You are on page 1of 14

MODEL PENGAJARAN Apakah yang dimaksudkan dengan Model Pengajaran? Terlebih dahulu, cuba anda jelaskan maksud model?

Merujuk kepada konteks kurikulum, model dikatakan sebagai satu entiti yang mengandungi beberapa komponen bagi membantu mencapai matlamat pendidikan yang diharapkan. Dan apakah pula yang dimaksudkan dengan pengajaran? Pengajaran pula ditakrifkan sebagai penyampaian maklumat dalam pelbagai situasi pendidikan. Secara amnya, model pengajaran merupakan satu perihalan persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Model-model pengajaran juga sebenarnya merupakan model pembelajaran. Dengan lebih jelas lagi, model pembelajaran merupakan satu perihalan yang dijadikan panduan oleh guru untuk merancang kurikulum khususnya selain merangka kursus dan unit pengajaran serta menyediakan bahan-bahan pengajaran seperti program multi-media serta pengajaran berpandukan komputer, lembaran-lembaran kerja dan sebagainya. Namun begitu, model ini haruslah bersesuaian dengan pelbagai situasi pengajaran dan pembelajaran termasuk sekolah, kolej dan institusi pengajian tinggi. Selain itu, model ini juga haruslah bersesuaian atau harus diubahsuai dengan gaya pembelajaran murid-murid serta kehendak kandungan mata pelajaran yang berkenaan. Terdapat empat kumpulan model pengajaran yang seringkali dijadikan panduan guru iaitu Model Pemprosesan Maklumat, Model Behavioral, Model Sosial dan Model Personal. Namun, selanjutnya penulis hanya akan berkongsi maklumat tentang perihal Model Personal sahaja.

MODEL PERSONAL Model personal merupakan salah satu kumpulan model pengajaran. Sememangnya tidak dapat kita nafikan bahawa terdapat pelbagai perspektif yang berbeza-beza menjadi inti pandangan seseorang mengenai apa yang dilihat tentang perihal dunia ini. Setiap individu melihat sesuatu secara berlainan berasaskan pengalaman, persekitaran dan hubungan interpersonal masing-masing. Secara jelasnya, kita melihat serta mentafsirkan sesuatu peristiwa secara berlainan. Hal ini kerana, kita menggunakan kanta yang berbeza-beza untuk mentafsirkan peristiwa yang kita alami, menterjemah bahasa yang kita dengar dan mengubah maklumat yang kita terima. Hal inilah yang menjadi pandangan kumpulan Model Personal. Berdasarkan sumber buku Murid dan Alam Belajar untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan olehChoong Lean Keow telah menjelaskan bahawa model personal adalah model yang berpegang kepada unsur keperibadian individu. Dalam menggunakan model personal ini, kita boleh berpandukan kepada teknikteknik bukan mengarah semasa kita membimbing mereka, menggunakan kaedah synectics(sinektik) untuk meningkatkan kreativiti mereka, dan perjumpaan kelas bagi membina pembelajaran komuniti. Maka model personal sememangnya banyak berfokuskan kepada konsepkonsep yang mana juga diutamakan oleh ahli humanistik, iaitu konsep kendiri dan harga diri; arah kendiri yang positif dan sifat berdikari; kreativiti dan sifat ingin tahu dan perkembangan domain afektif dan emosi. Di dalam Model Personal terdapat tiga model-model. Model-model tersebut adalah seperti yang berikut:

i)Pengajaran fasilitatif. (Berasaskan kaedah yang dipelopori oleh CarlRogers dan berpusatkan murid) ii)Peningkatan kesedaran kendiri. (Bertumpu kepada mengembangkan kesedaran dan penunaian potensi masing-masing.) iii)Synectics. (Memberi perhatian kepada perkembangan dan aplikasikreativiti.)

