberi aspirasi kepada ibu bapa dan masyarakat mengenai peranan yang perludimainkan dalam membentuk kesejahteraan psikologi remaja. Peranan yang dimainkan perlulah dari awal danbersifat berterusan untuk memastikan tidak berlaku sebarang masalah dan rencatan dalam setiap tahapperkembangan terutamanya di peringkat remaja.
1.1 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan membina profil peranan keibubapaan dan profil kesejahteraan psikologi dalam kalangan remajacemerlang akademik. Kajian ini juga untuk melihat sama ada terdapat hubungan antara peranan ibu dan bapa dengankesejahteraan psikologi remaja. Pembolehubah ubah tidak bersandar yang terlibat dalam kajian ini adalah lokasitempat tinggal, jantina, dan pendapatan ibu bapa.
2. KAJIAN KEPUSTAKAAN2.1 Peranan Keibubapaan
Ibubapa memainkan peranan yang sangat besar terhadap anak 
 – 
anak.Menurut kajian Abdul Razak Habib, SallehAmat dan Zuria Mahmud. (2001), kelulusan akademik ibu bapa mempengaruhi jumlah pendedahan kendiri anak. Inidijelaskan bahawa ibu bapa yang berpendidikan tinggi berkemungkinan mempunyai kemahiran berkomunikasi yanglebih mesra dan terbuka dibandingkan dengan ibu bapa yang kurang pendidikan dan masih menggunakan cara-caratradisional dalam berkomunikasi dengan anak. Walaupun begitu, secara amnya didapati anak lebih banyak membuatpendedahan kendiri kepada ibu berbanding dengan bapa kerana merasakan ibu mempunyai ciri-ciri pengasih,penyayang dan lebih memahami mereka dibandingkan dengan bapa.Kemahiran ini amat penting untuk ibu bapa kuasai supaya tingkah laku mereka terbatas dan tidak melakukan perkara yang tidak wajar atau negatif (Rosmah Dain, 2005). Bukti kajian mencadangkan salah satupengaruh terpenting ke atas kesejahteraan psikologi dan tingkahlaku remaja dalam keluarga adalah jeniskeibubapaan (Joronen & Astedt- Kurki 2005). Kajian Joronen et al (2005) mendapati enam komponen yangmenyumbang kepada kesejahteraan subjektif remaja iaitu keadaan rumah yang selesa, suasana penyayang,komunikasi terbuka, keterlibatan keluarga, hubungan luar dan rasa diri penting dalam keluarga. Oleh itu peranan ibubapa adalah sangat penting dalam membentuk kesejahteraan psikologi remaja kerana ibu bapa adalah role modelyang menjadi contoh pertama terhadap anak 
 – 
anak.
2.2 Kesejahteraan Psikologi
Kajian Buchannan dan Bowen (2008), medapati wujud kesan interaksi yang signifikan antara sokongan ibu bapaterhadap kesejahteraan psikologi remaja. Sokongan positif daripada ibu bapa, guru jiran dan orang dewasa akandapat membantu remaja membuat penyesuaian diri (Greene & Way 2005). Sebagai contoh hubungan keibubapaanyang rapat dengan remaja akan dapat membantu mereka mengatasi masalah depresi dan rasa rendah diri terutamasemasa transisi seperti memasuki sekolah menengah (Hashimah 2010). Sumber sokongan lain turut mempengaruhitahap kesejahteraan dan pencapaian akademik remaja (Scales et al.2006). Di Malaysia kajian ke atas kesejahteraandilakukan oleh Haslee Sharil Lim Abdullah dan Zainal Madom ( 2006) ke atas pelajar PLKN berumur 17 tahun,keputusan mendapati hanya 21.6 % sahaja remaja didapati sejahtera. Manakala tahap pendididkan merupakanperamal ke atas kesejahteraan psikologi remaja.
3. METODOLOGI KAJIAN
Menurut Rohana (2003), pemilihan reka bentuk kajian dalam sesuatu penyelidikan dibuat berdasarkan tajuk, latarbelakang permasalahan, tujuan, objektif dan persoalan kajian. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan (mixmethod) iaitu kombinasi pendekatan kuantitatif dan pendekatan kualitatif. Reka bentuk eksplanatori (explanatorydesign) digunakan untuk kajian ini. Pendekatan eksplanatori menggunakan kaedah pengumpulan data secarakuantitatif sebagai data utama dan disokong kaedah pengumpulan data secara kualitatif. Menurut Sechrest danSidani (1995) dapatan yang terhasil daripada dapatan yang terhasil daripada pendekatan kuantitaitf dan kualitatif adalah saling menyokong antara satu sama lain.Populasi kajian terdiri daripada 185 pelajar tingkatan satu, dua dan empat yang belajar di sekolahberasrama penuh tajaan MARA iaitu Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Kelantan. Pelajar- pelajar yang dipilih
 
