You are on page 1of 21

Kisah Pemimpin Manusia

Universiti Kebangsaan Malaysia Faculty of Law Pursuing PHD Program in Law Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) MBL ( UKM )

Pendakwah dituduh sebagai fundamentalis dan ekstremis yang posisinya selalu tertuduh walaupun hakikatnya mereka adalah orang yang beramar makruf dan bernahi mungkar ...........pelindung dan pembangkit agama Allah swt, suara mereka masih tetap kuat bersama kebenaran yang dibawanya, meskipun suara kebatilan di sekelilingnya terus bergema...... Jika sebahagian manusia dewasa ini berbicara mengenai pentingnya membentuk pandangan umum dan pengaruhnya dalam mengawasi dan memelihara prinsip umat, akhlak, moral dan kepentingannya serta meluruskan apa-apa yang dianggap bengkok dan tidak benar daripada masalah kehidupannya..... maka kewajipan beramar makruf dan bernahi mungkar adalah saranan terbaik yang menjamin tercapainya tujuan itu untuk membentuk pandangan umum bersandar pada standard akhlak Islami, tata susila yang paling benar, paling adil, paling kekal dan paling kuat kerana standard itu diambil daripada al-Haq yang 'azali dan abadi, iaitu Allah Subhanahu Wa Ta'ala.......

Bila kita menaip perkataan jihad di dalam Google.com muncullah 13,800,000 bahan mengenainya.....itu belum lagi definisi yang diberikan oleh ensiklopedia percuma bernama Wikipedia di dalam internet dan huraian, penjelasan serta komentar dalam sekian banyak blog yang ada......malangnya jihad yang dihuraikan itu sebahagian besarnya bukan seperti mana yang kita faham di dalam Islam......maksudnya sudah dikaitkan dengan kegiatan keganasan atau terorisme.....maka itu kekeliruan mengenai konsep jihad itu akan berterusan di dalam media, melalui internet dan sekian banyak penerbitan........puncanya: orang lain yang membuat definisi itu........

Lebih kurang 1.68 bilion umat Islam di dunia hari ini harus hidup dengan imej agama Islam dilabelkan sebagai agama yang menggalakkan keganasan dan mewajarkan pembunuhan ke atas orang yang tidak berdosa. ........sesiapa yang bernama Islam, berwajah Islam dan mempamerkan lambang keislaman di Barat akan dicurigai......lebih 13 juta umat Islam di Eropah harus berdepan dengan prejudis ini .......lebih 6 juta umat Islam di Amerika Syarikat berada dalam keadaan serba-salah.....mereka berdepan dengan media yang rata-rata menjual keraguan terhadap Islam dan orang Islam......

Kita harus ingat, maklumat menentukan kuasa.......siapa yang memiliki maklumat menguasai kuasa......oleh sebab itulah media memainkan peranan yang amat penting dalam mencorakkan pandangan dan sikap manusia hari ini.....media menguasai jiwa dan perasaan manusia.....di dalam dunia tanpa sempadan seperti hari ini, media besar sekali kesan dan pengaruhnya dalam mencorakkan pemikiran kita........

Apa yang ada pada umat Islam....secara jujur kita harus menanyakan soalan ini. Siapakah di antara kita yang menguasai media antarabangsa.....memanglah umat Islam mempunyai stesen TV atau akhbar dan majalah di negara masingmasing......bagaimanapun, tidak ada syarikat atau organisasi Islam yang sebesar milik Murdoch atau mana-mana pemilik media lainnya.....oleh yang demikian, kita harus bergantung pada suara orang lain.....merekalah yang menghuraikan tindakan kita, termasuk memberikan penjelasan apa yang kita pegang selama ini sebagai sesuatu yang berharga dan dimuliakan jihad........

Keunggulan cinta Nabi Muhammad s.a.w pada umatnya .kita seringkali mendengar kisah kasih sayang Junjungan Nabi Muhammad saw terhadap umat Islam di mana sehingga di saat akhir kematiannya masih bertanyakan kepada Jibrail tentang umatnya..Baginda tersenyum bila Jibrail berkata bahawa umat Muhammad saw akan dihisab terlebih dahulu daripada umat nabinabi yang lain dan kalimat akhir yang keluar dari mulut Nabi Muhammad saw .adalah " Umatku, Umatku, Umatku."

