You are on page 1of 8

4.

0 PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH Dalam melaksanakan RTD, beberapa langkah telah diambil semasa pelaksanaan penyediaan RTD iaitu merujuk kepada rajah 4.1. Rajah 4.1: Proses Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah RANCANGAN STRUKTUR NEGERI Pernyataan dasar dan cadangan am pemajuan dan penggunaan tanah sebagai asas-asas perancangan kepada penyediaan RT. Dasar-dasar RS akan diteirma pakai di dalam RT sehingga penyediaan RSN selesai walaupun kedua-dua kajian dijalankan serentak.

SERANTA AWAL RANCANGAN TEMPATAN Mendapatkan maklum balas dari orang ramai mengenai objektif, tujuan dan perkara-perkara yang akan terkandung dalam RT (Seksyen 12, Akta 172) dan didokumentasikan ke dalam penyediaan Asas Rujukan, Rekabentuk Asas dan Perancangan Kualiti.

Penyediaan - Asas Rujukan - Rekabntuk asas - Perancnagan Kualiti

DRAF RANCANGAN TEMPATAN Mengandungi suatu Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang menepati dasar/cadangan RS. Perlu menunggu sehingga dasar-dasar dan strategi RS dimuktamadkan. DRT yang disediakan akan melalui proses-proses berikut: - Laporan Awal - Laporan Teknikal - Strategi dan Pembentukan Konsep - Pelan Rekabentuk - Draf Rancangan Tempatan - Seranta Draf Rancangan Tempatan

SERANTA DRAF RANCANGAN TEMPATAN Pemeriksaan awam tidak kurang daripada 4 minggu dan boleh dilanjutkan selama tidak lebih dari 4 minggu (Seksyen 13(2), Akta 172). Notis disiarkan dalam 3 keluaran dari sekurang-kurangnya 2 akhbar tempatan, salah satunya dalam Bahasa Kebangsaan.

PENYIASATAN TEMPATAN DAN PEMBICARAN AWAM BERKENAAN DENGAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN. Suatu penyiasatan tempatan atau pembicaraan awam boleh diadakan dihadapan Jawatankuasa terdiri dairpada 3 orang yang dilantik oleh JPN. (Seksyen 13(1), Akta 172).Notis mengnai penyiasatan tempatan atau pembicaraan awam disiarkan sekurang-kurangnya 6 minggu sebelum tarikh penyiasatan. Penyiasatan Tempatan diadakan sekiranya terdapat isu-isu yang mempunyai kepentingan negeri.

KELULUSAN DRAF RANCANGAN TEMPATAN Kelulusan DRT oleh JPN hendaklah dibuat setelah memberi pertimbangan kepada syor Jawatankuasa Pembicaraan Awam/Jawatankuasa Penyiasatan Tempatan dan kenyataan menepati RS. Kelulusan diberikan secara keseluruhan atau sebahagian daripadanya tanpa atau dengan pengubahsuaian atau menolaknya. (Seksyen 15(1), Akta 172)

PEMBERITAHUAN KEPADA PIHAK BERKUASA NEGERI JPN memberitahu Pihak Berkuasa Negeri untuk mendapatkan persetujuan dan kuat kuasa DRT. (Seksyen 15(1), Akta 172)

MEWARTA RANCANGAN TEMPATAN BPT mewartakan hakikat persetujuan RT oleh Pihak Berkuasa Negeri tentang penerimapakaian RT. Disiarkan dalam warta negeri dan dalam sekurangkurangnya 2 akhbar tempatan. (Seksyen 15(4), Akta 172) 4.1 PROSES PENYEDIAAN RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU

Pengubahan, pemansuhan dan penggantian boleh dibuat pada bilabila masa sekiranya perlu. (Seksyen 15(4), Akta 172)

Kajian RTDJB secara keseluruhannya memakan masa selama 24 bulan ( rujuk jadual 4.4 ). Secara ringkas, laporan- laporan yang disediakan disepanjang tempoh penyediaan RTDJB ini adalah seperti berikut : Asas rujukan Pada permulaan menyediaan RTDJB, penyediaan asas rujukan perlu dilakukan. Asas Rujukan merupakan dokumen yang disediakan sebagai panduan dan terma penyediaan DRT yang mengandungi lima (5) perkara utama: i. Rangka Kerja Keperluan; ii. Rangka Kerja Perancangan dan Pembangunan; iii. Halatuju Pembangunan; iv. Skop dan Bidang Kajian; dan v. Pengurusan dan Kewangan. Bagi proses penyediaan asas rujukan adalah seperti rajah 4.2 :