Ketiga-tiga model ini telah dicipta bagi membentuk pendidikan agar membolehkan kita lebih memahami diri kita, bertanggungjawab atas pendidikan kita dan seterusnya mencapai tahap perkembangan yang jauh melebihi tahap maksimum kearah kualiti hidup yang tinggi. Usaha inilah yang akan diterajui oleh setiap model-model yang terkandung dalam kumpulan Model Personal. Untuk lebih jelas lagi, kesemua model tersebut memberi penekanan kepada perspektif bersifat individu serta turut menggalakkan sifat berdikari yang produktif. Hal ini kerana nasib masing-masing akan lebih terjaga selain dapat meningkatkan kesedaran kendiri. Sehubungan dengan ini, kumpulan model ini sesuai digunakan oleh guru bagi mengubahsuai persekitaran pembelajaran murid-murid kita. Langkah ini dapat dilaksanakan sekiranya guru cuba meningkatkan kualiti peribadi serta perasaan murid dan mewujudkan satu suasana pengajaran dan pembelajaran berasaskan komunikasi yang berkesan sesama guru dengan murid serta murid dengan murid. Namun, penulis hanya akan menumpukan kepada Model Pengajaran Fasilitatif.

Model Personal (Personal Models) Model personal menekankan pada pengembangan konsep diri setiap individu. Hal ini meliputi pengembangan proses individu dan membangun serta mengorganisasikan dirinya sendiri. Model memfokuskan pada konsep diri yang kuat dan realistis untuk membantu membangun hubungan yang produktif dengan orang lain dan lingungannya. Model ini bertitik tolak dari teori Humanistik, yaitu berorientasi pada pengembangan individu. Perhatian utamanya pada emosional peserta didik dalam mengembangkan hubungan yang produktif dengan lingkungannya. Model ini menjadikan pribadi peserta didik mampu membentuk hubungan harmonis serta mampu memproses informasi secara efektif. Tokoh humanistik adalah Abraham Maslow (1962), R. Rogers, C. Buhler dan Arthur Comb. Menurut teori ini, guru harus berupaya menciptakan kondisi kelas yang kondusif, agar peserta didik merasa bebas dalam belajar mengembangkan dirin baik emosional maupun intelektual. Teori humanistik timbul sebagai cara untuk memanusiakan manusia. Pada teori humanistik ini, pendidik seharusnya berperan sebagai pendorong bukan menahan sensivitas peserta didik terhadap perasaanya. Implikasi teori ini dalam pendidikan adalah sebagai berikut. Bertingkah laku dan belajar adalah hasil pengamatan. Tingkahlaku yang ada dapat dilaksanakan sekarang (learning to do). Semua individu memiliki dorongan dasar terhadap aktualisasi diri. Sebagian besar tingkahlaku individu adalah hasil dari konsepsinya sendiri. Mengajar adalah bukan hal penting, tapi belajar bagi peserta didik adalah sangat penting. Mengajar adalah membantu individu untuk mengembangkan suatu hubungan yang produktif dengan lingkungannya dan memandang dirinya sebagai pribadi yang cakap.

Model pembelajaran personal ini meliputi strategi pembelajaran sebagai berikut. Pembelajaran non-direktif, yaitu bertujuan untuk membentuk kemampuan dan perkemban pribadi (kesadaran diri, pemahaman, dan konsep diri). Latihan kesadaran, yaitu bertujuan untuk meningkatkan kemampuan interpersonal atau kepada peserta didik. Sinetik, yaitu untuk mengembangkan kreativitas pribadi dan memecahkan masalah secara kreatif Sistem konseptual, yaitu untuk meningkatkan kompleksitas dasar pribadi yang luwes. Model interaksi sosial ini mencakup strategi pembelajaran sebagai berikut. Kerja Kelompok bertujuan mengembangkan keterampilan berperan serta dalam proses bermasyarakat dengan cara mengembangkan hubungan interpersonal dan discovery skill dalam bidang akademik. Pertemuan kelas bertujuan mengembangkan pemahaman mengenai diri sendiri dan rasa tanggungjawab baik terhadap diri sendiri maupun terhadap kelompok. Pemecahan masalah sosial atau Inquiry Social bertujuan untuk mengembangkan kemampuan memecahkan masalah-masalah sosial dengan cara berpikir logis. Model laboratorium bertujuan untuk mengembangkan kesadaran pribadi dan keluwesan dalam kelompok. Bermain peran bertujuan untuk memberikan kesempatan kepada peserta didik menemukan nilai-nilai sosial dan pribadi melalui situasi tiruan. Simulasi sosial bertujuan untuk membantu peserta didik mengalami berbagai kenyataan sosial serta menguji reaksi mereka.

