You are on page 1of 16

Pembentangan oleh : Mohd Idris Hj.

Zakaria Penyelia : Ustaz Yahaya Ismail

FITRAH MENURUT
PANDANGAN ISLAM

ABSTRAK

Kertas kerja ini ditulis bertujuan untuk menerangkan secara lebih mendalam mengenai hakikat fitrah mengikut pandangan Islam

MUKADDIMAH

Salah satu perbezaan utama ajaran Islam dengan ajaran agama-agama lain, aliranaliran falsafah modern dan aliran-aliran psikologi modern ialah tentang sifat asal manusia. Islam mempercayai bahwa manusia diciptakan dalam keadaan fitrah.

DALIL HADIS

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. : Nabi Muhammad Saw pernah bersabda, setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (tidak mempersekutukan Allah) tetapi orang tuanya lah yang menjadikan dia seorang yahudi atau nasrani atau majusi sebagaimana seekor hewan melahirkan seekor hewan yang sempurna. Apakah kau melihatnya buntung? kemudian Abu Hurairah membacakan ayat-ayat suci ini: (tetaplah atas) fitrah Allah yang menciptakan manusia menurut fitrah itu. (Hukum-hukum) ciptaan Allah tidak dapat diubah. Itulah agama yang benar. Tapi sebagian besar manusia tidak mengetahui
(HADIS RIWAYAT BUKHARI)

DALIL AL-QURAN

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada Ad-Din Allah (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah (itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Surah Ar-Rum Ayat 30)

DEFINISI FITRAH
Menurut Kamus Dewan Fitrah ialah Zakat (berupa beras, wang dll) yang diwajibkan ke atas setiap umat Islam menyumbangkannya dalam bulam puasa (sebelum 1 syawal); dan ia juga bermaksud tabii, bakat, pembawaan dan ia juga bermaksud perasaan keagamaan. Menurut Ibnu Manzur (1992) Fitrah adalah perkataan dalam bahasa arab yang berbentuk fiil madinya adalah fatara dengan bentuk masdar fitrun atau fitratan yang bererti memegang dengan erat, memecahkan, membelah, mengoyak, meretak dan menciptakan. Menurut Wahbah al-Zuhaily (1991) Fitrah membawa maksud kecenderungan kepada agama Islam seperti mana hadis yang dibawa oleh Abu Hurairah bahawa fitrah bererti beragama Islam.

Menurut Abdul Mujib & Jusuf Mudzakir (2001). Tujuan penciptaan manusia adalah penyerahan kepada khalik (pencipta) dan tanpa Islam manusia nyata telah berpaling daripada fitrah asalnya.

ALIRAN PANDANGAN FITRAH


Menurut Ikwan Lestari (2009) mengatakan terdapat 3 aliran yang besar pandangan tentang fitrah

i. Pandangan Fatalis
Pandangan fatalis mempercayai bahawa setiap individu, melalui ketetapan Allah Azza Wa Jalla adalah baik atau jahat secara asal, baik ketetapan semacam ini terjadi secara semuanya atau sebagian sesuai dengan rencana Tuhan. (Fuad Nashori, Potensi-Potensi Manusia : seri psikologi islami). Ibnu Mubarak sebagai tokoh utama pandangan ini menafsirkan suatu hadis bahawa anak-anak orang-orang musyrik dilahirkan dalam keadaan kufur atau iman (Yasien Mohamed, Insan yang suci : Konsep Fitrah Islam, penterjemah : Masyhur Abadi). Adapun syaikh Abdul Kadir Jailani, tokoh popular bagi pandangan ini mengungkapkan bahawa seorang pendosa akan masuk syurga jika hal itu menjadi nasibnya yang telah ditentukan Allah Azza Wa Jalla sebelumnya.

ALIRAN PANDANGAN FITRAH


ii. Pandangan Neutral Ulama yang paling representatif yang menganut pandangan neutral ini adalah Ibn Abd Al-Barr. Beliau memandang keadaan tidak mengetahui sesuatu apapun pada saat kelahiran ini suatu keadaan kosong yang suci, suatu keadaan sempurna atau utuh, tetapi kosong dari suatu esensi yang baik atau yang jahat. Menurut pandangan ini, iman (kebaikan) atau kufur (keburukan) hanya mewujud ketika anak tersebut mencapai kedewasaan (taklif). Setelah mencapai taklif, seseorang menjadi bertanggung jawab atas perbuatannya.

ALIRAN PANDANGAN FITRAH


iii. Pandangan Positif Tokoh pandangan positif ini ialah Ibnu Taimiyyah, Ibu Qayyim al-Jauziyah, Muhammad Ali Ash-Shabuni, Mufti Muhammad Syafii dll. Menurut Ibnu Taimiyyah semua anak dilahirkan dalam keadaan fitrah; dalam suatu keadaan kebajikan bawaan dan lingkungan sosial itulah yang menyebabkan seorang individu menyimpang dari keadaan ini. Menurut Sayyid Quthub, dua pembentuk esensial dari struktur manusia secara menyeluruh, yaitu ruh dan tanah, mengakibatkan kebaikan dan kejahatan sebagai dua kecenderungan yang setara pada manusia (kecenderungan untuk mengikuti Tuhan atau kecenderungan untuk tersesat) Begitupun Shariati berpandangan bahawa manusia adalah berdimensi-ganda dengan sifat dasar ganda, suatu susunan dari dua kekuatan, bukan saja berbeda, tetapi juga berlawanan. Yang satu cenderung turun pada materi dan yang lain cenderung naik pada Ruh suci (ciptaan)Allah.

