You are on page 1of 24

DEFINISI PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Pendemokrasian yang berasal daripada perkataan

demokrasi mempunyai beberapa definisi dan membawa pengertian yang amat luas. Mengikut Kamus Dewan pendemokrasian bermakna peluang, tindakan atau proses manakala pendidikan bermaksud mendidik dengan ilmu pengetahuan.

Pendemokrasian dapatlah dikonotasikan sebagai

prinsip-prinsip kesamarataan hak-hak sosial setiap individu yang menganggotai sesuatu masyarakat. Manakala pendidikan pula yang dikaitkan dengan satu usaha adalah merupakan satu proses mendidik atau dididik (the act or process of educating or being educated) untuk memanusiakan manusia.

Pendemokrasian pendidikan bermaksud memberi

peluang-peluang yang sama untuk semua kanakkanak mendapatkan pendidikan. Pendemokrasian pendidikan itu ditegakkan atas beberapa prinsip antaranya setiap orang adalah berhak ke atas pendidikan. Pendidikan haruslah boleh dipelajari secara bebas, tanpa sebarang sekatan-sekatan yang tertentu atau setidak-tidaknya pada peringkat asas dan peringkat dasar

KONSEP PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Pendemokrasian pendidikan dari segi konsepnya

adalah berkait rapat dengan peluang serta mutu keseluruhan proses pendidikan dan melibatkan di semua peringkat pendidikan. Konsep pendidikan untuk semua bukanlah sekadar meliputi peluang yang sama untuk mendapat pendidikan semata-mata tetapi pendemokrasian pendidikan yang dihajati haruslah juga merangkumi peluang bagi semua individu untuk mendapat pendidikan yang berkualiti.

Dengan lain perkataan, tidak harus wujud sebarang

perbezaan dan diskriminasi di mana-mana peringkat masyarakat dari segi peluang dan mutu dalam pelaksanaan sistem pendidikan negara. Oleh yang demikian, sistem pendidikan haruslah memastikan tidak ada mana-mana golongan di negara ini yang tercicir dari memperolehi peluang untuk mendapat pendidikan yang bermutu kerana jika keadaan sedemikian berlaku maka kemajuan yang akan kita kecapi pada tahun 2020 nanti pastinya menjadi pincang.

KEPENTINGAN PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN


Secara umumnya, isu pendemokrasian pendidikan

adalah penting kepada semua lapisan masyarakat baik mereka yang terlibat secara langsung mahupun mereka yang berada di luar sistem pendidikan. Kepada para pengurus pendidikan: isu ini penting untuk dijadikan asas dan sandaran dalam membuat perancangan. Para pengurus atau pentadbir pendidikan perlu merancang bagaimana matlamat yang telah ditetapkan dapat dicapai.

Dalam hal ini matlamat pendidikan adalah jelas iaitu

mestilah berlandaskan kepada apa yang terkandung di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan dan apa yang tersirat di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Perancangan dan penyelenggaraan sumber-sumber

secara berkesan dan saksama akan memastikan agenda pendemokrasian pendidikan diteruskan seadilnya dari segi peluang dan pendidikan mutu di semua peringkat pendidikan.

Kepada masyarakat umum : isu ini penting dalam memberi kesedaran tentang

kepentingan dan keperluan pendidikan terutamanya dalam aspek pendemokrasian. Ini bertujuan untuk meningkatkan keprihatinan mereka terhadap perkembangan terkini dan seterusnya menimbulkan minat terhadap pendidikan secara amnya dan khususnya terhadap pendidikan anak-anak mereka.

Isu ini juga penting kepada seluruh warga

pendidikan : khususnya mereka yang berada di peringkat akar umbi iaitu di sekolah-sekolah. Golongan inilah sebenarnya merupakan barisan hadapan di dalam menentukan kejayaan pelaksanaan sesuatu perancangan. Dalam konteks pendemokrasian pendidikan, guruguru haruslah sentiasa memahami bahawa kewujudan mereka adalah bukan sekadar mengajar tetapi yang utama ialah menyediakan peluang kepada anak didik mereka untuk menikmati pendidikan berkualiti tanpa mengira batas-batas sosio-ekonomi, sempadansempadan geograf ataupun perbezaan politik.

KESAKSAMAAN PENDIDIKAN KEPADA:


Murid istimewa

Murid daripada keluarga kurang istimewa

Jantina

Sekolah pedalaman dan kurang enrolmen

Kelas bercantum

Murid Istimewa : Sistem pendidikan yang sedia ada tidak juga

melupakan atau mengabaikan kanak-kanak daripada golongan istimewa. Dengan lain perkataan, kanak-kanak daripada golongan buta, cacat pendengaran dan bisu, serta kanak-kanak down syndrome juga berpeluang mendapat pendidikan di negara ini.

