You are on page 1of 4

Definasi Kurikulum Kebangsaan ...

suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatankokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai,unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorangmurid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi sertauntuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untukmenyampaikan pengetahuan
a merupakan saturancangan pendidikan yang membendung segala ilmu pengetahuan, kemahiran,nilai dan norma serta unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang menjadipilihan masyarakat untuk diwariskan kepada ahli-ahli dari satu generasi kepadasatu generasi lain. Rancangan pendidikan ini bertujuan untuk memenuhikeperluan individu dan engara. urikulum berperanan sebagai garis panduan dan penentu sempadan ilmu yang hendak disampaikan. Ini bermaksud bahawa maklumat-maklumat akan disampaikan mengikut peringkat yang tertentu. Kurikulum di sekolah perlu sentiasa relevan dengan keperluan dan kehendak semasa. Pusat Perkembangan Kurikulum sentiasa merangka kurikulum pendidikan di Malaysia dari semasa ke semasa mengikut aliran tinggi. Kurikulum perlu diubahsuai mengikut keperluan supaya murid-murid sentiasa bergerak seiring dengan trend pengetahuan semasa. Kurikulum pendidikan dibina atas beberapa tujuan. Antaranya adalah untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi serta berketerampilan dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Selain daripada itu, kurikulum pendidikan juga menggabungkan jaringan unsur nilai moral dan agama merentasi kurikulum. Bagi mencapai hasrat ini, kurikulum telah menitikberatkan aspek kepemimpinan murid-murid melalui ko kurikulum. Kurikulum yang sama digunakan di semua sekolah di Malaysia bermatlamat untuk menguatkan hubungan sosial antara masyarakat majmuk di Malaysia. Kurikulum yang seragam dan adil dapat membentuk masyarakat yang bersatu padu dan menyingkirkan sikap prejudis antara kaum.

You might also like