You are on page 1of 5

1.

PENGENALAN

Transkripsi fonetik juga dikenali sebagai transkripsi sempit, iaitu pengkaji memberi lambang fonetik setepat-tepatnya dan terperinci yang merangkumi lambang koartikulasi seperti lambang pembibiran, penyengauan, nasalisasi, perengkungan,

penglelangitkerasan dan glotalisasi. Berikut merupakan syarat-syarat penghasilan sebuah transkripsi yang baik : i. Lambang permulaan ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah [# ii. Lambang akhiran ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah #] iii. Lambang jeda atau hentian sebentar bagi ayat atau ujaran pertuturan bagi transkripsi fonetik ialah // v. Semua permulaan kata dalam ayat baik dalam transkripsi fonetik mesti dimulai dengan huruf kecil. vi. Tiada penggunaan huruf besar, tanda koma, tanda titik, tanda seru, tanda soal, tanda sempang, pembuka dan penutup kata dalam penulisan transkripsi fonetik.

Pada tanggal 31hb Julai 2011, saya telah menemubual seorang warga emas yang bernama Che Rosnah bte Abu Bakar yang berumur 58 tahun. Beliau berasal daripada Sayong, Kuala Kangsar. Pada umur belasan tahun, beliau berhijrah ke Felda Ijok, Selama mengikuti keluarganya yang berpindah ke sana. Setelah mendirikan rumah tangga bersama seorang askar wataniah, beliau berpindah ke Batu Kurau. Beliau dikurniakan lima cahaya mata dan kini menetap di Kampung Jelau selama hampir 26 tahun.

1 TRANSKRIPSI FONETIK

2.0

TRANSKRIPSI FONETIK Berikut merupakan analisis bahan rakaman perbualan saya dengan beliau :

Perintah Berkurung di Kawasan Batu Burau Perintah berkurung dari Bagan Baru, tak boleh lepas dah, kena perintah berkurung tiga belaih Mei tu. Perintah berkurung kena jugak kat kawasan Batu Kurau. Die lepaih pagi lepaih koi tujuh sampe sembilan ja buleh keluar, lepaih tu tak boleh keluar, dua jam ja. Masa tu tengah terok tak buleh keluar. Walaupun kawasan kelumpo kena, kawasan ni pun kena. Esok tu baru die lepaihkan orang sampe koi dua belaih, dan lah naik bas pagi dari Felda Ijok mai sini. Sini pun tak buleh keluar, nak gi motong pun kejap ja. Pagi ja buleh lepaih, tu pun dok umoh ja. Tapi tak da pa jadi la, cuma depa takut je kan apaapa terjadi. Masa tu suami masuk wataniah. Askar wataniah depa nak kutip untuk simpanan ja. Depa ada latihan, wataniah macam askar, depa amik untuk waktu kecemasan. Kawalan kampung pulak rela kampung yang buat. Perintah berkurung jadi tak lama, ada dalam sebulan lama-lama longgar, longgar, longgar. Lepaih tu belah malam tak buleh jalan, belah siang je depa kuar nak gi motong, pegi kebun, pegi bendang, buat bendang...

2 TRANSKRIPSI FONETIK

Transkripsi Fonetik [# printah berkuru dari bagan baru // ta buleh lpas dah // kna printah brkuru tig blayh me tu # printah berkuru kna uga kat kawasan batu kurau # di lpayh pagi lpayh ki tujuh samp smbilan a buleh kluar // lpayh tu tak buleh kluar // dua am ja # masa tu tah trok tak buleh kluar # walaupn kawasan klump kna // kawasan ni pn kna # esok tu baru di lepayhkan ora samp ki dua blayh // dan lah nai bas pagi dari felda io mai sini # sini pn ta buleh kluar // na gi moto pn kap a # pagi a buleh lpayh // tu pn d umh a # tapi ta da pa adi la // uma depa takut kan apa apa tadi # masa tu ayah wataniah # askar wataniah depa na kutip unt simpanan a # dpa ada latihan // wataniah maam askar // depa ami unt watu kmasan # kawalan kamp pula rela kamp ya buat # printah brkuru adi ta lama // ada dalam sbulan lama lama logar // logar // logar # lpayh tu blah malam ta buleh alan // blah sia depa kuar na gi motong // pgi kbun // pgi bnda // buat bnda # ]

