You are on page 1of 24

KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT KUMPULAN U

TUGASAN INDIVIDU NAMA : ROZI BINTI MD. SHARIFF L 20112008383

NAMA PENSYARAH : TN. HJ. ISHAK BIN ISMAIL

ISI KANDUNGAN Aktiviti 1.0.. 1 Pengalaman Menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSTT ) Aktiviti 1.2 ................................................................................................................................ 3 a)Peranan dalam situasi sosial yang berlainan ....................................................................... 3 b)Peranan primer dan sekunder .............................................................................................. 3 c) Tindihan peranan dan konflik dalam memainkan peranan primer dan sekunder ............. 4 Aktiviti 2.4 ................................................................................................................................ 5 a)Maklumat lengkap mengenai tiga tokoh yang mengkaji perubahan masyarakat. 5

b) Sumbangan tokoh yang mengkaji perubahan masyarakat. ................................................ 6 Aktiviti 3.2 ................................................................................................................................ 9 a) Makna konsep-konsep id, ego dan superego ................................................................. 9

b) Perbandingan antara Freud (psikologi) dengan pandangan (sosiologi) tentang pembentukan tingkah laku ................................................................................................... 11 Jadual 1: 8 Peringkat Yang Perlu Dilalui Oleh Kanak-kanak Melalui Teori Herikson (seorang ahli psikologi freud) .............................................................................................. 12 Aktiviti 5.7 .............................................................................................................................. 13 a) Bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam situasi bilik darjah. .................... 13 b) Bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan-kesan negatif ...................... 17 Aktiviti 8.10 ............................................................................................................................ 18 a) Senarai Surat-surat pekeliling ikhtisas. b)Tajuk setiap surat, kandungan dan nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya. ............................................................................................................. 20 Rujukan: ................................................................................................................................. 23

Aktiviti 1.2 Anda adalah seorang individu yang berinteraksi dalam masyarakat. Dalam interaksi anda memainkan pelbagai peranan sosial. Dapatkah anda menyenaraikan peranan-peranan anda dalam situasi sosial yang berlainan? Apakah peranan yang anda anggap primer dan apakah pula peranan-peranan sekunder? Adakah berlaku tindihan peranan? Adakah pula berlaku konflik dalam memainkan peranan-peranan tersebut? a) Peranan dalam situasi sosial yang berlainan

Dalam berinteraksi dengan masyarakat, saya telah memainkan peranan penting dalam situasi sosial yang berlainan. Jika dilihat secara terperinci terdapat empat bentuk situasi sosial.Pertama,bagi keadaan menyedari kehadiran orang lain tanpa interaksi.Contohnya apabila saya berada di perpustakaan, saya melihat seseorang dan terus membuat penilaian terhadap penampilannya seperti menganggap dia ulat buku. Kehadiran orang itu secara tidak langsung mempengaruhi diri saya. Selain itu, sekiranya saya melihat ada orang buta melintas jalan,secara tidak langsung saya akan berasa kasihan kepadanya. Kedua, interaksi sosial seperti berbual dengan orang lain atau menghadiri kenduri atau pesta orang lain. Dalam aktiviti sukan misalnya saya sama-sama terlibat bermain badminton bersama rakan mahupun jiran. Ketiga, saya akan berimaginasi akan adanya kehadiran orang lain. Misalnya, walaupun kini saya sedang belajar di UPSI, namun saya akan membayangkan atau mengingatkan kenangan bersama ahli keluarga yang tercinta di JB. Keempat, adanya kehadiran orang lain melalui media yang saya kenali dan kehadirannya mempengaruhi saya. Misalnya, apabila saya terbaca berita artis bercerai di media, pastinya saya akan tertanyatanya akan sebabnya mereka bercerai. b) Peranan primer dan sekunder

Peranan primer ialah interaksi yang bersifat akrab dan selalunya berlaku di dalam rumah. Interaksi ini terjalin erat antara seorang anak terhadap orang tuanya yang saling menyayangi, interaksi antara sepasang kekasih dan interaksi suami isteri mahupun saudara sesama saudara. Peranan sekunder melibatkan interaksi sosial yang tidak akrab dan boleh berlaku di manamana sahaja di luar rumah. Misalnya, saat ketika kita berbual dengan orang baru dikenali, interaksi sesama penonton ketika menonton wayang, dan interaksi antara penjual dan pembeli.
3

c) Apakah berlaku tindihan peranan dan konflik dalam memainkan peranan primer dan sekunder ?

