You are on page 1of 31

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

TAJUK PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN PELAJAR PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN ABSTRAK

i ii iii iv 1-2 3

BAHAGIAN SATU:PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1 1.2 1.3 1.4 PENGENALAN PERNYATAAN MASALAH KEPENTINGAN KAJIAN 5-6 6 7 8-10 4-5

OBJEKTIF 1.5 DEFINISI OPERASIONAL

BAHAGIAN DUA:SOROTAN KAJIAN 2.1 PENGENALAN 11 11-14

2.2 KAJIAN MENGENAI FAKTOR-FAKTOR MASALAH/KAJIAN BAHAGIAN TIGA:METODOLOGI 3.1 3.2 PENGENALAN

15 16

SAMPEL KAJIAN/SKOP KAJIAN/BATASAN KAJIAN

BAHAGIAN EMPAT: HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 PENGENALAN 4.2 ANALISIS DATA 17 17-23

BAHAGIAN LIMA:RUMUSAN/CADANGAN/KESIMPULAN

5.1

KESIMPULAN

24-27 28-29

BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 29

ABSTRAK
2

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor mendorong pelajar merokok dalam kalangan pelajar lelaki Asrama Kiambang. Hal ini demikian kerana, kehidupan di asrama sememangnya banyak cabaran dan kekangan untuk pelajar belajar bersungguh-sungguh bagi memastikan pelajar sentiasa bermotivasi untuk belajar. Kecemerlangan akademik merupakan matlamat utama semua pelajar. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan sampel 30 orang pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima yang mendiami Asrama Kiambang di SMK Three Rivers, Mukah. Dapatan kajian mendapati secara keseluruhannya kesemua faktor yang dikaji mempunyai kaitan dengan masalah pelajar yang merokok di asrama. Beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memastikan masalah merokok di kalangan

pelajar asrama dapat dibendung daripada terus berleluasa. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihak-pihak yang terbabit bagi mengatasi masalah merokok di sekolah.

1.1 PENGENALAN

Di seluruh dunia, empat juta orang meninggal dunia setiap tahun akibat penyakit berkaitan dengan penggunaan tembakau dan menjelang penghujung tahun 2020, dianggarkan kadar kematian akan mencecah 10 juta orang. Fakta yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menyatakan setiap hari, lebih kurang 45 hingga 59 remaja yang baru di bawah umur 18 mula merokok di negara kita. Merokok merupakan kelakuan yang biasa diamalkan dalam kalangan orang lelaki dewasa di dalam masyarakat Malaysia sejak zaman-berzaman .Walaupun ke mana kita pergi,kita pasti menjumpai orang yang merokok. Menjadi satu cara hidup,iaitu menjadi ukuran status kedewasaan ,keranggian,kematangan dan kesediaan memikul tanggungjawab.

Menurut Prof. Madya Dr. Khalib Abdul Latiff iaitu Pakar Perubatan Promotif dan Perundingan Kesihatan Perilaku, Hospital Universiti kebangsaan Malaysia, Punca merokok banyak dipengaruhi oleh pengaruh persekitaran seperti rakan-rakan, adat dan budaya masyarakat setempat serta pengaruh iklan iaitu apabila model dan idola mereka meminati merokok. Mereka bukan tahu bahaya merokok atau mendapat maklumat yang salah daripada rakan-rakan, katanya sambil menyifatkan merokok sebagai amalan ikutikutan. Pelbagai kempen telah dilakukan oleh kerajaan bagi mencegah remaja daripada terjebak dalam gejala merokok. Kempen dijalankan sama ada melalui media cetak, media elektronik serta penyebaran poster. Langkah tersebut diambil menunjukkan seriusnya masalah merokok di kalangan remaja sekarang. Remaja juga merokok tanpa menghiraukan papan tanda larangan merokok sama ada di sekolah atau tempat awam.

