You are on page 1of 5

Tugasan KKP

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN TUGASAN KERJA KURSUS PENDEK

TAJUK PROGRAM : PISMP TAJUK KURSUS : BUDAYA DAN

NAMA GURU PELATIH : SEMESTER : 5 AMBILAN JANUARI 2010

PEMBELAJARAN KOD KURSUS TARIKH MULA: : EDU 3106 13 FEB 2012 TARIKH HANTAR 26 MAC 2012

Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep budaya dan kepelbagaian kelompok di Malaysia. 2. Menghuraikan konsep ketaksamaan peluang pendidikan. 3. Menganalisis kepelbagaian sosio-budaya dan implikasinya terhadap pengajaran dan pembelajaran. 4. Membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya. 5. Mahir berkomunikasi untuk mendepani kepelbagaian kelompok. 6. Menangani isu-isu kepelbagaian budaya dan bahasa di dalam bilik darjah. 7. Mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kerja Kursus ini bagi menilai Hasil Pembelajaran 2, 3, 4, & 7. Objektif Kerja Kursus Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Membuat rujukan dan mengumpul data yang bersesuaian dengan kehendak tugasan. 2. Membuat catatan data yang diperoleh daripada pelbagai sumber. 3. Membincangkan secara kritis mengenai ketidaksamaan peluang pendidikan yang berlaku di sekolah. 4. Mengemukakan pelan tindakan untuk penambahbaikan ketidaksamaan peluang pendidikan kepada murid.

Tugasan 1: Tugasan Individu Kerja Kursus Pendek (70%)

Tugasan KKP

Salah satu daripada misi pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) ialah untuk merapatkan jurang pendidikan antara masyarakat bandar dan luar bandar yang bertujuan untuk memberi peluang pendidkan yang sama kepada semua golongan murid termasuk juga murid berkeperluan khas. Walaubagaimanapun, ketidaksamaan peluang pendidikan tetap berlaku di sekolah. Fenomena ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh faktor taraf sosial ekonomi murid, tetapi juga disebabkan oleh amalan guru dan kepemimpinan guru besar yang kurang peka terhadap pengaruh sosio-budaya daripada latar belakang kalangan murid. Selain itu, faktor geografi dan amalan budaya di sekolah juga merupakan faktor penghalang ke arah mewujudkan peluang pendidikan yang sama untuk golongan murid yang terdiri daripada pelbagai kelompok sosial yang meliputi kaum,jantina dan kelas sosial yang berlainan. Anda dikehendaki menjalankan satu kajian terhadap fenomena ketidaksamaan peluang pendidikan yang wujud di sekolah ketika menjalani pratikum. Kajian anda boleh menggunakan kaedah pemerhatian, soal selidik, temu bual , serta analisis dokumentasi dari segi pengumpulan data.

Sub-tugasan Penulisan Laporan kajian anda perlu meliputi aspek berikut : 1. Pengenalan konsep dan skop ketidaksamaan peluang pendidikan yang wujud di Malyasia termasuk kelompok sosial yang berlainan yang dikenal pasti dalam kalangan murid. 2. Fenomena dan isu ketidaksamaan peluang pendidikan yang anda kenal pasti di sekolah. 3. Faktor-faktor yang menyumbang terhadap kewujudan fenomena tersebut. 4. Andaikan anda sebagai guru besar mahupun seorang guru yang profesional dan peka terhadap isu kepentingan mesra budaya, kemukakan pelan tindakan yang anda boleh laksanakan demi penambahbaikan peluang pendidikan kepada murid berpandukan hasil kajian dan refleksi yang anda buat. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini adalah tugasan individu. 2. Anda hendaklah merujuk dan memperoleh maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan ilmiah, sumber-sumber dalam internet, jurnal, ensiklopedia dan majalah ilmiah. 3. Semua maklumat yang bersesuaian dengan tajuk tugasan hendaklah dibincangkan secara kritis dan memaparkan kematangan perbincangan yang ilmiah.

Tugasan KKP 4. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut: i. ii. iii. iv. v. 5. 6. Font Arial Saiz huruf ialah 12 Langkau satu setengah baris Rujukan mengikut format APA Lampiran

Amalan plagiat dilarang sama sekali. Panjang tugasan lebih kurang 2000 patah perkataan.

Tugasan 2: Tugasan Kumpulan Pembentangan artikel (30%) Sub-tugasan 1. Anda dikehendaki membentangkan satu artikel secara berkumpulan berdasarkan tajuk berikut:

a) Budaya dan Kepelbagaian Kelompok di Malaysia b) Kesedaran Kepelbagaian Sosio-Budaya c) Implikasi Kepelbagaian Sosio-Budaya d) Ketaksamaan Peluang Pendidikan e) Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya f) Kemahiran Komunikasi Guru g) Pelan Tindakah Mewujudkan Persekitaran yang Mesra Budaya

2. Pembentangan perlu berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti buku rujukan ilmiah, sumber-sumber dalam internet, jurnal, ensiklopedia dan majalah ilmiah 3. Pembentangan perlu dilakukan dalam Powerpoint dalam masa 20 minit dan 10

Tugasan KKP minit untuk sesi soal jawab. 4. Pembentangan perlu membincangkan konsep/isu topik yang dipilih, implikasi pengajaran dan perbincangan konsep/isu yang relevan dengan konteks pendidikan dan budaya di Malaysia dan bagaimana dapat membantu perkembangan profesional keguruan. 5. Sekurang-kurangnya (minimum) dua senarai rujukan digunakan. 6. Kerjasama dan kolaborasi kumpulan adalah ciri penting dalam tugasan ini.

Tugasan yang cemerlang harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. 2. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. 3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian penulisan dan sokongan ilmiah. 4. Penulisan laporan harus menunjukkan kelancaran bahasa dan, penggunaan istilah yang betul dan tepat. 5. Keseluruhan penulisan menunjukkan kematangan hujah secara kritis dan kritikal. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan kriteria pentaksiran yang disediakan.

Tugasan disediakan oleh

Disahkan oleh

_______________________ (HOH AN NUI) Penyelaras Kursus EDU3106

_______________________

Tugasan KKP

You might also like