Saya berpendapat bahawa tidak akan berlaku pertindihan antara peranan primer dan sekunder. Ini kerana interaksi ini berlaku dalam dua situasi yang berbeza. Peranan primer selalunya berlaku dalam kalangan orang yang kita kenali manakala peranan sekunder sebaliknya. Kita selalunya akan dapat menjalankan peranan kedua-duanya dengan baik. Tetapi konflik mungkin akan berlaku sekiranya kita gagal memainkan peranan dengan baik. Misalnya, sebagai seorang bapa sekiranya berjaya memainkan peranan dan tanggungjawab dalam keluarga tentunya akan memberikan kesan kepada masyarakat luar dari segi perhubungan yang baik dengan orang sekeliling walaupun baru dikenali. Konflik juga akan wujud dalam memainkan peranan sekunder kerana melibatkan hubungan formal seperti antara pekerja dan majikan. Hubungan ini lebih rasional dan menekan.

Aktiviti 2.4 Dapatkan maklumat lengkap mengenai tiga tokoh yang mengkaji perubahan masyarakat. Catatkan sumbangan mereka dalam bentuk peta minda.

AUUGUSTE COMTE (1798-1857) a)Nama Penuh Isidore Marie Auguste Franois Xavier Comte b)Di lahirkan di Montpellier, Perancis, 17 Januari 1798 c) meninggal dunia di Paris, Perancis, 5 September 1857 pada umur 59 tahun) d) seorang ilmuwan Perancis yang terkenal sebagai "bapa sosiologi" e) melanjutkan pendidikannya di Politeknik cole di Paris. f) Comte meninggalkan cole dan melanjutkan pendidikannya di sekolah kedoktoran di Montpellier. g)Bekerja sambilan di Paris sekali lagi untuk mendapatkan wang. h) beliau menjadi penuntut setiausaha kepada Claude Henri de Rouvroy, Comte de Saint-Simon, yang memperkenalkan Comte ke dalam golongan cendikiawan i) Comte mengahwini Caroline Massin, tetapi bercerai pada 1842 j) Comte dikenali sebagai seorang yang angkuh, ganas dan yang mengalami delusi k) Pada tahun 1826, beliau dimasukkan ke dalam rumah sakit otak, tetapi keluar tanpa disembuhkan l) Antara tempoh perceraiannya, beliau menerbitkan enam jilid hasil penulisannya Cours.

KARL MARX ( 1818-1883 ) a) Nama Penuh Karl Heinrich Marx b)Dilahirkan pada 5 May 1818 di Prussia Trier (sekarang di Jerman). c) ahli falsafah, politik dan pakar teori kemasyarakatan Prussia. d) Tulisannya membentuk asas kepada pergerakan komunis dan sosialis. e) Marx menerima markah yang baik di sekolah gymnasium, sama taraf dengan sekolah menengah f) Marx memasuki Universiti Bonn pada tahun 1833 untuk mempelajari undang-undang, atas permintaan ayahnya behest g) Marx tidak begitu berjaya kerana banyak menghabiskan masa minum di dewan bir. h) ayahnya memaksa dia bertukar ke FriedrichWilhelms-Universitt di Berlin (sekarang dikenali sebagai Universiti Humboldt) i) Dia bertukar minat pada falsafah bertentengan dengan kehendak ayahnya j) Marx meninggal di London pada tahun 1883, dan dikebumikan di Highgate Cemetery, London.

IBNU KHALDUN ( 1332-1406 ) a) Nama penuh Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun b) Dilahirkan pada 27 Mei 1332 di Tunisia c) Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada d) merupakan salah seorang pakar sains Islam e) Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. f) mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah g) menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. h) Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 i) Meninggal dunia pada 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir.

b) Sumbangan tokoh yang mengkaji perubahan masyarakat.


orang pertama yang mengaplikasikan metod ilmiah dalam ilmu sosial

Memperkenalkan Teori Perubahan UNDANGUNDANG TIGA PERINGKAT 1.TEOLOGIKAL 2.METAFIZIKAL 3.POSITIF

Auguste Comte membahagikan sosiologi menjadi dua bahagian iaitu Sosial Statik dan Sosial Dinamik

SUMBANGAN AUGUSTE COMTE


Sumbangan dalam penganalisaan Struktur sosial dan perubahan sosial, menekankan ciri-ciri sistematik masyarakat, evolusi dunia,penekanan terhadap penteorian abstrak, kaedah penyelidikan sosiologi

PELOPOR SOSIOLOGI POSITIVISME

Menekankan perubahan intelektual bukannya revolusi politik

Mempengaruhi ramai ahli sosiologi terutamanya golongan fungsionalisme

menulis secara bersama The German Ideology-kritikan mengenai falsafah Hegel dan Hegelians Muda

Menerbitkan The Communist Manifesto, pertama pada 2 Februari 1848

menulis The Poverty of Philosophy (1847), kritikan mengenai fikiran sosialis Perancis

SUMBANGAN KARL MARX


Semasa di London, Marx menyumbang kepada New York Tribune, kepunyaan Horace Greeley sebagai pemberita Eropah.

