You are on page 1of 10

1

KERTAS 1. LATIHAN 1 Tiap-tiap soalan diikuti oleh tiga pilihan jawapan A, B dan C atau empat pilihan jawapan A, B, C dan D. Antaranya, ada satu jawapan sahaja yang betul. Pilih jawapan yang betul itu. Kemudian, tandakan jawapan kamu dengan menghitamkan ruangan pada kertas jawapan. 1 "Sungguh ______ tidak menyangka, engkau menderhaka," titah baginda dengan murkanya. A B C D beta patik tuanku hamba

Gambar 1
2 Tin itu ______ kerana telah terjatuh semasa memunggahnya dari lori. A kempis B kepik C kemit 3 Dia terjatuh kerana tersepak ______ tulang lembu di tepi jalan itu. A B C D sepuntung setongkol sebatang seketul

Gambar 2
4 ______ Majlis Restu Ilmu Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat itu mengumumkan ketibaan Pegawai Pelajaran Daerah. A B C D Jurubahasa Juruhebah Jurucakap Juruacara

K1.L1.HIKMAH2008

Gambar 3
5 Puan Zulinawati ______ jagung kepada sekawan burung merpati yang jinak itu. A B C D 6 mencampak membaling mengadun menabur

"Cantik sungguh rambutnya yang ______ seperti mayang mengurai itu," kata Nor Azlina kepada Zatulhidayu sambil menunjuk ke arah gadis itu. A ikal B lebat C keriting

Haji Huzaiman sentiasa berdoa ______ kelima-lima orang anaknya itu berjaya dalam pelajaran mereka. A B C D sekiranya semoga tatkala jika

Walaupun umur adik baru dua tahun tetapi dia sangat ______ bercakap. A lancang B petah C lancar

K1.L1.HIKMAH2008

Gambar 4
9 Cikgu Marina meminta murid-muridnya supaya ________ tangan jika ada yang bersetuju untuk menyertai lawatan ke rumah orang tua.

A B C D 10

menjulang mengangkat melambung menghulur

Walaupun ______ hari bekerja, mereka dapat membajak ______ ekar tanah. A B C D Sesetengah ... setiap Setengah ... satu Sekalian ... satu Setengah ... sesuatu

Gambar 5
11 Pak Mail sedang ______ buluh yang telah dirautnya untuk membuat layang-layang. A B C D 12 merincih melentur melurus mematah

"______lah makan, jangan malu-malu," kata emak kepada tetamu itu. A B C D Jemput Minta Harap Tolong

13

Suasana di dalam dewan peperiksaan itu ______ kerana murid-murid sedang tekun menjawab soalan. A sunyi-sepi B susup-sasap
K1.L1.HIKMAH2008

4
C senyap-sunyi

14

Semua maklumat murid sekolah itu yang ______ telah disediakan oleh guru-guru untuk diserahkan kepada guru besar. A kemas kini B kenal pasti C tambah baik

Gambar 6
15 Mak Gayah sedang ______ periuk supaya berkilat selepas digunakan untuk memasak. A B C D 16 menyentil menyental menyempil menyempal

Irfan terkejut ______ juruacara mengumumkan namanya sebagai Tokoh Murid 2007. A B C D jika sejak apabila selagi

17

"Kita hendaklah sentiasa bercakap dengan berhati-hati ______ menyinggung perasaan orang lain," nasihat Hajah Noreha kepada anak-anaknya. A takut-takut B entah-entah C kalau-kalau

18

Perdana Menteri Malaysia ______ delegasi Malaysia ke Persidangan Negara-negara ASEAN di Pulau Langkawi. A B C D mengikuti menyusuli menjumpai mengetuai
K1.L1.HIKMAH2008

5
19 Datin Hayati sentiasa memakai dua kenduri kahwin. A B C D 20 bentuk cucuk untai urat ______ kalung mutiara ketika menghadiri majlis

Apabila kamu berjumpa dengan Adee janganlah kamu menunjukkan ________ kepadanya. A B C D muka masam muka manis tebal muka muka pengadilan

21

Cat merupakan satu lapisan pelindung yang kukuh untuk menahan besi itu daripada berkarat. Perkataan seerti bagi kukuh ialah A B C D kuat tegap gagah cekal

22

Mereka berasa sangsi melihat gerak-geri pemuda yang tidak dikenali itu. Perkataan berlawan bagi sangsi ialah A B C D kenal ingat yakin syak

Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. 23 I. I Bapa Ramesy memerah susu lembu. II. II Encik Tan memerah dahinya kerana sakit kepala. III. III Badrul memerah otak untuk menjawab soalan-soalan UPSR.

