You are on page 1of 8

Apakah kritikan sumber?

Kritikan sumber membawa maksud satu garis panduanyang mana ia dapat membantu penyelidik sejarah dalam

menjalankan proses tafsiran terhadap sumber sejarah. Selain itu kritikan sumber juga merupakan satu proses kritikan di mana ia di jadikan sebagai bukti agar penyelidik sejarah dapat menghasilkan sebuah karya sejarah yang mana ianya berkualiti dan mengandungi isi yang tepat tentang fakta-fakta sejarah. Kritikan sumber telah dibahagikan kepada dua jenis iaitu kritikan luaran yang dikenali sebagai Authenticity dan kritikan dalaman yang dikenali sebagai Credibility . Jenis-jenis kritikan ini telah di bahagikan oleh Ernst Bernheim (1889). Oleh kerana ahli penyelidik sejarah menjalan tugas dalam mencari fakta-fakta sejarah yang tepat berdasarkan sumber yang mereka gunakan, dengan menjalankan proses kritikan sejarah ia dapat membantu ahli penyelidik sejarah dalam mendapatkan fakta-fakta sejarah yang lebih tepat dan berkualiti bagi mencapai tahap kebenaran sejarah yang terbaik. Kritikan luaran (authenticity) merupakan usaha yang dilakukan ol

mmerupakan tugas sebenar eh penyelidik sejarah dalam menjalankan kajian bagi mengesan akan ketulinan dan kesahan sesuatu sumber sejarah yang diselidik. Seterusnya kritikan dalaman(Credibility) pula adalah tugas sebenar bagi penyelidik sejarah dalam melakukan proses pentafsiran keatas isi-isi yang terdapat di dalam sumber-sumbwer yang telah disahkan ketulenannya di dalam proses kritikan luaran. Proses kritikan sejarah adalah merujuk kepada empat konsep. Konsep sejarah yang perama ialah penyelidik sejarah perlu melakukan penyelidikan sejarah. Konsep yang kedua ialah penyelidik sejarah tidak dapat menyaksikan peristiwa yang mereka selidik. Seterusnya konsep yang ketiga, penyelidik sejarha perlu mentafsir dan mencari fakta sejarah. Konsep yang terakhir adalah pengetahuan masa lampau bagi penyelidik sejarah yang diperolehi yang diperolehi melalui sumber adalah terbatas. Proses kritikan sejarah berpunca daripada sikap kesangsian

penyelidik sejarah terhadap maklumat-maklumat yang mereka perolehi daripada saksi-saksi mengenai masa lampau menurut Marc Bloch. Proses kritikan sejarah adalah daripada kritikan bukti seterusnya tafsiran bukti dan yang terakhir ujian kebenaran. kritikan sejarah ini amat memainkan perana yang penting dalam mentafsir sejarah. Pertama sekali kita menyelami kepentingan kritikan luaran