Dia menganalisa bagaimana Napoleon III mengambil alih Perancis

Analisis ekonomi dan social Karl Marx mempengaruhi aktivis politik, pengkritik sosial dan ahli sains sosial

Menumpukan kajian kepada perubahan yang berlaku pada zaman moden kerana berkait rapat dengan perkmbangan kapitalisme

Menghasilkan karya teragungnya MUKADDIMAH

Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh

menyertai orangorang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol

Memperkenalkan beberapa konsep penting sosiologi seperti a)pembandingan desa dan kota b)asabiyah sosial c) perubahan sosial d)bidang berkaitan sosiologi politik, ekonomi dan sejarah

SUMBANGAN IBNU KHALDUN

Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan

Seorang pemikir social yang mengambil masyarakat sebagai paksi kepada suatu sains yang lain daripada yang lain

Menghubungkan pemikiran sosiologi dengan pemerhatian sejarah

Aktiviti 3.2 Sigmund Freud terkenal sebagai ahli psikologi yang memperkenalkan konsep id, ego dan supergo dalam analisis personaliti. a) Huraikan makna konsep-konsep id, ego dan superego

Jawapan a. Makna konsep-konsep adalah seperti berikut:Menurut Sigmund Freud, teori perkembangan psikoseksual dipengaruhi oleh faktor seksual. Faktor ini merupakan pendorong untuk tingkah laku manusia dan mempengerahui personalitinya. Sigmund Freud mengatakan teori perkembangan personaliti terbentuk dari tiga komponen iaitu:a. Id b. Ego c. Superego No 1 Konsep Id Huraian Merupakan bahagian personaliti yang mengandungi naluri seksual dan agresif. Id diwarisi sejak lahir dan beroperasi atas prinsip keseronokan (pleasure principle) Id amat mementingkan kepuasan serta merta di mana mengandungi:Libido 1) iaitu tenaga seksual yang menggerakan kebanyakan daripada tingkah laku manusia. 2) dianggap sebagai keinginan seksual seseorang individu. 3) libido perlu dikawal bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh mendatangkan kesan tindakan yang tidak buruk dari seseorang individu. 4) seseorang yang tidak dapat mengawal libidonya tidak akan dapat berfikir secara waras di mana nafsu menjadi keutamaan dalam melakukan sesuatu tindakan. 5) Justeru itu, peranan ego diperlukan bagi mengawal libido seseorang bersesuaian dengan matlamat asal teori psikoseksual iaitu untuk mengawal id seseorang dan mengurangkan kebergantungan terhadap peranan ego. Secara umumnya tahap id seseorang boleh dikurangkan jika individu mengalami situasi seperti kehilangan tahap privacy, tekanan, ganggu seksual semasa kecil, trauma, tahap seksual dan sebagainya.
9

Manakala melalui faktor fizikal pula seperti:(i) Tahap testroen dalam aliran darah seseorang (ii) Kesan pengambilan ubat-ubatan (iii) Gayan hidup (iv) Kekurangan keinginan seksual dan lain-lain lagi Menurut Sigmud Freud tahap id yang dapat dikawal atau dikurang tidak bermakna akan mempengaruhi tahap kesuburan dan nmenyebabkan mati pucuk seseorang

Ego

Menurut Sigmud Freud ego merupakan faktor penting mengawal Id. Berfungsi sebagai pengawal kehendak yang tidak dapat dipuaskan oleh Id. Kewujudan ego dalam diri seseorang bertentangan dengan Id disebabkan ego wujud dan berkembang melalui proses berperingkat dan beroperasi di atas prinsip realiti. Prinsip realiti bermaksud peranan ego yang cuba untuk mengawal dan membawa Id berdasarkan tindakan realistik yakni tindakan yang membawa kebaikan bukan keburukan. Peranan ego bertujuan untuk menyeimbangakan permintaan antara Id dan superego. Ego berperanan memastikan Id dan superego atas prinsip realiti yakni pertimbangan akal fikiran manusia dan persekitaran manusia samada logik atau tidak logik. Ego menggunakan 2 kaedah apabila menghadapi situasi kecemasan iaitu menggunakan pengalaman serta kekuatan pemikiran yang berdasarkan prinsip realiti.

