You are on page 1of 45

WABAK SEPANJANG JALAN OBJEKTIF :

1. Membongkar masalah yang sering dihadapi gerakan Islam sepanjang zaman iaitu masalah dalaman yang mengganggu perjalanan gerakan Islam 2. Memberi jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi berkaitan ahli dan pendukung gerakan Islam sendiri. 3. Memberi suntikan baru kepada ahli untuk lebih komited dalam perjuangan dengan memahami tentang cabaran dan dugaan yang akan dihadapi.

WABAK PERTAMA : AL-FUTUR (terhenti dan melengah-lengah) Pengertian Dari sudut bahasa :(1) Terputus atau terhenti sesudah berjalan, atau diam sesudah bergerak. (2) Malas, menangguh, melengah-lengahkan sesudah bergerak aktif dan bersungguh-sungguh. Dari sudut istilah :Tahap al-Futur dibahagi kepada dua iaitu (1) Paling rendah malas, menangguh-nangguh, dan melengah-lengahkan (2) Paling tinggi berhenti terus atau diam sesudah bergerak cergas secara berterusan Sebab berlakunya al-Futur I. Sikap keterlaluan dan berlebih-lebihan di dalam agama

Sikap melampaui batas dalam melakukan ketaatan kepada Allah atau menafikan hak kerehatan yang diperlukan oleh badan. Ini boleh membawa kepada keletihan dan kejemuan. Seterusnya melahirkan sikap cuai, lalai dan sambil lewa. Manusia mempunyai kemampuan dan keupayaan yang terhad, apabila ia bertindak melapaui keupayaannya, ia pasti akan berhadapan dengan al Futur dan tidak mampu meneruskan perjuangan. II. Membazir dan melampaui batasan dalam menggunakan sesuatu yang diharuskan Sikap ini akan memberi kesan negatif kepada tubuh badan; seperti badan menjadi gemuk dan meningkatnya rangsangan syahwat. Akibatnya, dia merasa malas bertindak. Allah berfirman yang bermaksud: Wahai anak Adam ambillah (pakaian) perhiasan kamu (tutup aurat) pada setiap kali memasuki masjid. (sembahyang) Makan dan minumlah kamu asalkan jangan berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak kasih atau suka orang-orang yang boros (orang yang melampaui) (al-Araaf-31) III. Mufaraqah (meninggalkan) jemaah dan memilih hidup beruzlah dan berseorangan Meninggalkan perjuangan bersama jemaah dengan memilih untuk berjuang sendirian akan menyebabkan kehilangan teman yang dapat memberansangkan , menggalakkan dan menasihati diri tentang Tuhan. Lama-kelamaan akan menyebabkan ia lemah dan jemu. Islam sentiasa menegaskan agar kita sentiasa bersama jemaah sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud : Berpegang teguhlah kamu dengan tali Allah (agama) dan jangan kamu berpecah belah. IV. Kurang mengingati mati dan hari akhirat (Ali Imran : 103)

Sikap ini akan menyebabkan tumpulnya keazaman dan hasrat, juga akan menjadikannya lengah dalam melakukan tindakan amal jamaah. Justeru kita haruslah memperhatikan suruhan Rasulullah S.A.W yang menganjurkan kita menziarahi kubur dalam sabdanya yang bermaksud : Aku telah melarang kamu menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga kamu mendapat pengajaran. V. Pengabaian melakukan ibadat harian Pengabaian terhadap ibadah harian seperti ibadah fardhu dan lainlain ibadah sunat akan meninggalkankesan yang negatif. Thap yang paling rendah bagi kesan tadi ialah al Futur di mana ia akan malas dan begitu berat untuk menunaikan tugas atau berhenti terus dari menjalankan tugasnya. VI. Mengambil makanan yang haram atau syubahah Sikap kurang berhati-hati dalam hal ini akan menyebabkan sifat malas untuk melakukan ibadah atau tidak melakukannya langsung, atau tidak merasai kelazatan beribadah hasil dari sumber haram yang menjadi darah daging. Islam menyeru umatnya menjauhkan diri dari mengambil makanan yang haram sekalipun makanan itu di tahap syubhahnya yang paling rendah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Wahai manusia makanlah pa yang ada di dunia, makanan yang halal dan baik (bersih), janganlah kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata. (Al Baqarah : 168) VII. Penumpuan amilin ke atas sudut tertentu dari ajaran Islam Sikap menekankan sudut tertentu sahaja dalam ajaran Islam dengan menolak sebahagian yang lain contohnya menumpukan usaha kepada amal akhirat dan tata susila kemasyarakatan dengan

mengenepikan sudut-sudut laindalam agama boleh mendorong kepada al Futur. Keaadaan ini berlaku lantaran kurangnya penghayatan Islam dalam bentuk yang syumul dan menyeluruh. Firman Allah yang bermaksud : Wahai orang yang beriman masuklah islam secara keseluruhan dan janganlah mengikut jejak syaitan, sesungguhnya syaitan bagi kamu adalah musuh yang nyata. (Al Baqarah : 208) VIII. Gagal memahami sunnatullah tentang alam dan penghidupan Tindakan ini biasanya terjadi lantaran salah faham terhadap sunnatullah bagi alam dan penghidupan iaitu keperluan kepada melakukan kerja secara bertahap. Sunnatullah meletakkan kemenangan itu diberi kepada mereka yang paling bertakwa dan kalau tidak yang bertakwa, yang paling kuat dan setiap sesuatu itu ditentukan masa yang tidak mungkin didahulukan atau dikemudiankan. Apabila mereka berhadapan dengan realiti bahawa tindakan mereka itu tidak menepati apa yang dicita dan diharapkan, berlakulah al Futur dalam gerak kerja mereka sama ada dalam bentuk malas, melengah-lengah atau berhenti terus. IX. Mengabaikan hak tubuh badan kerana bebanan tugas dan tanggungjawab di samping kekurangan tenaga amilin Sikap ini akan menyebabkan mereka tidak mampu bertahan untuk meneruskan gerak kerja lantaran kelemahan tubuh badan mereka sendiri.Rasulullah S.A.W sentiasa menegaskan tentang memberi hak ke atas tubuh badan sekalipun terdapat pelbagai alasan sebagaimana sabdanya : Sesungguhnya kepada Tuhan kamu hendaklah diberi hak dan sesungguhnya kepada diri kamu hendaklah diberi hak dan kepada keluarga kamu hendaklah diberi hak, maka berilah hak kepada mereka yang mempunyai haknya.

X. Tidak bersedia dalam menghadapi halangan dan cabaran dalam perjuangan Terdapat pelbagai halangan yang bakal dihadapi dalam perjuangan yang kadangkala datangnya dari kalangan keluarga, juga ujian dan tekanan dalam bentuk kesusahan dan lain-lain lagi. Kegagalan mengatasinya akan menyebabkan patah di pertengahan jalan dan menjurus pula kepada tidak aktif dan malas untuk turut serta dalam amal jamaah dan yang berkemungkinan meninggalkan terus perjuangan yang diceburi selama ini. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Ketahuilah harta kamu dan anak-anak kamu adalah fitnah Anfaal : 28) XI. Mendampingi golongan yang tidak berjiwa besar Tindakan ini boleh menyebabkan ia dijangkiti penyakit golongan tadi iaitu dengan kata lain, mereka akan menjadi al Futur. Rasulullah sendiri menekankan untuk memilih sahabat yang baik sebagaimana sabdanya : Seseorang itu mengikut deen (cara hidup) sahabatnya, maka hendaklah salah seorang dari kamu melihat dengan siapa ia bersahabat. XII. Sambil lewa menjalankan tugas sama ada di peringkat individu atau peringkat jemaah Mengenepikan manhaj amal dan tidak bersistematik dan memberi keutamaan kepada perkara-perkara yang kurang penting ke atas perkara pokok yang lebih utama adalah antara contoh sikap sambil lewa. Keadaan yang timbul hasil dari sikap ini akan menjadikan seseorang itu malas dan terhenti (al Futur) dari meneruskan kerja jamai. XIII. Terlibat dengan perbuatan jahat dan maksiat terutamanya melakukan dosa kecil serta memandangnya sebagai remeh (al

