You are on page 1of 11

PERKAITAN TEORI PSIKOLOGI TERHADAP MASALAH PELAJAR DALAM KELAS SEMASA P&P BERLANGSUNG SENARIO PENGAJARAN PEMBELAJARAN Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa masalah yang wujud diantara pelajar mahupun guru itu sendiri semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Permasalahan yang wujud ini boleh disebabkan oleh banyak faktor seperti masalah kognitif, behaviorisme, persekitaran yang akan membentuk tingkah laku, pemikiran, emosi dan social yang tidak seimbang dikalangan pelajar. Situasi ini akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya tidak dibendung dan seterusnya mencetuskan suasana kelas yang tidak kondusif dan teraputik sewaktu proses pembelajaran. Antara masalah yang dikenalpasti berlaku antara pelajar dan juga guru itu sendiri adalah seperti pelajar kelihatan takut dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas, kelas bising menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran atau melakukan kerja lain yang menganggu pengajaran, pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin dan suka menganggu rakan lain sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran, sikap guru yang tidak menyenangkan menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran pembelajaran dan pelajar yang lemah dalam pelajaran menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pengajaran di dalam kelas. HURAIAN MASALAH MENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN i. Huraian masalah Masalah pelajar yang kelihatan takut dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas ini boleh disebabkan oleh gangguan emosi yang dialami pelajar menyebabkan merasa takut berhadapan dengan guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran diadakan. Masalah yang dihadapi pelajar ini akan menyebabkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian ketika berada di dalam kelas. Perasaa takut yang hadir dalam diri pelajar ketika berhadapan dengan guru disebabkan latar belakangnya yang tidak memberi rangsangan yang baik terhadap pelajar tersebut menyebabkan dirinya tidak dapat menunjukkan gerak balas yang positif untuk bergaul mesra dengan rakan dan guru di sekolah.

Keadaan ini menyebabkan timbulnya sikap kurang bermotivasi dan kurang keyakinan diri apabila berhadapan dengan rakan-rakan dan guru semasa dalam pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini berlaku disebabkan sosial keluarga yang terganggu dan tidak terurus seperti sikap ibubapa yang tidak mengambil berat hal anak-anaknya, seorang yang pemarah dan panas baran menyebabkan terdapat tembok pemisah antara ibubapa dan anak, tidak mesra diantara ahli keluarga, melakukan hal masing-masing tanpa ada perbincangan keluarga. Masalah gangguan emosi ini boleh dikaitkan dengan teori perkembangan behaviorisme. John B. Watson merupakan seorang ahli psikologi Amerika yang membuat kajian serta penemuan prinsip pelaziman oleh Pavlov. Pelaziman klasikal ialah satu proses organisma mempelajari sesuatu yang baru dengan tidak melibatkan faktor dalaman. Istilah pelaziman bermakusd satu proses dimana gerak balas yang terlazim dipelajari, iaitu suatu gerak balas terhadap sesuatu rangsangan yang sebelumnya belum lagi menyebabkan berlakunya sesuatu perlakuan itu. John B. Watson (1878-1958) telah membuktikan bahawa emosi manusia boleh dilazimkan secara klasik melalui kajiannya terhadap seorang anak kecil yang diberi nama Albert. Dalam kes ini, pelajar yang mempunyai masalah dari segi latar belakang seperti ibubapa atau ahli keluarga yang lain tidak menunjukkan kasih sayang, mempunyai sikap pemarah dan panas baran terhadap pelajar tersebut tanpa alasan yang kukuh akan menunjukkan sikap takut apabila berhadapan dengan guru kerana mengaitkan guru tersebut dengan masalah yang dihadapinya. Ibubapa merupakan orang yang paling penting dan rapat dengan anaknya, tetapi sekiranya ibubapa menunjukkan sikap pemarah dan panas baran secara berterusan terhadap anaknya akan mewujudkan perasaan takut yang berpanjangan. Oleh itu, anaknya sentiasa menunjukkan perasaan takut apabila berhadapan dengan ibubapanya. Reaksi takut ini kemudiannya merebak kepada orang dewasa yang lain seperti guru menyebabkan pelajar tersebut mengasingkan diri daripada bersosial sewaktu berada di dalam kelas. Huraian masalah ini dapat dilihat dalam jadual 1 dibawah.