kepada ahli penyelidik sejarah. Kepentingan kritikan luaran yang pertama sekali adalah kritikan dalam dapat membantu ahli pengkaji sejarah mengenal pasti berapa lamakah usia bagi sumber yang di temui. Pada kebiasaannya ahli sejarah mengalami masalah dalam mengenal pasti usia bagi sesuatu sumber itu, dengan adanya uijian kimia di dalam kritikan luaran, ahli pengkaji sejarah dapat mengenal pasti usia sumber itu dengan mudah. Selain itu, ahli sejarawa juga pada kebiasaanya sering berasa sangsi akan ketulenan sumber yang mereka temui samada sumber itu tulen ataupun palsu. Dengan mengetahui usia bagi sumber itu, kesangsian ini dapat dielakkan. Bukan itu sahaja, dengan mengetahui usia sumber itu, pemalsuan dokumen sumber yang ditemui dapat dielakkan. Dalam mengkaji keaslian sumber itu, para pakar kimia perlu menguji dari segi kertas, dakwat, dan cap yang digunakan pada dokumen yang dikaji. Perubahan bagi bahan-bahan ini menggambarkan usia bagi dokumen yang dikaji itu. Contohnya bahan yang digunakan untuk menulis pada tahun 1800-an adalah berbeza dengan bahan untuk menulis yang di gunakan pada tahun 2011. Walau bagaimanapun, ahli penyelidik sejarah turut berhadapan dengan masalah dalam mengenal pasti sumber dokumen yang terlalu lama dan telah mengalami kerosakan yang teruk. Ujian kimia ini tidak hanya dilakukan ke atas sumber-sumber dokumen tetapi ia turut di lakukan ke atas sumber yang lain seperti tembaga, tulang manusia dan binatang, dan alatan besi. Kepentingan yang seterusnya adalah kritikan luaran dapat membantu ahli pnyelidik sejarah dalam mengenal pasti akan jenis tulisan bahasa yang digunakan oleh di dalam dokumen dan sumber sejarah yang di kaji. Ujian tulisan bahasa ini merupakan elemen yang penting dalam penyelidikan. Ini kerana sifat sesuatu bahasa itu akan berubah-ubah dari masa ke semasa dan sentiasa mengalami revolusi. Pada kebiasaannya bahasa bagi sesuatu masyarakat akan mengalami perubahan dari segi nahu, stuktur ayat, ejaan, istilah, dan tanda baca. Seperti yang kita dapat lihat penggunaan gaya

bahasa pada tahun 1850-an adalah berbeza daripada gaya tulisan bahasa pada tahun 2000. Daripada ini kita dapat melihat penggunaan bahasa yang berbeza mengikut tahun. Dalam menjalankan kajian bahasa ini, para ahli pengkaji perlu memahirkan diri dalam penggunaan bahasa dalam membantu mereka memahami penggunaan bahasa dalam sesebuah masyarakat. Hal

merupakan salah satu perkara yang sukar untuk para pengkaji kerana mereka perlu sering mengambil berat akan perubahan bahasa bagi sesuatu masyarakat itu. Bukan itu sahaja, setiap bahasa itu turut mengalami revolusi mengikut zaman. Oleh itu, pada kebiasaannya sesuatu perkataan pada masa lampau itu mungkin tidak membawa apa-apa makna tetapi pada masa kini perkataan itu mungkin mengandungi makna yang tersendiri. Kepentingan kritikan luaran yang seterusnya adalah membantu para penyelidik sejarah memahami akan tulisan tangan yang digunakan di dalam dokumen-dokumen dengan menjalankan ujian tulisan tangan. Ini kerana pada tulisan tangan sering mengalami perubahan dari masa ke semasa. Oleh itu, para penyelidik sejarah bukan sekadar perlu mempelajari gaya bahasa sesuatu masyarakat malahan mereka perlu mempelajari akan kemahiran sistem tulisan tangan pada sesuatu dokumen. Dengan menjalankan ujian tulisan tangan ini, para pengkaji dapat mengelak daripada mengalami masalah yang berhubung kait dengan pemalsuan dokumen dan karya. Selain itu, para penyelidik juga sering mengalami masalah kesukaran membaca tulisan tangan masyarakat pada zaman dahulu disebabkan tulisan tangan yang terdapat di dalam dokuman sering mengalami masalah kabur tidak jelas dan berserabut. Situasi ini menyebabkan para penyelidik perlu mengambil masa yang lama untuk mentafsir, menumpukan pembacaan dokumen secara lebih khusus dan memahami isi kandungan yang terdapat di dalam dokumen tersebut yang merupakan enting dalam pengkajian. Ujian tulisan tangan ini juga dapat dilakukan dengan membandingkan tulisan tangan antara satu dokumen dengan dokumen yang lain. Dengan tiu para penyelidik dapat mentafsir sesuatu dokumen dengan mudah. Sesuatu tulisan tangan itu mempunyai ciri yang tersendiri telah dinyatakan oleh Garraghan. Bukan itu sahaja, para penyelidik juga harus berhati-hati dalam mengenal pasti tulisan tangan sesuatu dokumen itu agar ia ada kaitan dengan individu yang menjadi rujukan. Walau bagaimanapun, dalam hal ini para penyelidik dapat mendalami kemahiran tulisan tangan.dengan itu ia dapat membantu para penyelidik mengkaiji sesuatu dokumen dengan mudah. Meskipun begitu, para penyelidik sejarah perlu berhati-hati kerana setiap tulisan tangan itu

berubah-ubah dari masa ke semasa malahan penggunaan singkatan turut digunakan.

