You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MARO, SARATOK PERTANDINGAN BERCERITA DALAM BAHASA MALAYSIA TAHAP 1 RAJA BERSIUNG Assalamualaikum dan

salam sejahtera. Hai, kawan-kawan. Hari ini saya ingin bercerita, sebuah kisah yang bertajuk Raja Bersiung. Ha...begini ceritanya.

Pada suatu ketika dahulu, negeri Kedah diperintah oleh Raja Bersiung. Baginda sangat ditakuti oleh rakyatnya.

Segala perintah Raja Bersiung perlulah dilaksanakan dengan segera. Pengawal raja tidak berani membantah segala kemahuan baginda.

Pada suatu hari, Raja Bersiung berasa lapar. Cepat masakkan makanan untuk beta, tengking baginda. Tukang masak cepat-cepat menyediakan makanan.

Kawan-kawan tahu tak apakah yang terjadi ? Semasa memotong sayur bayam, tukang masak terhiris jarinya. Darahnya menitis ke dalam sayur itu. Setelah masak, makanan pun dihidang kepada Raja Bersiung.

Beta tidak pernah makan sayur bayam seenak ini, titah Raja Bersiung. Agaknya rencah baharu yang digunakan tukang masak.

Raja Bersiung pun memanggil tukang masak. Rencah apa yang kamu gunakan dalam sayur bayam tadi? tanya baginda.

Tukang masak berasa takut. Dia pun menceritakan kejadian yang berlaku. Sayur bayam tuanku bercampur darah patik, kata tukang masak.

Sekarang beta tahu rencah yang perlu dimasukkan ke dalam masakan beta. Ambil darah rakyat setiap hari ! titah Raja Bersiung.

Ya, kawan-kawan. Sejak hari itu, masakkan Raja Bersiung akan dicampur darah manusia. Gigi suing baginda bertambah panjang. Baginda semakin zalim.

Beta inginkan lebih banyak darah manusia lagi. Tangkap seramai mana rakyat lagi, titah Raja Bersiung.

Rakyat berasa takut kepada Raja Bersiung. Akhirnya mereka semua berpakat untuk lari ke dalam hutan.

Pembesar-pembesar istana pun bersidang. Mari kita tangkap Raja Bersiung yang kejam itu, kata seorang pembesar.

Pembesar-pembesar istana pun mengajak rakyat untuk menyerang istana. Tangkap Raja Bersiung ! Tangkap Raja Bersiung ! Tangkap Raja Bersiung ! tempik rakyat. Raja Bersiung berasa sangat takut lalu lari ke dalam hutan. Sejak itu, negeri Kedah pun aman dan damai.

Demikianlah cerita Raja Bersiung.

Ya, kawan-kawan, Jika kita berkuasa, janganlah bersikap zalim kepada orang lain. Sekian sahaja cerita saya. Terima kasih.

You might also like