Rangsangan Ibubapa Suara kuat (marah) (semulajadi) Ibubapa + Suara Orang dewasa (rangsangan terlazim)

Gerak balas suka takut (semulajadi)

takut

takut (gerak balas terlazim)

Rajah 1: Pelaziman Emosi Watson

Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori Masalah emosi iaitu takut yang dihadapi oleh pelajar ini dapat di atasi berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviorisme. Andaian yang diperolehi hasil daripada masalah yang dihadapi oleh pelajar ini adalah disebabkan oleh pengaruh faktor pengalaman persekitaran dimana tempat pelajar ini dibesarkan. Faktor pengalaman dan persekitaran memainkan peranan penting dalam membentuk tingkah laku seorang pelajar sama ada akan menunjukkan tingkah laku positif atau sebaliknya. Untuk mengatasi masalah ini, guru memainkan peranan penting untuk mengubah suai persekitaran di dalam kelas dengan mewujudkan suasana yang dapat mengukuhkan tingkah laku positif pelajar tersebut. Peneguhan merupakan perkara yang dilakukan untuk menggalakkan sesuatu perlakuan itu diulang dan pakar behaviorisme percaya dengan cara memanipulasi alam sesuatu organisma melalui pemberian ganjaran, tingkah laku yang ingin dibentuk. Menurut Skinner, faktor ganjaran (peneguhan positif) berperanan membentuk perkembangan seseorang individu kearah yang lebih positif. Contohnya, guru boleh memberikan kata-kata pujian, memberikan senyuman, memberikan hadiah, menepuk bahu dan memeluk pelajar tersebut
3

selepas melakukan sesuatu tugas seperti menyiapkan kerja sekolah yang diberikan, menjawab soalan yang dikemukakan dan menunjukkan tingkah laku yang baik. Penggunaan peneguhan positif ini dapat menghapuskan masalah takut pelajar tersebut secara perlahan-lahan kerana guru menunjukkan sikap yang baik dan mesra dengannya. ii. Huraian masalah Kelas yang bising menyebabkan pelajar tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran atau melakukan kerja lain yang menganggu pengajaran. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar yang menganggu masa pengajaran dan pembelajaran dengan menonjolkan diri seperti suka menganggu rakan lain, suka bermain semasa berada di dalam kelas walaupun adanya guru ketika itu. Pelajar ini lebih tertumpu kepada bermain berbanding belajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran di adakan. Keadaan ini menyebabkan pelajar lain yang merasa mengantuk dan bosan untuk terus belajar meniru perbuatan mereka agar tidak merasa mengantuk dan bosan. Bagi mereka bermain ketika berada di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran lebih mengembirakan mereka berbanding belajar kerana dapat memberikan kepuasan kepada mereka. Pelajar seperti ini suka membuat bising kerana mendapati pengajaran membosankan bagi mereka. Ada juga pelajar yang tidak menumpukan perhatian kerana tidak memahami pengajaran guru. Terdapat pelajar yang suka menonjolkan diri di dalam kelas dan berkelakuan kurang menyenangkan yang mana suka menganggu pelajar lain dan suka bermain. Selalunya pelajar lain lebih tertumpu untuk memerhati dan seterusnya meniru tingkah laku pelajar yang menonjol dalam kelas. Teori pembelajaran sosial di asaskan oleh Albert Bandura (1986, 1977, 1998, 2000). Teori pembelajaran sosial menganggap manusia sebagai makhluk yang aktif, berupaya membuat pilihan dan menggunakan proses-proses perkembangan untuk memperihalkan peristiwa serta berkomunikasi dengan orang lain. Ini kerana semasa kita mempelajari cara-cara yang sesuai dalam kehidupan, seseorang pelajar itu sentiasa mencara cara yang pendek, senang dan ringkas untuk melakukan.