Superego

Tujuan utama superego adalah untuk mencapai kesempurnaan Bertindak mengikut norma-norma masyarakat yang akan cuba untuk menahan desakan Id dan memujuk ego supaya memilih matlamat yang bermoral dan realistik Superego wujud dalam diri seseorang sejak lahir lagi hasil didikan untuk menjadi seorang individu yang selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat yang bermoral Superego mempunyai 2 ciri utama iaitu:1. Conscience suara hati Hasil daripada pelaksanaan hokum oleh ibu dan bapa ke atas anak-anaknya 2. Ego ideal keunggulan ego - Diperolehi apabila ganjaran diperolehi daripada
10

seseorang apabila berjaya melakukan sesuatu Contohnya ibu bapa memberikan hadiah kepada anaknya selepas berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan

b)

Perbandingan antara Freud (psikologi) dengan pandangan (sosiologi) tentang pembentukan tingkah laku

No 1

Fakta Permulaan pembentukan tingkah laku

Freud (psikologi) (i) Bermula pada zaman kanakkanak (ii) Jika kanak-kanak tidak dapat mengatasi masalah pada suatu peringkat, maka dia akan gagal Rujuk penerangan di jadual 1 di bawah Tahap 1 hingga 5 menuntut peranan ibu bapa dalam mendidik kanak-kanak Rujuk penerangan di jadual 1 di bawah

Pandangan Sosiologi (i) Pandangan Karl Max, pembentukan tingkah laku seseorang ataupun tingkah laku masyarakat dimulai dengan teori konflik

(iii)

Peranan ibu bapa

(i)

(ii)

Peranan masyarakat

(i)

Tahap 6 hingga (i) Tingkah laku masyarakat 8 dipengaruhi mestilah berpandukan prinsipoleh masyarakat prinsip dan ideologi komunis kerana tahap tersebut kanakkanak telah hidup dalam masyarakat yang kompleks

11

(ii)

Rujuk penerangan di jadual 1 di bawah

Jadual 1: 8 Peringkat Yang Perlu Dilalui Oleh Kanak-kanak Melalui Teori Herikson (seorang ahli psikologi freud)

Tahap Pertama Kedua Ketiga

Peringkat Umur 0 hingga 1 tahun 1 hingga 3 tahun 3 hingga 6 tahun

Ciri-ciri Pembentukan perasaan percaya lawan tidak percaya Tahap autonomi lawan rasa malu dan sangsi Tahap inisiatif lawan rasa bersalah Tahap industri lawan rasa rendah diri Tahap identiti lawan kekeliruan perasaan Tahap intimasi lawan pengasingan diri Tahap generativiti lawan pemusatan kendiri Kesepaduan ego lawan putus asa

Sifat Menanam sifat sabar Membina keazaman yang kental Membina perasaan bermakna perasaan melakukan yang baik Membina persaingan dalam diri Membina keyakinan diri untuk hidup dalam masyarakat Kekuatan psikososial ( kasih sayang ) Memikirkan hidup berkeluarga Mewujudkan rasa kesepaduan bagi mengelakkan perasaan putus asa

Keempat Kelima

6 hingga 12 tahun 12 hingga 20 tahun

Keenam Ketujuh Kelapan

20 hingga 40 tahun 40 hingga 65 tahun 60 tahun ke atas

Kesimpulannya, pandangan ahli psikologi ( Freud ) dengan pandangan ahli sosiologi jelas mempunyai perbezaannya. Titik kesamaan pandangan ahli freud dan sosiologi dilihat dari peranan masyarakat dalam pembentukan tingkah laku.

12

Aktiviti 5.7 a) Jelaskan bagaimana anda sebagai pendidik berinteraksi dalam situasi bilik darjah. Perkara pertama saya sebagai seorang pendidik perlu mengetahui interaksi bermaksud proses saling bertindak, saling mempengaruhi antara satu sama lain. Interaksi dalam bilik darjah boleh ditinjau daripada 2 sudut iaitu interaksi antara individu dan interaksi antara individu dengan alam sekitar. Mengikut Ned A. Flanders, seorang profesor di Amerika Syarikat, interaksi di antara guru dengan murid dalam bilik darjah boleh digolongkan dalam 3 kategori utama iaitu: i) Percakapan guru ii) Percakapan murid iii) Kesenyapan Sebagai pendidik, saya perlu menganalisis jenis-jenis interaksi yang berlaku dalam bilik darjah serta teknik dan cirri-cirinya. JENIS INTERAKSI (a) Percakapan guru GAYA (i) Pengaruh langsung TEKNIK & CIRI ~ secara bersyarah (memberi arahan & mengkritik) ~ adalah satu hala sahaja & penglibatan murid-murid adalah pada tahap minima. (ii) Pengaruh tidak langsung ~ Secara menyoal (menerima perasaan & memberikan dorongan) ~ untuk membina suasana interaksi yang positif di dalam bilik darjah. Pelbagai hala ~ Terdiri daripada tindak balas & respon murid di mana mereka mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam process pengajaran dan pembelanjaran ~ Terdapat perbincangan sktif antara guru ~ Secara senyap (kerana kekeliruan berlaku di antara pihak guru dan murid) ~ Untuk memhentikan gangguan komunikasi di antara guru murid