Kesan perlakuan di atas sudah pasti berakhir dengan terhenti (al Futur) dari meneruskan perjuangan. Amaran tentang perkara ini dapat difahami melalui sabda Rasulullah S.A.W : Hendaklah kamu berjaga-jaga dari melakukan dosa-dosa keci. Sesungguhnya dosa-dosa kecil akan berlonggok di atas seseorang sehingga ia membiasakannya. Kesan al-Futur Kesan tersebut boleh dirasai sama ada amilin ataupun gerakan Islam itu sendiri. a) Kesan ke atas para amilin Kurang perhatian dan tumpuan mereka untuk melakukan ketaatan kepada Allah (kesan yang minima). Kemungkinan sikap al-Futur ini akan terus kekal hingga akhir hayatnya. Maka mereka akan berjumpa Allah dalam keadaan tidak bertanggungjawab dan tidak patuh kepada Allah. b) Kesan ke atas gerakan Islam Gerakan Islam terpaksa merempuh jalan yang panjang dalam perjuangannya, juga bebanan yang berat dan pengorbanan yang banyak. Ini kerana Allah tidak akan memberi kemenangan dan kekuasaan kepada orang yang malas, lalai, dan tidak konsisten dalam perjuangan. Cara mengatasi al-Futur Oleh kerana al-Futur boleh meninggalkan kesan negatif dan membahayakan, maka sewajarnya dihindari. Para amilin hendaklah menjaga dan membersihkan diri mereka dari penyakit tersebut dengan melakukan perkara berikut :i. Menjauhkan diri dari melakukan maksiat sama ada yang besar ataupun yang kecil

Maksiat merupakan api yang membakar hati dan mendatangkan kemurkaan Allah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaanKu maka sesengguhnya binasalah dia. (Toha : 81) ii. Berterusan melakukan ibadat harian Berterusan melakukan ibadah harian, sama ada berzikir, berdoa, membaca al Quran, solat dhuha, qiamulail dan lain-lain lagi. Kesemua bentuk pengabdian ini mencetuskan keimanan yang kukuh serta menggerak bermaksud : Dan Dia pula yang menjadikan malam dan siang silih berganti bagi orang yang ingin mengambil pengajaran atau orang yang ingin bersyukur. Furqan : 62) iii. Mengintai waktu-waktu yang afdhal untuk beramal dan melakukan ibadat Amalan yang demikian akan mencerdaskanjiwa dan menguatkankeazaman. Nabi Muhamad S.A.W bersabda : Maka hendaklah kamu perbetulkan, hampirkan dan gembirakan (dengan Allah) dan hendaklah kamu memohonpertolongan (dari Allah) pagi dan petang dan sedikit masa di waktu malam. iv. Membebaskan diri dari begitu keterlaluan di dalam agama. Tindakan ini dapat membantu menyegarkan dan membantu untuk terus konsisten dalam amalan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah berjimat dan bersederhana di samping terus memelihara apa yang biasa dilakukan daripada ibadat, bukan bererti kita meninggalkan terus atau mengabaikannya. v. Meletakkan diri dalam dakapan jamaah. (al dan mencergaskan jiwa. Firman Allah S.W.T yang

Meletakkan diri dalam dakapan jamaah dan tidak memencilkan diri dari jemaah atau melakukan sesuatu yang ganjil dalam apa bentuk sekalipun. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Jamaah adalah rahmat, berpecah adalah azab. vi. Memberi perhatian kepada sunnatullah yang wujud pada manusia dan alam seluruhnya. Melakukan kerja secara bertahap adalah tindakan yang paling baik. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Maka sesekali kamu tidak akan dapat penggantian bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak pula akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah. (F atir : 43) vii. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan. Bersedia untuk berhadapan dengan halangan dari mula hari bekerja menjadikannya sentiasa bersedia di samping dapat mengambil langkah yang perlu untuk mengatasinya. viii. Meneliti dan bertindak secara sistematik dalam pekerjaan. Bertindak secara sistematik bererti sentiasa melihat kepada keutamaan dalam melakukan sesuatu termasuklah mendahulukan yang lebih penting dan mengelakkan diri dari perselisihan sampingan atau masalah cabang yang tidak begitu penting. ix. Sentiasa mendampingi orang-orang yang soleh yang berjihad dikalangan hamba Allah. Mendampingi golongan ini akan memberi peransang kepada diri untuk meneruskan perjuangan lantaran mereka adalah orang-orang yang memiliki jiwa yang bersih dan mempunyai keazaman dan himmah yang tinggi, juga hasrat yang kental.

x.

Memberi hak kepada badan. Kerehatan serta makan minum dalam bentuk yang sederhana akan dapat menberi kecergasan kepada badan dan dapat mengembalikan kekuatan.

xi.

Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus. Menghiburkan diri dengan melakukan perlakuan yang harus dapat menolong menghapuskan rasa jemu juga dapat mengatasi al Futur dan malas. Apabila seseorang muslim membiasakan dirikan melakukan aktiviti ini ia akan merasai seolah-olah dilahirkan semula atau menjadi manusia yang lain.

xii.

Sentiasa merujuk dan mengkaji buku-buku sirah, sejarah dan biografi. Buku-buku ini mengandungi banyak kisah tentang amilin, almujahidin juga tokoh-tokoh yang berjiwa besar serta menyeronokkan diri apabila membacanya di samping mencetuskan rasa ingin mengikut jejak langkah mereka. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang yang mempunyai akal. (Yusuf : 111)

xiii.

Sentiasa mengingati mati dan soal kubur. Sentiasa mengingati mati dan soal kubur boleh menyedarkan diri dari tidur, menghalang diri daripada baring dan mengingati dari kelalaian. Sebaik-baik perantaraan untuk mengingati mati ialah sentiasa menziarahi kubur, walaupun seminggu sekali. Nabi S.A.W yang bermaksud : Aku telah melarang kamu menziarah kubur, sekarang ziarahlah,semoga kamu mendapat pengajaran.

xiv.

Sentiasa mengingati syurga dan neraka.

Mengingati

kedua-duanya

(syurga

dan

neraka)

akan

menghilangkan mengantuk dari kelopak mata dan menggerakkan himmah yang kaku dan keazaman yang lesu. xv. Sentiasa menghadiri majlis ilmu. Ilmu dapat menghidupkan hati dan kemungkinan seseorang amil itu apabila mendengar satu perkataan dari seorang alim yang ikhlas dan benar maka kalimah tadi akan menggerakkan dia untuk tempoh setahun, ataupun serpanjang usianya. xvi. Menerima Islam secara keseluruhan. Menerima Islam secara keseluruhan tanpa pengabaian sedikit pun.Kesemua cara yang sedemikian akan menjamin kelangsungan amalan yang berterusan hingga ke akhir hayat sehingga bertemu Allah. xvii. Melakukan muhasabah keatas diri dan mengkaji setiap masa. Cara ini membolehkan kita mengenal pasti kelemahan diri sejak dari awal lagi yang membolehkan mudah untuk diubati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Wahai orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat) dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. (al Hasyr : 18) WABAK KEDUA : Al-Israf (pemborosan) Pengertian Dari sudut bahasa :(1) Apa yang dibelanjakan bukan untuk ketaatan kepada Allah (2) Pembaziran atau tindakan yang melampaui batas

Dari sudut istilah :Mengikut istilah para pendakwah, pembaziran ialah perbuatan yang melampaui batas kesederhanaan, samada dalam perkara makanan, pakaian, tempat tinggal, (kediaman) dan seumpamanya yang merupakan naluri yang tersembunyi dalam diri manusia. Sebab berlaku al-Israf i) Suasana awal ia dibesarkan Kehidupan awal seseorang muslim itu sekiranya di dalam suasana keluarga yang boros dan mewah boleh menyebabkannya terikut dan mencontohi cara hidup itu. ii) Kemewahan selepas kesempitan hidup. Keadaan ini berlaku kerana kebanyakan orang apabila mereka berada dalam kesempitan dan kesusahan, mereka dapat bersabar dan meletakkan harapan hanya pada Allah. Namun apabila kehidupan berubah menjadi mewah, mereka tidak dapat hidup secara sederhana, maka berlakulah pemborosan. iii) Mendampingi golongan pemboros. Manusia kebiasaannya terpengaruh dengan akhlak temannya, terutama sekali apabila persahabatan tadi melibatkan masa yang panjang. iv) v) Lalai dengan bekalan akhirat. Isteri dan anak Seseorang amilin kadangkala diuji dengan isteri dan anak-anak yang bersifat boros. Ini berlaku kerana sikap suami yang kurang tegas. Lama-kelamaan ia bertukar menjadi pemboros.

vi)

Tidak prihatin dengan tabiat kehidupan di dunia dan apa yang sepatut dilakukan.

vii)

Memandang ringan terhadap keruntunan nafsu. Jika seorang amilin memandang ringan dengan nafsunya dan menyahut setiap tuntutannya, akhirnya ia akan tersungkur ke dalam lembah pemborosan.

viii)

Lupa terhadap kesengsaraan hari kiamat. Sesiapa yang sentiasa mengingati dan merenung kesengsaraan hari kiamat akan menjalani kehidupan tanpa menikmati kemewahan dunia (secara berlebihan) sebaliknya mereka yang lupa akan kedatangannya akan ditimpa penyakit boros. Rasulullah S.A.W bersabda : Kalaulah kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu sedikit ketawa dan banyak menangis.

ix)

Lupa tentang realiti kehidupan manusia secara umum dan umat Islam secara khusus. Umat Islam sekarang sudah berada di suatu tahap kehinaan yang wajar dikesali dan dirtapi. Sesiapa yang menghadapi situasi ini dengan sikap tidak ambil peduli berkemungkinan besar akan ditimpa dengan cara hidup yang penuh dengan kemewahan dan pemborosan serta condong untuk mengejar keindahan dunia dan perhiasannya.

x)

Lupa tentang implikasi amalan boros.