Rajah 4.2 : proses penyediaan asas rujukan

Laporan awal Merupakan asas rujukan bagi penyediaan RTDJB yang bakal disediakan. Ia akan menerangkan kawasan RT melibatkan ekonomi, demografi, keluasan pentadbiran, asas ekonomi dan lain-lain maklumat yang memberi sebarang kesan terhadap perancangan kawasan RT tersebut. Laporan awal juga mengandungi isu dan potensi, wawasan, matlamat,objektif , pengumpulan kajian dan hasil kajian yang akan disediakan. Rajah 4.3 : Proses Penyediaan laporan Awal

ASAS RUJUKAN

LATARBELAKANG DAN PROFIL KAWASAN RT Latarbelakang kajian Profil kawasan RT Profil guna tanah semasa

VERIFIKASI ISU DAN POTENSI

PEMANTAPAN HALATUJU PEMBANGUNAN Wawasan, Matlamat dan Objektif

TERAS/FOKUS PEMBANGUNAN

SKOP & PENDEKATAN KAJIAN

PENENTUAN BLOK PERANCANGAN

PENGURUSAN DAN KEWANGAN

LAPORAN AWAL

Pengumpulan dan Penyediaan Data Kaedah pengumpulan data bagi proses perancangan adalah melalui beberapa kaedah seperti : i. Lawatan tapak ii. Kajian Lapangan iii. Data sekunder data dari Agensi-Agensi Kerajaan, PBT, imej satelit, gambar udara dan peta topografi. Sistem Maklumat Geografi (GIS) digunakan dalam proses penyediaan DRT. Penggunaan perisian Map info digunakan memandangkan penggunaan perisian ini yang meluas di seluruh pihak berkuasa tempatan.

Laporan teknikal serta Laporan Konsep dan Strategi Pembangunan Peringkat ini merangkumi tugasan pengumpulan data dan maklumat serta analisis data bagi meneliti kawasan kajian. Sektor yang berkaitan akan ditunjukkan dengan data dan analisis. Seterusnya, laporan pemeriksaan membentangkan data utama yang dikaji dan kesimpulan yang dibuat bagi setiap sektor. Laporan penemuan dan strategi pembangunan mengandungi empat komponen iaitu : i.Hasil Penemuan ii. Rangka Cadangan Awal iii. Pelan Konsep dan Strategi Pembangunan iv. Pengesahan dan Pemantapan BP dan BPK. Pada peringkat laporan teknikal terdapat beberapa cadangan konsep dan strategi pembangunan yang disenaraikan. Kemudian penilaian terhadap alternatif konsep dan strategi pembangunan dilaksanakan sebelum dipilih oleh pihak yang terlibat. Penilaian dilakukan untuk memilih konsep yang paling sesuai untuk diterapkan dalam perancangan. Kemudian, konsep dan strategi pembangunan yang terbaik akan dipilih untuk ke peringkat laporan konsep dan strategi pembangunan.Bagi peringkat ini, cadangan am bagi setiap sektoral adalah dilakukan.Kemudian perincian cadangan dilaksanakan seperti pelan panduan guna tanah, pelan sisip, pelan subjek dan juga pernyataan bertulis. Kemudian , draf rancangan tempatan dikeluarkan. Rajah 4.4 :Proses penyediaan laporan penemuan dan strategi pembangunan

LAPORAN AWAL

HASIL PENEMUAN Kajian Lapangan Analisis Data Sintesis Penemuan

RANGKA CADANGAN AWAL

PELAN KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

PENGESAHAN DAN PEMANTAPAN BP DAN BPK

LAPORAN PENEMUAN DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Draf Awal Rancangan Tempatan Selepas mendapat kelulusan laporan awal, laporan teknikal dan laporan pemeriksaan, laporan draf rancangan akan dihasilkan. Pembentangan tentang draf ini akan dibuat dan seranta akan diadakan selepas penghasilan laporan draf rancangan dan pembentangan. Laporan Awal merupakan Laporan yang

menyatakan Kaedah dan Pendekatan Kajian yang akan dijalankan ke arah mencapai Wawasan, Objektif dan Teras Perancangan Daerah yang telah digariskan melalui penyelesaian isu-isu utama pembangunan dan mengekploitasikan potensi dan sumber yang ada dalam daerah tersebut Draf Akhir Rancangan Tempatan Laporan Draf Akhir perlu mengandungi pengiraan terperinci kepada semua perkara di atas dan perlu disediakan denganperundingan yang aktif bersama pemilik tanah dan semua pihak yan berkepentingan . Laporan Teknikal dan Laporan Draf Akhir Pelan Pelaksanaan Terperinci akan dibentangkan untuk kelulusan JawatankuasaTeknikal. Rajah 4.5 : Proses Penyediaan DRT
LAPORAN PENEMUAN DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