(b) Percakapan murid

(c) Kesenyapan

13

Terdapat 3 jenis interaksi yang terdapat dalam bilik darjah iaitu:i) Interaksi Sehala Berkait rapat dengan pendekatan/ teknik/ kaedah/ strategi yang digunakan oleh guru di dalam pengajarannya. Contoh, jika guru mengamalakan pendekatan berpusatkan guru, kaedah kelas, kaedah syarahan, kaedah bercerita atau kaedah demonstrasi, interaksi dalam bilik darjah akan menjadi sehala kerana guru yang mengawal segala aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang berlaku di dalam bilik darjah. Ciri-ciri interaksi sehala:I. II. III. Corak interaraksi bilik darjah ditentukan oleh guru kelas. Tiada interaksi yang berlaku antara murid dengan murid Murid-murid tidak terlibat dalam process pengajaran dan pembelanjaran secara aktif.

GURU

MURID

ii) Interaksi Dua Hala Guru menggunakan pendekatan yang berlaianan seperti perbincangan atau kaedah induktif, interaksi yang berlaku di dalam bilik darjah bertukar menjadi interaksi dua hala. Ciri-ciri interaksi Dua hala:I. II. Aktiviti pengajaran dan pembelanjaran bercorak aktif. Perhubungan guru dengan murid menjadi rapat akibat komunikasi terbuka di dalam bilik darjah. III. Menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelanjaran dengan menyoal dan meminta pendapat mereka.

GURU 14

MURID

iii) Interaksi Pelbagai Hala Guru menggunakan kaedah-kaedah dan teknik pengajaran seperti simulasi, main peranan, pendekatan kumpulan, kaedah perbincangan, ujikaji, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah perbincangan, ia akan menggalakkan interaksi pelbagai hala antara guru dengan murid dan murid dengan murid-murid lain di dalam bilik darjah. Ciri-ciri penting:I. Komunikasi berkesan yang berlaku di antara guru dengan murid dan murid dengan murid. II. III. Penyertaan aktif murid dalam process pengajaran dan pembelajaran. Suasana yang kondusif untuk mengedalikan process pengajaran dan pembelajaran.

Iv-

Interaksi Berkomputer Proses pengajaran dan pembelajaran yang terkini ialah penggunaaan komputer dan internet serta aplikasi-aplikasinya. Kepentingan komputer semakin menyerah dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana dapat membantu dalam proces pendidikan dan mengurus pengajaran serta dapat membantu dalam proses penilaian. Kini, penggunaan komputer untuk pembinaan penilaian ujian iaitu sebagai bank item dan penjana item serta untuk menjalankan ujian ( computer adaptive testing CAT). Ciri-cirinya ialah: I. interaksi dalam bilik darjah menjadi lebih efesienuntuk guru menjalani ujian melalui computer II. ujian CAT dapat menjimatkan masa guru dan interaksi murid dengan komputer membolehkan murid-murid mendapatkan maklum balas serta-merta mengenai tindak balas yang dipilih oleh mereka. III. guru dapat menyimpan rekod tentang keputuan murid murid secara tersusun dan sistematik IV. interaksi di dalam bilik darjah terhad kepada murid dengan komputer, dengan peranan guru sebagai pemudahcara.

15

Pendekatan dan Strategi . Pemusatan memusatkan guru . Kaedah kelas . Memberi syarahan . Kaedah syarahan . Kaedah bercerita . Kaedah demontrasi . Pendekatan Kumpulan . Kaedah Projek . Kaedah Bermain . Lakonan . Sumbangsaran

Jenis Interaksi

Ciri-Ciri Interaksi

Interaksi sehala dari guru kepada murid

1. Aktiviti pembelajaran bercorak pasif. 2. Corak iteraksi tertumpu kepada guru sahaja. 3. Tiada interaksi di antara murid-murid

Interaksi dua hala di 1. Aktiviti pembelajaran bercorak aktif. antara murid murid dengan 2. Perhubungan murid dengan murid dipereratkan. 3. Interaksi guru dengan murid sehala iaitu melalui bimbingan atau arahan guru sahaja. 4. Semangat kerjasama, toleransi serta tolongmenolong di kalangan murid dipupuk.

. Simulasi . Main Peranan . Pendekatan kumpulan . Kaedah perbincangan . Kaedah penyelesaian masalah . Aktiviti pemulihan . Aktiviti pengayaan

Interaksi pelbagai hala di 1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bercorak antara murid dengan guru aktif.

serta murid dengan murid 2. Perhubungan antara guru dengan murid dan murid dengan murid dipereratkan.

