You are on page 1of 4

CONTOH AKTIVITI HANDS-ON SAINS Berikut merupakan contoh aktiviti hands-on sains : a) Membuat puting beliung Tujuan eksperimen

: untuk meninjau vorteks. Bahan-bahan : o Kayu (10 x 12 inci) o Pistol gam o Lembaran vinil (0,010 "ketebalan) 9 x 10 inci (2) o Kipas tangan kecil o Deli pinggan atau cawan o piring plastik jernih (7 "). Potong lubang 2" di tengah-tengah o Air (1/2 cawan) o Ais kering Cara cara : o Gam cawan di tengah-tengah sekeping kayu. o Gam 1 lembaran vinil ke sebelah cawan. Kemudian gam yang lain di dalam bulatan setengah di sekitar tetapi tidak menyentuh cawan. o Gam lembaran 2 sekitar seberang cawan. Gam yang lain lembaran dalam setengah lingkaran. Kedua-dua kunci mesti bertindih, tetapi tidak menyentuh. o Tuangkan kira-kira setengah cawan air dalam cawan. o Menggunakan sarung tangan, letakkan beberapa keping kecil ais kering ke dalam cawan. o Cepat meletakkan piring jernih terbalik pada bahagian atas dua keping vinil. o Hidupkan kipas dan letakkan dalam lubang dalam piring untuk menarik udara. o Perhatikan putaran puting beliung.

Terdapat juga beberapa contoh aktiviti hands-on yang disediakan di Pusat Sains Negara. Antaranya adalah : * Membuat bola getah -Mengenali pepejal dan cecair. Membuat eksperimen bagi menukarkan gam (cecair) untuk menjadi bola getah (pepejal) * Sains bumi -Menguji bahan seperti batu, batu karang, pasir, arang dan seterusnya bagi kehadiran kalsium karbonat yang berupaya mengeluarkan gas karbon dioksida. * Asid, alkali dan neutral -Melakukan eksperimen bagi mengenalpasti bahan-bahan kegunaan harian di rumah sama ada ianya bersifat asid, alkali atau neutral. * Tindakbalas kimia -Menjalankan eksperimen tindakbalas kimia yang melibatkan penambahan atau pengurangan haba. * Kenali kulat dan yis -Mengenali berbagai jenis kulat yang terdapat pada roti dan juga mengenali yis. Membuat perhatian dengan menggunakan mikroskop di atas kulat dan yis. * Konduktor dan penebat -Mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan elektrik (konduktor) dan bahan yang tidak boleh mengalirkan elektik (penebat). Juga mengenalpasti berbagai jenis larutan yang berupaya mengalirkan tenaga elektrik lalu dapat menghasilkan bunyi 'buzzer'. * Hasilkan alat bunyi-bunyian -Menggunakan penyedut minuman, cawan polisterin atau bekas filem bagi menghasilkan alat bunyi-bunyian yang mempunyai berbagai kelangsingan bunyi. * Ais dan Ais Ajaib -Mengenalpasti apa itu ais dan ais kering. Melakukan eksperimen bagi membezakan

keduanya. Membuat pemerhatian ke atas ais kering yang berupaya bertukar daripada pepejal kepada gas (pejalwap) dengan segera * Kristal dan taman kristal -Mengenali berbagai jenis kkristal gula, garam, dan berbagai bahan kimia yang lain. Pelajar juga berpeluang untuk membuat taman kristal sendiri. * Kenali Cahaya -Mempelajari sifat-sifat cahaya. Juga mempelajari cahaya putih terdiri daripada tujuh warna spectrum - merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu. * Ujian makanan -Membuat ujian kanji, gula, lemak dan protien ke atas pelbagai jenis makanan. * Udara dan tekanan udara -Pelajar berpeluang melakukan berbagai eksperimen mengenai udara dan tekanan udara. Juga melakukan aktiviti sains berkaitan tekanan udara seperti 'Kereta Belon", 'Roket Kertas' dan seterusnya. * Pengembangan dan pengecutan gas / cecair -Menjalankan eksperimen untuk mengetahui apa yang berlaku apabila gas/cecair dipanaskan atau disejukkan. * Daya apung -Melakukan eksperimen bagi mengapungkan telur dengan menggunakan garam. Apabila garam dimasukkan ke dalam bikar yang berisi telur dan air ia akan menambahkan daya apung terhadap telur. * Corak cap jari -Menjalankan aktiviti serta membuat pemerhatian terhadap corak cap jari yang terdapat pada jari sendiri. Dapat diperhatikan bahawa setiap individu mempunyai corak cap jari yang berbeza serta unik.

* Eksperimen haba -Menjalakan eksperimen mengenai perpindahan haba serta mengenalpasti bahan yang boleh mengalirkan haba dengan baik. * Kenalpasti cacing tanah -Pelajari sifat-sifat fizikal cacing dan mengenali bahagian cacing tanah yang mana lebih sensitif kepada bau-bauan. * Stoma -Mengenali stoma yang merupakan liang seni yang terdapat pada permukaan daun terutamanya pada permukaan bawah daun. Menggunakan teknik pengilat kuku untuk mengenali stoma. * Mengelaskan tumbuh-tumbuhan -Mengelas tumbuh-tumbuhan mengikut kategori sama ada ianya jenis berbunga, mengenalpasti jenis urat daun, akar serta jenis batang. -

You might also like