1
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010
1.04
Pembentukan Negara Bangsa Malaysiayang maju dan bersatu padu bukansahaja perlu berasaskan ekonomi yangberdaya tahan tetapi juga kepadapengagihan kekayaan yang lebih adildan saksama. Di samping pertumbuhandan kedinamikan ekonomi yang perludicapai, ketidakseimbangan peluangekonomi dan sumber pendapatan tidakharus dibiarkan berlarutan sehinggamenggugat pembangunan negara.Menjelang Wawasan 2020, tidak wajarada golongan yang tercicir daripadaarus kemajuan negara. Pada waktuyang sama, minda, budaya dan nilaiyang menjadi pegangan rakyat sertainstitusi sosial perlu diperkukuhkansejajar dengan hasrat negara untukmaju mengikut acuannya sendiri.
Misi nasional – pendekatandan strategi yang Holistik
1.05
Malaysia harus terus berazam danberusaha untuk menjadi sebuahnegara maju yang teguh, bersatu dankekal utuh walaupun menghadapipelbagai cabaran dan rintangan.Sehubungan itu, Kerajaan di bawahkepimpinan Perdana Menteri, Y.A.B.Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawitelah memperkenalkan rangka kerjapelaksanaan baru, iaitu MISI NASIONALbagi mencapai wawasan dan matlamatnegara dalam jangka masa 15 tahunakan datang.
raJaH 1.1 teras Misi nasional
Teras 1
Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi
Teras 2
Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk ’minda kelaspertama’
Teras 3
Menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina danproduktif
Teras 4
Meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup
Teras 5
Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan
1.06
Misi Nasional mengambil kira pengalaman lampau, sistem nilai, budaya dan IslamHadhari yang diperkenalkan pada tahun 2004. Islam Hadhari menekankan penguasaanilmu pengetahuan dan pembangunan potensi individu bagi menyediakan sumbertenaga manusia yang seimbang dan amat bertepatan dengan frman Allah SWT dalamsurah Al-Mujaadilah 58:11, bermaksud:
“...Allah meninggikan orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”
1.07
Usaha membangunkan modal insan perlu dibuat secara holistik, melalui penekananterhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu Sains,Teknologi dan Keusahawanan, pembudayaan sikap progresi, serta pengamalan nilai,etika dan moral yang tinggi seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti Nasional(PIN). Misi Nasional memberikan penekanan tinggi ke atas pembangunan modal insan‘minda kelas pertama’ dan bina upaya sebagai pendekatan utama bagi melonjak kestatus negara maju. Bagi mencapai prestasi yang tinggi dan impak maksimum daripadapembangunan nasional, Misi Nasional telah menggariskan lima teras utama sepertiyang ditunjukkan pada Rajah 1.1.
1.08
Peranan pendidikan amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional.Dua daripada lima teras tersebut, iaitu teras kedua dan teras ketiga, menyatakanperanan pendidikan secara langsung.