Kesimpulan, sebagai pendidik,interaksi dalam P&P amat penting kerana proses interaksi dapat memotivasikan murid-murid supaya menimbulkan minat dan perhatian mereka terhadap aktiviti P&P dalam bilik darjah. Selain itu, aktiviti soal-jawab menggerakkan muridmurid supaya berfikir dan sentiasa mempunyai perasaan ingin tahu. Interaksi yang berjaya dapat mengeratkan perhubungan antara guru dan murid dalam bilik darjah. Pertukaran maklumat atau idea di antara guru dengan murid memerlukan interaksi dua hala. Aktiviti kumpulan, khasnya perbincangan dapat dijalankan melalui interaksi antara

16

murid dalam kumpulan. Interaksi berkomputer membolehkan murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran terkini. b) Nyatakan bentuk-bentuk interaksi yang boleh mendatangkan kesan-kesan negatif

Terdapat beberapa bentuk-bentuk interaksi yang mendatangkan kesan-kesan negatif. Antaranya adalah seperti yang berikut:1. Guru sukar berterus terang 2. Emosi guru atau murid yang tidak terkawal. Hal ini akan menjejaskan penumpuan. Tumpuan yang kurang teliti akan turut menjejaskan interaksi antara murid dan guru. 3. Guru yang tidakmelayani maklum balas murid. 4. Kebisingan dalam bilik darjah. Kelas yang bising akan mengganu interaksi yang berkesan. Murid-murid mungkin sukar untuk mendenganre isi pelajar yang disampaikan oleh guru. 5. Guru yang mempunyai pengalaman mengajar yang kurang 6. Suasana bilik darjah yang kurang kondusif 7. Tulisan yang kurang jelas pada papan tulis mengganggu maklumat atau mesej yang ingin disampaikan kepada murid. 8. Guru yang bersifat autokratik menentukan segala aktiviti P&P menyebabkan; a) Murid-murid hanya mengikut arahan dan kehendak guru dan tidak diberi peluang menyuarakan pendapat atau memberi cadangan. b) Interaksi antara guru dengan murid merupakan interaksi sehala, iaitu guru memberi arahan, murid-murid mendengar dan mengikut sahaja. c) Interaksi antara murid-murid tidak digalakkan dan bersifat pasif. d) Interaksi sehala dan pasif membawa suasana sosio-emosi yang tegang menyebabkan murid-murid tidak berani memberi pendapat mereka. e) Mereka cuma menerima arahan yang diberikan guru. f) Semangat kerjasama dan aktiviti pembelajaran adalah pasif. g) P&P menjadi kurang menarik serta dipenuhi perasaan cemas dan bimbang. h) Ada murid-murid bencikan guru. Timbulnya perasaan benci terhadap guru.

17

Aktiviti 8.10 Terdapat pelbagai surat pekeliling dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang berkaitan masalah disiplin pelajar. Senaraikan surat-surat pekeliling berkenaan. BI L 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 SURAT PEKELILING Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/68 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/68 dan 8/68 Pekeliling Surat Ikhtisas Bil. 1/1972 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1975 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1975 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/1976 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/1977 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1978 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1979 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1992 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1982 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1983 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1983 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1983 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1983 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1985 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1986 TARIKH TAJUK

10/09/1968 Pembuangan Murid Daripada Sekolah-Sekolah Kerana Kelakuan Curang 18/09/1968 Tatatertib Di Sekolah- Sekolah 12/10/1968 Tambahan Kepada Surat Pekeliling Professional Kementerian Pelajaran (Gantung Persekolahan) 14/02/1972 Peraturan-Peraturan (Tatatertib Sekolah) Pelajaran 1959 19/08/1975 Salah Guna Dadah - Garis Panduan Untuk Guru Panduan Dan Guru Besar 05/09/1975 Disiplin - MURID-MURID MENGHISAP ROKOK 04/11/1975 Peraturan-Peraturan Sekolah Untuk Murid-Murid 07/01/1976 Potongan Rambut Murid- Murid 09/10/1976 Mengharamkan Semua Jenis Permainan Judi Di Sekolah-Sekolah 03/10/1977 Menganjurkan Dan Menjual Loteri Di Sekolah-Sekolah 02/05/1978 Acara Suaikenal Di Sekolah- Sekolah 26/03/1979 Laporan Murid-Murid Dalam Keadaan Risiko Penyalahgunaan Dadah Yang Memerlukan Pertolongan 27/07/1982 Pengharaman Pensil Berbentuk Alat Suntikan (Syringe) Di Sekolah-Sekolah 01/10/1982 Permainan Pin-Table, Video Game, Game Watch 25/02/1983 Garis Panduan Kempen Anti Merokok Di SekolahSekolah 09/03/1983 Pakaian Seragam Murid- Murid Sekolah 11/04/1983 Garis Panduan Mengenai Pungutan Derma Melibatkan Murid-Murid Sekolah 23/04/1983 Larangan Bermain Bahan- Bahan Letupan 07/11/1983 Mengenakan Hukuman Biasa Terhadap Murid-Murid Yang Melakukan Salah Laku Yang Tidak Dinyatakan Pakaian Seragam Murid-Murid Sekolah 22/11/1985 Dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Pindaan) 01/08/1986 Langkah-Langkah Keberkesanan Disiplin Sekolah