Pihak kerajaan telah menambah bilangan sekolah

untuk murid istimewa. Namun yang masih menjadi isu ialah kanak-kanak golongan terpaksa mengikuti kurikulum yang sama serta menduduki peperiksaan awam yang setaraf dengan rakan rakan mereka yang normal walaupun kemampuan mereka adalah lebih rendah.

Jantina :

Kesaksamaan hak pendidikan kepada semua tidak kira jantina Contohnya pada zaman dahulu,pelajaran hanya diutamakan kepada kaum lelaki sahaja sebaliknya kaum wanita hanya terhad kepada aktiviti di rumah sahaja. Jadi,melalui kesaksamaan hak pendidikan tidak kira jantina,lelaki dan perempuan bebas untuk menuntut ilmu sama ada di sekolah,kolej,universiti dan sebagainya

Kelas bercantum : Kelas bercantum memfokuskan konsep integrasi di

dalam setiap kelas untuk memupuk perpaduan kaum dalam kalangan pelajar. Dengan cara ini perpaduan kaum dapat dieratkan lagi. Wujudnya persaingan sihat antara pelajar berbilang kaum.

Sekolah pedalaman dan kurang enrolmen : Pendemokrasian pendidikan memerlukan pengagihan

peruntukan kewangan dan sumber secara adil dengan memberi tumpuan khusus kepada kawasan luar bandar di Semenanjung, kawasan pendalaman di Sabah dan di Sarawak serta kawasan-kawasan yang sesak dan miskin di bandar-bandar.

Melalui PIPP pihak kerajaan telah menyalurkan

sejumlah yang besar kepada Kementerian Pelajaran untuk menaik taraf sekolah-sekolah di kawasan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak. Sekolah di pedalaman akan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air bersih dan elektrik.

Murid daripada keluarga kurang istimewa : Pihak kerajaan telah mengadakan pendidikan

percuma kepada murid daripada keluarga kurang istimewa. Selain daripada pendidikan percuma atau tidak dikenakan apa-apa bayaran, beberapa langkah sokongan yang lain telah diwujudkan bertujuan memantapkan pelaksanaan agenda pendemokrasian pendidikan dalam aspek ini, Bantuan buku-buku teks melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan pemberian biasiswa oleh Kementerian Pendidikan atau lain-lain agensi bagi mereka yang layak diadakan bertujuan agar kemiskinan tidak dijadikan alasan untuk seseorang itu tidak bersekolah.

PENDIDIKAN WAJIB UNTUK SEMUA (AKTA PENDIDIKAN 1996)

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi

pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta Pendidikan 1996 (pindaan 2002) yang memperuntukkan pendidikan wajib bagi pendidikan rendah yang dilaksana secara berperingkat mulai tahun satu pada 1 Januari 2003. Lanjutan dari Akta 1962 Diwartakan pada 31 Disember 1997

Implikasi Pendidikan Wajib:


Mengurangkan masalah 3M dalam kalangan rakyat

malaysia Masyarakat lebih berilmu pengetahuan Menaikkan taraf negara malaysia bagi mencapai matlamat negara maju Mengurangkan jurang pendidikan antara masyarakat bandar dengan luar bandar. Melahirkan rakyat yang dapat bersaing di peringkat global.

TUJUAN AKTA PENDIDIKAN 1996


MEMPERLUASKAN SKOP PENDIDIKAN DARI PRA SEKOLAH HINGGA TAHAP PENDIDIKAN TINGGI; KERAJAAN DAN SAWASTA MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA PENYELARASAN SEMUA JENIS KURIKULUM KATEGORI SEKOLAH MELALUI KURIKULUM KEBANGSAAN MENGGUNAKAN SISTEM PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN YANG SAMA PENDIDIKAN ISLAM DIPERLUASKAN UNTUK PELAJAR ISLAM MEMPERLUASKAN BIDANG KUASA MENTERI PENDIDIKAN MEMPERTINGKATKAN PENDIDIKAN TEKNIKAL MEMPERKUKUHLAN LATIHAN PERGURUAN PENDIDIKAN SWASTA YANG LEBIH SISTEMATIK MEMPERKUKUHKAN KEDUDUKAN BAHASA SUKU KAUM

SISTEM PENDIDKAN KEBANGSAAN


SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERDIRI DRPD INSTITUSI KERAJAAN,

BANTUAN KERAJAAN DAN SWASTA BAHASA KEBANGSAAN SEBAGAI BAHASA PENGANTAR UTAMA KURIKULUM KEBANGSAAN UNTUK SEMUA SEKOLAH SEKLAH MENYEDIAKAN MURID BAGI PEPERIKSAAN YANG DITETAPKAN

You might also like