Kesan-kesan al-Israf a) Kesan ke atas para amilin i. ii. Badan dihinggapi penyakit Keras hati

iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.

Lembab daya pemikiran Rangsangan melakukan kejahatan dan dosa Kecundang di saat-saat genting dan mencabar Tidak menjaga dan mengambil berat terhadap orang lain Ditanya di hadapan Allah pada hari akhirat Terlibat dengan pendapatan haram Menjadi saudara syaitan Terhalang dari kasih sayang Allah

b) Kesan ke atas gerakan Islam Mudah dimusnahkan atau sekurang-kurangnya dimundurkan ke belakang untuk berpuluh-puluh tahun. Ini kerana senjata umat Islam untuk menghadapi musuh-musuh yakni iman, terhakis dengan sebab boros, mewah, berpoya-poya, bersenang-lenang mengecapi kenikmatan hidup dan lupa daratan. Itulah kesan pemborosan terhadap amilin dan gerakan Islam. Cara mengubati penyakit boros i. Berfikir dan merenung kesan pemborosan dan akibatnya Dengan yang demikian ia akan dapat membantu seseorang mendalami perkara tersebut dan berusaha melepaskan diri dari konkongan sifat boros sebelum terlambat. ii. Berpendirian tegas terhadap tuntutan nafsu Membersihkan diri dari runtunan nafsu di samping membiasakan diri dengan kesusahan dan kepayahan seperti Qiamulail, puasa sunat, bersedekah dan lain-lain lagi. iii. Sentiasa merenungi sunnah Rasulullah dan sirahnya

Sunnah dan sirah Rasulullah terkandung peringatan agar berjaga2 daripada terjebak dengan perlakuan boros disamping mengajar melawan runtunan nafsu. Rasulullah S.A.W bersabda : Orang mukmin hanya makan untuk satu uncang perut dan orang kafir makan untuk tujuh uncang perut. iv. Sentiasa merenungi sejarah para salaf, sahabat yang berjuang dan para ulamak amilin. Para salaf, sahabat yang berjuang dan para ulamak amilin sentiasa mengikuti jejak langkah dan cara hidup Rasulullah S.A.W .Mereka hidup dalam keadaan sederhana dan bagi mereka dunia ini hanyalah jambatan menuju ke akhirat. v. Menjauhkan diri dari golongan boros dan mendampingi golongan yang berhemat tinggi dan berjiwa besar. Golongan yang berhemat tinggi dan berjiwa besar sentiasa membelakangkan dunia dari kehidupan mereka di samping berusaha untuk berada dalam penghidupan Islam yang mulia. vi. Tumpuan kepada membina keperibadian isteri dan anak. Kejayaan pembinaan ini dapat membenteras segala bentuk kehidupan mewah, di samping dapat mencegah dari terlibat sekali lagi ke lembah pemborosan. vii. Sentiasa memikirkan tentang mati dan keadaan teruk selepas mati. Cara ini dapat membantu dalam meninggalkan semua ciri-ciri pemborosan dan kemewahan viii. Mengingatkan tabiat dan hakikat perjuangan. Mengingatkan tabiat dan hakikat perjuangan di mana ianya penuh dengan kepenatan dan penderitaan. Bekalan perjuangan tidak mungkin

dengan menghayati pemborosan, kemewahan dan kerehatan,bahkan ia memerlukan kecergasan, kesederhanaan dan kelasakan. WABAK KETIGA : Al-Istijal (gopoh/ terburu-buru) Pengetian Dari sudut bahasa:- al-istijal bermaksud mendesak, minta di segerkan, terburu-buru atau laju : Lelaki itu mendesak dan menyuruh lelaki lain agar segera dalam melaksanakan sesuatu perkara. Dari sudut istilah pendakwah :Al-Istijal ialah keinginan untuk merubah realiti penghidupan masa kini dalam sekelip mata atau kurang dari sekelip mata tanpa menilai kesan buruk yang akan berlaku di samping tidak memahami suasana persekitan yang melingkungi mereka. Mereka juga tidak menyediakan sebarang persiapan awal atau pendekatan dan cara yang sesuai bahkan hanya berharap setiap sesuatu akan kembali atau pulih kepada keadaan semula jadi (tabii) di dalam penghidupan mereka. Pandangan Islam terhadap al istijal Ajalah dan al Istijal adalah sebahagian dari tabie manusia dan ini diakui oleh Allah S.W.T yang menciptakan manusia. Firman Allah S.W.T (al Isra : 11) Bermaksud : Dan manusia berdoa dengan (memohon supaya ia ditimpa) kejahatan sebagaimana ia berdoa dengan memohon kebaikan dan sememangnya manusia itu (tabii) terburu-buru.

Maka Islam melihat kepada al-Istijal ini secara adil dan seimbang iaitu tidak memuji kesemua dan tidak pula mencela kesemuanya tetapi sebahagian dipuji dan sebahagian yang lain dicela. Al Istijal yang dipuji Al Istijal yang dipuji ialah : Apa sahaja yang lahir dari penilaian yang terperinci tentang kesan dan akibat yang akan terjadi disamping mengenal pasti suasana dan keadaan yang ada serta membuat persediaan terbaik dan susunan yang rapi. Al Istijal yang dicela Al Istijal yang dicela ialah : tindakan yang timbul dari perasaan hati yang meluap-luap tanpa menilai akibat yang bakal ditanggung serta tidak mengenal pasti suasana dan keadaan yang ada juga tidak mempunyai persiapan dan persediaan. Fenomena Al Istijal Terdapat pelbagai rupa bentuk dan wajah al Istijal iaitu di antaranya : Mereka yang dilibatkan dalam jemaah dakwah sebelum sampai ke tahap wajar dan sebelum dikenal pasti tentang keilmuan, kemampuan dan persediaan mereka. Memartabatkan setengah-setengah pendakwah ke tahap yang tinggi sebelum mereka matang dan stabil keperibadiannya. Melakukan tindak tanduk liar walaupun kecil yang tidak berfaedah dan merosakkan dakwah. Kesan-kesan Al Istijal Al Istijal akan meninggalkan beberapa kesan negatif antaranya :

1)

Ianya boleh membawa al Futur seperti yang telah dinyatakan sebelum ini

(Penyakit Pertama). Melakukan perkara sedikit yang berterusan adalah lebih baik daripada mnelakukan perkara yang banyak tetapi tidak berterusan dan sesungguhnya amalan yang disukai Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Sesungguhnya sekasih-kasih amalan kepada Allah adalah yang berterusan walaupun sedikit. 2) Kadangkala ia boleh membawa seseorang itu terkorban bukan melalui

cara mulia tanpa meninggalkan sebarang pulangan atau hasil. Di hari akhirat nanti ia akan dipertanggungjawab dan dicela di hadapan Allah. Sebab-sebab berlakunya al Istijal Antara sebab-sebab yang menjerumuskan seseorang ke dalam lembah al Istijal ialah : 1) Runtunan nafsu Apabila pendakwah tidak berusaha untuk menguasai nafsunya, iaitu dengan mengikat dirinya dengan ikatan akal dan meringankan sedikit dari kongkongan maka ini akan membawa kepada al Istijal. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan kalau Allah Taala menyegerakan bagi manusia azab sengsara kemenangan (Yunus : 11) 2) Bersemangat atau Iman yang membara. Kadangkala semangat atau iman yang membara menyebabkan al Istijal berlaku. Ini disebabkan apabila iman semakin kuat dan dapat menguasai diri seseorang ia akan melahirkan suatu tenaga atau kekuatan yang dapat nescaya binasalah mereka dan sia-sialah ajal yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat mereka.

melakukan apa sahaja. Namun jika kekuatan ini tidak dikawal dengan baik ia akan mendorong kepada melakukan pekerjaan yang buruk lebih banyak daripada pekerjaan yang berfaedah. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan bersabarlah terhadap apa yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu) dan jauhkanlah dirimu dari mereka dengan cara yang baik. (al Muzammil : 10) 3) Suasana semasa Suasana semasa juga boleh menyebabkan al Istijal berlaku. Zaman atau suasana semasa yang beredar dengan begitu pantas dengan kemajuan pengangkutan serta kemudahan pembangunan moden yang ada hari ini telah mendorong sebahagian dari para amilin bertindak gopoh dalam menyertai dan mengejar suasana semasa. 4) Realiti musuh atau seteru Kadangkala berlaku al Istijal disebabkan oleh realiti musuh atau seteru. Ini kerana setiap hari musuh-musuh Allah menguasai umat Islam dan menguasai teraju pemerintahan dunia. Mereka mengintip dan mengekori kerja-kerja Islam di setiap tempat dan cuba memadamkan kebenaran. 5) Tidak memahami strategi musuh Kegagalan memahami strategi musuh merupakan salah satu faktor berlaku al Istijal. Mereka mempunyai pelbagai bentuk strategi kotor dalam usaha untuk menguasai dunia Islam. Pendekatan tipu helah yang dilakukan ini sebenarnya adalah hasil daripada kefahaman dan pengalaman bahawa penentangan secara terang-terangan terhadap umat Islam bukan sekadar tidak berkesan bahkan membangkitkan semangat umat Islam untuk menentang mereka. 6) Berleluasanya kemungkaran serta jahil cara mengatasinya.