13 14 15 16 17 18 19 20 21

18

22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1988 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1991 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1991 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1992 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1993 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1993 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1995 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1995 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1996 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1997 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/1997 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 16/1998 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/1998 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/1999 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2000 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2001 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2001 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2001 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2001 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2003 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2003 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 9/2003

01/03/1988 Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah 05/02/1991 Tata Kelakuan Pelajar Ketika Di Masjid 16/05/1991 Pelaporan Kejadian Tidak Diingini Di Sekolah 14/03/1992 Pemakaian Tudung/Mini Telekung Bagi Pelajar-Pelajar Perempuan 15/02/1993 Lapor Kepada Polis Salah Laku Yang Berbentuk Jenayah 03/06/1993 Pakaian Seragam Sekolah 05/09/1995 Menangani Masalah Ponteng Di Sekolah 11/10/1995 Tatacara Mengenakan Tindakan Dan Hukuman Terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah 24/06/1996 Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan Dan Kerapian Berpakaian 03/09/1996 Pelaksanaan Kuasa Disiplin Dan Hukuman Di Sekolah 22/05/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok 22/05/1997 Sekolah Sebagai Kawasan Larangan Merokok 06/08/1998 Menangani Kegiatan Gangster Di Sekolah 02/09/1998 Penggunaan Budi Bicara Ketika Mengambil Tindakan 10/06/1999 Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah Di Sekolah Menengah 14/03/2000 Menangani Masalah Keselamatan, Dadah Dan Gengster 05/07/2000 Membanteras Jenayah Di Kalangan Murid Sekolah 06/06/2001 Peringatan Mengenai Pengaruh Negatif Cybercafe Dan Pusat Permainan Video Terhadap Murid Sekolah 19/07/2001 Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah 23/07/2001 Penglibatan Pelajar Dengan Kegiatan Negatif 24/09/2001 - Semua Guru Adalah Guru Disiplin 29/10/2003 Kuasa Guru Merotan Murid 29/10/2003 Penggunaan Buku Log Bagi Tujuan Memantau Laku Musnah (Vandalism) 04/12/2003 Pelaksanaan Sistem Laporan Adab Belajar (LAB) Murid-Murid Sekolah Rendah Dan Menengah
19

46 47 48 49 50

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2009 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/2010 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2010 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2011 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2011

25/03/2009 Penguatkuasaan Larangan Membawa Dan Mengguna Telefon Bimbit Oleh Murid Di Sekolah 08/02/2010 Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah 29/07/2010 Garis Panduan Mencegah Dan Menangani Perbuatan Buli Dalam Kalangan Murid Di Sekolah 07/04/2011 Peraturan Berkenaan Rambut Dan Pemakaian Steel Bangle (Kara) Oleh Murid-Murid Keturunan Sikh 28/06/2011 Pelaksanaan Standart Operating Procedure (Sop) 1:3:7 Pelaporan Dan Menangani Isu Disiplin Murid

b)Semak surat-surat pekeliling ikhtisas berikut. Nyatakan tajuk setiap surat, kandungannya dan nyatakan nama Ketua Pengarah Pelajaran yang menandatanganinya.

BIL i.

SURAT PEKELILING SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/1995

TAJUK Menangani Masalah Ponteng di Sekolah i.

KANDUNGAN Menyatakan masalah ponteng sekolah dan ponteng kelas akan menjejaskan :-

hasrat KPM ke arah 'Zero Defect' dalam masalah ponteng sekolah dan ponteng. ii. akan menimbulkan kesan negatif kepada diri pelajar, keluarga dan sekolah. - Kementerian Pendidikan Malaysia telah menerbitkan Buku Panduan Mengatasi Masalah Ponteng di Sekolah bagi membantu pihak sekolah mencegah masalah ponteng Menggariskan 5 langkah bagi memastikan tiada salahlaku ponteng kelas iaitu :-

NAMA PENGARAH Tan Sri Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin

1. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah mestilah mengesan kadar ponteng setiap bulan dan memastikan sekolah mengatasinya 2. Pihak Sekolah hendaklah mengatasi masalah ponteng secara bersungguhsungguh. 3. Pihak sekolah hendaklah merealisasikan Sekolah Penyayang.