Sesampainya Nabi Muhammad s.a.w. di Neraka Jahanam, padamlah api neraka yang begitu dahsyat itu..penduduk Jahanam pun berucap Apa yang terjadi, mengapa api Jahanam ini tiba-tiba padam. Siapakah yang datang lagi.Rasulullah s.a.w. menjawab, Aku Muhammad s.a.w. yang datang, siapa di antara kalian yang jadi umatku dan punya iman sebesar zarrah, aku datang untuk mengeluarkannya...Demikianlah kecintaan Rasulullah kepada umatnya, beliau akan memperjuangkannya sampai di hadapan Allah swt ..lalu bagaimana kecintaan kita sebagai umat Muhammmad s.a.w. kepada peribadi yang begitu agung ini..

Pada satu malamNabi Muhammad s.a.w bersembahyang dengan hanya membaca satu ayat ini sahaja iaitu Surah Al-Maidah : 118 ..Firman Allah swt yang bermaksud "...Jika sekiranya Engkau menyeksa mereka sesungguhnya mereka adalah hamba Mu, dan jika sekiranya Engkau mengampunkan mereka, sesungguhnya Engkau Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana." Telah diriwayatkan oleh Abdullah bin Amar bin Al-'As r.a bahawa Rasulullah s.a.w membaca ayat ini dan setelah selesai sembahyang Baginda saw mengangkat kedua-dua belah tangannya sambil berdoa kepada Allah swt dalam keadaan menangis, "Ya Allah Ya Tuhanku, umatku, umatku, umatku..."

Allah Maha Mengetahui tentang apa yang ada dalam diri Nabi Muhammad s.a.w tetapi Allah swt tetap mengutuskan malaikat Jibrail untuk bertanyakan tentang perkara tersebutRasulullah s.a.w memberitahu kepadanya bahawa Baginda s.a.w mengadu kepada Allah swt berkenaan dengan umatnya supaya Allah swt menyelamatkan umatnya pada hari kiamat.lalu Allah swt berfirman yang bermaksud, "Wahai Jibrail, pergilah berjumpa dengan Muhammad dan katakan kepadanya, sesungguhnya Kami redha kepadamu dan ummatmu dan Kami tidak akan melakukan apa-apa perkara memudaratkan umatmu."

10

Nabi Muhammad saw telah merintis jalan ke arah budaya beragama...... Baginda adalah contoh terbaik untuk diikuti dalam semua aspek kehidupan. .....Baginda dilahirkan sebagai rahmat untuk seluruh alam....... Dalam zaman kegawatan akhlak ini, pendidikan perlu kembali berteraskan kepimpinan Baginda yang mempelopori 'uswah' dan 'qudwah' hasanah - ikutan terbaik. Semua gerakgeri Nabi Muhammad adalah didorong oleh wahyu Allah swt...... Manusia tidak akan sesat sekiranya berpegang dan menjadikan Baginda sebagai ikutan....... Masyarakat itu atas kepimpinan ketua. Penerapan uswah dan qudwah Baginda harus bermula dari pemimpin..... Ketua, pemimpin atau guru yang baik melahirkan generasi yang baik. Mereka perlu bertindak sebagai 'role-model' dalam usaha penerapan budaya beragama. Ciri-ciri hasanah ini perlu dijelmakan dalam realiti kehidupan.

11

Ciri-ciri jahiliah zaman dulu masih ada malahan semakin tegak dalam zaman moden ini..... Kejahatan, kefasikan, kesesatan, kekafiran dan kemunafikan bermaharajalela dewasa ini ....Amar makruf dan nahi mungkar tidak menjadi teras dalam pendidikan. Kegawatan moral kemanusiaan berada di ambang atau tepi jurang neraka perlu diberikan perhatian serius melebihi daripada kawalan membanteras kegawatan ekonomi yang hanya menyentuh masa terdekat. Manusia diserang penyakit yang memusnahkan keseluruhan kemanusiaannya. Mereka memerlukan sejenis terapi perubatan bagi merawat dan menyembuhkan ciri-ciri kemanusiaan......

Farmasi yang mampu memberikan penyembuhan tidak lain daripada Islam yang diperjuangkan oleh Nabi Muhammad saw dan para sahabat. Inilah ubat sebenar bagi penyakit masa kini. Hakikat yang wujud sekarang ialah ramai cuba memberikan jalan penyelesaian tetapi terpesong kerana tidak berlandaskan fitrah dan sunnah. Akhirnya ubat yang diberikan tidak menyembuhkan penyakit kerana penyakit lain, ubat yang diberikan pula berlainan dan bercanggah dengan penyakit yang diidapi...... Ibarat penyakit barah diubati dengan panadol.