Berleluasanya kemungkaran serta jahil dalam mengenal pasti pendekatan yang sesuai untuk mengatasinya merupakan gejala berlakunya al Istijal. Rasulullah S.A.W bersabda : Barangsiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah ia mengubahnya dengan tangan (kekuasaannya) maka jika sekiranya ia tidak mampu maka hendaklah ia mengubah dengan lidahnya. Maka jika ia tidak mampu, maka hendaklah diubahnya dengan hatinya , yang demikian itulah selemah-lemah iman. Namun begitu dasar mengubah dan mencegah kemungkaran bukanlah bermakna ianya perlu dilakukan secara mendadak atau segera. Perubahan yang dilakukan adalah tertakluk kepada beberapa syarat agar tindakan yang akan dilakukan tidak mencetuskan kemungkaran yang lebih besar. Pendekatan dakwah yang harus dilakukan adalah mengikut keadaan. Maka apabila seseorang amilin atau pendakwah lupa tentang pendekatan yang harus dilakukan iaitu mengikut keadaan bagi mengubah kemungkaran dan membenterasnya, sudah pasti akan berlaku al Istijal (terburu-buru), kerana ia menyangka bahawa perkara tersebut pasti dilaksanakan segera, jika tidak melakukan segera maka dia akan berdosa. 7) Tidak berdaya menanggung beban dan kepenatan perjuangan. Terdapat di kalangan amilin yang bersemangat hanya untuk beberapa ketika kemudian merasa lemah serta tidak dapat bertahan lama dan menanggung segala beban perjuangan. Maka mereka yang lemah ini justeru mengambil tindakan secara gopoh bagi tujuan mengelakkan dirinya dari sebarang kesulitan dan bebanan. 8) Berjaya pada tahap-tahap persediaan atau sebahagian strategi tanpa

mengambil kira akibatnya.

Kadangkala kejayaan yang diperolehi pada tahap persediaan atau sesetengah strategi dan pendekatan seperti bilangan penyokong yang ramai atau bilangan peralatan dan harta benda yang banyak tanpa mengambil kira akibat yang akan diterima dari musuh-musuh Allah, pastinya akan terus meningkatkan tekanan dan juga fitnah yang akan berlaku serta tindak balas orang ramai (jamahir) yang merupakan punca berlakunya al Istijal. 9) Tidak ada program bagi menyedut kekuatan dan meredakan ketegangan dan keterlaluan. Kadang-kadang berlakunya al Istijal adalah disebabkan oleh ketiadaan program-program teratur bagi menyedut tenaga dan kemampuan juga meredakan ketegangan saraf kerana nafsu yang berada dalam tubuh seseorang jika tidak disibukkan untuk kebenaran ia akan disibukkan untuk kebatilan. 10) Melakukan kerja tanpa mendampingi mereka yang berpengalaman Amilin yang bijak ialah yang memanfaatkan pengalaman dan percubaan golongan yang terdahulu daripada mereka. Mereka tidak angkuh dan mementingkan diri kerana ini hanya akan menyebabkan mereka melakukan tindakan jauh dari apa yang dilakukan oleh orang yang berpengalaman. 11) Lalai tentang peraturan Allah yang berkaitan dengan alam, manusia dan perundangan. Peraturan Allah terhadap perundangan bolehlah dilihat tentang pengharaman arak, di mana proses pengharamannya melalui beberapa peringkat. Sekiranya para amilin dan daie melupai tentang sudut ini sudah tentu mereka akan bertindak secara tergopoh gapoh. 12) Lupa tentang matlamat yang dituju seseorang muslim. Matlamat utama yang ingin dicapai oleh seorang muslim adalah keredhaan Allah. Perkara ini hanya akan terlaksana melalui perantaraan pengiltizaman kepada manhaj yang ditentukan oleh Allah tanpa sebarang

pengabaian, dan terus tetap juga konsisten di atas manhaj Ilahi tadi, sehingga ke akhir hayat mengikut keupayaan yang ada dan penuh keikhlasan. 13) Lalai tentang sunnatullah (peraturan Allah) terhadap golongan penderhaka dan penolak kebenaran. 14) Bergaul dan mendampingi golongan gopoh dan tidak berhati-hati. Tabiat manusia suka terikut-ikut, dan biasanya seseorang itu akan bertindak mengikut cara dan gaya rakannya. Mendampingi golongan yang gopoh dan tidak berhati-hati dalam melakukan tindakan adalah antara sebab berlakunya al Istijal. CARA MENGATASI AL ISTIJAL i) Merenung dan mengamati kesan yang diperolehi dari perlakuan al Istijal. Cara begini dapat memberi ketenangan jiwa seterusnya membawa kepada sikap berhati-hati. ii) Sentiasa merenung dan mengamati apa yang terkandung di dalam al Quran. Cara yang demikian akan membuka mata kita mengenali sunnatullah dan diri manusia, juga perundangan. Ini tentunya akan menenangkan diri di samping menolongnya untuk lebih berhati-hati dan berlapang dada. iii) Sentiasa merujuk kepada sunnah dan sirah Nabi S.A.W. Dengan sentiasa berpandukan kepada sunnah dan sirah nabi S.A.W ianya akan dapat mengawal tindakan seseorang muslim dalam keadaan ia sentiasa mencontohi Nabi S.A.W. Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya pada diri rasulullah itu adalah contoh yang baik bagi mereka yang mengharap (rahmat) Allah dan (keselamatan hari akhirat). (al Ahzab : 21)

iv)

Sentiasa merujuk kepada buku-buku yang membicarakan riwayat hidup (biografi) dan sejarah. Buku-buku ini akan mendedahkan kepada kita tentang manhaj yang diikuti oleh para pendakwah dan golongan yang terdahulu (salaf) dalam mengalami kebatilan. Melaluinya juga kita dapat mempelajari bagaimana mereka begitu berhati-hati dalam tindakan sehingga berjaya.

v)

Melakukan sesuatu tindakan dalam perhatian dan pengawasan golongan yang berpengalaman yang mendahului kita dalam perjuangan. Cara ini akan menjaadikan kita cermat dalam mengorak langkah sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W : Orang mukmin tidak akan disengat dua kali dari satu lubang.

vi)

Melakukan kerja mengikut program dan agenda yang jelas yang mencakupi semua aspek penghidupan. Para amilin hendaklah melakukannya tahap demi tahap demi memperolehi matlamat yang diharapkan.

vii)

Hendaklah betul-betul memahami pendekatan serta perancangan musuh. Cara ini akan menolong para amilin untuk menilai natijah dan risiko yang akan berlaku, seterusnya mereka akan begitu cermat dan berjaga-jaga di samping melakukan sesuatu tindakan dengan penuh hikmah dan waspada.

viii)

