Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
6Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
1. Nombor

1. Nombor

Ratings: (0)|Views: 89 |Likes:
Published by umar_zura

More info:

Published by: umar_zura on Apr 04, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/08/2013

pdf

text

original

 
Bab 1 – Nombor Bulat
Nombor 
ialah satuentitiabstrak yang mewakili hitungan atauukuran.Simboluntuk nombor dipanggilangka. Dalam penggunaan biasa, angka sering digunakan sebagailabel (penomboran rumah), penunjuk susunan (nombor bersiri), dan kod (ISBN). Dalam bidangmatematik, takrif nombor telah diperluas untuk merangkumikeabstrakan seperti pecahan,nisbah, serta nombor-nombor negatif, transenden, dan kompleks.Operasi-operasi aritmetik untuk nombor, sepertipenambahan, penolakan,  pendarabandanpembahagian, dibuat lebih umum dalam cabang matematik yang dikenali sebagaialgebra niskala.Algebra niskala ialah kajian tentang sistem-sistem nombor abstrak, seperti kumpulan, gelanggangdanmedan.
Nombor asli
Nombor-nombor yang paling biasa digunakanialah
. Bagi sesetengah orang,nombor asli bermaksud
integer bukan negatif 
,manakala untuk orang yang lain, istilah itubermakna
integer positif 
. Integer-integer bukannegatif dirujuk sebagai
nombor bulat 
, manakalainteger positif dirujuk sebagai
nombor  pembilan
.Dalam sistem penomboranasas sepuluh yang digunakan di hampir seluruh dunia, simbol-simbol untuk nombor asli ditulis dengan menggunakan sepuluhdigit, iaitu 0hingga 9. Suatu sistem nilai tempat tersirat yang bertambah dengan kuasa sepuluhdigunakan untuk nombor yang lebih besar daripada sembilan. Oleh itu, nombor yanglebih besar daripada sembilan mempunyai angka yang dibentuk daripada dua or lebih digit. Simbol untuk set yang merangkumi semua nombor asli ialah
ialah nombor yang nilainya adalah kurang daripadasifar . Nombor ini biasa ditulis dengan menggunakan tanda negatif di hadapan nombor positif yangsepadan untuk menandakan lawannya. Umpamanya, jika satu nombor positif digunakan untuk menandakan jarak di sebelah kanan titik tetap, nombor negatif akandigunakan untuk menandakan jarak di sebelah kiri.Serupa juga, jika satu nombor positif menandakan simpanan bank, jadi nombor negatif merujuk kepada pengeluaran wang daripada akaun bank itu. Apabilanombor  bulatnegatif dicantumkan dengan nombor bulat positif atau nombor sifar, seseorangakan mendapat
Zahl 
, bentuk jamak
Zahlen
).
1
 
Nombor nisbahNombor nisbah
ialah nombor yang boleh diungkapkan sebagaipecahanyang terdiridaripadapengangka integer sertapenyebutnombor asli yang bukan sifar. Pecahan mewakili kuantiti yang diperoleh apabila sesuatu benda dibahagikan kepada
n
bahagian yang sama. Dua pecahan yang berbeza boleh mempunyai nilai yang samadengan satu nombor nisbah; umpamanya dan adalah sama.Jika nilai mutlakuntuk
m
adalah lebih besar daripada
n
, nilai mutlak untuk pecahanitu adalah lebih besar daripada satu. Pecahan boleh mempunyai nilai positif, negatif,atau sifar. Set untuk semua pecahan merangkumi semua integer kerana setiapinteger boleh ditulis sebagai satu pecahan dengan penyebut 1. Simbol untuk nombor nisbah ialah huruf tebal (untuk
quotient 
dalam bahasa Inggeris, iaitu
hasil bahagi 
).
Nombor nyata
Dengan kurang tepat, nombor-nombor nyata boleh dianggap sebagai sama sahajadengan titik-titik pada garis selanjar. Semua nombor nisbahadalah nombor nyata danseperti dengan nombor nisbah, nombor nyata boleh dikelaskan, baik sebagai positif,sifar, mahupun negatif. Nombor nyata boleh dicirikan dengan unik melalui sifatmatematiknya: nombor ini adalahmedan tertib lengkapyang tunggal. Bagaimanapun, nombor nyata bukannya suatumedan tertutup algebra. Angka-angka perpuluhanadalah lagi satu cara untuk mengungkapkan nombor. Dalam sistem nombor asas sepuluh, nombor ini ditulis sebagai rentetan angka,dengan satutitik(titik perpuluhan) (umpamanya di Amerika Syarikat danUnited Kingdom) atau dengan satu koma (umpamanya di benua Eropah) di sebelah kanan tempat nilai-nilai satu; nombor nyata negatif ditulis dengantanda minus di hadapan. Sesuatu angka perpuluhan yang mentakrifkan nombor rasional boleh berulang-ulangatau tamat (walaupun seberapa banyak nombor sifar boleh ditambah), walaupunsifar ialah nombor nyata yang tunggal yang tidak boleh ditakrifkan melalui angkaperpuluhan yang berulang-ulang.Umpamanya, pecahan boleh ditulis sebagai angka perpuluhan 1.25 yang tamat,atau sebagai angka perpuluhan 1.24999... (angka-angka sembilan yang berterusan)yang berulang-ulang. Pecahan hanya boleh ditulis dengan 0.3333... (angka-angkatiga yang berterusan) yang berulang-ulang. Semua angka perpuluhan yangberulang-ulang atau tamat mentakrifkan nombor nyata yang juga boleh ditulissebagai pecahan; 1.25 = dan 0.3333... = .Sebaliknya, angka-angka yang tidak berulang-ulang atau tidak tamat mewakili
, iaitu nombor-nombor yang tidak boleh ditulis sebagaipecahan. Umpamanya pemalar-pemalar matematikyang terkenal seperti π (pi) dan ,punca kuasa dua 2,adalah nisbah; serupa juga dengan nombor nyata yang diungkapkan oleh angka perpuluhan 0.101001000100001... kerana ungkapan initidak berulang atau tamat.
2
 