Model Modifikasi Tingkah Laku (Behavioral) Model behavioral menekankan pada perubahan perilaku yang tampak dari peserta ddik sehingga konsisten dengan konsep dirinya. Sebagai bagian dari teori stimulusrespon. Model behaviorial menekankan bahwa tugas-tugas harus diberikan dalam suatu rangkaian yang kecil, berurutan dan mengandung perilaku tertentu. Model ini bertitik tolak dari teori belajar behavioristik, yaitu bertujuan mengembangkan sistem yang efisien untuk mengurutkan tugas-tugas belajar dan membentuk tingkah laku dengan cara memanipulasi penguatan (reinforcement). Model ini lebih menekankan pada aspek perubahan perilaku psikologis dan perlilaku yang tidak dapat diamanti karakteristik model ini adalah penjabaran tugas-tugas yang harus dipelajari peserta didik lebih efisien dan berurutan. Ada empat fase dalam model modifikasi tingkah laku ini, yaitu: fase mesin pengajaran. penggunaan media. pengajaran berprograma (linier dan branching) operant conditioning, dan operant reinforcement. Implementasi dari model modifikasi tingkah laku ini adalah meningkatkan ketelitian pengucapan pada anak. Guru selalu perhatian terhadap tingkah laku belajar peserta didik. Modifikasi tingkah laku anak yang kemampuan belajarnya rendah dengan reward, sebagai reinforcement pendukung. Penerapan prinsip pembelajaran individual dalam pembelajaran klasikal.

MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT 1. Teori Pemprosesan Maklumat R. M. Gagne Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instuction ( 1975 ) mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran. Mengikut teorinya, ransangan-ransangan dari persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsir dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf. Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan dalam stor ingatan jangka panjang adalah penting bagi manusia untuk mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman baru demi memudahkan proses pembelajaran berlaku. Gagne mengenal pasti dan menyarankan lapan fasa yang biasa dialami oleh manusia dalam sesuatu pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan, fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

a) Fasa Motivasi- Jangkaan Fasa motivasi ialah fasa pertama yang berlaku dalam sesuatu proses pembelajaran. Lazimnya, manusia belajar kerana didorong oleh motivasi tertentu. Tanpa motivasi, proses pembelajaran tidak akan bermakna dan berkesan. Oleh itu, motivasi memainkan peranan yang penting dalam mana-mana proses pembelajaran. Manusia berusaha belajar kerana mempunyai motif tertentu. Motivasi merupakan tindakan yang menimbulkan motifnya supaya belajar. Jadi motivasi digunakan untuk menggalakkan murid-murid supaya berusaha belajar. b) Fasa Tanggapan Perhatian Fasa ini melibatkan aktiviti pemerhatian dan pemilihan rangsangan yang tepat dan relevan. Di dalam fasa ini, seseorang akan menumpukan perhatian terhadap sesuatu rangsangan yang dimotivasikan dan memilih serta membezakan rangsangan-rangsangan melalui organ derianya. Contohnya, semasa belajar di bilik darjah, seorang murid menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru dan menolak gangguan yang lain seperti bunyi perbualan daripada rakan sekelas yang lain.

c) Fasa Penyimpanan- Kod Apabila seseorang telah berjaya memilih rangsangan yang relevan dan mempersepsikannya denga tepat, maka rangsangan itu akan dibawa oleh sistem saraf ke dalam stor ingatan jangka pendek. Di situ, rangsangan tersebut akan dikodkan dengan suatu cara yang ringkas dan tersendiri seperti merekodkan isi-isi penting dalam bentuk yang mudah disimpan.

d) Fasa Penahanan- Stor Ingatan Selepas rangsangan yang dipilih dan dikodkan dalam stor ingatan jangka pendek, sebahagian atau keseluruhanya akan disalurkan dan disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Kod-kod yang disimpan dalam stor jangka panjang akan ditransformasikan dan disusun semula dengan satu sistem yang lebih kekal dalam ingatan dan lebih mudah dikeluarkan. Fasa ini dinamakan fasa penahanan, iaitu menyimpan maklumat, peristiwa atau pengalaman yang diperoleh dengan cara yang sistematik.

e) Fasa Mengingat Kembali- Mencari Fasa mengingat kembali merupakan tindakan mencari maklumat atau pengalaman yang telah disimpan dalam stor ingatan jangka panjang. Tindakan ini biasanya digerakkan oleh rangsangan luaran atau motif dalaman. Misalnya seorang murid berusaha mengingat kembali apa yang telah dipelajarinya untuk menjawab soalan guru.