Jangan sekali-kali gerun dan takut dengan penguasaan musuh serta genggaman mereka ke atas dunia Islam. Kesemuanya ini mungkin akan berakhir dalam sekelip mata. Firman Allah yang bermaksud : Dan janganlah sekali-kali kamu terpedaya oleh kebebasan orang kafir bergerak di dalam negeri. Itu hanya kesenangan sementara. Kemudian tempat tinggal mereka adalah Neraka jahanam. Dan neraka jahanam itu

adalah tempat yang seburuk-buruknya. (ali Imran 196-197) ix) Sentiasa memberi perhatian kepada matlamat yang ingin dituju oleh penghidupan seorang muslim. Cara ini dapat mendorong melakukan persediaan yang begitu itqan dan profesional di samping terus memegang dasar tadi tanpa melangkah terus kepada natijah. x) Sentiasa berhati-hati tentang sikap seseorang muslim kepada perlakuan mungkar dan cara mengatasinya.Ini dapat memberikannya gambaran tentang petanda di sepanjang jalan dan ini akan menghalangnya dari perlakuan al Istijal. xi) Sentiasa bermujahadah diri dan melatihnya supaya sentiasa bertenang dan berwaspada. WABAK KEEMPAT : Al Uzlah (pemencilan diri) Pengertian Al Uzlah atau Tafarrud Dari sudut bahasa : Bererti menjauhkan atau menyisihkan Mengikut kamus lisan al arab : meminggir sesuatu, atau mengetepikan lalu ia dipinggirkan Dari segi istilah para daie :Mengutamakan penghidupan secara berseorangan dengan meninggalkan penghidupan berjamaah. Dengan itu, seseorang merasakan sudah cukup untuk mendirikan Islam dalam dirinya tanpa mempedulikan orang lain. Kemudian secara berseorangan, ia berusaha sedaya upaya untuk menegakkannya di

kalangan orang ramai tanpa meminta pertolongan dan sokongan amilin lain yang sama-sama berada di medan perjuangan. Sebab berlakunya al Uzlah i. Berpegang kepada sebilangan dari nas syarieyang menggalakkan seseorang itu beruzlah, tanpa mengambil kira nas syarie yang menggalakkan kepada hidup berjamaah. ii. Berpandu kepada perlakuan al Uzlah yang pernah dilakukan oleh sebahagian golongan salaf tanpa memahami tentang suasana yang mendorong mereka berbuat demikian iii. iv. v. Beranggapan bahawa hidup berjamaah akan menghilangkan kewibawaan individu dan menjejaskan keperibadiannya Tidak memahami tentang tabiat bebanan apabila bersama jamaah dan bergaul dengan orang ramai Membuat ukuran bahawa bergaul dengan orang ramai mengganggu tumpuan beribadat, pada hal ia tidak memahami pengertian ibadat yang sebenar. vi. Beralasan tentang berlakunya kejahatan dan kerosakan, dalam keadaan tidak memahami peranan yang sepatutnya individu muslim apabila merebaknya kejahatan dan kerosakan vii. Merenungi berbagai rupa seksaan dan penderitaan yang menimpa para amilin agama Allah sepanjang sejarah dan melupai sikap dan pendirian mereka viii. ix. x. Mendampingi rakan Islam yang memilih al Uzlah dan bersendirian sebagai cara hidup Berbilangan pertubuhan dan jamaah yang bekerja untuk agama Allah Alpa tentang kesan yang timbul dari perbuatan al Uzlah

Kesan dari al Uzlah a) Kesan ke atas amilin i. Kejahilan tentang identiti diri mereka sendiri Apabila seseorang individu muslim itu berada dalam keadan al Uzlah, ai akan terus jahil tentang syaksyiah dan identitinya, dan ini pasti merugikannya kerana ia condong mendorongnya melakukan sesuatu perbuatan buruk dengan anggapan ianya baik, dan kemungkinan ia meninggalkan perbuatan yang baik dengan anggapan ianya buruk. ii. Tertegah dari mendapat pertolongan rakan-rakan juga bantuan mereka untuk memperbaiki keaiban dan kecacatan yang ada Kelemahan jiwa dan keazaman yang tidak kuat menjadikan seseorang itu tidak mampu untuk mengatasi dan memperbaiki kelemahan yang ada pada dirinya justeru memerlukan pertolongan orang lain untuk membantunya. Dengan memilih jalan uzlah, pastinya bantuan itu tidak mungkin diperolehi. iii. Terbantut sebahagian kekuatan dan keupayaan mereka Memilih jalan uzlah mendedahkan sebahagian dari kekuatan dan keupayaan diri kepada gangguan dan ini akan menjuruskan kepada berlakunya kepincangan dalam syaksyiah di samping membolehkan syaitan, manusia dan jin mengambil kesempatan menggoda dan menyesatkannya. iv. Kurang pengamatan, pengalaman dan cubaan yang boleh menolong mereka dalam menghadapi cabaran dan rintangan yang menghalang perjalanan Sebenarnya jalan yang dilalui untuk tujuan agama Allah penuh dengan duri dan ranjau yang begitu mencabar. Hanya individu muslim yang cerdik dan matang,yang memiliki pengalaman dari

pelbagai cubaan, mampu mengatasi rintangan tadi dan akan terselamat dari segala ranjau dan duri. v. Dikuasai perasaan hampa dan putus asa yang akhirnya membawa kepada al Futur Persoalan dan tanda tanya ini akan terus menghantuinya sekiranya mengambil sikap al Uzlah dan bekerja secara sendirian. Ini kerana ia tidak mempunyai apa2 untuk menangkis kebimbangan itu yang akhirnya mencetuskan perasaan hampa di dalam hatinya, dan jiwanya akan berputus asa. vi. Kurang pengamatan dan harapan mereka kepada ganjaran pahala Bagi orang yang memilih al uzlah dan hidup bersendirian ia tidak mungkin memperolehi peluang-peluang seperti kesempatan menziarahi sesama muslim atau mengucapkan tahniah di atas nikmat atau menyampaikan tkziah kerana bencana yang menimpa. Sebagai hasilnya pengamatan dan harapan darinya untuk memperolah pahala adalah begitu sedikit. vii. Tidak berupaya menegakkan agama Allah di dalam diri mereka sama ada hari ini atau esok Sebenarnya kebatilan tidak mungkin bertapak kecualilah apabila pendokong kebenaran lari meninggalkan medan perjuangan atau mereka menjalankan tugas secara berasingan. Sesiapa yang mengambil jalan ini ia pasti menghadapi jalan buntu sama ada hari ini ataupun esok. viii. Mendedahkan diri kepada dosa dan kemarahan Allah kerana memencilkan diri dari orang ramai dan meninggalkan jamaah Sabda Rasulullah S.A.W :

Sesiapa yang meninggalkan jemaah sejengkal maka ia telah menanggalkan ikatan Islam dari tengkoknya. b) Kesan ke atas gerakan Islam i. Mudah dipukul dan dikecundangkan, atau sekurang-kurangnya ia dibantutkan Umat Islam diperintahkan agar bersatu dan mengelakkan dari berpecah dan bercakaran sesama sendiri. Firman Allah S.W.T yang bermaksud : Dan hendaklah kamu semua tolong menolong untuk kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu semua tolong menolong untuk dosa dan permusuhan. Maidah : 2) ii. Terhalang dari pertolongan atau bantuan Allah Allah telah berjanji bahawa Ia tidak akan memberi sebarang pertolongan dan bantuan kecuali mereka bangun melakukan amal Islami dalam keadaan berganding bahu dan bersatu padu.asulullah S.A.W : Tangan (kekuatan) Allah bersama jemaah Cara Mengatasi dan Melindungi dari al Uzlah i) Memahami dengan baik tentang kaitan dan hubungan nas-nas syara mengenai beruzlah pada satu sudut terdapat nas-nas syara yang menggalakkan beruzlah tetapi pada sudut yang lain pula menggalakkan supaya berinteraksi dengan orang ramai dan bersama jemaah ii) Memahami sepenuhnya tentang suasana dan sebab-sebab yang mendorong golongan salaf (dahulu) beruzlah (al

Golongan salaf pada masa dahulu beruzlah tanpa menimbulkan sebarang kemudaratan, kerana pada masa itu telah tertegak Negara Islam,dan bendera Islam dapat dikibarkan. Kiranya kita mengambil jalan ini kemudaratan yang begitu banyak pasti berlaku lantaran Negara Islam sudah tidak wujud lagi di samping usahausaha keras musuh-musuh Islam memerangi umt Islam hari ini.

iii)

Menguasai dan memahami secara terperinci Manhaj Islam dalam mempadukan di antara keperluan individu dan jamaah Cara ini dapat menjamin seseorang muslim supaya hidup dalam pelukan jemaah,dan dalam masa yang sama ia mampu untuk menjaga kepentingan dirinya.

iv)

Berpendirian memahami pengertian ibadat yang sebenar Ini dapat mengelakkan perlakuan uzlah dan mendorong kepada penglibatan dengan jemaah, juga bergaul dengan orang ramai tanpa sebarang perasaan tidak selesa.

v)

Mujahadah diri secara berterusan dan bersungguh-sungguh Dengan ini dirinya tidak dikuasai oleh hawa nafsu dan diperhambakan oleh syahwat dan keinginan.

vi)

Memahami peranan yang wajib dilakukan oleh seseorang Islam dalam menghadapi suasana kejahatan dan kerosakan yang begitu merebak ini dapat menyelamatkan para amilin dari dibelenggu al uzlah dan membawanya bergaul dengan orang ramai dan merempuh semua halangan bagi tujuan membenteras semua kejahatan atau mengubati dan memulihkan segala kerosakan dan kejahatan yang berlaku.

