Professional Documents
Culture Documents
Zulfathi Ishak
Page 1 of 2
Circle KITA
Zulfathi Ishak
Kaum muslimin terlebih dahulu dituntut beramal dan berbuat secara tulus ikhlas kepada Allah sematamata dan sesuai tuntutan sunnah Rasulullah SAW. Jika kita telah mempersembahkan kerja keras dan amal, nescaya Allah akan menurunkan bantuan serupa dengan Burung Ababil untuk membantu kita menghapuskan musuh. Ini merupakan sunatullah yang baru dan khusus hanya untuk umat Muhammad sehingga akhir zaman nanti. Tidak akan ada perubahan dan penyimpangan darinya. Kerana itu penantian dari sebahagian umat Islam untuk melihat bagaimana bentuk pembalasan Allah atas orang-orang yang zalim hanyalah penantian yang teramat panjang dan sia-sia. Burung Ababil dan pertolongan lainnya tidak akan turun kecuali dengan usaha dan perjuangan dari setiap individu muslim. Masih ingatkah saudara pada kisah-kisah peperangan Baginda? Seburuk-buruk generasi adalah orangorang kafir yang dipimpin oleh firaun umat ini, iaitu Abu Jahal. Mereka telah memerangi generasi umat terbaik yang pernah hidup di muka bumi yang berada dibawah petunjuk baginda Rasulullah SAW dalam peperangan pertama umat Islam; Perang Badar. Namun demikian, Burung-burung Ababil tidak juga kunjung turun menghapuskan kaum kafir dan mencegah pertempuran terjadi. Sedangkan pasukan Baginda berlipat-lipat kali lebih mulia di sisi Allah dibandingkan dengan penduduk kota Mekkah ketika diserbu Abrahah. Sunatullah baru telahpun bermula, dan pasukan muslimin menyahutnya dengan keyakinan. Mereka mula mengatur strategi sebaik mungkin untuk melunaskan dan memenuhi syarat untuk meraih kemenangan, dan kemudiannya memanjatkan doa kepada Allah. Setelah melalui penderitaan, luka yang mengoyak, darah yang bersimbah, dan gugurnya satu demi satu syuhada, barulah pertolongan Allah hadir di medan jihad. PertolonganNya berupa malaikat, hujan, rasa takut dan gentar yang menyusupi hati orang-orang kafir, dan memecahbelahkan barisan dan hati mereka. Begitu juga yang dilalui oleh umat islam pada peperangan Ahzab dan Uhud. Tidak ada yang mereka lalui tanpa harga mati yang harus dibayar. Namun setelah mereka memenuhi bahagian mereka dari perjanjian (baca: Muhammad : 7), Allah pasti akan memenuhi pula bahagianNya. Sedarlah saudaraku, bahawa kini bukan lagi zaman Abrahah. Tidak cukup jika hanya dengan menadah tangan dan berdoa ataupun membaca beberapa surah dari Al-Quran, akan dapat mengubah situasi di Gaza. Burung-burung Ababil tidak akan turun untuk membinasakan kaum yang zalim jika kita hanya bersembunyi di balik kaki-kaki gunung. Seandainya kita benar-benar mendalami seerah Ar-Rasul, pastinya kita tidak akan duduk bersembunyi, kerana kita bukan penduduk Mekah yang penakut, sebaliknya kita adalah cahaya harapan Ad-Deen ini. Kitalah yang akan membela dan mendokong kebenaran ini. Bangunlah, kita bukan lagi dalam zaman Abrahah! Rujukan : Al-Quran Laisa fi zaman Abrahah, oleh Dr. Raghib As-Sirjani
Page 2 of 2