You are on page 1of 50

NAMA PELAJAR : CHONG SHELLY ANGKA GILIRAN : 2011252050006 NO.

O. K/P : 790122-01-5024 KUMPULAN/ UNIT : DPLI-SR (D1A- MT) KOD DAN MATA PELAJARAN: SPK2102W TARIKH PENYERAHAN : 29 FEBRUARI 2012

KONSEP MUZIK

Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Penghasilan muzik yang berkualiti mempunyai penyusunan konsep muzik yang betul dan terperinci.

Konsep muzik merangkumi 7 elemen iaitu irama, melodi, harmoni, warna ton, tekstur, bentuk dan ekspresi.
Konsep Muzik
Irama Melodi Harmoni Warna Ton Tekstur Bentuk Ekspresi

Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang berbeza.

Irama merangkumi detik, meter, tekanan, tempo dan nilai not dan tanda rehat.
DETIK

NIALI NOT DAN TANDA

METER

IRAMA

TEMPO

TEKANAN

Detik bermaksud bit konsisten atau denyutan. Denyutan yang berulang dan berterusan merupakan elemen fundamental yang penting dalam muzik. Dalam muzik terdapat bunyi berkala iaitu bunyi tetap yang boleh ditepuk sepanjang muzik tersebut. Jangka masa satu detik ke detik yang lain diukur dengan nilai not muzik.

Meter ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Ia dikumpulkan dalam kumpulan 2, 3, 4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

Pengumpulan detik dikenali sebagai pembahagian meter. Ia dinyatakan dalam skor lagu dalam bentuk tanda masa.

Meter boleh dikelaskan kepada meter lazim dan meter tidak lazim.

I)

METER LAZIM

Meter 2, 3 dan 4 3 4 4 dikenali sebagai meter lazim. Dalam meter lazim duaan 2 , setiap bar 4 mengandungi dua detik krocet (). Setiap detik krocet bersamaan dengan 2 nilai kuaver ( = )

II) METER TAK LAZIM Meter 6 merupakan meter tak lazim duaan 8 Setiap detik mempunyai nilai yang sama dengan nilai masa 3 kuaver (). Dalam suatu bar terdapat dua detik yang ditulis sebagai . . dimana setiap krocet bertitik ..mewakili 3 kuaver ()

Tekanan bermaksud detik yang dirasai lebih kuat dan diberikan penegasan.Semasa menyanyi sesuatu corak irama sering kali dapat dengar detik yang dirasakan lebih kuat atau diberikan penegasan daripada detikdetik yang lain. Penegasan atau menguatkan detik tertentu diertikan sebagai memberi tekanan.Terdapat detik yang dibunyikan kuat dan ada yang dibunyikan kurang.

Detik yang kuat dikenali sebagai tekanan dan disimbolkan sebagai tanda > atau ^ Contoh tekanan:

Tempo biasanya merujuk kepada kelajuan detik sesuatu lagu atau corak irama muzik. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza sama ada cepat, sederhana atau lambat. Antara jenis-jenis tempo ialah: ALLEGRO (Rancak, Cepat) AN DAN TE (Sederhana Cepat) ALLA MARCIA (March, Patriotik) DAL CAPO (D.C) Irama diulang Tempo juga boleh dinyatakan dalam unit digit iaitu = 114 atau = 60

Panjang atau pendek sesuatu bunyi dilambangkan dalam bentuk not. Nilai sesuatu not dapat dipanjangkan dengan meletakkan satu titik di tepi not tersebut. Titik tersebut mewakili separuh daripada not asal. Contohnya minim bertitik. Berikut adalah bentuk-bentuk not yang terdapat di dalam seni muzik.:

BENTUK-BENTUK NOT DAN TANDA REHAT

Melodi bermaksud susunan seni kata berirama yang disusun mengikut turutan pic yang sama ada secara menaik, menurun atau mendatar. Susunan pic ini terdiri daripada bunyi panjang atau pendek yang membenuk irama melodi yang berkontur. Melodi berubah apabila pic dan not berubah. Ia biasanya merujuk kepada irama sesuatu lagu.