Remaja yang mencuba untuk merokok akan lebih cenderung untuk terus merokok sehingga dewasa, berbanding dengan remaja yang tidak mencuba. Ini kerana, nikotin boleh membawa kepada sindrom ketagihan yang sama seperti ketagihan heroin dan kokain. Jika dilihat, sangat sedikit remaja yang berjaya meninggalkan tabiat merokok apabila mereka telah mula merokok. Disebabkan inilah kita akan mendapati tidak ramai perokok tetap mula merokok di usia dewasa. Terdapat tiga peringkat yang membawa kepada ketagihan nikotin di kalangan remaja. Peringkat-peringkat tersebut ialah

permulaan (initiation), penggunaan bermasalah (problem use) dan pergantungan (dependency). Peringkat yang pertama iaitu permulaan, merujuk kepada faktor-faktor yang mempengaruhi dan mendorong remaja untuk merokok. Faktor-faktornya

termasuklah tahap pendidikan yang rendah, terdapat perokok di kalangan ahli keluarga, sama ada ibu bapa atau adik-beradik dan terdapat perokok di kalangan rakan sebaya. Tabiat ini wajar dihentikan bagi membentuk remaja yang sihat demi pembangunan negara pada masa akan datang.

1.2 Penyataan masalah Tabiat merokok dalam kalangan pelajar sekolah merupakan satu masalah yang sangat serius dan memerlukan kaedah untuk mengatasinya.Masalah tersebut adalah menjadi tanggungjawab semua guru,ibu bapa dan masyarakat .Jika masalah ini gagal diatasi ,masalah ini akan memberi kesan yang negatif kepada semua pihak apatah lagi pekara tersebut melibatkan generasi muda yang sememangnya menjadi asset negara pada masa akan datang.

Dapatan daripada penyelidikan telah menunjukkan sememangnya gejala merokok sekolah sememangnya menjejaskan nama baik sekolah. Malah kini, aksi-aksi pelajar merokok tiada segan silu lagi. Malah mereka menunjukkan aksi-aksi tersebut di hadapan para guru. Oleh itu ,pelbagai langkah diambil untuk mengatasi gejala ini, kerana jika dibiarkan akan mengganggu tumpuan pelajar dalam pelajaran dan pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan datangnya daripada suasana sekolah yang tenteram dan tiada masalah disiplin berlaku. Gejala merokok di sekolah yang amat kritikal telah

menyukarkan pihak sekolah merealisasikan hasrat untuk mencapai prestasi akademik yang baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukan sekolah dari aspek pengangkutan pelajar dan pelaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.

1.3 KEPENTINGAN KAJIAN Kajian ini bertujuan bagi mengenal pasti faktor-faktor mendorong pelajar merokok dalam kalangan pelajar lelaki Asrama Kiambang di sekolah pengkaji. Sebelum ini tiada kajian dibuat terhadap isu ini di sekolah-sekolah bahagian Mukah. Pengkaji merasakan bahawa kajian ini penting kerana tidak dinafikan bahawa semua sekolah menghadapi dilema dalam membanteras gejala merokok dalam kalangan pelajar. Semoga kajian ini menjadi rujukan kepada pengkaji pada masa hadapan dan seterusnya digunakan oleh pihak sekolah menambah baik kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah. Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor mendorong pelajar merokok dalam dalam kalangan pelajar lelaki Asrama Kiambang serta masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah untuk mengatasi tabiat merokok serta pendapat pelajar tentang tabiat merokok. Kajian ini juga dapat digunakan untuk membantu pihak sekolah 1.4

mengenal pasti faktor-faktor mendorong pelajar merokok agar pihak sekolah dapat merancang aktiviti dan tindakan untuk mengatasi tabiat merokok daripada terus berleluasa dalam kalangan pelajar asrama SMK Three Rivers , Mukah. Tabiat merokok ini perlu dibendung kerana akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran dijalankan di sekolah. OBJEKTIF KHUSUS: 1. Mengenal pasti faktor-faktor mendorong mengambil rokok. 2. Untuk membantu pihak pentakbir sekolah mengenal pasti faktor-faktor mendorong pelajar merokok. 3. Mengenal pasti statistik perokok di sekolah. 4. Mengenal pasti tabiat-tabiat pelajar yang merokok di asrama.