Dalam kes ini, tingkah laku manusia banyak dipengaruhi melalui pemerhatian dan peniruan. Pelajar akan meniru gaya pelajar yang lebih menonjol dari segi fizikal di dalam kelas seperti bermain antara satu sama lain kerana mudah memberikan kepuasan kepada pelajar tersebut berbanding belajar yang memerlukan pelajar mengerahkan otak untuk berfikir. Antara tingkah laku yang sering di tiru adalah seperti menganggu rakan yang sedang kusyuk belajar, menconteng buku pelajar lain, menyembunyikan peralatan sekolah pelajar lain, tidur, bercerita dan sebagainya. Memerhati dan meniru gaya pelajar lain adalah contoh bagaimana tingkah laku itu dapat dilaksanakan dalam keadaan sebenar. Selain itu meniru juga merupakan jalan terdekat untuk mempelajari sesuatu yang dilihat. Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran Andaian masalah diatas adalah disebabkan oleh pengaruh persekitaran pelajar yang menyebabkan pelajar tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk membentuk sesuatu tingkah laku secara berkesan, peneguhan yang sesuai diperlukan. Implikasi pengajaran daripada permasalahan ini, guru perlu mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan peneguhan berdasarkan prinsip Premack yang juga dikenali sebagai Grandmas Rule. Konsep utama Prinsip Premack adalah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. Contohnya, guru boleh mengatakan kepada pelajar selepas mengakhiri mata pelajaran sains, satu aktiviti bermain komputer akan diadakan atau sesiapa yang menyiapkan tugasan sains sebelum masa berakhir, dapat keluar rehat awal. Oleh kerana pelajar dijanjikan dengan rangsangan yang berupaya menjadi peneguh yang paling berkesan kepada mereka, maka pelajar ini akan melakukan aktiviti yang kurang diminati untuk mendapatkan aktiviti yang lebih diminati. Semua ini boleh diatur didalam hierarki Premack bagi menentukan rangsangan yang manakah yang berupaya menjadi peneguh yang paling kuat dan berkesan. iii. Huraian masalah

Di dalam sesebuah kelas, terdapat bermacam-macam ragam yang ditonjolkan oleh pelajar antaranya pelajar yang suka menganggu rakan lain yang menunjukkan minat untuk belajar seterusnya menganggu tumpuannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Pelajar yang terlibat dengan masalah disiplin ini suka menunjukkan sikap kurang disenangi oleh rakan-rakan lain ketika berada di dalam kelas akan mewujudkan suasana tegang dan huru hara semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan teori perkembangan psikososial Erikson. Beliau merupakan seorang tokoh psikologi yang membentuk satu teori yang komprehensif tentang perkembangan manusia berdasarkan jangka masa dalam kehidupan. Teori yang dikemukakan oleh Erikson adalah berdasarkan kepada lima prinsip iaitu manusia mempunyai keperluan asas yang sama, perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan asas, perkembangan manusia mengikut tahap tertentu, setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti di atasi sebelum induvidu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya, Kegagalan mengatasi konflik pada sesuatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya. Dalam kes ini, keadaan ini berlaku ketika pelajar berada pada tahap remaja antara 13- 21 tahun dalam perkembangan sosial dan emosi. Perubahan fizikal, emosi dan sosial semasa remaja memberi kesan terhadap kesihatan mental remaja. Penyesuaian diri dengan orang lain dan lingkungan sangat diperlukan oleh setiap orang, terutamanya di dalam usia remaja. Remaja yang mampu menyesuaikan diri dengan orang lain dan lingkungannya mempunyai ciriciri antara lain suka bekerjasama dengan orang lain, simpati, mudah akrab, disiplin dan lain-lain. Sebaliknya, bagi remaja yang tidak mampu menyesuaikan dirinya dengan orang lain atau lingkungannya mempunyai ciri-ciri seperti suka menonjolkan diri, menipu, suka bermusuhan, egostik, merendahkan orang lain, buruk sangka dan sebagainya. Contohnya, pelajar yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan orang lain atau di dalam lingkungannya akan menganggu pelajar lain seperti membuli pelajar yang berperwatakan sederhana dan pasif ketika berada di dalam kelas, suka merendah-rendahkan pelajar lain, melawan cakap guru, suka menipu, mudah bersikap buruk sangka, ego dan suka mencari pasal dengan pelajar lain. Keadaan ini menimbulkan suasana kurang senang di kalangan pelajar yang akhirnya mencetuskan pergaduhan di kalangan pelajar.
6

Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran Masalah disiplin pelajar yang ditunjukkan ketika pembelajaran menyebabkan pelajar tersebut tidak menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini dapat di atasi berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviorisme. Andaian masalah yang dihadapi pelajar di atas ialah pengaruh persekitaran pelajar tersebut yang menyebabkan pelajar ini tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi pengajaran daripada permasalahan ini, guru perlu mewujudkan persekitaran kelas yang dapat meneguhkan tingkah laku negatif. Peneguhan negatif merupakan satu cara lain membentuk tingkah laku yang menggunakan konsep peneguhan yang mana adanya rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Pelajar yang berhadapan dengan keadaan aversif sudah tentu ingin mengelakkan diri daripada mengalami kesakitan. Contohnya, guru menegur dan berleter tentang sikap pelajar yang mempunyai masalah disiplin di dalam kelas seperti suka menganggu, membuli dan merendah-rendahkan pelajar lain seterusnya mewujudkan suasana kelas yang tegang. Oleh kerana jemu dengan leteran guru, maka pelajar tersebut akan mengubah tingkah lakunya daripada negatif kepada positif. Jadual 2 menunjukkan contoh peneguhan negatif. Tingkah Laku Pelajar malas belajar dan suka menganggu pelajar lain Kesan/Akibat Guru menegur pelajar Tingkah Laku Masa Hadapan Pelajar mengubah tingkah laku dan mula belajar serta berhenti menganggu pelajar lain

Jadual 2: Peneguhan Negatif

iv.