Antara elemen yang terdapat dalam melodi ialah pic, skel dan frasa.

FRASA PIC
MELODI

SKEL

Pic adalah berkaitan dengan aras sesuatu bunyi sama ada bunyi tinggi atau bunyi rendah.

Setiap aras pic mempunyai bunyi yang berbeza.


Pic aras tinggi berbunyi nyaring manakala pic aras rendah berbunyi besar.

Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.
Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu. Pic boleh disusun secara berurutan. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi

Skel bermaksud pic yang disusun secara menaik atau menurun mengikut bagi mewujudkan kesan nada atau tonalti.

Tangga nada seperti nada skel major dan nada skel minor.

Frasa bermaksud sekumpulan not yang membentuk satu penyataan muzik yang signifikan atau satu keratan lagu.

CONTOH SKEL:

Adalah bunyi muzikal yang dihasilkan melalui kombinasi dua atau lebih not yang dibunyikan bersama atau serentak. Gabungan not-not ini membenuk kord yang digunakan untuk mengiringi melodi. Kord mempunyai tiga not yang dikenali sebagai triad. Not yang digunakan untuk membentuk triad ialah not asas (not tonik), not ketiga dan not kelima dari satu skel.

CONTOHNYA:

Nyanyian secara harmoni merujuk kepada 2 lagu iaitu: i. Lagu pusingan ii. Lagu berkembar

Maksud: Lagu pusingan merujuk kepada lagu yang dinyanyikan secara berkumpulan dan bergilir-gilir. Contoh lagu : Rasa Sayang

Kumpulan pertama menyanyikan lagu pada bar yang pertama ra-sa sa-yang eh Kumpulan kedua mula menyanyi dari mula hingga akhir apabila kumpulan 1 sampai ke bar yang ke 3. ra-sa sa-yang sa-yang eh Kumpulan ketiga pula mula menyanyi dari mula hingga akhir apabila kumpulan 1 sampai ke bar yang ke 6.

Kesemua kumpulan tidak akan berhenti serentak kecuali diarahkan untuk berhenti pada tempat yang sesuai. Sebelum menyanyikan lagu, murid harus mengetahui pic, ritma dan tempo lagu tersebut. Contoh lagu yang dinyanyikan secara berpusingan ialah: Muzik is Fun (KateBaxter), A Thousand hairy Savages (Ken Lee/ Spike Miligan) dan Something Inside Me ( Kenneth Simpson)

Lagu berkembar bermaksud dua lagu yang berbeza tetapi dinyanyikan serentak. Kedua-dua lagu ini mempunyai kord yang sama dan harmoninya tidak bercanggah antara satu sama lain. Contoh lagu berkembar ialah Baa Baa Black Sheep dan Are You Sleping. Kedua-dua lagu ini dinyanyikan serentak dalam tempoh yang sama.

Warna ton merupakan kualiti bunyi yang dihasilkan oleh sesuatu alat muzik atau suara, sama ada bunyi berat atau bunyi ringan. Contoh : Dram bes - bunyi berat Kastanet - bunyi ringan Vocal merujuk kepada suara manusia

Perkusi merujuk kepada alatan muzik yang dimainkan secara diketuk, dipukul atau dipalu. Perkusi badan merujuk kepada bunyi yang dihasilkan melalui pergerakan bahagian badan manusia seperti tepukan, hentakan dan sebagainya. Contoh dapat dilihat melalui bunyi hentakan kaki, tepukan tangan, petik jari dan sebagainya.

Perkusi vocal merujuk kepada bunyi perkusi tiruan yang dihasilkan melalui mulut seperti bunyi CingDum Tak

Definisi: Tekstur bermaksud jalinan antara lapisanlapisan suara yang terdapat dalam sesebuah lagu. Tekstur lagu boleh jadi nipis atau tebal bergantung kepada bilangan lapisan suara atau bunyi yang yang terdapat dalam sesebuah gubahan.