12

Orang kafir terutama Yahudi mengeksploit kelemahan orang Islam....... Mereka sedar keruntuhan yang sedang berlaku di kalangan umat Islam. Kegawatan ini mereka jadikan asas untuk menjahanamkan lagi keislaman yang ada pada diri mereka. Mereka tidak sekali-kali berpuas hati dan redha selagi umat Islam tidak mengikuti jejak langkah mereka sehasta demi sehasta sehinggalah orang Islam menganuti budaya dan cara hidup mereka. Mereka akan cuba menerapkan budaya murtad atau semi-murtad di kalangan anakanak muda Islam.... Islam dilanyak seperti mana melanyak Iraq dan negeri Islam lain. Apabila Islam dan budaya Islam punah dan hancur barulah mereka gembira dan berpuas hati. Orang Yahudi suka orang Islam sesat seperti mereka, biar sama-sama menjadi penghuni neraka....... Inilah konsep yang menjadi asas perjuangan Yahudi dan syaitan laknatullah.
13

Alhamdulillah kita berasa syukur kerana dilahirkan sebagai orang Islam..... Para sahabat bersama Nabi Muhammad saw menyebarkan agama Islam dengan begitu perit dan susah..... Mereka berjuang hingga ke titisan darah, mengorbankan harta dan nyawa untuk menegak dan menghadiahkan Islam kepada kita........ Sekarang kita sudah menerima Islam hasil pengorbanan mereka. Apakah setelah menerima Islam kita patut berdiam diri. Lupakah kita akan perjuangan mereka yang menghadiahkan Islam kepada kita..... Kalaupun tidak berjuang untuk menegakkan keislaman pada orang lain, kita berkewajipan menjaga Islam sekurang-kurangnya pada diri kita dan keluarga kita sendiri ......

14

Imbas kembali saat Junjungan Nabi Muhammad saw tang hampir wafat .kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah swt melalui kehidupan RasulNya pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap..ketika itulah, Rasulullah saw dengan suara terbatas memberikan kutbah baginda..
"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."

15

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu.. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, .Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan.. Ali menundukkan kepalanya dalam-dalamisyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba"Rasulullah saw akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detikdetik berlalu.

16

Matahari kian tinggi, namun pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutupsedang di dalamnya, Rasulullah saw sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.. "Bolehkah saya masuk" tanyanya. tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk. "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu..kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?". "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembutlalu, Rasulullah saw. menatap puteriNya itu dengan pandangan yang menggetarkan. .seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang..
"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw.Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat Maut datang menghampiri Rasulullah saw lalu Baginda saw menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya..

17

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah swt dan penghulu dunia ini.."Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah" tanya Rasulullah saw dengan suara yang amat lemah."Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.. tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah saw lega, matanya masih penuh kecemasan."Engkau tidak senang mendengar khabar ini" tanya Jibril lagi."Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak".."Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah swt berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

18

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.perlahan ruh Rasulullah saw ditariknampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang."Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini" perlahan Rasulullah saw mengaduh Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.."Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril" tanya Rasulullah saw pada Malaikat penghantar wahyu itu."Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril..sebentar kemudian terdengar Rasulullah saw memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi.. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatkuBadan Rasulullah saw mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.".di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan.. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah saw yang mulai kebiruan."Ummatii, ummatii, ummatiii?" "Umatku, umatku, umatku"

19

Para sahabat dan kaum muslimin telah berkumpul berhampiran rumah Nabi Muhammad saw ..mereka beramai-ramai menitikkan air mata.seakan tiada yang dapat mempercayai bahawa manusia agung sekaligus pemimpin kesayangan mereka telah dipanggil oleh Allah swtseluruh penghuni alam pun turut berduka.awan hitam menutupi Kota Madinah.untuk menenangkan hati dan menjaga keimanan mereka, Abu Bakar Siddiq segera berbicara di hadapan mereka ..Barang siapa yang menyembah Allah swt , maka Allah swt Maha Hidup dan tidak akan mati. Tetapi barang siapa yang menyembah Muhammad Rasulullah, maka Muhammad Rasulullah sekarang telah meninggal dunia.

20

Dengan itu. berakhirlah hidup manusia mulia yang membawa dan memberi sinaran kehidupan kepada manusia sehingga akhir zaman..kini, mampukah kita mencintai diriNya sebagaimana Baginda Nabi Muhammad saw mencintai kitaAllahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi......betapa cintanya Junjungan Nabi Muhammad saw kepada kita.umatNya. Musbri Mohamed April 2012

21

You might also like