1.5

Definisi Operasional Menurut kamus Dewan Edisi ke-4, rokok bermaksud tembakau yang digulung

dalam daun nipah, kertas lain-lain. Merokok pula membawa maksud menghisap rokok. Menghisap rokok ialah perbuatan membunuh diri sendiri dan orang lain atau makhluk lain kerana mereka sentiasa terdedah kepada asap yang berpunca darpada perokok itu, sungguhpun proses pembunuhan ini mengambil masa yang agak lama. Kita dapat lihat orang yang merokok di merata-rata tempat sama ada di kampung, bandar, dan sebagainya. Dari aspek sosiobudaya, masyarakat menjadikan tabiat merokok sebagai salah satu cara hidup, iaitu merokok dijadikan ukuran status kedewasaan, kematangan, dan kesediaan memikul tanggungjawab khususnya di kalangan lelaki.Terdapat pelajar sekolah menengah dalam lingkungan belasan tahun yang tidak segan silu merokok secara terbuka di tempat awam. Fenomena ini biasa kita lihat dalam pelbagai situasi dan ada sesetengah daripada mereka lengkap berpakaian seragam sekolah. Pada tahap umur ini, mereka cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu tanpa mengendahkan implikasi negatif yang bakal berlaku. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tanpa kemahuan yang bersungguh-sungguh, amalan buruk merokok memang susah ditinggalkan, apatah lagi jika dikelilingi sahabat setia kaki rokok yang sedia menghulur jika kehabisan bekalan. Amalan merokok bukan sekadar suatu kebiasaan, tetapi sebenarnya suatu ketagihan yang kompleks berpunca daripada 3 perkara, iaitu pangaruh dadah nikotin dalam tembakau, tabiat dan psikologi. Menurut Dr Sallehudin Abu Bakar, Pakar Perubatan (Kesihatan Awam ) yang mengendalikan Klinik Berhenti Merokok di Institusi Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur, sebenarnya nikotin boleh menyebabkan ketagihan yang berat berbanding kokain atau heroin, kerana kesan ransangannya kepada sistem saraf otak sangat cepat. Nikotin yang dihisap melalui

asap rokok mampu sampai ke otak dalam masa cuma tujuh hingga sepuluh saat. Kesan ransangan pada sistem saraf otak ini diperkukuhkan lagi dengan rasa puas yang dikecapi pada mulut perokok ketika menyedut dan menghembuskan asap rokok. Ramai perokok beranggapan merokok mampu memberi mereka ilham ketika berkerja atau memberi ketenangan apabila tertekan . Sebenarnya, semua ini ialah kesan psikologi yang terbentuk kerana keyakinan pada rokok itu dan disusuli dengan perbuatan merokok yang diulang berkali-kali. Merokok selepas makan umpamanya, adalah suatu kebiasaan yang dilakukan hampir oleh semua perokok. Bagi kebanyakan perokok, mereka selepas makan adalah suatu kemestian, tanpanya dianggap tidak sempurna, katanya. Selain nikotin, asap sebatang rokok

mengandungi lebih 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 yang lain berpotensi menyebabkan pelbagai jenis kanser, terutamanya kanser paru-paru. Mengapa berhenti merokok dan rawatan mengatasi ketagihan nikotin pentng? Sebabnya terlalu banyak antara yang terpenting untuk mengurangkan kematian akibat penyakit berpunca daripada merokok.Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), dengan berhenti merokok saja akan menyelamatkan dua juta nyawa pada 2011 dan empat juta nyawa menjelang 2025.Di Malaysia,merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun,30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser,iaitu paru-paru,mulut,esophagus,tekak,pancreas,pundi kencing,buah pinggang,serviks.kolon dan perutt,50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-