MONOFONI

POLIFONI

TEKSTUR

HEMOFONI

HETEROFONI

satu baris melodi atau muzik satu suara yang dimainkan tanpa sebarang iringan muzik. Contohnya apabila kita menyanyi sebuah lagu tanpa iringan muzik, kita sebenarnya sedang menyanyi secara monifoni.

Sistem interpretasi yang berharmoni dalam siri muzik polifoni. Ia mempunyai satu bars melodi yang dinyanyi atau dimainkan dengan iringan kord. Contohnya apabila seorang penyanyi menyanyikan sebuah lagu dan mengiringi nyanyiannya dengan petikan gitar. Tumpuan utama apabila kita mendengarnya ialah kepada melodinya yang disokong dan diwarnai oleh bunyi-bunyi iringan kord oleh alatan muzik atau suara nyanyian.

bermaksud berbilang suara

bermaksud gaya improvisasi dalam muzik polifoni. Ia membawa maksud dua atau lebih lapis muzik yang dinyanyikan bersama. Setiap lapisan bunyi mempunyai ciri dan kepentingannya yang tersendiri tetapi menyokong antara satu sama lain dan memperkayakan ekspresi muzik tersebut.

Bentuk dalam bahasa muzik merujuk kepada susunan idea atau satu corak melodi yang mempunyai ciri-ciri yang khusus. Bentuk sesebuah karya ditentukan oleh gabungan beberapa segmen muzik. Segmen muzik ini boleh terdiri daripada motif, frasa dan seksyen. Segmen-segmen muzik ini biasanya diulang dan dipelbagaikan untuk membentuk sesebuah karya muzik.

Sesebuah lagu biasanya mempunyai intro, rangkai dan korus. Bahagian akhir lagu dinamakan coda. Dalam muzik, seksyen ini biasanya ditulis sebagai A B C dan seterusnya. Antara bentuk yang terkenal ialah Bentuk AB (Binari) dan Bentuk Tenari (ABA). Terdapat juga bentuk-bentuk lain seperti Ronda, Perlude dan Fugue.

Bentuk binari merujuk kepada muzik yang hanya mempunyai 2 bahagian yang utama. Setiap bahagian dilabelkan sebagai A dan B. Bentuk binari biasanya berunsurkan soal jawab di mana bahagian A merujuk kepada unsur menyoal manakala bahagian B merujuk kepada unsur menjawab.

Terdapat juga bentuk Binari AB yang mempunyai bahagian kecil di dalamnya. Contoh lagu yang berbentuk Binari ialah: Can Mali Can Bahagian A : Dimana dia anak kambing saya, Anak kambing saya da di tepi sawah, Dimana dia adik comel saya, Adik comel saya yang pakai baju merah,

Bahagian B: Can mali can, can mali can, Can mali can ketipung paying, Can mali can, can mali can, Can mali can ketipung payung

Teneri membawa maksud tiga, ini bermakna lagu-lagu yang berbentuk Teneri atau ABA mempunyai bentuk yang utama di mana bahagian pertama dilabelkan sebagai A, bahagian yang kedua dilabelkan sebagai B, manakala yang ketiga dilabelkan sebagai A kerana bahagian ini adalah ulangan daripada bahagian yang pertama.

Ekspresi adalah berkaitan dengan pernyataan perasaan dan fikiran yang ditonjolkan oleh sesebuah lagu atau karya muzik. Ia merupakan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu persembahan vocal atau instrumental.

Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilakan interpretasi tersendiri. Pernyataan perasaan dan fikiran ini dapat disampaikan melalui mud dan dinamik apabila muzik diperdengarkan.

Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan sama ada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya.

Dinamik adalah berkaitan dengan sifat kuat atau lembut bunyi muzik yang dihasilkan. Dalam skor Iagu, dinamik dinyatakan dalam bentuk tanda isyarat dan istilah seperti beransur lembut ( > ) dan beransur kuat( < ).

You might also like