20

4. Memastikan Briged Komuniti dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. 5. Memastikan Jawatankuasa Disiplin Sekolah atau Lembaga Tatatertib sentiasa proaktif mencegah masalah ponteng sekolah. ii. SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 4/1997 Hukuman Ke Atas Murid Menghisap Rokok Pekeliling ini dibaca bersama Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6A/1975 Pengetua dan Guru Besar diberi kuasa merotan murid yang didapati bersalah menghisap rokok. Hukuman yang dikenakan ialah :Kesalahan Pertama - 1 kali rotan Kesalahan Kedua - 2 kali rotan Kesalahan Ketiga - 3 kali rotan Kesalahan Keempat - Gantung Sekolah Kesalahan Kelima - Buang Sekolah Kegiatan gengster telah mendapat liputan akhbar dan menimbulkan kebimbangan semua pihak. Terdapat sekolah yang tidak melaporkan insiden-insiden seperti mengancam, mengugut atau memeras wang kepada pihak berkuasa untuk mengelakan nama sekolah terjejas. Menggariskan tindakan-tindakan pemulihan dan pencegahan bagi membanteras kegiatan gengster di sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia Dato' Dr. mengingatkan dan menegaskan supaya Abdul Shukor pihak sekolah melakukan langkahAbdullah langkah proaktif untuk menangani dan membenteras kes-kes keselamatan murid, pengambilan dadah dan perlakuan ala-gengster dengan merujuk kepada surat-surat pekeliling ikhtisas yang berkaitan. Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah Datuk Matnor Daim

iii.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 16/1998

Menangani Kegiatan Gangster di Sekolah

iv.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 6/2000

Menangani Masalah Keselamatan, Dadah dan Gengster

21

v.

SURAT PEKELILING IKTISAS BIL. 8/2001

Pemantapan Pengurusan Disiplin Di Sekolah

Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Bahagian dan Daerah, Pengetua dan Guru Besar diingatkan untuk meningkatkan dan memantapkan keberkesanan pengurusan disiplin di sekolah. Pengetua/Guru Besar dan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid mestilah bertanggungjawab melaksanakan sistem pengurusan hal ehwal murid dengan berkesan dan sentiasa memperkemaskinikan rekod murid. Pemantapan pengurusan hal ehwal murid boleh dipertingkatkan melalui :-

Datuk Abdul Rafie bin Mahat

1. Pengurusan Sistem Pengurusan Murid di Sekolah - Memperkemaskan rekod/profil murid, membina sistem tambahan, memindahkan secara sulit profil pelajar mengikut pergerakan murid dan menyimpan salinan rekod bagi suatu tempoh yang sesuai. 2. Pemantapan Pengurusan Disiplin Memastikan disiplin sekolah dalam keadaan baik dan terkawal dan guru dan guru kaunseling mengenalpasti dan membantu pelajar bermasalah. 3. Pemantapan Pengurusan Kaunseling di Sekolah - Guru Kaunseling mestilah sentiasa mempunyai maklumat terkini dan memberi khidmat nasihat kepada pelajar bermasalah. 4. Sekolah Penyayang mempertingkatkan kemesraan antara guru, murid dan ibu bapa melalui kerjasama pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). 5. Pendidikan Keselamatan dan Perlindungan Diri - menyebarkan dan mengingatkan pelajar tentang kepentingan keselamatan diri melalui aktiviti kelab/badan beruniform dan semasa di perhimpunan.

22

6. Permuafakatan Ibu Bapa, Sekolah dan Masyarakat - pihak sekolah mestilah memaklumkan dan melibatkan ibu bapa pelajar bermasalah, mengadakan program-program permuafakatan dengan berkonsep 'School-HomeCommunity Partnership'. 7. Sekolah Selamat (Safe School) - pihak sekolah mestilah melakukan pemeriksaan berkala kepada kemudahan-kemudahan yang boleh membahayakan, menghubungi pihak yang berkuasa sekiranya terdapat kerosakan dan mengingatkan pelajar tentang kepentingan menjaga keselamatan diri, harta benda dan segala peralatan di sekolah.

23

Rujukan: Habibah Elias & Noran Fauziah Yaakub ( 2002 ),Psikologi Pendidikan. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Azizi Yahya, Fawziah Yahya, Zurihanmi Zakariya & Noordin Yahaya (2005 ), Pembangunan Kendiri. Universiti Teknologi Malaysia: Johor. Amir Hasan Dawi ( 2009 ), Sekolah dan Masyarakat. Quantum Books: Tanjung Malim. Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman ( 2008 ), Falsafah Pendidikan Dan Kurikulum. Quantum Books : Tanjung Malim.

Bibliografi: http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Khaldun. http://en.wikipedia.org/wiki/Auguste_Comte?iframe http://en.wikipedia.org/wiki/Karl_marx http://en.wikipedia.org/wiki/Superego#Super-ego http://www.scribd.com/doc/47089751/Kelompok-Sosial http://kheru2006.i8.com/EDU3106/6_kemahiran_komunikasi guru.htm http://www.moe.gov.my/?id=162&act=pekeliling&cat=1&pid=1&ikhtisas=Hal%20Ehwal%20Pelajar

24

You might also like