Nombor-nombor nyata
 terdiri daripada semua nombor yang boleh diungkapkanmelalui angka perpuluhan, baik nombor nisbah mahupun nisbah. Simbol untuknombor nyata ialah Nombor-nombor nyata telah dipergunakan untuk mewakiliukuran, dan adalah sama dengan titik-titik padagaris nombor . Oleh sebab ukuran- ukuran hanya dibuat pada tahap ketepatanyang tertentu, jidar selisihselalu wujud apabila nombor nyata digunakan untuk mewakilinya. Ini sering diolahkan denganmenentukan bilanganangka berertiyang sesuai.
Nombor kompleks
Beralih ke tahap pengabstrakan yang lebih tinggi, nombor-nombor nyata bolehdiperluas supaya merangkumi
 Dari segi sejarah, setnombor muncul daripada soalan bolehkah nombor negatif mempunyaipunca kuasadua. Daripada masalah ini, satu nombor baru telah ditemui: punca kuasa dua negatif satu. Nombor ini ditandakan dengan simbol
yang diberikan olehLeonhard Euler .Nombor-nombor kompleks terdiri daripada semua nombor dengan bentuk
a
+
bi 
,dengan
a
dan
b
merupakan nombor-nombor nyata. Jika
a
ialah sifar, maka
a
+
bi 
dipanggil nombor khayalan. Serupa juga, jika
b
ialah sifar, maka
a
+
bi 
ialah nombor nyata kerana tidak adanya komponen khayalan. Sesuatu nombor kompleks yangmempunyai
a
dan
b
sebagai integer dipanggilinteger Gaussan.Nombor-nombor kompleks merupakanmedan tertutup algebra, iaitu setiappolinomial dengan koefisien kompleks boleh difaktorkan menjadi faktor-faktor linear yang mempunyai koefisien-koefisien kompleks. Nombor-nombor kompleks adalahsepadan dengan titik-titik padasatah kompleks. Setiap sistem nombor yang disebutdi atas adalahsubsetbagi sistem nombor yang berikut. Secara simbol, ini diwakilisebagai:
Angka
Nombor-nombor harus dibezakan daripada
yang merupakan simbol untukmewakili nombor. Nombor 'lima' boleh diwakili dengan kedua-dua angka asassepuluh, iaitu 5, atau angka Roman,V. Notasi-notasi yang digunakan untuk mewakili nombor dibincangkan dalam rencanasistem angkayang berasingkan. Satuperkembangan yang penting dalam sejarah angka ialah perkembangan satu sistemtempat dan serupa dengansistem perpuluhanmoden, dapat mewakili nombor-nombor yang amat besar. Sebaliknya, angka-angka Roman memerlukan simbol-simbol tambahan untuk mewakili nombor-nombor yang lebih besar. 
3

Activity (6)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
Izzatul Ismah liked this
Izzatul Ismah liked this
Chong Lee liked this
Suhana Idris liked this
Nur Masturah liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->