You are on page 1of 6

Sembang Petang : Pengetua-Pengetua Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya

1.0 Pendahuluan Sembang Petang ialah sebentuk komunikasi informal yang dilakukan oleh Pengetua-Pengetua Daerah Kulaijaya yang bertujuan untuk mendapatkan sesuatu ide terbaik atau menyelesaikan sebarang masalah berbangkit. Sembang petang ini bukan berbentuk mesyuarat rasmi yang memerlukan korum dan minit mesyuarat. I a akan menjadi satu mekanisma yang berkesan dalam menyelesaikan pelbagai

masalah di sekolah melalui perkongsian ide dan pertukaran pengalaman.

2.0 Latar belakang Sekolah mempunyai pelbagai masalah dan ia perlu diurus dengan pelbagai pendekatan. Walaupun Pengetua dilantik di kalangan guru yang

berpengalaman, tapi pengalaman seseorang Pengetua amat terbatas untuk mengurus sesebuah sekolah. Hakikatnya pengalaman di sesuatu sekolah belum tentu boleh menyelesaikan masalah di semua sekolah. Oleh itu Pengetua perlu sentiasa berkongsi maklumat dan peng alaman dengan rakan-rakan Pengetua lain.

3.0 Matlamat Sembang Petang bertujuan untuk memupuk semangat mengutamakan kejayaan sekolah menerusi perkongsian ide dan pengalaman. Ianya perlu dilaksanakan oleh setiap Pengetua dengan cara menyampaikan masalah-masalah yang dihadapi

kepada rakan Pengetua lain untuk dicari jalan penyelesaian terbaik melalui pengalaman sedia ada rakan-rakan Pengetua. Selain daripada itu, Sembang Petang dapat memberi kesan motivasi kepada Pengetua untuk meningkatkan komitmen dalam menjalankan tugasan seharian kerana masalah yang dihadapi boleh diselesaikan berdasarkan pengalaman rakan-rakan sejawat.

4.0 TUJUAN 4.1. Menyelesaikan Masalah Dengan Kadar Segera. Menyelesaikan masalah secara serta merta dengan menggunakan

pengalaman rakan sejawat. Setiap masalah yang dihadapi oleh Pengetua memerlukan penyelesaian yang segera dan patut diambil perhatian yang

sewajarnya. Sembang Petang boleh dijadikan medan Pengetua menyumbang ide dan menimba atau bertukar pengalaman sebanyak mungkin. 4.2 Wujudkan Perbincangan. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan secara profesional dengan berlakunya perbincangan di antara rakan sejawat. Ini dapat menjimatkan masa Pengetua untuk menimba pengalaman kerana pengalaman rakan boleh dijadikan pengalaman sendiri. 4.3 Mengelakkan Tunggakan Kerja. Sembang Petang yang dijalankan bertujuan untuk mengelakkan berlakunya permasalahan tunggakan kerja kerana Pengetua tidak tahu atau tiada pengalaman. Tungakkan kerja yang banyak akan menyebabkan masalah bertambah dan mengurangkan kredibiliti seseorang Pengetua.

4.4 Penyelarasan Kerja Mewujudkan dan memupuk penyelarasan kerja di kalangan

P e n g e t u a yang berkaitan supaya bergerak sehaluan untuk mencapai matlamat Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya. Penyelarasan yang dibuat mampu memberi kesenangan kepada pelanggan yang berurusan dengan sekolah kerana setiap isu yang ditimbulkan akan dapat dibantu.

5.0 FUNGSI Sembang Petang ini merupakan satu forum setempat antara Pengetua Daerah Kulaijaya yang berfungsiseperti ketetapan berikut: 1. Mengkaji kedudukan semasa perlaksanaan program / projek di sekolah, 2. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh Pengetua, 3. M e n g a m b i l t i n d a k a n m e n g h a p u s k a n t u n g g a k a n k e r j a , d a n 4. Membantu menentukan tindakan penyelesaian yang sesuai bagi sekolah yang terlibat.