masing.Menurut Dr Sallehudin,lebih 100,000 perokok dimasukan ke hospital kerajaan di seluruh Negara akibat sakit jantung,kanser dan penyakit pulmonary kronik(COPD) dan lebih penting ,Negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menangung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.Tiada alasan keberkesanan menghindari penyakit akibat merokok bergantung kepada kadar berhentinya tabiat buruk berkenaan.katanya ,tiada alas an untuk mengatakan tidak boleh berhenti merokok kerana kini pelbagai rawatan klinik kesihatan kerajaan di seluruh nageara.Laporan WHO menunjukan tabiat merokok menjadi faktor paling
9

penting risiko kehilangan jangka hayat yang boleh dicegah iaitu 27 peratus berbanding kolesterol (15 peratus),diet dan tekanan darah tinggi (masing-masing 13 peratus) sselain tida bersenam, gemuk, mengambil alcohol, dadah dan fibrilasi atrial.Setiap perokok mempunyai risiko 50 peratus mati kerana penyakit berkaitan rokok dan mereka kehilangan antara 20 hingga 22 peratus daripada jangka hayat biasa. kematian akibat rokok boleh dicegah dan masih belum terlewat untuk memulakan rawatan iaitu melalui Terapi Pengantian Nikotin (NRT) sama ada secara kunyah,tampal atau sedut mengunakan alat sedutan khas (inhaler), katanya. NRT mengantikan nikotin yang tiada dalam badan dan kandungan hanya cukup untuk mengatasi gian dan meredakan gejal tarikan nikotin daripada kehidupan seharian.Kaedah mengunyah gam nikotin(seperti mengunyah gula getah) akan memenuhi keperluan individu yang menjadi penganti tingkah laku (pada mulut) dan baik untuk mencegah perokok berulang.Mengunyah gam nikotin pun ada caranya bagi mengeluarkan nikotin secara terkawal. Perokok perlu mengunyah perlahan lahan sehingga rasanya menjadi lebih kuat.kemudian perlu diletakan antara gusi dan pipi sehingga gam tadi berkurangan dan dikunyah sekali lagi. Proses ini hendaklah diulang selama 20 hingga 30 minit. Gam ini diambil hanya apabila ada keinginan untuk merokok. Keadah tampalan lebih mudah kerana hanya perlu ditampal pada belakang badan. Setiap tampalan dengan sukatan 15,10 dan lima milligram membekalkan nikotin secara tetap selama 16 jam dan terbukti berkesan menghilangkan tabiat merokok dalam masa 12 minggu. Manakala alat sedutan iaitu kaedah NRT terbaharu sesuai digunakan bagi mereka yang tidak boleh berhenti kerana tabiat (pergerakan tangan ke mulut) dan mengawal pergantungan fizikal terhadap rokok. Menurut Dr Sallehudin, perokok mesti mempunyai azam dan disiplin tinggi sepanjang tempoh rawatan. Mereka tidak boleh merokok kerana sudah

mengambil bekalan nikotin. Jika ingkar, boleh memberi kesan buruk kerana dos nikotin akan menjadi dua kali ganda di dalam badan.

10

BAB 2: SOROTAN KAJIAN

Pengenalan Masalah rokok di sekolah telah lama menjadi masalah kepada pihak sekolah. Banyak kajian telah dilakukan sama ada di dalam mahupun di luar negara bagi mengkaji masalah ini. Kajian gejala merokok ini di SMK THREE RIVERS belum dilakukan oleh para pengkaji. Kebanyakan pihak yang terlibat dalam mengkaji masalah rokok ini ialah siswa dan siswi Institusi Penyelidikan Tinggi Awam dan