vii)

Kembali sepenuhnya kepada Allah dan memohon dari Allah dengan sebenar-benarnya.

viii)

Menjauhkan diri dari mendampingi kumpulan yang memilih jalan beruzlah dengan mendampingi saf amilin

ix)

Mengenal pasti dengan betul dan terperinci tentang realiti perjuangan sesuatu pertubuhan atau jamaah yang bekerja untuk Islam

x)

Mengamati dan memahami hakikat minhaj yang pernah dilakukan oleh Rasul SAW dalam membina mercu dan Negara Islam yang pertama Kefahaman yang demikian akan membantu melepaskan diri dari al Uzlah bahkan akan mendorongnya menyertai jamaah dengan mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Nabi S.A.W dalam firman Allah : Sesungguhnya pada Rasulullah adalah contoh yang baik untuk kamu, bagi siapa yang berharap untuk bertemu Allah dan hari akhirat, dan banyak mengingati Allah. (al Ahzab : 21)

xi)

Mengenal pasti bahawa musuh-musuh Allah dari golongan kuffar dan munafiqin sentiasa bekerjasama di antara mereka secara pakatan untuk memukul Islam

xii)

Merenungi dan mengamati tentang kehidupan ciptaan Allah yang berada di sekeliling kita

xiii)

Mengenal pasti hakikat kesan yang timbul dari perlakuan al Uzlah Dengan mengenalpasti kesan yang akan timbul ianya pasti akan mendorong mereka yang mempunyai perasaan, atau mereka yang mahu mendengar dengan penuh kesedaranuntuk hidup bersama

orang ramai kerana bimbang terjebak ke dalam kesan-kesan atau akibat yang disebutkan. WABAK KELIMA : Al Ijab bil Nafsi (terpesona dengan diri sendiri) Pengertian Al Ijab bil Nafsi Dari sudut bahasa : i. Gembira dan berharapan baik Terpesona dengan suatu perkara, ertinya perkara itu menyukakannya atau menakjubkan Firman Allah yang bermaksud : Katakanlah 9wahai Muhammad) tidak sama yang buruk dengan yang baik walaupun banyak yang buruk itu mempersonakan kamu. (al-Maidah: 100) ii. Rasa besar dan membesarkan Sebagai contoh, lelaki yang terpesona ertinya ia seorang yang megah, besar diri, dan at Takabbur kerana sesuatu kebaikan atau kejahatan yang terdapat pada dirinya. Firman Allah yang bermaksud : Dan pada hari peperangan Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab jumlah bilangan kamu yang ramai. Maka jumlah yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikit pun ( at Taubah: 25) Dari sudut Istilah : Terpesona dengan diri sendiri ialah suatu kegembiraan dengan diri sendiri, hasil dari apa yang dilakukannya sama ada perkataan atau perbuatan tanpa menyinggung orang lain, tanpa mengambil kira perkataan dan perbuatan tadi baik atau buruk, terpuji atau terkeji. Sekiranya perasaan terpesona tadi menyentuh dan menyinggung orang lain dalam bentuk penghinaan ke atas peribadi mereka di samping dia

mengecilkan apa yang mereka lakukan itu, dikira al Ghurur atau terlalu telalu mengkagumi diri sendiri. Sekiranya telah menyentuh perasaan orang lain dalam bentuk penghinaan peribadi mereka juga meninggikan dirinya ke atas mereka ianya dinamakan al Takabbur atau begitu mengkagumi dirinya. Sebab berlakunya Al Ijab bil Nafsi i) Suasana awal dibesarkan Keadan ini berlaku kerana manusia terikut-ikut dengan perlakuan kedua orang tuanya semasa dibesarkan. Antaranya ialah sikap suka mengangkat diri dan dipuji sama ada dalam bentuk kebenaran atau kebatilan dan enggan menerima nasihat. ii) Memuja dan memuji secara berdepan tanpa mematuhi dan mengambil kira adab dan peraturan hukum syara yang berkaitan dengan pujian. Hal ini berlaku disebabkan terdapat jenis manusia yang mana apabila ia dipuji secara berdepan tanpa mengambil kira adab dan peraturan hukum syara yang berkaitan dengan pujian, akan terus melambung dan merasa dirinya begitu tinggi kerana kejahilannya tentang tipu daya syaitan. Pada masa itu, terlintas dalam kepalanya bahawa ia tidak dipuja dan dipuji kecuali ia mempunyai kebolehan diri yang tidak dimiliki oleh orang lain. Anggapan yang bermain dalam pemikirannya akan menyebabkan ia dihinggapi penyakit al Ijab iii) Mendampingi golongan yang bersifat kagum dengan diri mereka sendiri Apabila seseorang itu berdampingan dengan golongan sedemikian, mereka akan terkesan sedikit sebanyak dengan perwatakanrakannya. Ini kerana tabiat manusia yang mudah terpengaruh. Jadi di sinilah rahsia di sebalik Islam menegaskan tentang perlunya memilih rakan. iv) Berada di dalam nikmat dengan melupai penganugerah nikmat (Allah).

Terdapat amilin di mana apabila Allah mengurniakannya nikmat sama ada nilmat harta benda, ilmu pengetahuan, kekuatan, pangkat dan seumpamanya, dia akan tenggelam dengan nikmat itu sehingga dia melupai pemberi nikmat itu, iaitu Allah. Hasil dari pengaruh nikmat itu, maka dirinya membisik bahawa segala yang diperolehi adalah hasil keupayaan dan kebolehan yang ada pada dirinya seperti yang dilafazkan oleh Qarun bermaksud : (Qarun berkata), sesungguhnya apa uang diberi kepada aku harta, itu kerana ilmu yang ada pada ku. (al Qasas : 78) Bisikan tersebut akan terus bersemarak di dalam dirinya

sehinggalah ia melihat bahawa ia telah sampai ke kemuncaknya dengan merasai begitu selesa terhadap apa yang dihasilkannya. Sekalipun yang dilakukan itu tidak betul. Demikianlah sikap al Ijab bil Nafsi. v) Memikul tugas sebelum matang dan tarbiyahan secukupnya. Al Ijab bil Nafsi juga berlaku disebabkan seseorang itu dibebankan dengan tanggungjawab sebelum ia matang atau ditarbiyyah secukupnya. Ini kerana fenomena yang wujud dalam gerakan itu sendiri yang mana, mahu tidak mahu sebahagian amilin terpaksa bertanggungjawab kendalikan sebahagian kerja pada hal mereka belum layak untuk memikulnya samada dari sudut kewibawaan ataupun keupayaan. Kemudian syaitan akan membisik pada hati kecil mereka bahawa kepercayaan dalam menjalankan tugas tersebut tidak mungkin diserahkan jika ia tidak mempunyai kebolehan dan keupayaan diri. Godaan syiatan itu akan mempersonakannya dan mereka akan mula mengangkat dirilebih dari tahap sepatutnya. Kerana itulah Islam begitu prihatin tentang perlunya berpengetahuan dan kefahaman (fiqh). Ia perlu wujud dalam diri

seseorang sebelum memikul tanggungjawab atau kepempinan seperti firman Allah yang bermaksud : Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama untuk memberi peringatan kepadanya supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (al Taubah : 122) vi) Lalai atau gagal mengenali hakikat diri Apabila manusia gagal atau alpa mengenali hakikat diri, yang mana dijadikan dari air mani yang keji, dan mereka adalah makhluk yang penuh dengan kekurangan, pada akhirnya akan disemadikan di dalam tanah sebagai tempat kembali. Apabila realiti ini dilupakan, ia merasakan dirinya begitu hebat. Kerana itulah dalam al-Quran berkali-kali diulang tentang hakikat diri manusia bermula dari tahap awal dijadikan sehinggalah kesudahan hayatnya. vii) Keturunan yang baik dan mulia. Kadangkala sebab yang membawa kepada penyakit tersebut ialah kerana seseorang itu berasal dari keturunan yang baik dan mulia. Apabila seseorang menyedari bahawa dirinya datang dari keluarga kenamaan atau keturunan yang baik, ia akan merasai bahawa diri dan apa sahaja yang dicetuskan adalah baik belaka sehingga dia lupa yang keturunan tidak mugkin menjadikan seseorang maju atau mundur. Bahkan punca segalanya keturunan. viii) Keterlaluan dan berlebihan dalam memberi penghargaan dan bergantung kepada tindakan yang dilakukandengan bersungguh-sungguh. Dengan cara itu akan terhakis rasa bangga dengan

penghormatan.