6.0 PEMBENTUKAN PASUKAN PENGETUA SEMBANG PETANG Pengetua-pengetua Daerah Kulaijaya dibahagi kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan ada semua kategori sekolah iaitu bandar dan luar bandar, Pengetua baru dan berpengalaman. Tuan rumah setiap perjumpaan akan bertindak sebagai

MODERATOR bagi membantu membangun dan meningkatkan kualiti Pengetua melalui aktiviti-aktiviti perbincangan professional dan perkongsian pintar pelbagai sumber, kepakaran dan khidmat bimbingan dalam kumpulan yang dilaksanakan secara terancang, formal dan berkala.

7. KAEDAH PELAKSANAAN : 7.1 Pembentukan Kumpulan Sembang Petang Setiap kumpulan terdiri dari 5 6 orang Pengetua. 7.2 Pelantikan Moderator untuk Kumpulan Sembang Petang. Tuan rumah setiap kali perjumpaan akan menjadi moderator. 7.3 Kaedah Perlaksanaan Sembang Petang : Dilaksanakan secara on-site sekurang-kurangnya enam kali setahun di waktu petang ( 2.30 5.00 petang ) Tempat : Salah sebuah sekolah di dalam kumpulan yang ditetapkan. Pengisian : Perbincangan Profesional dan Perkongsian Pintar. Mengikut kumpulan Sembang Petang : sekolah dan Pengetua. Setiap Pengetua menghantar masalah yang dihadapi sesama mereka di dalam kumpulan sebelum perjumpaan. Rakan-rakan Pengetua akan menyediakan cara penyelesaian terbaik untuk masalah yang dibangkitkan berdasarkan ilmu dan pengalaman yang mereka ada. Masalah-masalah ini akan dibincangkan di dalam Sembang Petang ini. Sembang Petang akan dikendalikan oleh moderator untuk membina, membangun dan menggerakkan anggota kumpulan ke arah perbincangan profesional dan perkongsian pintar kecemerlangan. 5 6 orang mengikut kategori

8. PEMILIHAN BAHAN PERBINCANGAN : Anggota kumpulan mengenalpasti isu/masalah masing-masing berdasarkan Pilihan isu

maklumat yang dimaklumkan

oleh rakan kumpulan masing-masing.

dibuat berdasarkan keutamaan isu dari isu-isu yang dikemukakan oleh anggota kumpulan dan moderator. Moderator perlu membuat persediaan yang lebih rapi

untuk menghidupkan suasana perbincangan berkaitan topik/isu yang dipilih.

9. TEMA PERBINCANGAN : Di antara cadangan tema adalah seperti berikut: 9.1 Meningkatkan prestasi akademik murid. 9.2 Pedagogi Guru 9.3 Membina motivasi dan pembentukan sikap guru. 9.4 Kewangan sekolah 9.5 Hubungan komuniti 9.6 Lain-lain masalah yang dihadapi

10. PELANTIKAN GURU PELAPOR / PENCATAT : Sebelum aktiviti dilaksanakan, seorang pencatat dipilih di kalangan anggota kumpulan. Pencatat kemudiannya boleh digilirkan mengikut keputusan kumpulan bagi aktiviti perbincangan yang selanjutnya. Semua penyelesaian yang bersesuaian perlu dicatat dengan jelas untuk tujuan dikongsi bersama oleh semua pihak yang berkepentingan. Pencatat yang dilantik perlu menyediakan laporan lengkap mengikut format yang telah ditetapkan dan mengemukakannya kepada moderator masing-masing pada atau sebelum perbincangan selanjutnya.

11. RUMUSAN

Sembang Petang perlu dilaksanakan oleh setiap Pengetua agar masalah dapat diselesaikan dengan kadar yang segera dan tidak berlaku tunggakan kerja. Selain itu Sembang Petang sememangnya memastikan setiap perlu dilaksanakan bagi yang dilaksanakan

program dan projek

d i s e k o l a h m e m p u n y a i i m p a k y a n g s a m a . Memandangkan sistem Sembang Petang ini mempunyai manfaat y ang besar, adalah

wajar Sembang Petang dan keberkesanan sekolah.

i n i d i h i d u p k a n bagi meningkatkan kecekapan

You might also like