Kepentingan yang seterusnya adalah kritikan luaran dapat membantu para penyelidik dalam mengenal pasti ciri-ciri bahan yang digunakan untuk penulisan dokumen. Seperti yang kita ketahui, pada zaman dahulu sebelum wujudnya kertas masyarakat menulis dokumen pada bahan-bahan lain yang mana ia dapat digunakan untuk menulis dokumen seperti menulis pada batu, kulit binatang, dan kulit pokok. Pada zaman dahulu penggunaan bahan-

bahan ini amatlah penting kerana ia merupakan sumber yang digunakan untuk menulis. Walau bagaimanapun, tulisan tangan itu tidak dapat bertahan lama kerana ia akan semakin pudar secara beransur-ansur.seperti tulisan pada pokok dan kulit haiwan tidak akan rosak dan kabur setelah melalui satu tempoh yang lama. Seperti yang dapat kita lihat tulisan tangan yang terdapat pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 masihi mengalami masalah kelunturan tulisan malahan ia semakin sukar untuk dibaca dan difahami. Setelah kemunculan sistem tulisan pada kertas, masalah tulisan tangan dapat dikurangkan kerana masyarakat pada zaman dahulu dapat menulis dengan mudah menggunakan kertas.. Oleh itu, para ahli penyelidik dengan mudahnya dapat mentafsir dan memahami tulisan tangan yang terdapat di dalam catatan dokumen tersebut. Meskipun begitu, para penyelidik juga perlu menggunakan bahan-bahan tulisan yang terdapat di dalam kulit pokok, kulit haiwan dan batu. Dengan itu, ujian bahasa memainkan peranan dengan membantu penyelidik memahami tulisan tangan tersebut. Pada masa kini kita dapat melihat penggunaan tulisan tangan di dalam pelbagai bentuk seperti buku, sijil dan surat perjanjian. Setelah mendalami kepentingan kritikan luaran, kita beralih kepada kepentingan kritikan dalaman. Kritikan dalam adalah merupakan

kesinambungan bagi kritikan luaran. Walaubagaimanapun kedua-dua kritikan ini adalah berbeza. Di dalam penyelidikan kritikan dalaman ini para penyelidik meghadapi cabaran yang lebih mencabar berbanding kritikan luaran. Penyelidik sejarah tidak boleh menerima semua fakta secara bulat-bulat tetapi mereka perlu menapis satu persatu fakta yang mereka perolehi. Dengan itu, penyelidik sejarah dapat mengelak berlakunya kesalah di dalam kesalahan fakta sejarah. Terdapat sumber sejarah yang terpaksa dirujuk oleh para penyelidik sejarah dalam melakukan kajian. Mereka perlu berhati-hati dalam melakukan penyelidikan seperti sumber lisan yang mereka perolehi