Penghormatan yang keterlaluan terhadap ahli di dalam jemaah, yang mana jelas bercanggah dengan Islam dan ditolak oleh undangundang Allah akan membawa kepada al Ijab bil Nafsi. Sebagai contoh mereka bangun atau duduk selagi orang yang dimuliakan itu bangun atau duduk, atau mencium tangannya dan membongkok diri bila berhadapan dengannya. Bila penghormata diberi, ia akan merasai penghormatan tersebut adalah kerana keupayaan dan kehebatan yang ada padanya Mungkin inilah rahsia kenapa Nabi S.A.W melarang para sahabat bangun sebagai tanda penghormatan kepada Baginda. ix) Ketaatan yang melampaui batas. Ketaatan yang keterlaluan yang diterima oleh para pengikut dalam gerakan, yang mana jelas tidak selari dengan manhaj Allah sehingga ia patuh dalam semua perkara sama ada makruf atau mungkar juga punca membawa kepada al Ijab bil Nafsi. Hal ini menyebabkan tercetus dalam dirinya bahawa ia tidak akan ditaati oleh pengikutnya kecuali keeistimewaan yang pada dirinya berbanding orang lain. Mungkin inilah rahsia di sebalik Islam memberi penekanan agar mentaati perkara makruf sahaja dan bukan perkara maksiat. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud: Ke atas individu muslim hendaklah dengar dan taat,pada perkara yang ia suka atau benci, kecuali apabila ia disuruh melakukan maksiat. Maka ia tidak boleh lagi dengar dan taat. x) Tidak menyedari tentang kesan yang akan timbul dari perlakuan al Ijab bil Nafsi. Sekiranya para amilin gagal memahami akibat yang timbul dari perlakuan al Ijab bil Nafsi, maka sudah pasti ia ditimpa sifat tersebut.

Kesan Al Ijab bil Nafsi Al Ijab bil Nafsi sebenarnya memberi kesan yang tidak baik dan memudaratkan sama ada ke atas diri para amilin ataupun ke atas amal Islami itu sendiri.

Kesan terhadap para Amilin i) Terjebak ke dalam perangkap al Ghurur bahkan juga al Takabbur Ini kerana orang yang terpesona dengan dirinya sendiri pasti akan didorong oleh sifat itu untuk ia melupakan diri dan mengenetepikan usaha muhasabah diri. Ekoran itu, ia akan mengambil sikap merendah dan mengecilkan apa sahaja yang dilakukan oleh orang lain (al Ghurur) serta bersikap meninggi diri ke atas orang di samping memperkecilkan kewibawaan orang lain (al Takabbur). Kedua-dua sifat itu akan membawa kepada kebinasaan. ii) Terhalang daripada mendapat taufik Allah. Ini disebabkan sikap ujub yang ada pada seseorang akan terus mengheretnya kepada satu sikap yang dinamakan kekakuan. Realiti sunnatullah ialah Allah tidak akan memberi taufiq kepada hambanya kecuali kepada yang melekangkan dirinya dari sifat keakuan, dan mengeluarkan bahagian syaitan dari dalam diri mereka. iii) Kecundang apabila berhadapan suasana gawat dan genting Ini kerana orang yang ujub sentiasa mengabaikan dirinya dari tazkiyyah atau meningkatkan pengabdiannya di jalan Allah. Oleh itu ia tidak akan berupaya apabila berhadapan dengan suasana gawat kerana ia tidak mengenali Allah semasa senang maka Allah juga tidak mengenalinya semasa susah. Benarrlah apa yang Allah firmankan yang bermaksud:

Sesungguhnya Allah bersama-sama orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan (an Nahl : 128) iv) Orang ramai menjauhkan diri dan membencinya. Ini disebabkan orang-orang yang ujub sentiasa mendedahkan pekong di dadanya yang membawa kemurkaan Allah. Sesiapa yang dimurkai Allah, maka seluruh penghuni langit akan turut memarahinya dan diturunkan ke bumi untuk turut memarahinya. Akibatnya orang ramai akan menjauhkan diri darinya, di samping mebencinya. Malah tidak sanggup melihat dan mendengar suaranya. v) Balasan dari Allah sama ada cepat atau lambat. Ini desebabkan orang yang terpesona dengan dirinya telah menjadikan sifat atau akhlknya terdedah kepada azab Allah dalam kadar segera di mana ia akan dimusnahkan seperti yang pernah berlaku kepada umat terdahulu. Atau sekurang-kurangnya, ia akan dibalas dalam bentuk keluh kesah, hilang pdoman dan hilang ketenteraman jiwa. Manakala azab yang lambat pula, mereka akan diazab oleh Allah. Kesan ke atas gerakan i. Mudah ditembusi Ini kerana kagagalan para amilin yang kagum dengan diri sendiri untuk menghadapi suasana getir dan mencabar. ii. Terhenti atau sekurang-kurangnya agak lambat untuk memperolehi sahabat dan para penyokong Ini kerana orang ramai sentiasa menjauhi mereka dan membenci amilin yang terpesona dengan diri sendiri. Akibatnya, bebanan yang begitu banyak perlu dipikul oleh gerakan Islam.

FENOMENA AL IJAB BIL NAFSI i. ii. iii. Menonjolkan kebaikan diri Enggan menerima nasihat Rasa gembira mendengar kelemahan orang lain terutamanya yang berlaku di kalangan rakan-rakannya Cara Mengubati Penyakit al Ijab Bil Nafsi i) ii) iii) iv) v) vi) vii) Sentiasa mengingati hakikat kejadian diri manusia Sentiasa mengingati tentang apa itu hakikat dunia dan apa pula hakikat akhirat Sentiasa mengingati tentang nikmat Allah yang dilimpahkan ke atas manusia dari sebesar-besar sehinggalah ke sekecil-kecilnya Sentiasa memikirkan tentang mati, kedudukan selepas mati yang penuh penderitaan dan kengerian Sentiasa mendengar dan mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi Sentiasa menghadiri majlis ilmu, terutamanya majlis ilmu yang membicarakan tentang penyakit jiwa (hati) dan cara mengatasinya Sentiasa memerhati keadaan orang yang sakit, cacat anggota, bahkan juga orang-orang yang mati terutamanya pada waktu mereka dimandi, dikapan dan ditanam viii) ix) x) Memperingatkan ibubapa agar membebaskan diri dari penyakit al Ijab bil Nafsi dan seumpamanya Hendaklah menjauhkan diri dari bergaul dengan golongan yang kagum dengan diri sendiri Hendaklah sentiasa diperingati tentang betapa perlunya adab dan tatatertib syara diikuti dalam menyampaikan sesuatu penghargaan, pujian, dan penghormatan juga dalam memberi kesetiaan dan ketaatan xi) Jangan terlalu gopoh untuk memegang teraju kepimpinan dalam keadaan tertentu

xii)

Hendaklah selalu mengkaji dan merenungi sejarah golongan yang terdahulu bagaimana mereka mengawal diri apabila bertembung dengan perlakuan ini

xiii)

Mendedah dan membiarkan diri dari semasa ke semasa kepada suatu sikap yang boleh menghapuskan rasa sombong dan meletakkan diri dalam keadaan yang sebenar

xiv) xv) xvi) xvii) xviii)

Perlu kepada pengawasan orang lain yang sentiasa berada di sampingnya Muhasabah diri sepanjang masa sehingga ia berjaya mengenal pasti keaiban yang ada pada dirinya Mengenal pasti akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan al Ijab bil Nafsi Memohon pertolongan dari Allah melalui perantara doa, pertolongan dan penyerahan diri kepadaNya Perlu menekankan tentang tanggungjawab individu, tanpa mengambil kira keturunan dan asal usul

WABAK KEENAM : Al-Ghurur (tertipu dengan diri sendiri) Pengetian Dari sudut bahasa i. ii. Al Khida (penipuan), sama ada penipuan dilakukan ke atas diri sendiri atau pun orang lain Perlakuan yang boleh membawa kepada al Ghurur atau terjerumus ke dalamnya. Mengikut al Jauhari, al Ghurur bermaksud seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia. Dari dudut istilah Menurut istilah para dai dan amilin, al Ghurur bermaksud kekaguman seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang

lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan tapi tidak sampai memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka Sebab berlakunya al Ghurur Oleh kerana al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi al Ijab bil Nafsi, maka sudah semestinya sebab-sebab mendorong seseorang itu bersikap demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong kepada perlakuan al-Ijab bil Nafsi. i. ii. iii. iv. Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri Enggan menerima bimbingan orang lain Keterlaluan (tasydid) dalam agama Keterlaluan melakukan pengkajian ilmu agama terutamanya perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam masa yang sama mengabaikan tugas utama v. vi. vii. viii. ix. Menumpukan kepada ketaatan dengan dan kejahatan berleluasa Condong kepada dunia Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak melihat sudut lain yang sepatutnya Keterlaluan sesetengah amilin dalam menyembunyi amalan yang mereka lakukan Dikriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikutnya membiarkan kemungkaran

Kesan al Ghurur Kesan ke atas amilin:Kesan ke atas amilin dari perlakuan al Ghurur adalah merupakan penambahan kesan ke atas perlakuan al Ijab bil Nafsi

i. ii. iii.