f) Fasa Generalisasi- Pindaan Fasa generalisasi ini merujuk kepada fasa pemindahan pembelajaran atau fasa aplikasi di mana seseorang individu boleh mengingat kembali maklumat dalam stor ingatan jangka panjang dan menggunakannya untuk situasi yang sama atau serupa. Misalnya, seorang murid telah mengetahui bentuk segiempat tepat, segiempat sama sisi, rombus yang masing-masing mempunyai empat sisi, maka murid itu akan membuat generalisasi bahawa bentuk-bentuk tersebut boleh diklasifikasikan dalam kategori sisiempat.

g) Fasa Prestasi- Gerak Balas Fasa prestasi juga dikenali sebagai fasa perlakuan. Mengikut Gagne, fasa ini boleh diperlihatkan dan diukur daripada perubahan tingkah laku seseorang dalam proses pembelajaran. Fasa prestasi berlaku apabila seseorang bertindak balas dengan perubahan tingkah lakunya sebaik sahaja isyarat ransangan diberikan. Misalnya, murid bertindak balas dengan menjawab soalan guru secara lisan.

h) Fasa Maklum Balas-Peneguhan Fasa ini merupakan fasa terakhir dalam sesuatu proses pembelajaran. Fasa maklum balas ini berlaku selepas seseorang individu telah bertindak balas dengan prestasi atau perubahan tingkah laku yang tepat. Tindakan maklum balas mempunyai fungsi peneguhan seperti memberi galakan kepada orang yang telah menunjukkan prestasi yang tepat. Contohnya, seseorang murid yang dapat memberi jawapan yang harus diberikan pujian oleh guru.

Berdasarkan Model Pemprosesan Maklumat yang dikemukakan Gagne, beberapa aspek utama dapat dikenal pasti dalam fasa proses pembelajaran. Di antaranya ialah kesediaan, motivasi, pengamatan, ingatan dan lupaan serta pemindahan.

2. Teori Pengajaran Burner

Bruner ( 1973 ), mengemukakan Teori Pembentukan Konsep melalui proses pengkategorisasi iaitu proses pengamatan. Mengikut beliau, dengan mengkategorikan perkara-perkara dan benda yang mempunyai ciri yang sama dalam beberapa kelompok, maka kita akan dapat menjadikan pelajaran dengan lebih sistematik, teratur dan mudah. Selain itu, dalam mengelaskan haiwan-haiwan yang pelbagai jenis kepada kelompok-kelompok mengikut habitat mereka akan memudahkan murid-murid mengamati ciri-ciri haiwan dalam pelajaran di sekolah. Sehubungan dengan itu, di dalam teori pengajarannya, Bruner menyarankan bahawa : a) Teori Pengajaran harus menetukan butir-butir pengetahuan sedia ada yang digunakan sebagai motivasi pelajar. b) Bahan-bahan pembelajaran harus distukturkan secara sistematik supaya mudah dipelajari.

c) Teori Pengajaran harus menentukan cara yang palin berkesan untuk mengorganisasikan bahan-bahan pengajaran supaya mudah dipersembahkan dan mudah dipelajari. d) Teori Pengajaran harus menentukan ganjaran dan denda selepas penilaian akiviti pembelajaran supaya pelajar mendapat kepuasan dalam pelajaranya.

3. Model Taba : Pembentukan Konsep

Mengikut Taba, konsep boleh dibentuk dengan tepat melalui penyusunan bananbahan pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai. Dalam hal ini, Taba mencadangkan satu model yang mengaitkan pembentukan konsep dengan pemilihan dan memeringkatkan isi pelajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mengikut Taba, pembentukan sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat utama iaitu :

a) Peringkat Penyusunan Data Menyusun fakta-fakta dengan memerhatikan ciri-ciri persamaan dan perbezaanya. b) Peringkat Pembentukan Konsep Menggolongkan dan mengelaskan fakta-fakta berdasarkan ciri-ciri persamaan supaya menjadi kategori tertentu. c) Peringkat Membentuk Hukum Membuat kesimpulan atau generalisasi berdasarkan hubungan-hubungan di antara kategori-kategori yang dibuat dalam peringkat sebelumnya. d) Peringkat Aplikasi Penggunaan generalisasi atau kesimpulan baru Model Pengajaran Taba mengaitkan stuktur pengetahuan dengan proses perancangan dan pembelajaran. Semasa proses perancangan pelajaran, perkaraperkara yang hendak dipertimbangkan ialah penyusunan data, pembentukan konsep dan membuat generalisasi atau prinsip dari konkrit kepada abstrak. Di dalam proses pembelajaran, teknik meningkatkan daya pemikiran pelajar adalah penting untuk memperoleh dan menguasai generalisasi atau prinsip yang abstrak.