saksi, pelaku ataupun individu yang hidup pada zaman dahulu masih hidup pada masa sekarang. Oleh itu mereka perlu menjalankan penyelidikan dengan lebih rasional. Bukan itu sahaja, para penyelidik juga berhak untuk menolak sumber-sumber lisan sekiranya mengalami pencanggahan dan kesilapan dalam fakta sejarah. Proses ini penting dalam memastikan kesahihan fakta yang digunakan sebagai sumber sejarah yang tepat. Kepentingan kritikan dalaman yang pertama adalah para penyelidik sejarah dapat menguasai pengetahuan penggunaan pelbagai bahasa. Didalam kritikan dalam tafsiran Verbal merupakan proses yang dijalankan yang mana ia dapat membantu para penyelidik dalam lebih berfokuskan kepada bahasa. Bukan itu sahaja, para penyelidik juga dapat dapat memahami sesuatu bahasa itu sebagai satu peraturan semasa kerana setiap bahasa itu sering mengalami perubahan dan berevolusi dari semasa kesemasa sejak beribu tahun yang lalu. Dengan menguasai penggunaan bahasa oleh para penyelidik itu mereka dapat mentafsir sesuatu dokumen itu dengan mudah. walau bagaimanapun, kemampuan para penyelidik untuk menguasai bahasa itu sukar. Dengan itu, mereka hanya menguasai bahasa dalam dua ataupun tiga bahasa sahaja. Oleh kerana kemapuan menguasai bahasa adalah terbatas, setiap dokumen pada kebiasaannya akan dibacakan dalam bahasa ibunda yang dapat difahami oleh semua orang. Meskipun begitu, sesetengah bahasa yang tidak di fahami akan di terjemah oleh pakarpakar bahasa yang lain seperti dokumen bahasa Portugis akan diterjemahkan oleh ahli penyelidik Portugis. Hal ini menyebabkan terdapat ahli penyelidik yang tidak gemar menggunakan sumber dokumen yang berbahasa lain. Menurut Zainal Abidin bin Abdul Wahid(1990) proses pentafsiran sejarah merupakan satu perkara yang sukar apabila kita hendak menentukan kebenaran dan ketetapan. Bagi membantu para penyelidik menterjemah

bahasa, penggunaan kamus, ensiklopedia, dan daftar istilah sejarah digunakan untuk memudahkan perterjemahan bahasa. Secara amnya, bahan-bahan ini dapat membantu para penyelidik memahami setiap makna bagi perkataan yang digunakan pada zaman dahulu. Kepentingan kritikan dalam yang seterusnya adalah membantu para penyelidik melakukan proses tafsiran teknikal bagi mengenal pasti tujuan penulisan dan bentuk-bentuk yang lebih tepat digunakan. Tafsiran ternikal ini

lebih kepada pemikiran. Ianya lebih kepada menekankan kepada tujuan penulisan dan bentuk-bentuk sumber yang digunakan dengan tepat keran setiap penyelidik berbeza dari segi idea, emosi, dan psikologi semasa menjalankan penyelidikan. seterusnya bagi bentuk sumber, ia adalah menentukan samada sumber yang dirujuk mengandungi maklumat yang tepat dan penting ataupun sumber itu tidak penting. Terdapat juga segelintir sumber-sumber yang amat penting dalam menjalankan pentafsiran sejarah tidak dapat di perolehi oleh ahli prnyelidik kerana berlakunya sekatan oleh sesetengah hal seperti proses perundangan ataupun sekatan terhadap dokumen yang mengandungi sensitiviti kaum. Seperti fail-fail tentang peristiwa 13 Mei 1969 yang menyatakan tentang rusuhan kaum. fail-fail Kadang-kadang penyelidik

seperti ini haruslah dikawal penggunaannya.

sejarah turut melakukan kesilapan semasa merujuk fail-fail kerajaan kerana fail-fail ini menggunakan bahasa perundangan yang mana ia sukar untuk difahami. Oleh itu para penyelidik sejarah perlu menjalankan penyelidikan dan merujuk sumber-sumber tersebut agar tidak mengemukakan fakta yang

salah daripada tafsiran sumber tersebut. Kepentingan kritikan dalaman yang seterusnya adalah tafsiran logik membantu ahli penyelidik sejarah dalam proses mencantumkan fakta-fakta sejarah yang diperolehi berdasarkan pemikiran yang logik. jalankan kerana penulisan penyelidik sejarah sejarah akan membangkitkan emosi dan Proses ini di