Institusi Pengajian Tinggi Swasta. Malah terdapat juga tokoh-tokoh pendidik yang mengkaji gejala ini. 2.1 Pengkaji-Pengkaji Timur Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2002 yang diketuai oleh Dekan Falkulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Dr Sufean Hussin yang membabitkan seramai 7,499 pelajar sekolah menengah di 500 buah sekolah di seluruh Semenanjung mendapati seramai 5,628(47.9 peratus) remaja merokok bagi tempoh kurang setahun , 2,133 (28.2 peratus) merokok bagi tempoh tiga hingga enam tahun dan 294 (2.6 peratus) merokok antara tujuh hingga sepuluh tahun. Kajian itu juga menunjukkan bahawa seramai 6,750 (62.9 peratus) remaja ialah perokok terbaru iaitu kurang dua tahun dan dalam peringkat cuba-cuba (Berita Harian ,31 Mei 2004). Golongan ini lebih mudah dipengaruhi untuk meninggalkan tabiat terbabit berbanding 30.7 peratus telah menjadi perokok tegar.

Satu keputusan kajian yang menarik perhatian iaitu seramai 4,864(64.9%)


11

remaja menyatakan kehadiran perokok di dalam keluarga bukan menjadi sebab utama mereka merokok. Walau bagaimanapun, seramai 963 (12.8%) remaja menyatakan sebab tersebut pada aras sederhana dan selebihnya 1,518(20.3%) remaja berpendapat bahawa kehadiran perokok di dalam keluarga memang menjadi sebab utama mereka merokok. Ini bermakna hampir satu per tiga bilangan remaja bersetuju bahawa pelajar atau abang yang merokok boleh mendorong mereka merokok. Mereka mungkin menganggap bahawa kalau bapa atau abang merokok maka tidak salah mereka merokok iaitu orang dewasa yang merokok menjadi teladan bagi remaja. Dalam hal ini, teori tingkah laku, teori meniru, dan teori pembelajaran sosial adalah benar pada sebahagian sahaja. Dalam kajian beliau juga mendapati bahawa merokok ialah cara bagi remaja untuk menghilangkan kebosanan. Dengan situasi hidup mereka saban hari, tiada cara yang lebih mencabar dan menyeronokkan untuk mereka lakukan. Dapatan ini menonjolkan satu teori neoklasik yang menyatakan bahawa remaja melakukan suatu perbuatan kontroversial (seperti merokok) kerana mereka berasa adalah lebih berfaedah bagi mereka, mencabar cara hidup yang membosankan atau norma sosial yang tidak bermakna.

12

2.2 PENGKAJI-PENGKAJI BARAT Sememangnya,ramai perokok mula merokok semasa mereka berada pada zaman remaja kerana pada masa inilah ,mereka sedang meneroka pelbagai tingkah laku dalam proses mencari-cari identiti masing-masing (Coleman , 1961;Roosmalen, 1992;Haree & Lam 1993; Kinner,1994).

Kajian yang dijalankan oleh Nasional Institute of Drug Abuse (NIDA,2000) mendapati bahawa kadar merokok di kalangan pelajar sekolah menengah telah meningkat sebanyak 27.5% dalam tahun 1991 kepada 34.8%. Pada tahun 1997, trend merokok yang semakin meningkat ini juga diperhatikan di negara termasuk Malaysia dan ini menunjukkan permasalahan merokok yang serius di kalangan pelajar.

Kajian oleh Disease and Prevention (CDC) dan Youth Risk Behavior Survey (YRBS) juga mendapati bilangan perokok di kalangan pelajar sekolah tinggi semakin meningkat (NIDA,2000). Kajian-kajian ini mendapati bahawa di kalangan penuntut wanita sahaja berjumlah 39.8% remaja kulit putih yang merokok ,32.9% Hispanic dan 12.2% ialah remaja kulit hitam. Selain itu, iklan juga merupakan faktor pendorong kepada perokok, kajian yang dilakukan oleh Sun Enderson Shah dan Juliard (1998) terhadap pelajar gred 6 hingga 8 tentang sikap terhadap iklan rokok, persepsi kesan buruk menghisap rokok dan sumber maklumat mereka mendapati bahawa sememangnya iklan meninggalkan kesan terhadap keinginan untuk merokok. Kebanyakan perokok memilih jenama rokok yang diiklankan dan memperolehnya berhampiran dengan sekolah. Tambahan pula perokok remaja menunjukkan perasaan gembira apabila melihat iklan-iklan mengenai jenama rokok yang mereka pilih. Walaupun demikian, hanya 27% pelajar percaya iklan merokok mempengaruhi diri dan rakan sekelas,dan sejumlah besar iaitu 66% menyokong iklan rokok harus diharamkan.