IV.
A B C D

IV Raju memerah ugut murid-murid lain untuk mendapatkan wang. I dan II sahaja I dan III sahaja II dan III sahaja II dan IV sahaja
K1.L1.HIKMAH2008

6
24 Apakah yang harus dilakukan apabila melihat satu kebakaran? Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A B C D Saya akan mencari pondok telefon awam. Saya akan ambil sebaldi air dan menyimbahkannya ke atas api itu. Saya akan menelefon pihak bomba dan pasukan keselamatan dengan segera. Saya akan kerahkan semua penduduk kampung supaya memadamkannya.

Pilih soalan yang paling sesuai kepada jawapan yang bergaris. 25 Cikgu Nasir menasihati murid-muridnya supaya belajar dengan tekun. A B C D Mengapakah Cikgu Nasir menasihati murid-muridnya? Apakah nasihat Cikgu Nasir kepada murid-muridnya? Bagaimanakah cara murid-murid belajar dengan tekun? Siapakah murid-murid yang perlu belajar dengan tekun?

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 26 " Mereka memperoleh bantuan kecemasan daripada wakil rakyat kerana banyak harta benda mereka musnah dipukul ribut," kata Anis. A Anis menjelaskan bahawa mereka memperoleh bantuan kemusnahan daripada wakil rakyat kerana harta benda mereka cemas dipukul ribut. B Anis menyatakan bahawa wakil rakyat menyumbangkan bantuan kecemasan harta benda kepada mangsa yang musnah dipukul rebut. C Anis mengatakan bahawa mereka mendapat banyak bantuan kecemasan daripada wakil rakyat kerana harta benda mereka musnah dipukul ribut. D Anis memberitahu bahawa mangsa bencana ribut mendapat bantuan kecemasan daripada wakil rakyat kerana harta benda mereka banyak yang musnah. Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris. 27 Mak Teh sedang mengukur kelapa di dapur rumahnya. A B C D Kelapa sedang dikukur oleh Mak Teh di dapur rumahnya. Mak Teh kelapa sedang mengukur di dapur rumahnya. Kelapa Mak Teh sedang dikukur di dapur rumahnya. Kelapa di dapur rumah Mak Teh sedang mengukur.

28

Rukiah tidak_____________ di Wisma Damansara lagi. A B C D pekerja bekerja kerja pekerjaan

29

Pilih ayat yang betul.

I. II.
III.

I Rumput yang segar itu diberikan kepada lembu jantan. II Arahan itu adalah bukan untuk semua murid tahun enam. III Para tetamu yang hadir ke majlis persandingan itu diberi bunga telur. IV Pemuda itu meletakkan keretanya di hadapan bangunan pejabat pos. A I dan II
K1.L1.HIKMAH2008

IV.

7
B I dan IV C II dan III D III dan IV Pilih ayat-ayat yang betul. 30 I. I Roset yang besar itu adalah untuk tetamu kehormat. II. II Di antara acara yang akan dipersembahkan ialah acara dikir barat. III. III Encik Ali yang menjadi pegawai di pejabat itu berasal daripada Pekan. IV. A B C D IV Pasukan pesilat negara telah menjadi johan dalam pertandingan tersebut. I dan II I dan III I dan IV II dan III

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. No.54, Jalan Kelapa Puyuh, Taman Soga, 83000 Batu Pahat. Tuan Pengarah, Syarikat Telekom Malaysia Berhad, Jalan Rahmat, 83000 Batu Pahat. Tuan, Laporan Penggunaan Telefon Awam Secara Haram Saya ingin membuat aduan tentang penggunaan telefon awam secara haram dengan menggunakan kad telefon terpakai yang dibubuh dawai. 2. Pada 17 Ogos 2007, saya ternampak dua orang remaja sedang cuba menggunakan telefon awam tersebut. Apabila mereka ternampak saya, mereka telah membuka langkah seribu ke arah motosikal mereka lalu meninggalkan tempat itu. Saya menghampiri pondok telefon itu. Saya menjumpai sekeping kad telefon yang dibubuh dawai. 3. Menurut sumber yang dipercayai kad telefon terpakai itu boleh digunakan untuk membuat panggilan secara percuma di dalam mahupun di luar negara.