PANDANGAN ULAMA TAFSIR


Menurut HAMKA (1998) didalam menafsirkan ayat Fitrah yang Dia fitrahkan ialah lazimilah atau tetaplah pelihara fitrahmu sendiri, iaitu rasa asli murni dalam jiwamu sendiri yang belum kemasukan pengaruh dari yang lain, yaitu adanya kekuasaan yang tertinggi dalam alam ini. Yang Maha Kuasa, Maha Perkasa, Maha Raya, mengagumkan, penuh kasih sayang dan indah dan elok. Menurut Ibnu Katsier (2006) Allah SWT berfirman Hadapkan wajahmu dengan lurus kepada agama Allah yang telah disyariatkannya untukmu dari agama Ibrahim yang ditunjukkannya kepadamu dan telah disempurnakannya sempurna-sempurnanya, sedang engkau tetap di atas fitrah yang Allah telah ciptakannya bagi manusia dan sekali-kali tidak ada perubahan pada fitrah itu, ialah mendasari dan menjiwai agama Islam yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.

PERBAHASAN
Di sini jelas bahawa pada pandangan Islam fitrah hanya berfokus kepada kecenderungan setiap manusia yang secara tabii. Manusia mempunyai naluri anugerah Allah iaitu mengetahui kewujudan tuhan dan kecenderungan untuk mencari tuhan itu dipengaruhi oleh banyak faktor-faktor lain seperti ajaran ibubapa, guru, masyarakat dan alam persekitaran.
Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a. mengulas hakikat manusia sebagai makhluk yang asalnya bersih, tetapi dikotori oleh pelbagai unsur yang datang kemudiannya, katanya: Hati seseorang anak bagaikan bumi yang kosong daripada tanaman, ia pasti menerima apa sahaja yang ditanam padanya.(Abdul Hayei Abdul Sukur, 2008) Allah menciptakan manusia dalam keadaan fitrah dengan potensi yang ada pada jasmani dan rohani. Allah menganugerahkan manusia akal, emosi, hawa nafsu membolehkan manusia memenuhi keperluan fisiologi seperti makan, minum, berkahwin berkeluarga, kemudian memenuhi keperluan keselamatan dengan mendirikan tempat untuk berlindung dari kesejukan malam dan sinar terik matahari, manusia juga inginkan kasih sayang, mendapat penghormatan diri dari kelompok sosial dan inginkan kesempurnaan kendiri. Ini merujuk kepada Hierachy of Needs (Abraham Maslow).

PERBAHASAN
Bekal yang dimiliki manusia pun tidak hanya berupa nilai positif sahaja karena dalarn diri manusia juga tercipta satu potensi yang diberi nama hawa nafsu. Dan hawa nafsu ini yang sering membawa manusia lupa dan ingkar dengan fitrahnya sebagai hamba dan khalifah Allah di bumi. Untuk itu manusia perlu mengembangkan potensi positif yang ada dalam dirinya untuk rnencapai fitrah tersebut. Desakan hawa nafsu dan pujukan syaitan membawa manusia lupa dan ingkar fitrahnya sebagai hamba dan khalifah Allah dimuka bumi. Seterusnya Allah kurniakan akal bagi membolehkan manusia mengawal hawa nafsu dan jiwanya selari dengan sifat-sifat membina. Pembinaan tamadun berdasar kepada 3 unsur ini yang kita lihat bagaimana zaman Firaun di Mesir yang hebat dari segi seni binanya. Sehingga kini pembinaan pyramid masih belum boleh ditiru oleh tamadun terkemudian. Struktur bangunan moden sekarang mungkin hanya mampu bertahan selama 200 sehingga 300 tahun sahaja.

PERBAHASAN
Tetapi Firaun menidakkan fitrahnya selaku hamba telah mengaku dirinya sebagai tuhan bagi manusia dizamannya. Kekufuran Firaun dan pengaruh pembesar disekelilingnya ini telah menyebabkan tamadunnya yang hebat hancur akibat kemurkaan Allah SWT. Dia dan pengikutnya diturunkan bala oleh Allah mati terhina di Laut Merah semasa mengejar Nabi Musa AS, utusan Allah kepada Kaum Israil dan penduduk Mesir.
Akal sahaja tidak mampu membawa manusia keluar dari jalan kesesatan kerana ianya terbatas, akibatnya manusia akan hanyut dalam kesesatan serta sesat dari fitrah kejadiannya kerana menyembah patung berhala, manusia yang diagungkan, api, matahari, pokok-pokok dan sebagainya. Ini berpunca dari fitrah manusia ingin bertuhan dan meminta bantuan kepada penciptanya telah membawa mereka kepada mengikut hawa nafsunya semata-mata. Allah mengutuskan para Rasul untuk manusia mengenal Allah Yang Esa dengan segala tuntutan dan peraturan hukum hakam yang khusus mengikut zaman rasul itu diutuskan.

KESIMPULAN Kesimpulannya ialah manusia dilahirkan secara fitrah bersih dari dosa serta mempunyai naluri ingin bertuhan Tetapi asuhan dan didikan dari ibubapa dan persekitaran telah mengukuhkan fitrah beliau atau menyimpang dari fitrah beliau yang asal menjadi sesat.

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like