13

Menurut Hundleby & Mercey (1978) pula faktor jangkaan yang mempengaruhi tabiat merokok di kalangan remaja ialah kebimbangan, pengaruh rakan sebaya, perhubungan dengan sekolah, komitmen terhadap pendidikan, percaya kepada peraturan, jangkaan efikasi kendiri, penyeliaan ibu bapa, kemudahan mendapat rokok atau dadah, integrasi sosial dan harga diri remaja itu sendiri.

Kandel & Chen (1991) meneliti masalah merokok dan kesihatan di samping meneliti faktor-faktor yang menyebabkan jumlah perokok di kalangan pelajar semakin meningkat. Beliau mengkaji 1,024 orang pelajar Baskent sebagai sampel kajian dan memberi fokus kepada alasan-alasan mengapa, mereka merokok dan mendapati 58% pelajar merokok dan 34% daripada mereka mula merokok ketika berusia 15 dan 18 tahun. Antara punca yang mendorong mereka menjadi perokok adalah tidak berupaya berhadapan dengan tekanan yang berkaitan dengan pembejalaran seperti gagal merancang masa dengan baik, menghadapi peperiksaan serta penilaian dan gagal membuat tugasan dengan baik. Kegagalan ini menyebabkan mereka kecewa dan lazimnya mempamerkan prestasi pembalajaran yang tidak memuaskan.

Kajian Yi (2001) turut menunjukkan hubungan yang signifikan antara jantina dan pengunaan rokok, marijuana dan alkohol, iaitu lebih ramai pelajar lelaki Asia Afrika yang terlibat dengannya berbanding pelajar perempuan. Namun, kajian ini tidak mendapati hubungan signifikan antara penggunaan bahan dengan umur pelajar. Walaupun demikian, bahawa pelajar yang tinggal berjauhan dengan ibu bapa lebih cenderung untuk merokok berbanding dengan mereka yang tinggal berdekatan dengan ibu bapa mereka.

Foshee & Bauman (1993) yang membuat kajian terhadap tabiat merokok di kalangan remaja dengan hubungan mereka dan ibu bapa mereka masing-masing mendapati sekiranya wujud hubungan di antara remaja dengan ibu bapa yang

14

merokok, maka remaja tetap akan cenderung untuk merokok apabila mereka terdedah dengan tarikan untuk merokok walaupun dalam usia yang muda. BAB 3:METODOLOGI KAJIAN 1.1 Pendahuluan Kajian yang dilakukan oleh pengkaji memerlukan kaedah atau metodologi kajian tertentu. Di samping itu, setelah pengkaji mendapatkan maklumat, pengkaji dapat mengenal pasti beberapa metodologi yang digunakan dalam kajian ini. Antaranya ialah kaedah soal selidik, kaedah temu bual, dan kaedah pemerhatian. 1.2 Reka bentuk kajian Penyelidikan ini adalah berteraskan faktor-faktor mendorong pelajar merokok dalam kalangan pelajar Asrama Kiambang.Kajian ini berpusat kepada pelajar Asrama Kiambang di SMK Three Rivers.Kaedah soal selidik,kaedah temu bual,dan kaedah pemerhatian digunakan untuk melaksanakan kajian dan penyelidikan ini: i. . SOAL SELIDIK Untuk mengumpul data bagi tujuan kajian ini,kaedah soal selidik

digunakan.Soalan yang dikemukakan terdiri terbuka dan responden tertutup.Responden

daripada soalan responden terbuka ialah kaedah untuk

mendapatkan data responden pelajar.Manakala responden tertutup ialah kaedah untuk mengetahui pendapat para responden.

ii. TEMU BUAL

Kaedah temu bual juga digunakan untuk mendapatkan responden tambahan dari pelajar Tingkatan Satu hingga Enam yang dipilih secara rawak di Asrama Kiambang. iii. PEMERHATIAN

15

Pemerhatian juga dibuat dari semasa ke semasa bagi memastikan hasil kajian yang lebih tepat.

INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data bagi kajian ini adalah melalui pentadbiran borang soal selidik,pemerhatian dan temu bual. I. Jumlah responden yang disoal selidik adalah sebanyak 30 orang pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima yang dipilih secara rawak di Asrama Kiambang.

II. Selain daripada itu ,saya juga membuat pemerhatian terhadap responden yang ada.

III. Antara soalan yang ditanya semasa temu bual adalah seperti berikut:

1. Pada pendapat anda,apakah faktor-faktor yang mendorong pelajar merokok? 2. Adakah anda merokok disebabkan pengaruh rakan sebaya? 3. Wajar atau tidak pelajar mengambil rokok? 4. Apakah faedah yang dapat anda aplikasikan dalam diri anda semasa mengambil rokok? 5. Apakah kepentingan anda sebagai pelajar merokok?

POPULASI/PERSAMPELAN Dalam menjalankan kajian ini,saya menggunakan sampel pelajar Tingkatan Satu hingga Enam dari Asrama Kiambang yang dipilih secara rawak di SMK
16

Three Rivers sahaja.Hal ini kerana,kajian yang dijalankan adalah lebih kepada pelajar Asrama Kiambang iaitu faktor-faktor yang mendorong pelajar mengambil rokok dalam kalangan pelajar Asrama Kiambang. Pemilihan sampel ini diharapkan dapat memberikan gambaran yang jelas berkaitan dengan persoalan yang dikaji.

BAB 4 :HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 4.1 Pengenalan kajian Bab ini akan membincangkan analisis pembolehubah manipulasi iaitu taburan responden mengikut bangsa, tingkatan dan agama. Selain itu, bab ini juga akan membincangkan tentang analisis pembolehubah bebas iaitu faktor diri sendiri,faktor keluarga,faktor guru dan faktor persekitaran. 4.2 Data latar belakang responden pelajar. 4.2.1 Bangsa Jadual 1:Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa. Bangsa Melanau Melayu Iban Bilangan 12 8 10 Peratusan(%) 40 27 33

17

4.2.2 Tingkatan Jadual 2:Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut Tingkatan. Tingkatan Bilangan Peratusan(%) Satu 4 13 Dua 6 20 Tiga 5 17 Empat 7 23 Lima 8 27

18

4.2.3 Agama Jadual 3:Taburan bilangan dan peratusan responden mengikut agama. Agama Islam Kristian Lain-lain Bilangan 14 12 4 Peratusan(%) 47 40 13

19

4.3 Faktor-faktor mendorong pelajar merokok 4.3.1 FAKTOR DIRI SENDIRI Jawapan Ya Tidak Jumlah Kekerapan 18 12 30 Peratus(%) 60 40 100