4. Model Inkuiri Kaedah inkuiri merangkumi segala proses soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau daripada masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan murid mengenal pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian, menjalankan siasat dan membuat rumusan atau mendapatkan jawapan. Kaedah inkuiri boleh dikendalikan berdasarkan salah satu daripada tiga model berikut : a) Model Inkuiri Sains Digunakan untuk mengkaji prinsip, fenomena dan ciri-ciri unsur sains. Prinsip kajian adalah berlandaskan kepada lima langkah aktiviti soal selidik yang dihuraikan dalam Model Dewey ; mengenal pasti masalah, mencari maklumat rumusan, membentuk hipotesis, menguji hipotesis dan menilai serta membuat rumusan. Proses mengenal pasti masalah melibatkan aktiviti memahami dan mengenal pasti aspek-aspek penting yang terkandung dalam masalah. Peringkat mencari maklumat melibatkan aktiviti mengumpul bahan-bahan atau fakta-fakta yang berkaitan dengan penyelesaian masalah. Peringkat membuat hipotesis merujuk kepada cadangan strategi dan cara menyelesaikan masalah. Peringkat menguji hipotesis merupakan proses perlaksanaan strategi dan aktiviti penyelesaian, manakala peringkat menilai dan membuat rumusan merujuk kepada aktiviti penilaian dan membuat rumusan terhadap teknik penyelesaian yang telah digunakan dalam proses penyelesaian masalah.

b) Model Inkuiri Sosial Digunakan untuk mengkaji topik-topik yang berkaitan dengan bidang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Proses kajian adalah berlandaskan kepada aktiviti pemerhatian , temubual atau soal selidik. Model inkuiri sosial menegaskan proses interaksi sosial. Model ini merangkumi enam langkah iaitu ; pembentukan masalah oleh pengajar, pembentukan hipotesis oleh pelajar, menemtukan definisi untuk hipotesis, perbincangan kesahan hipotesis, mencari sokongan untuk hipotesis dan membuat rumusan atau kesimpulan.

c) Model Inkuiri Juris Prudential Digunakan untuk mencari kebenaran dan ketepatan isu-isu seperti belajar Sains lebih berguna daripada belajar Sastera. Proses inkuiri ini adalah berlandaskan kepada aktiviti perdebatan.

Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik inkuiri iaitu inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri terbimbing memerlukan guru membimbing murid-murid menjalankan segala proses kajian. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Dalam inkuiri terbuka, murid-murid tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian dijalankan oleh murid sendiri. Inkuiri jenis ini sesuai digunakan pada peringkat sekolah menengah atasa dan peringkat lebih tinggi.

d) Model Inkuiri Suchman Model ini diperkenalkan oleh Richard Suchman berlandaskam andaian bahawa strategi-strategi yang digunakan oleh ahli sains untuk menjalankan kaji selidik boleh juga digunakan sebagai model pengajaran dalam matapelajaran khususnya sains.

Model Sosial Model sosial direka cipta untuk mengambil peluang demi membina komuniti pembelajaran. Modelpengajaran sosial bertujuan untuk membantu pelajar menajamkan pemikiran melalui interaksi denganorang lain serta cara bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsisebagai seorang ahli dalam sesuatu kumpulan. Model sosial lebih menekankan kepada penyiasatan ataupenerokaan secara kumpulan seperti dalam pembelajaran koperatif dan main peranan.Menurut ahli teoi sosial, tingkahlaku koperatif bukan sahaja merangsang murid-murid secara sosial,bahkan secara intelek. Mengikut Joyce et al. (2001) model sosial ini melatih pelajar menggunakankemahiran mendengar dan memahami konteks, kebolehan menyusun maklumat serta-merta dan merangka soalan untuk memperoleh data serta dapat menggabungkan semua maklumat untukmenyelesaikan masalah.1.0) Pembelajaran koperatif Model pembelajaran koperatif bukan sahaja membantu pelajar dalam menguasai kandunganpembelajaran, tetapi membantu mereka memperoleh kemahiran dalam aspek sosial dan perhubunganmanusia. Selain itu, pembelajaran koperatif berfokuskan perkembangan konsep dan kemahiran melaluikerja kumpulan ang diutarakan oleh Slavin, dan Johnson. Mengikut Arends (2001), fokus utamapembelajaran koperatif berkisar kepada tiga perkara, iaitu pencapaian akedemik, penerimaankepelbagaian dan kemahiran sosial. Model pembelajaran koperatif dicirikan dengan tugasan koperatif,matlamat dan sumber ganjaran.Menurut