PETA CADANGAN DAN PERNYATAAN BERTULIS Peta Cadangan (Keseluruhan / BP) Pelan Subjek Pelan Sisip Gambaran/ Bahan Perihalan Garis Panduan Pembangunan Khusus Kelas Penggunaan Tanah Kelas Penggunaan Bangunan

LAPORAN-LAPORAN SOKONGAN Laporan Pengurusan dan Pelaksanaan Laporan Penilaian Kemampanan Laporan EIS Lain-lain laporan

DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Rajah 4.6 : Carta Alir Proses Penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru

Asas Rujukan

LAPORAN AWAL

Pemeriksaan & Pengumpulan DATA

LAPORAN TEKNIKAL & KONSEP PEMBANGUNAN

DRAF AKHIR RANCANGAN TEMPATAN

Seranta / Penyiasatan Tempatan

Jawatankuasa Majlis Penuh

Jawatankuasa Kerja

Jawatankuasa Majlis Penuh

Laporan Analisis Penyiasatan Tempatan

Kelulusan Jawatankuasa Perancang Negeri

DRAF AWAL RANCANGAN TEMPATAN

Jawatankuasa Penyiasatan & Perbicaraan Awam

Pemberitahuan Pihak Berkuasa Negeri

Jawatankuasa Kerja

WARTA RANCANGAN TEMPATAN

PERINGKAT I PERINGKAT II

LAPORAN AWAL (Bulan Pertama)

LAPORAN TEKNIKAL (Bulan Ke - 9)

DRAF AWAL RANCANGAN TEMPATAN (Bulan Ke - 14)

DRAF AKHIR RANCANGAN TEMPATAN ((Bulan Ke - 16)

RANCANGAN TEMPATAN ((Bulan Ke - 24)

Sumber : Laporan Awal, Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru, 2002-2020.

Rajah 4.7 : Carta Alir Keseluruhan Kajian Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru
Laporan keadaan sedia ada ( mengikut sektor)
Analisa Dan Unjuran - Unjuran Penduduk - Unjuran Sektoral - Unjuran GunaTanah

Asas Rujukan

LAPORAN KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

Rancangan Struktur Pengumpulan maklumat - Data primer - Data sekunder

Cadangan Am Sektoral - Konsep & Strategi Pembangunan -Polisi & Garis Panduan Pelaksanaan

Polisi & Strategi -nasional -negeri -wilayah - pihak berkuasa tempatan

Sintesis Sektoral Potensi dan Halangan Pembangunan

Konsep Dan Strategi Pembangunan Terpilih

LAPORAN AWAL Wawasan, Isu , Matlamat & Objektif Perancangan


Penentuan & Perincian Pakej/Sektor Kajian -Pembangunan Makro, Sosio Ekonomi dan Pembangunan Kawasan Bersempadan - Peranc angan Fizikal -Kejuruteraan - Pengurusan dan Sokongan

Rumusan Sektoral -Isu & Masalah - Potensi -Cadangan Am

Perincian Cadangan - Pelan Panduan Guna Tanah - Peta Cadangan - Pelan Subjek - Pelan Sisip - Pernyataan Bertulis

Penilaian Alternatif Konsep & Strategi Pembangunan

DRAF RANCANGAN TEMPATAN

Rumusan, objektif dan skop kajian

Hasil Penemuan Sektoral Cadangan & Strategi Pembangunan

Seranta untuk Bantahan Awam Penyiasatan& Pembicaraan Awam Laporan Penyiasatan & Pembicaraan Awam

Pindaan

LAPORAN TEKNIKAL

RANCANGAN TEMPATAN Laporan awal


* Laporan Teknikal * Laporan Konsep Dan St Rategi Pembangunan * Draf Awal Rancangan Tempatan * Draf Akhir Rancangan Tempatan

PERINGKAT 1 : KAJIAN AWALAN DAN PENGUMPULAN MAKLUMAT

PERINGKAT 2 : ANALISIS DAN SINTESIS

PERINGKAT 3 : CADANGAN

Sumber : Laporan Awal, Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru, 2002-2020.

Langkah penyediaan Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru dilihat adalah lebih lebih teliti dan menyeluruh. Hal ini kerana setiap langkah termasuk langkah penyediaan dan pembentangan jelas ditunjukkan dari awal sehingga akhir dengan teliti. Oleh itu, proses penyediaan laporan dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan teratur. Jika proses dilakukan tidak mengikut masa yang telah ditetapkan, proses pelaksanaan akan berlarutan sehingga melebihi dari jangka masa yang ditetapkan.

You might also like