You are on page 1of 6

LAMPIRAN A

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

IKLAN JAWATAN KOSONG JAWATAN KUMPULAN SOKONGAN 2


1. PEMBANTU PERAWATAN KESIHATAN GRED U3 2. PEMANDU KENDERAAN R3 3. PEKERJA AWAM KHAS (OTOKLEB) GRED R3 4. PEKERJA AWAM KHAS (PEMANDU MOTOBOT) GRED R3 5. PEKERJA AWAM GRED R1 6. PEMANDU AM PEJABAT GRED N1
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan-jawatan berkenaan di Jabatan Kesihatan Negeri 1 Sarawak.

2.1

JAWATAN Pembantu Perawatan Kesihatan U3

2.2

KUMPULAN PERKHIDMATAN Sokongan

2.3

DESKRIPSI TUGAS Bertanggungjawab melaksanakan tugas pembersihan dan membantu melaksanakan tugas-tugas asas berkaitan penjagaan pesakit, penyediaan peralatan, mengambil dan merekod data pesakit dan tugas-tugas lain yang seumpamanya.

2.4

GRED DAN JADUAL GAJI Gred U3 P1T1 RM 709.59 - P1T18 RM 1452.85 P1T1 RM 752.06 - P1T18 RM 1531.25 P1T1 RM 796.16 - P1T18 RM 1611.23

2.5

SYARAT LANTIKAN Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan; (d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

3.1

JAWATAN Pemandu Kenderaan Gred R3

3.2

KUMPULAN PERKHIDMATAN Sokongan

3.3

DESKRIPSI TUGAS Memandu kenderaan jabatan seperti ambulan, bas, lori dan lain-lain dengan berdisplin serta mematuhi peraturan jalanraya. Memeriksa dan memastikan keadaan kenderaan seperti tayar, minyak, minyak pelincir, air dan bateri berada dalam keadaan memuaskan dan melaporkan sebarang kerosakan atau kemalangan kepada Ketua Jabatan dengan segera.

3.4

GRED DAN JADUAL GAJI Gred R3 P1T1 RM 701.42- P1T17 RM 1354.86 P1T1 RM 743.89- P1T17 RM 1423.41 P1T1 RM 787.99- P1T17 RM 1493.59

3.5

SYARAT LANTIKAN Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 25 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Memiliki kelayakan Penilaian Rendah Menengah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan; (d) memiliki Lesen Memandu Kelas D/E/E1/E2/F/G/H/I mana berkenaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ); [Kecuali Lesen Memandu Dalam Tempoh Percubaan (P)]; dan (e) berkebolehan memandu, mengendali dan menyelenggara kenderaan bermotor berkenaan yang diliputi oleh skim perkhidmatan ini; dan (f) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

4.1

JAWATAN Pekerja Awam Khas (Otokleb) Gred R3

4.2

KUMPULAN PERKHIDMATAN Sokongan

4.3

DESKRIPSI TUGAS Mempastikan autoclave berada dalam keadaan baik, mengawasi perjalanan pensterilan serta memastikan ianya diproses mengikut peraturan yang ditetapkan dan menjaga kebersihan autoclave dan kawasan sekitarnya serta tugas-tugas lain yang seumpama dengannya.

4.4

GRED DAN JADUAL GAJI Gred R3 P1T1 RM 701.42- P1T17 RM 1354.86 P1T1 RM 743.89- P1T17 RM 1423.41 P1T1 RM 787.99- P1T17 RM 1493.59

4.5

SYARAT LANTIKAN Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Memiliki kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan; (d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

5.1

JAWATAN Pekerja Awam Gred R1

5.2

KUMPULAN PERKHIDMATAN Sokongan

5.3

DESKRIPSI TUGAS Membersihkan kawasan persekitaran pejabat, memotong rumput, mengutip sampah, menanam dan menjaga pokok-pokok bunga, mengangkat barangbarang dan lain-lain tugas yang seumpama dengannya.

5.4

GRED DAN JADUAL GAJI Gred R1 P1T1 RM 647.51- P1T14 RM 1178.43 P1T1 RM 689.98 - P1T14 RM 1242.09 P1T1 RM 734.08 - P1T14 RM 1307.38

5.5

SYARAT LANTIKAN Calon-calon yang memohon hendaklah memenuhi kriteria-kriteria berikut: (a) Warganegara Malaysia; (b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; (c) Memiliki kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan; (d) Boleh bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan

6.

Permohonan hendaklah dibuat di laman web Sistem Pengurusan Pengambilan Atas Talian (SPAT), Kementerian Kesihatan Malaysia berikut:

http://jobkkm.moh.gov.my
7. Tiada borang manual atau penghantaran surat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak yang akan dilayan. Semua permohonan jawatan harus melalui laman web di atas. Pemohon bertanggungjawab untuk mengisi maklumat yang lengkap dan benar ke dalam laman web di atas.

8.

Permohonan perlu dilakukan sebelum pukul 11.59 malam pada 2 April 2012.

9.

Panggilan Temuduga 9.1 Hanya calon yang layak selepas asas untuk penapisan Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja yang akan dipanggil temuduga. Segala perbelanjaan untuk menghadiri temuduga adalah di bawah tanggungan sendiri

9.2

10.

Pemilihan Calon Yang Berjaya Adalah dimaklumkan bahawa pemilihan calon yang berjaya untuk temuduga adalah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan bukannya Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak berdasarkan calon-calon yang mengisi laman web http://jobkkm.moh.gov.my.

11.

Penempatan/Kekosongan Tertakluk kepada kekosongan jawatan di seluruh Sarawak.

Tarikh Iklan: 23 Mac 2012

Cop Jabatan:

You might also like