Effandi Zakaria (1998), pembelajaran koperatif adalah suatu strategi pengajaran di manapelajar-pelajar saling membantu di antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyaimatlamat bersama. Secara umumnya pembelajaran koperatif berhasrat untuk mengubah norma dalamkalangan pelajar muda kerana setiap orang mempunyai peluang yang sama untuk memperolehpencapaian cemerlang. Contohnya, pelajar berpencapaian rendah menerima bantuan daripada rakanyang mempunyai pencapaian baik. Pelajar yang berpencapaian baik itu akan memperoleh kebaikansebagai seorang pembimbing ataupun tutor dalam proses tersebut dan kedua-dua pelajar itumemperolehkan kebaikan.

PRINSIP/ KONSEP Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja secara produktif dalam masyarakat.

Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu, model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan. Menurut ahli teori sosial, tingkah laku koperatif bukan sahaja merangsang muridmurid kita secara social, bahkan secara intelek. Oleh hal yang demikian, mereka mengesyorkan agar guru member tugas pengajaran dan pembelajaran yang memerlukan interaksi social bagi mencapai matlamat tersebut.

Untuk makluman anda, apabila murid-murid bekerjasama dalam menyiapkan sesuatu tugas, mereka akan lebih Berjaya menjana tenaga berbentuk kolektif yang dikenali sebagai sinergi. Bagi memaksimunkan fenomena ini, seelok-eloknya kita bentukkan komuniti pembelajaran. Melalui budaya sekolah yang bersifat positif ini,

kita akan dapat memgembangkan cara-cara berinteraksi yang lebih beringtegrasi dan produktif seterusnya membentuk aktiviti pembelajaran yang lebih aktif.

Antara model-model yang terkandung dalam model sosial,ialah pembelajaran koperatif,main peranan dan simulasi. Model pengajaran sosial telah member banyak peluang kepada pelajar. Sebagai contohnya melalui pembelajaran koperatif. Melalui pembelajaran ini, pelajar banyak diberikan peluang untuk melakukan aktiviti secara berkumpulan. Murid-murid dapat belajar bersama-sama untuk menguasai maklumat idea dan kemahiran yang penting, di samping memikirkan cara-cara penyelesaian bagi masalah yang timbul. Selain itu, mereka juga akan bersaing antara satu sama lain dalam suasana yang kondusif. Dalam pada itu, setiap ahli juga mempunyai peluang yang sama untuk memperolehi pencapaian yang cemerlang.

Model pengajaran sosial ada juga menerangkan tentang teknik main peranan. Teknik inijuga banyak member peluang kepada murid-murid. Teknik main peranan membantu murid-murid kita untuk memahami tingkah laku sosial, dan cara-cara bagi menyelesaikan masalah-masalah dengan lebih berkesan. Selain itu, teknik ini juga membantu mengenai isu-isu sosial, Memgembangkan sifat empati terhadap orang lain, dan menambahbaikkan kemahiran sosial mereka.

Teknik simulasi juga tidak ketinggalan dalam memberikan peluang kepada pelajarnya. Tknik simulasi dapat membantu murid-murid untuk melihat perwakilan objek sebenar. Sebagai contoh, katakana kita ingin mengajar cara-cara membedah seekor katak. Terlebih dahulu, adalah disyorkan agar kita menunjukkan pembedahan bersifat simulasi menggunakan computer. Dengan ini, murid-murid akan didedahkan untuk melihat dengan sendirinya kandungan organ dalam seekor katak sebelum mereka melakukan pembedahan secara individu, berpasangan atau kumpulan kecil.

You might also like