tentang sesuatu peristiwa mempengaruhi pemikiran

masyarakat. Oleh itu, idea-idea ini akan memberi kesan kepada pembaca. Penyelidik sejarah biasanya menggunakan dua kaedah iaitu kaedah naratif yang mana ia mengisahkan tentang peristiwa sejarah yang melalui peredaran masa dan kronologi. Kaedah yang kedua ialah kaedah analitik yang mana ia merupakan proses memberikan analisis dan menjawab permasalahan yang menjawab permasalahan yang berdasarkan hujah-hujah yang rasional. Tafsiran logik ini adalah penting kepada ahli sejarawan kerana ia merupakan proses dimana menjalinkan peristiwa yang terkandung dalam pemikiran sejarah iaitu sebelum,semasa danselepas sesuatu peristiwa itu. Setiap ahli penyelidik sejarah akan memberikan idea dan pandangan mereka terhadap sumber sejarah yang mana ia mengambil kira dari segi aspek kebenaran dan ketepatan sejarah. Bukan itu sahaja proses tafsiran ini turut membantu

penyelidik mengemukakan fakta yang tepat dan sahih mengikut kronologi dan tempoh masa peristiwa itu berlaku. Secara keseluruhannya, tafsiran lofik ini banyak membantu para penyelidik dalam aspek penulisan iaitu dari segi mejelaskan mengapa suatu peristiwa itu terjadi dan berlaku, mengalurkan peristiwa sejarah mengikut kronologi, mengaitkan setiap peristiwa itu dengan emosi berdasarkan peristiwa lampau, memperlihatkan perbezaan kehidupan bagi masyarakat, memberikan gambaran tepat tentang bagaimana sesuatu peristiwa itu terjadi,menyelidik kesan-kesan yang menyebabkan sesuatu peristiwa itu berlaku dan membuat sintesis tentang kajian sejarah yang dilakukan. Kepentingan kritikan dalaman yang seterusnya adalah tafsiran psikologikal membantu ahli pengkaji sejarah memahami dan melihat aspek pemikiran seseorang penulis itu tentang sesuatu sumber. Tafsiran ini penting kepada ahli penyelidik sejarah kerana setiap sumber itu terhasil daripada pemikiran seseorang itu yang mana ianya dipengaruhi oleh factor persekitaran fizikal, sosial, dan intelektual. Tafsiran ini dilakukan untuk membaca sudut pandangan orang-orang yang tertentu, dalam membina pemikiran mereka. Pada kebiasaannya idea penyelidikan sejarah adalah menggunakan emosi dalam aspek penulisan mereka. Oleh itu secara amnya dalam menyampaikan tafsiran, mereka hendaklah mempunyai fikiran yang rasional dan tidak di pengaruhi oleh mana-mana aspek. Sekiranya ianya dipengaruhi oleh faktor emosi tafsiran sejarah yang bersifat berat sebelah dan tidak bertanggungjawab akan dihasilkan. Misalnya penyelidik sejarah J.M

Gullick menulis tentang Tanah Melayu yang bersifat berat sebelah. Beliau menganyatakan raja-raja Melayu gemar berjudi, menyabung ayam, dan sering berpakaian tidak kemas. Penyataannya ini merupakan hasil penulisan yang tidak mempunyai kebenaran sejarah yang tepat. Oleh itu, dengan adanya tafsiran Psikologikal, ahli penyelidik sejarah dapat memahami saspek pemikiran penulis sesuatu sumber. Kepentingan kritikan dalaman yang terakhir adalah di mana tafsiran fakta memastikan ahli penyelidik sejarah agar mendapatkan fakta sejarah yang tepat dan benar. Penyelidik sejarah perlu mencuba dengan sebaik

mungkin dalam memahami makna-mana dan isi kandungn yang terdapat di dalam sumber yang dikaji mereka. Walau bagaimanapun, proses tafsiran ini

amat sukar bagi ahli penyelidik sejarah kerana proses ini melibatkan lebih tiga proses tafsiran fakta . oleh itu, para pemnyelidik perlu menjalankan penyelidikan mereka dengan lebih cermat dan berhati-hati agar fakta sejarah yang mereka hasilkan itu membina peristiwa sejarah yang benar-benar berlaku. Secara langsung kritikan dalaman dan krtikan luaran memainkan peranan penting membantu ahli penyelidik sejarah.

You might also like