International Counselling Conference 2011 UKM
dikategorikan dalam peringkat perkembangan umur remaja iaitu di antara 13 hingga 18 tahun. para pelajar yangberada pada umur remaja diandaikan mampu menilai di antara baik dan buruk. Pelajar
 – 
pelajar yang dipilih jugamempunyai keupayaan pencapaian akademik yang cemerlang berdasarkan keputusan 5A dalam Ujian PenilaianSekolah Rendah (UPSR) dan 7A ke atas untuk Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR). Kajian ini menggunakanbeberapa instrumen seperti berikut :Bahagian A : Latar Belakang Responden, Bahagian B: Soal selidik AmalanKeibubapaan ,Bahagian C: Skala Kesejahteraan Psikologi dan Protokol Temubual Kumpulan Fokus.Data daripada kajian kuantitatif telah menggunakan analisis deskriptif dan analisi inferensi. Analisisdeskriptif digunakan untuk membina profil peranan keibubapaan dan profil kesejahteraan psikologi remaja diMalaysia. Manakala analisis statistik inferensi digunakan bagi menguji hipotesis kajian iaitu menggunakan AnalisisVarian Multivariat (MANOVA) dan Pekali Korelasi Pearson. Data yang dikumpulkan dianalisi denganmenggunakan program SPSS- Window versi 18
(Statistical Package For Social Science 18)
. Bagi data kajiankualitatif pula dianalisi menggunakan perisian Nvivo.
4. DAPATAN KAJIAN4.1 Profil Peranan Keibubapaan
Kajian menunjukkan skor min bagi setiap domain peranan keibubapaan secara keseluruhan ialah 4.06 iaitu padatahap tinggi. Dua domain peranan berada pada tahap tertinggi iaitu peranan Bimbingan (m=4.52) dan perananKemudahan (m=4.35). Min keseluruhan bagi domain peranan peraturan (m=4.00), diikuti min peranan Gembira danMenghargai (m=3.93). Manakala min peranan yang terendah ialah domain Memberi Maklumat (m=3.86) dandomain Membina Jaringan (m=3.50), walaupun terendah namun tetap berada pada tahap sederhana tinggi.
4.2
 
Profil Kesejahteraan Psikologi Remaja
Dapatan kajian profil kesejahteraan psikologi remaja menunjukkan min keseluruhan kesejahteraan psikologi beradapada tahap sederhana tinggi iaitu 3.99. Skor min bagi setiap domain kesejahteraan psikologi juga telah dikira sepertidalam jadual 4.4. Daripada nilai yang diperoleh, didapati skor min keseluruhan bagi Autonomi (m=5.52) adalahpaling tinggi diikuti skor min keseluruhan bagi Perhubungan Positif (m=4.52) dan Domain Tujuan Hidup (m=4.12).Nilai keseluruhan yang lain ialah domain Menguasai Persekitaran (m=3.96), Penerimaan Kendiri (m=3.87) dan skormin domain terendah ialah Perkembangan Kendiri (m=3.01).
4.3
 
Hubungan antara Peranan Keibubapaan dengan Kesejahteraan Psikologi
Analisis data menunjukkan korelasi antara peranan keibubapaan dengan kesejahteraan psikologi denganmenggunakan pekali korelasi Pearsons. Hasil analisis data menunjukkan terdapat hubungan positif teguh antaraperanan keibubapaan dengan kesejahteraan psikologi r(185)=.724, p=.000 (p<.02).
5. RUMUSAN
Adler (Gfroerer 2004) meletakkan pengaruh keluarga terutamanya ibu bapa sangat penting terhadap perkembanganpersonaliti dan kesejahteraan hidup remaja. Kajian Norsayyidatina (2010) mendapati peranan yang dimainkan ibubapa terhadap anak- anak dapat mengawal masalah melibatkan krisis, penyakit emosi dan jiwa dalam kalangananak- anak daripada peringkat awal lagi. Analisis data kuantitatif menunjukkan skor min peranan keibubapaansecara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Ini menunjukkan bahawa peranan ibu bapa secara keseluruhannyamenjalankan tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan.
5.1 Rumusan Analisis Peranan Keibubapaan
Skor bimbingan yang tinggi bagi dapatan kajian kuantitatif selari dengan dapatan temubual. Antara aspek yangterangkum dalam peranan bimbingan adalah memberi nasihat dan tunjuk ajar, mengamalkan agama danmembimbing berkaitan nilai baik dan buruk melibatkan kehidupan. Dapatan temubual menunjukkan peranankeibubapaan menitikberatkan tentang aspek 
 – 
aspek tingkahlaku, menunaikan perintah agama dan menjauhi perkaranegatif. Dapatan ini menyokong pandangan Abdullah (2000) yang mengatakan orang yang paling kuatmempengaruhi sahsiah diri anak- anak adalah ibu bapa dan saudaranya.Manakala dapatan kajian ini juga mendapati domain peranan keibubapaan yang paling rendah ialahmembina jaringan. Peranan ini merangkumi tanggungjawab ibu bapa untuk menghubungkan remaja dengan dengandunia luar seperti jiran tetangga,kenalan mereka dan masyarakat. Ini mungkin disebabkan faktor remaja ini tinggal

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ayong Husna liked this
ramanisatha liked this
volatilevortecs liked this
Nur Zaz liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->