You are on page 1of 3

Sikap yang sentiasa mengambil berat terhadap perasaan dan kebajikan orang lain secara tulus iklas.

Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai tindak tanduk seseorang terhadap orang lain.

Perasaan simpati terhadap kesusahan dan kesedihan orang lain.

Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain.

Sedia memberi bantuan secara iklas kepada mereka yang memerlukan sama ada dalam bentuk kebendaan atau sokongan moral.

Kesanggupan untuk saling menerima pendapat serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing.

Tidak menaruh dendam terhadap seseorang yang telah insaf akan kesalahannya.

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Kesanggupan seseorang untuk memikul tugas atau kewajipan dan melaksanakannya dengan sempurna.

Sanggup dan boleh melakukan sesuatu untuk diri sendiri tanpa mengharapkan orang lain. Berupaya mengembangkan potensi yang ada dalam diri sendiri untuk mencapai sesuatu kejayaan dalam hidup. Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup bertindak.

Budi pekerti dan tingkah laku yang mulia dan lemah lembut serta berbudi bahasa yang patut diamalkan oleh seseorang individu dalam hubungannya dengan ahli masyarakat yang lain. Bersopan santun berbudi pekerti yang tinggi, tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjuk dan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain. Sikap bersedia menyatakan kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Suka bergaul mesra dan tidak mengasingkan diri. Menghargai dan memuliakan seseorang dan institusi sosial dan memberi layanan yang bersopan. Kewajipan dan tanggungjawab seseorang anak bagi memuliakan ibu bapa. Menunjukkan rasa hormat kepada golongan yang tersebut dengan memberikan layanan yang baik. Menerima dan menghormati raja serta lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera dan lagu kebangsaan. Menghormati hak dan kepeluan asasi seseorang seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Menghormati kepercayaan dan adat resam semua budaya di Malaysia. Menghormati sifat-sifat yang tersendiri yang ada pada setiap individu terutamanya golongan yang kurang bernasib baik. Menerima dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang telah ditentukan tanpa mengira di mana sahaja seseorang itu berada. Menepati waku dan menggunakan masa dengan berfaedah. Menghargai seseorang kerana pengetahuan, pengalaman, pengorbanan dan jasanya dalam sesuatu bidang. Menghargai perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja. Menghargai maruah diri setiap individu tanpa mengira taraf dan kedudukan sosialnya. Perasaan cinta, kasih dan saying yang mendalam dan berkekalan lahir dari hati yang rela terhadap sesuatu. Menghargai dan tidak menganiayai makhluk yang bernyawa.

Sentiasa ingin memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk kesejahteraan hidup. Bangga dan taat setia kepada negara. Suka hidup berbaik-baik antara satu sama lain dan mengutamakan kedamaian dan kesejahteraan hidup. Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. Mempertimbangkan sesuatu secara objektif, menyeluruh dan wajar. Tidak berat sebelah dan berpatutan dalam sesuatu tindakan dan keputusan

You might also like