Huraian masalah

Guru memainkan peranan yang penting dalam mendidik pelajar agar mereka menjadi insan yang berguna pada masa hadapan. Sekiranya seseorang guru itu menunjukkan sikap yang tidak menyenangkan, pelajar merasa tidak dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada hilang minat untuk mengikuti pembelajaran yang di ajar oleh guru tersebut. Antara sikap guru yang kurang menyenangkan pelajar seperti menunjukkan wajah masam, muram, bengis dan sentiasa kelihatan serius. Sikap yang ditonjolkan oleh guru ini menyebabkan minat yang ada untuk belajar terhapus dek sikap guru yang tidak menyenangkan. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran Gagne. Robert M. Gagne yang dilahirkan pada tahun 1916 merupakan seorang ahli psikologi eksperimental yang berpengalaman dalam bidang penyelidikan pembelajaran serta terlibat dalam latihan dan masalah-masalah pendidikan yang lain. Kebanyakan idea Gagne tentang analisis tugas menunjukkan pembelajaran berlaku secara berperingkat iaitu bergerak daripada peringkat paling mudah kepada peringkat yang paling kompleks. Dalam kes ini, keadaan ini berlaku pada peringkat pembelajaran isyarat dalam teori perkembangan Gagne. Menurut Gagne, pembelajaran isyarat ini akan menyebabkan seseorang individu mempelajari gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya, apabila guru menunjukkan wajah yang masam, muram, bengis dan serius dihadapan pelajar, pelajar akan mendapat isyarat bahawa guru ini seorang yang garang, tidak mahu diganggu, tidak mesra pelajar dan bermasalah. Situasi ini menyebabkan pelajar hilang minat dan hilang fokus untuk meneruskan pembelajaran disebabkan sikap guru yang ditunjukkan amat membosankan dan tidak memberikan maklum balas yang memberangsangkan seterusnya memberikan reaksi yang kurang baik semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Walaupun mata pelajaran yang diajar oleh guru tersebut merupakan mata pelajaran yang amat digemari oleh pelajar tersebut, sekiranya guru yang mengajar mata pelajaran tersebut menunjukkan sikap yang tidak menyenangkan akan menjatuhkan motivasi pelajar tersebut menyenangi pelajaran yang pada mulanya amat diminati. Jelas disini, guru memainkan peranan yang sangat penting dalam pembelajaran.

Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran Masalah sikap guru yang tidak menyenangkan menyebabkan pelajar tidak memberikan tumpuan sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Situasi ini boleh di atasi berlandaskan kepada teori pembelajaran sosial. Teori ini diasaskan oleh seorang ahli psikologi iaitu Albert Bandura. Andaian masalah yang dihadapi ialah pengaruh sosial guru tersebut mempengaruhi sikap dan menimbulkan kurang senang dikalangan pelajar. Implikasi pengajaran, guru itu sendiri mestilah mengubah sikap melalui pemerhatian dan peniruan. Menurut Bandura terdapat tiga sebab mengapa kita harus meniru untuk mempelajari sesuatu tingkahlaku. Pertama ialah dengan cara meniru kita mengambil contoh bagaimana tingkah laku itu dapat dilaksanakan. Kedua, meniru merupakan jalan terdekat untuk kita mempelajari sesuatu dan yang ketiga ialah dengan cara meniru melalui pemerhatian, kita dapat mengelakkan kegagalan dimana kita tahu dan dapat melihat kesilapan berlaku dan ini boleh dielakkan serta merta. Contohnya, guru tersebut perlu meniru gaya dan sikap guru lain yang popular di kalangan pelajar dan menjadi guru kegemaran kerana menunjukkan sikap mesra pelajar, baik, bertolak ansur, peramah, mudah didekati dan sentiasa memberikan senyuman kepada pelajar menyebabkan dirinya disukai dan disayangi dikalangan pelajar. Dengan ini, guru tersebut dapat memperbetulkan keadaan serta kesilapan yang ditonjolkan sebelumnya agar mudah didekati serta pelajar berasa selesa dan berminat untuk terus belajar sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. v. Huraian masalah Selain masalah pelajar sewaktu pengajaran di dalam kelas seperti yang dinyatakan terdapat di atas, terdapat juga pelajar yang lemah dalam pelajaran menyebabkan tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pengajaran sewaktu di dalam kelas. Keadaan ini berlaku disebabkan diri mereka sendiri yang tidak minat dan belum bersedia untuk menumpukan pelajaran sewaktu pembelajaran di dalam kelas. Kerana tidak berminat dan belum bersedia sepenuhnya belajar, maka akan menghasilkan pelajar yang lemah dalam akademik.

