You are on page 1of 2

Duhai Bungaku Pesanan buatmu bunga dunia Andai ada di antara kamu yang gagal Dalam berhajat mendapatkan

cinta kaum Adam Usahlah engkau berhati walang Usah ditanya apa salah kamu pada dia Jangan disoal apa kurangnya kamu dan apa lebihnya dia Sebaliknya bungaku Ucaplah syukurmu pada Dia Yang telah memilih kamu untuk merasa kecewa Dalam berhajatkan cinta insani Tempiaskan tangismu dan bisikkanlah laramu Hanya pada Dia yang amat Pemurah Kerana telah meminjamkan cinta itu kepada kamu Adat meminjam haruslah dipulangkan Jangan pernah kau lupa akan kebenarannya itu

Pasti engkau masih dalam dilema bungaku Masakan aku meminta kamu bersyukur bukan Pasti kamu merasakan yang aku gembira atas kesedihan kamu Tetapi itu semua jauh dari benar Aku pinta kamu bersyukur kerana harga kamu terlalu bernilai Kerana itu kamu tidak layak dimiliki oleh insani yang tidak berhajat Membawa hubungan itu kepada akad pernikahan Kerana itu engkau harus bersyukur Bersyukur kerana engkau terlepas dari tipu daya dunia Terhindar dari cinta yang dusta

Dan terpisah dari seorang Adam yang tidak berniat menjadikan Hawa sebagai surinya Doakan saja semoga hilangnya adalah hilang yang berganti.INSYAALLAH.. Duhai bungaku Aku berpesan bukan hanya untuk kamu Tetapi aku juga berpesan pada diriku Aku sayangkan kamu wahai bungaku

You might also like