Terjebak ke dalam perangkap kejahatan dan suka bertegang leher Terperangkap ke dalam kancah at Takabbur di muka bumi tanpa kebenaran (hak) Keras kepala

Kesan ke atas gerakan Islam:i. Mudah dibolosi musuh Allah di mana akhirnya gerakan Islam akan mudah dihancurkan. Akibatnya, gerakan Islam terpaksa bekerja keras dan melakukan banyak pengorbanan untuk mencapai hasil dan terpaksa menunggu masa yang panjang ii. Orang awam dan orang biasa akan menjauhkan diri dari gerakan Islam terutama di saat-saat genting dan mencabar. Ini kerana mereka melihat bahawa para pendukung gerakan terdiri dari golongan al Ghurur yang sentiasa merendah dan mengecil-ngecilkan segala tindakan dan usaha yang mereka lakukan sekalipun apa yang mereka lakukan adalah sesuatu yang baik dan itulah satu-satunya yang terdaya oleh mereka Fenomena al Ghurur i. ii. iii. Mengambil sikap untuk memperlekeh dan mengecilkan usaha dan kerja orang lain, sekali pun usaha yang dilakukan itu adalah baik Sentiasa bercakap tentang kerja yang dilakukannya dengan memuji dan mengangkat dirinya sendiri Susah untuk tunduk dan menerima kebenaran sekalipun kebenaran datang dari ahli dan tokoh yang tidak dipertikaikan

Mengubati al Ghurur i. ii. iii. Sentiasa merenungi dan mengamati tentang akibat dan kesan yang timbul dari perlakuan al Ghurur Sentiasa mengambil pendekatan sederhana dalam semua perkara termasuklah dalam melakukan ibadat dan melakukan yang harus Sentiasa mengingati bahawa biar bagaimana pentingnya sesuatu perbuatan yang dilakukan ianya bukanlah sebab bagi keselamatan seseorang sehingga ia terus bergantung dengan amalan tadi. Sesungguhnya keselamatan sebenar adalah hak mutlak Allah yang dikurniakan kepada hambaNya. iv. Hendaklah sentiasa mengamati kitab Allah dan Sunnah Nabi Nya s.a.w kerana cara yang demikian akan dapat menyingkap tentang betapa takut dan bimbangnya mereka kalau-kalau terjatuh ke dalam kejahatan. Padahal ketaatan mereka kepada Allah begitu hebat dan besar sekali. Semoga dengan renungan ini akan dapat kita mencontohi dan mengikuti jejak langkah mereka. v. Mengamati sejarah dan perkhabaran golongan salaf dari kalangan umat Muhammad s.a.w. di mana mereka telah melakukan kebajikan yang begitu banyak dengan begitu ikhlas dan benar. vi. Sentiasa memberi tumpuan kepada persoalan yang melibatkan masalah pokok (utama), dan mengelakkan diri dari terlibat dengan persoalan dan masalah-masalah ganjil dan pelik demi menjaga waktu. vii. Menjauhkan diri dari mereka yang bersifat al Ghurur dan mendampingi golongan yang memahami betapa Tuhan berkuasa segala-galanya ke atas diri mereka viii. ix. Sentiasa melakukan muhasabah diri dan melatihnya sehingga berjaya mencabut akhlak yang tidak baik dalam dirinya Pengawasan dari rakan-rakan yang bertanggungjawab memberikan nasihat mengikut syarat dan adab yang ditentukan.

x.

Hendaklah dilambatkan atau dilengahkan sementara waktu dari menyerahkan teraju pimpinan kepadanya sehinggalah ia betul-betul dapat membersihkan penyakit ini dari dirinya.

xi.

Orang-orang di sekelilingnya hendaklah menjaga dan menghormati adab-adab syara dalam memberi kepujian, penghormatan dan ketaatan supaya dapat dipintas laluan syaitan kepada penyakit al Ghurur

xii.

Golongan contoh hendaklah cermat dalam berinteraksi dengan para pengikut. Mereka hendaklah melakukannya secara sama rata tanpa diskriminasi.

xiii.

Sentiasa memohon pertolongan dari Allah

WABAK KETUJUH : At Takabbur (sombong dan membesar diri) Pengertian Dari sudut bahasa :Memberi makna Taazum yang bereti menonjolkan kebesaran dan kesombongan. Mengikut kamus lisan al arab, kalimah al Takabbur dan al Istikbar memberi erti kebesaran dan kesombongan. Pengertian tersebut dapat difahami dari firman Allah yang bermaksud : Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong dan at Takabbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar (al-Araf: 146) Ayat tersebut memberi erti bahawa mereka melihat diri mereka adalah sebaikbaik makhluk, dan hanya mereka yang memiliki hak (keistimewaan) yang tidak dimiliki oleh orang lain. Dari sudut istilah :-

Seseorang amil itu menonjolkan kebesaran ke atas dirinya dalam bentuk menghina orang lain dan memperlekehkan kewibawaan mereka. Dia juga angkuh untuk menerima kebenaran dari orang lain. Perbezaan di antara at Takabbur dan Izzah (kemegahan) At Takabbur diri secara Izzah batil/tidak Menanggung diri secara hak@betul Mengakui nikmat dan sentiasa menyebutnya

Menanggung betul

Mengingkari dan menafikan nikmat Punca berlaku at Takabbur

At Takabbur merupakan kemuncak bagi al Ijab bil Nafsi sehingga mendorong seseorang itu memandang hina ke atas orang lain dan ia sama juga dengan al ghurur. Maka sebab berlakunya juga adalah hampir sama. i. ii. iii. iv. v. vi. Sikap keterlaluan dalam bertawadu Kepincangan ukuran kebaikan dan kemuliaan di kalangan manusia Membandingkan nikmat yang diperolehinya dengan oarng lain dan melupai penganugerahan nikmat (Allah) Menganggap nikmat yang diperolehi kekal selamanya Mendahului orang lain dalam memperolehi keistimewaan dan kebaikan Lupa tentang kesan akibat sikap takabbur

Fenomena at Takabbur i. ii. Berjalan mengorak langkah dalam keadaan angkuh dan sombong dan memalingkan muka dari manusia Melakukan kerosakan di muka bumi apabila berpeluang berbuat demikian dengan menolak semua nasihat yang diberi dan enggan menerima kebenaran

iii. iv. v. vi.

Berlagak dan mengada-ngada dalam percakapan Melabuhkan bertakabbur Begitu ghairah supaya orang datang kepadanya dan dia pula tidak suka untuk berjumpa mereka Begitu gemar mendahului orang lain kain (pakaian) dengan tujuan bermegah dan

Kesan at Takabbur Kesan ke atas amilin i. ii. iii. iv. Terhalang dari melihat dan mengambil iktibar Kegelisahan dan hilang ketenteraman jiwa Berterusan dalam kecacatan dan ketidaksempurnaan Terhalang dari masuk syurga

Kesan ke atas gerakan islam i. ii. Kurang mendapat penyokong, bahkan mencetuskan perpecahan dan porak peranda Terhalang dari pertolongan dan sokongan Allah

Mengubati at Takabbur i. ii. Sentiasa memperingatkan diri tentang akibat dan kesan yang akan berlaku hasil dari perlakuan at Takabbur Sentiasa menziarahi orang sakit, dan menyaksikan orang yang sedang nazak, orang yang ditimpa bala, mengiringi jenazah dan menziarahi kubur iii. iv. Menjauhkan diri dari bersahabat dengan golongan at Takabbur Sentiasa bergaul dengan golongan lemah, miskin dan cacat

v. vi. vii. viii. ix. x.

Sentiasa merenungi diri dan alam Sentiasa merenungi sejarah dan kisah golongan at Takabbur yang terdahulu Sentiasa mengikuti majlis-majlis ilmu yang dikendalikan tokoh ulama ulung dan boleh dipercayai Berusaha membiasakan diri dengan melakukan perbuatan yang kurang digemari oleh kebanyakan orang Sentiasa memohon kemaafan dari orang yang pernah dihina atau melakukan kesombongan terhadap mereka Golongan yang bukan at Takabbur hendaklah sentiasa menyebut dan mendedahkan segala nikmat yang diperolehi terutama apabila berhadapan dengan golongan at Takabbur

xi. xii. xiii. xiv.

Sentiasa mengingati ukuran kebaikan dan keutamaan mengikut penilaian Islam Berterusan dalam melakukan ketaatan kepada Allah Sentiasa muhasabah diri sepanjang masa Tidak lupa untuk memohon pertolongan Allah

You might also like