You are on page 1of 34

PERKEMBANGAN KENDIRI

-PERSONALITI - KONSEP KENDIRI

Personaliti
Teori dan konsep Klasifikasi personaliti Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

Konsep Kendiri
Teori dan pengertian konsep kendiri Jenis konsep kendiri Faktor-faktor yang mempengaruhi perbentukan konsep kendiri Implikasi terhadap pengajaran dan pembelajaran

PERSONALITI

Teori dan Konsep


Perkataan personaliti berasal daripada bahasa Latin iaitu daripada perkataan persona yang membawa maksud topeng. Para pengkaji bersepakat menyatakan bahawa personaliti merupakan ciri dinamik dan tersusun yang dimiliki oleh indidvidu secara unik. Personaliti merupakan gabungan daripada berbagai sifat dan konsep kendiri seseorang.

Tafsiran Personaliti
Alder (1948) : Personaliti merupakan gaya hidup seseorang individu. Mischel (1981) : Menghuraikan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasi dalam situasi kehidupannya. Crow dan Crow (1983) : Personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik dalam dirinya.

Klasifikasi Personaliti

Menurut Carl Jung (1923) terdapat tiga jenis personaliti iaitu : 1. Ekstroveit - Lebih kepada dunia luaran dari dalaman - Aktif, rileks, mudah bercakap 2. Introvet - Menumpukan aspek dalaman - Sifat pemalu, sensitif, pasif 3. Ambivet - Mempunyai ciri Ekstoveit dan Introvet

Teori Perkembangan Kendiri

Teori Psikoanalisis
Peringkat oral/ mulut Peringkat ini adalah tertumpu kepada bayi yang berumur antara 0-18 bulan. Keseronokan dan kepuasan bayi tersebut boleh dicapai melalui mulut. Peringkat dubul Umur: 18 bulan 3 tahun Pada peringkat ini sudah mampu menguasai fungsi biologi iaitu membuang najis. Pada peringkat ini lebih kepada rangsangan melalui dubur.

Peringkat kubul Umur: 3- 6 tahun. Teori psikoanalisis berpendapat bahawa pada masa ini kanak-kanak lebih kepada organ jantinanya. Ini dapat dibuktikan dengan kanak-kanak pada peringkat umur ini sering memegang organ jantinanya. Peringkat latency Umur: 6 hingga baligh Pada masa ini pemikiran seksual mula berkembangan. Maksudnya kanak-kanak mula mengalihkan perasaan kasih sayangnya kepada orang lain selain daripada ibubapanya.

Peringkat genital Umur: selepas baligh hingga dewasa. Lebih banyak tentang oreintasi seksual untuk peringkat genitial ini. Maksudnya remaja mula tertarik dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina.

Teori Trait

Teori ini memperihalkan personaliti seseorang berdasarkan sifat dan tingkah laku. Terbahagi kepada 3 iaitu: 1. Personaliti, bentuk badan dan perlakuan. 2. Teori Trait Gordon Allport. 3. Teori Trait Raymond Catell

Endomof Berbadan gemuk dan bulat Periang, kuat makan dan tenang Mesomorf Tubuh tegap, keras dan kuat Tegas, bertenaga agresif dan berani Ektomof Kurus, pendiam dan lembut Pendiam, beremosi, pemalu tetapi cerdik.

Personaliti, Bentuk Badan dan Perlakuan

Teori Trait Gordan Allport


Trait merupakan sifat semulajadi yang mengawal tingkah laku. Trait Kardinal - Induvidu yang mengorganisasikan dirinya kepada satu pengaruh yang sangat kuat Trait Pusat - Kesabaran , kejujuran, kemurungan dan ketegasan berpengaruh pasa situasi terhad Trait Sekunder - Sifat yang mengawal manusia secara spesifik dan tidak ketara.

Teori Trait Raymond Catell


Menyifatkan personaliti sebagai gabungan beberapa trait Menyatakan personaliti merupakan sesuatu yang membenarkan kita membuat ramalan. Menghasilkan 16 PF (Personal Factor) atau trait sumber yang merupakan sifat yang tidak dapat dilihat secara jelas tetapi boleh dikenalpasti melalui kaedah analisi faktor.

Teori Humanistik

Melihat manusia sebagai insan yang baik dan murni Roger 1959- Pengalaman individu berperanan menentukan personaliti seseorang. Maslow 1968- Personaliti manusia ditentukan oleh keinginan dan kehendak seseorang individu Menurut Maslow selagi keperluan kekurangan belum dipenuhi, individu kurang bermotivasi untuk mencapai keperluan utama. Selepas manusia mencapai keperluan tersebut, manusia akan mencari keperluan keselamatan hidup.

Teori Behaviourisme

Pakar behaviourisme mengandaikan: Tingkah laku manusia dipelajari melalui proses perkaitan Manusia cenderung kepada keseronokan Tingkah laku ditentukan oleh persekitaran
Pakar percaya bahawa tingkah laku berpunca daripada interaksi manusia dan persekitaran, pengalaman masa lampau dan kini akan mempengaruhi personaliti seseorang

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri

Faktor Kebakaan - pola genetik pada persenyawaan akan mempengaruhi perkembangan personaliti individu. Faktor Pengalaman Awal - Latar belakang sekolah - Pengaruh keluarga - Peranan Media - Pemakanan - Pengaruh sosiobudaya

Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Guru boleh mengunakan teknik inkuiri bagi pelajar yang bersifat berdikari iaitu dengan bertanya soalan yang dapat membangkitka perasaan ingin tahu pelajar Teknik penerangan boleh dilakukan bagi pelajar yang bersifat bergntung kpd org lain. Memberi pujian kpd mereka yg introvert kerana dapat mendorong mereka bersifat yakin dan berusaha dgn lebih gigih. Bagi yg berciri ekstrovert guru digalakkan melakukan perbincangan . Ini dapat menimbulkan rasa minat untuk belajar bersungguh-sungguh. Mengadakan bengkel motivisi dapat mencungkil bakat pelajar dan prestasi pelajar supaya mereka mempunyai personaliti yg berbeza.

KONSEP KENDIRI

Teori dan Pengertian Konsep Kendiri


Kendiri meliputi keseluruhan perkembangan personaliti seseorang individu. Carl Roger 1950, konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehanya.

Jenis Konsep Kendiri


Terdapat dua bahagian iaitu: - Konsep kendiri positif - Konsep kendiri negatif

Konsep Kendiri Positif


Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang. Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran. Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri. Berasa bangga diri sendiri dan berani mencuba. Mudah bersosialosasi dengan orang lain.

Konsep Kendiri Negatif


Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri. Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain. Kurang keyakinan diri dan tidak berani mencuba. Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka. Tidak suka mendengar atau menerima pendapat orang lain.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri

Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku. Emosi mempengaruhi perasaan. Pengaruh keluarga membentuk sikap dan kepercayaan. Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya. Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah sesesorang

Implikasi terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Pelajar mempunyai konsep kendiri yang menetukan nilai


positif dan nilai negatif dalam setiap perkara bagi diri mereka. Konsep kendiri mampu membentuk cara tersendiri dlm mengganggap kejayaan & kegagalan yang dialami Pelajat yg gagal memiliki konsep kendiri sukar untuk

menerima bahawa mereka boleh berjaya.


Konsep kendiri boleh berubah sekiranya keadaan persekitaran menggalakkan konsep kendiri.

You might also like