20 OGOS 2007

4. Oleh itu, saya ingin membuat aduan ini kepada pihak tuan. Bersama-sama ini saya sertakan kad telefon yang telah saya temui untuk tindakan tuan selanjutnya. 5. Saya berharap agar pihak tuan dapat menyiasat aduan saya dan mengambil tindakan yang sewajarnya. Yang benar, (NAZIRIN BIN MUSA) 31 Mengapakah remaja yang menggunakan telefon awam dengan kad telefon terpakai tidak dapat dikenali? A B C D Mereka melarikan diri dengan motosikal Mereka bersembunyi di suatu tempat Cuaca pada malam itu gelap Mereka memakai topeng
K1.L1.HIKMAH2008

8
32 Penulis berpendapat gambaran baik remaja Taman Soga terjejas disebabkan oleh A B C D 33 suka melepak menghisap dadah menunggang basikal dengan laju membuat panggilan dengan menggunakan kad telefon terpakai

Di manakah remaja-remaja itu menggunakan telefon awam dengan kad terpakai? A B C D Di pasar raya Taman Soga Di Gelanggang Badminton Taman Soga Di pondok telefon awam Taman Soga Di perumahan Taman Soga

34

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan di atas. A penduduk Taman Soga menggunakan kad telefon terpakai untuk membuat panggilan B penulis berharap pihak yang berwajib mengambil tindakan yang sewajarnya C kad telefon terpakai boleh diguna untuk membuat panggilan secara percuma

35

Rangkai kata langkah seribu dalam petikan bermaksud A B C D cabut lari seribu langkah kaki ada seribu banyak langkah

Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Aku memandang ke luar jendela rumahku. Cahaya matahari petang semakin suram. Pohonpohon rendang di tepi sawah kelihatan semakin hitam. Beberapa ekor burung layang-layang berterbangan di udara. Kepalaku terasa seolah-olah seperti burung layang-layang itu. Aku merebahkan badanku di sudut itu. Seorang lelaki tua yang bongkok dan berjanggut putih hingga paras dada tiba-tiba menghampiriku. Dia menghulurkan tangannya. Kami berjabat tangan tanda persahabatan. Dia tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Dia mengajakku ke rumahnya. Katanya tidak jauh dari tempat itu. Aku mengekorinya dari belakang. Kami melalui lorong yang sempit dan gelap. Kami juga mendaki beberapa buah bukit yang dikelilingi hutan tebal. Pelbagai suara binatang seperti mawas dan ungka kedengaran. "Kita sudah sampai," lelaki tua itu bersuara. Aku memandang di sekeliling kawasan itu. "Di manakah rumahnya?" bisik hatiku. "Di sebelah sana," orang tua itu menjawab sambil menunjukkan dengan jarinya seolah-olah mendengar bisikan hatiku. Hatiku mula berdebar-debar apabila melihat sebuah gua yang besar tersergam di sebelah rusuk kiriku. Di dalamnya gelap gelita. Tiba-tiba kelihatan cahaya seperti kilat di celah-celah gua itu. Suasana bertukar menjadi terang-benderang. Sejurus kemudian, muncul seorang perempuan yang sungguh jelita. Perempuan itu memakai pakaian serba putih. Baunya sungguh harum. Dia
K1.L1.HIKMAH2008

9
tersenyum kepadaku. Aku mengamati wajahnya. "Rasa-rasa aku pernah berjumpa dengan perempuan ini," desak hatiku. "Ah, mungkin pelanduk dua serupa," hatiku membantah. Setelah meletakkan sepiring pulut kuning dan secawan milo di atas meja, perempuan itu ghaib. Aku memanggilnya sekuat hati. Aku terasa badanku digoncang oleh sesuatu. Aku membuka mata. Aku melihat ibu duduk di sisiku sambil memegang bahuku. Ibu telah selesai sembahyang. Adik perempuan kesayanganku tersenyum memandangku. "Lain kali jangan tidur waktu senja," kata ibu sambil berlalu. Aku bangkit dari tempat tidurku. Sepiring pulut kuning dan secawan milo yang disediakan oleh ibuku petang tadi masih belum kujamah. 36 Di manakah letaknya gua ketika penulis tiba? A B C D 37 Di sebelah pokok yang didiami mawas. Di tepi sebuah bukit. Di sebelah kirinya. Di tepi lorong.

Apakah nasihat ibu kepada penulis? A B C D Jangan Jangan Jangan Jangan tidur ketika muram. tidur di tepi jendela. tidur waktu petang. tidur ketika hampir malam.

38

Mengapakah penulis tidak sempat makan pulut kuning? A B C D Dia telah tertidur. Dia lambat bangun tidur. Terkejut oleh cahaya kilat. Perempuan cantik itu menghilangkan diri.

39

Pilih penyataan yang tidak benar tentang petikan. A B C D Rumah penulis terletak di tepi sawah. Lelaki berjanggut berpakaian serba putih. Di dalam hutan terdapat pelbagai jenis binatang. Ibu penulis mengambil berat terhadap diri penulis.

40

Frasa pelanduk dua serupa dalam petikan bermaksud A B C D dua benda yang seakan-akan sama rupa. dua orang yang seakan-akan sama rupa. dua penulis yang seakan-akan sama rupa. dua ekor binatang yang seakan-akan sama rupa.

KERTAS SOALAN TAMAT

K1.L1.HIKMAH2008

10

K1.L1.HIKMAH2008

You might also like