Situasi ini boleh dikaitkan dengan teori pembelajaran behaviorisme dalam Pelaziman Operan Thorndike yang merupakan ahli behavioris pertama mengemukakan konsep pelaziman operan. Menurut Thorndike, pembelajaran berlaku hasil daripada gabungan antara S-R, iaitu stimulus (rangsangan) dan response (gerak balas). Thorndike menyarankan bahawa pembelajaran manusia dikawal oleh hukum tertentu yang disebut sebagai hukum pembelajaran. Hukuman kesediaan merujuk kepada kesediaan dan persiapan-persiapan yang perlu ada sebelum individu itu bertindak seperti belajar. Kesediaan dapat dilihat dari tiga aspek yang utama iaitu kesediaan psikomotor, kesediaan afektif dan kesediaan kognitif. Thorndike percaya apabila seseorang itu bersedia untuk melakukan sesuatu tindakan, maka tindakan itu dapat memberi kepuasan kepadanya. Sekiranya dia tidak melakukan tindakan tersebut akan menimbulkan perasaan dukacita dan jika dipaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna. Contohnya, pelajar seperti ini lebih terdorong untuk bermain daripada memerah otak untuk belajar. Bermain merupakan aktiviti yang dapat memberikan kepuasan kepada pelajar yang terlibat sesuai dengan peringkat umur mereka yang belum mencapai kesempurnaan sepenuhnya dalam psikomotor, afektif dan kognitif. Sekiranya pelajar ini tidak melakukan aktiviti yang memberikan kepuasan kepadanya akan menumbulkan ketidakpuasan dalam diri kerana tidak mencapai apa yang diinginkan. Belajar merupakan aktiviti yang mereka tidak sukai kerana perlu menggunakan pemikiran mereka untuk mendapatkan hasil pembelajaran yang baik. Apabila mereka dipaksa dan terpaksa melakukannya, akan menghasilkan pembelajaran yang tidak sempurna seperti tertekan dan lemah dalam pelajaran. Pelan mengatasi masalah berlandaskan teori pembelajaran Pelajar yang bermasalah dari segi akademik ini boleh diatasi berlandaskan kepada teori pembelajaran behaviorisme yang diperkenalkan oleh B.F Skinner melalui dendaan. Andaian kepada masalah yang dihadapi pelajar ini adalah disebabkan pengaruh persekitaran kelas yang membuatkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian ketika proses pengajaran dan pembelajaran.

10

Implikasi pengajaran daripada permasalahan ini adalah dimana guru perlu mengubah suai persekitaran kelas dengan memberikan dendaan penyingkiran kepada mereka yang terlibat. Dendaan adalah satu proses yang dapat melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diinginkan dimana ia merupakan kesan negatif yang akan membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya sesuatu tingkah laku yang tidak diinginkan. Dendaan penyingkiran berkaitan dengan penyingkiran rangsangan yang tidak diinginkan. Contohnya, apabila pelajar menunjukkan sikap malas dan lebih terdorong untuk bermain semasa pengajaran, guru akan memberikan dendaan penyingkiran dengan tidak membenarkan pelajar rehat sekiranya tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan. Selain itu, guru juga boleh memberikan dendaan penyingkiran kepada pelajar dengan tidak membenarkan mereka memasuki kelas sekiranya menunjukkan sikap malas dan sambil lewa ketika belajar. Penggunaan dendaan ini akan membawa kepada perubahan tingkah laku yang tidak diinginkan kepada tingkah laku yang diinginkan oleh guru tersebut. Walaubagaimanapun, untuk mengaplikasikan penggunaan dendaan kepada pelajar, guru perlu meenggunakan dendaan dengan lebih efektif agar tidak menghasilkan gangguan emosi yang berpanjangan kepada seseorang pelajar tersebut. Ini kerana, penggunaan dendaan yang keterlaluan boleh menganggu emosi dan tingkah laku negatif kepada pelajar seperti rasa rendah diri, marah kepada guru tersebut seterusnya tidak minat untuk belajar dan sebagainya.

11

You might also like