Bahasa Baku Perintah berkurung bermula dari Bagan Baru, semua orang tidak dilepaskan keluar semasa perintah berkurung 13 Mei. Perintah berkurung tersebut berlaku juga di seluruh kawasan Batu Kurau. Orang ramai hanya dilepaskan keluar hanya selama dua jampada waktu pagi bermula pada pukul tujuh sehingga pukul sembilan. Selepas itu, mereka tidak lagi dibenarkan keluar dari rumah. Keadaan pada ketika itu teruk, semua orang tidak dibenarkan keluar. Walaupun kejadian 13 Mei berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kawasan Batu Kurau juga menjalani perintah berkurung. Keesokan harinya, barulah orang ramai dilepaskan keluar sehingga pukul 12, sempatlah nak datang ke sini menaiki bas dari Felda Ijok. Di kawasan ini juga orang ramai tidak dibenarkan keluar, mereka hanya dapat pergi memotong getah sebentar sahaja pada waktu pagi. Selepas itu, mereka hanya tinggal di rumah sahaja. Namun, tidak ada apa-apa kejadian yang berlaku cuma pihak berkuasa khuatir jika sesuatu terjadi jika perintah berkurung tidak dijalankan. Pada ketika itu, ayah memasuki pasukan wataniah. Askar wataniah diambil

3 TRANSKRIPSI FONETIK

untuk simpanan sahaja. Mereka akan menjalani latihan kerana wataniah adalah seperti askar juga. Tetapi wataniah diambil ketika waktu kecemasan. Manakala kawalan kampung pula dijalankan oleh anggota Rela kampung. Kejadian perintah berkurung berlaku kira-kira dalam masa sebulan, semakin lama semakin longgar. Selepas itu, di sebelah malam orang kampung tidak keluar rumah, di sebelah siang sahaja mereka keluar untuk memotong, pergi ke kebun dan bendang untuk menuai padi...

4 TRANSKRIPSI FONETIK

3.0

LAPORAN REFLEKSI

Alhamdulillah dapat juga saya melengkapkan tugasan projek Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu ini dalam masa yang telah ditetapkan. Dalam subtugasan sebelum ini, saya telah menghasilkan penulisan tentang matlamat dan pelaksanaan sebutan baku bahasa Melayu serta menganalisis kajian fonetik dan fonologi dalam dua dialek yang berbeza. Kedua-dua subtajuk tersebut agak menguji minda saya. Namun, setelah menganalis dengan merujuk kepada beberapa kajian oleh ahli bahasa, saya telah dapat memahami dengan baik sistem bunyi yang digunakan dalam dialek-dialek tersebut. Hal ini dapat membantu saya untuk menghasilkan transkripsi fonetik terhadap temubual yang telah saya jalani dan dokumentasikan. Pengendalian dan pendokumentasian bahan rakaman yang telah saya lakukan adalah agak sukar kerana saya terpaksa memainkan bahan rakaman iaitu video tersebut selama beberapa kali untuk mengeluarkan setiap patah perkataan yang diujarkan oleh Puan Che Rosnah bte Abu Bakar. Saya telah membuat catatan bagi setiap perkataan yang diujarkan dan menukarkannya dalam bentuk fonetik. Secara keseluruhannya, dapatlah dikatakan walaupun tugasan ini tampak sukar, namun dengan rujukan kajian ahli bahasa seperti Prof. Asmanh Hj Omar dalam bukunya Susur Galur Bahasa Melayu saya dapat memahami dengan baik tentang fonetik dan fonologi. Hal ini dapat membantu saya untuk mengaplikasikannya dalam penghasilan transkripsi fonetik. Tuntasnya, penghasilan pengendalian dan pendokumentasian bahan rakaman serta kajian yang telah dilaksanakan telah banyak membantu saya setiap satu tentang fonetik dan fonologi bahasa Melayu.

5 TRANSKRIPSI FONETIK

You might also like