20

4.3.2 FAKTOR KELUARGA Jawapan Ya Tidak Jumlah

Kekerapan 14 16 30

Peratus(%) 47 53 100

21

4.3.3 FAKTOR GURU Jawapan Ya Tidak Jumlah Kekerapan 12 18 30 Peratus(%) 40 60 100

4.3.4 FAKTOR PERSEKITARAN Jawapan Ya Tidak Jumlah Kekerapan 13 17 30 Peratus(%) 43 57 100

22

Hasil daripada kajian tentang faktor mendorong pelajar merokok ialah kekerapan pelajar terlibat dalam gejala merokok ialah disebabkan faktor diri sendiri.Ini kerana peratusan faktor diri sendiri lebih tinggi daripada faktor lain seperti faktor keluarga, guru, dan persekitaran. Peratusan faktor diri sendiri ialah sebanyak 60% iaitu seramai 18 responden bersetuju dengan faktor ini dan sebanyak 40% iaitu seramai 12 responden yang tidak bersetuju dengan faktor ini. Responden setuju faktor diri sendiri banyak mendorong pelajar merokok kerana pelajar hendak menunjukkan kematangan diri mereka dan menghadapi tekanan dalam pelajaran menyebabkan mereka merokok. Hal ini dapat dilihat berdasarkan soalan-soalan yang terdapat

dalam borang soal selidik yang diedarkan kepada responden. Responden hanya 30 orang sahaja terhadap pelajar Asrama Kiambang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 6 yang dipilih secara rawak.

Manakala peratus kekerapan faktor yang paling rendah mendorong pelajar merokok ialah faktor guru. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan hanya 40% iaitu seramai 12 responden yang menyokong dan 60% iaitu seramai 18 responden yang tidak setuju faktor guru yang mendorong mereka merokok. Ini

23

kerana disebabkan guru kurang melakukan rondaan dan sikap guru yang merokok adalah faktor menyebabkan mereka merokok. Tetapi faktor ini bukan menyebabkan pelajar kerap merokok dan peratusan faktor ini juga paling rendah daripada faktor diri sendiri, keluarga dan persekitaran. Oleh itu, kebanyakan faktor diri sendiri adalah merupakan kekerapan pelajar terjebak dalam gejala merokok.

24

BAB 5 RUMUSAN , CADANGAN DAN KESIMPULAN 5.1 RUMUSAN Pihak pentadbir dan guru-guru harus memastikan mereka dapat serta mewujudkan suasana pembelajaran konduksif. Perkara keutam aan ialah proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara lain seperti aktiviti kokurikulum perlu dipantau dan dipastikan agar tidak menjejaskan aktiviti proses pengajaran dan pembelajaran. Pihak sekolah dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling sewajarnya mengadakan sesi nasihat dan khidmat kaunseling secara terangsang dan sistematik.

25

5.2 CADANGAN Saya berharap agar pelbagai kaedah dan cadangan dapat dilaksanakan untuk mengurangkan jumlah pelajar yang merokok. Antara yang boleh mengurangkan pelajar merokok antaranya ialah :

A) Peranan kerajaan Kerajaan melalui pelbagai ajensi termasuk kementerian-kementerian tertentu telah melancarkan pelbagai program kesedaran, kempen termasuk mengadakan zon larangan merokok di beberapa tempat awam. Kerajaan juga dalam usaha memberikan kesedaran kepada perokok, telah mewajibkan setiap kotak rokok mempamerkan pelbagai gambar tertera kesan penyakit kronik akibat merokok supaya perokok berasa gerun dan akan menghentikan tabiat merokok.

Malah amat menyedihkan perokok sedikit pun tidak berasa gerun dengan gambar-gambar terebut malah menjadi bahan ketawa mereka. Bagaimanapun, pengkaji berasa sedih, kecewa dan terkilan kerana usaha yang kerajaan lakukan untuk mengurangkan tabiat merokok dengan membabitkan kos perbelanjaan jutaan ringgit setahun tidak memberi impak seperti yang diharapkan. Kempen dan pelbagai cara dilakukan kerajaan untuk mengurangkan tabiat merokok sebelum didapati gagal dan tidak menepati sasaran, sebaliknya perokok semakin bertambah di samping kemasukan rokok haram juga turut meningkat.

Oleh itu, apabila kerajaan menaikkan harga kepada RM50 sekotak seperti yang pengkaji cadangkan itu, maka kuasa pembeli rokok akan menurun kerana harganya terlalu mahal. Dengan harga yang bergitu mahal, sudah tentu pelajar sekolah juga tidak berkemampuan lagi untuk membeli rokok. B) Peranan sekolah

26

Pihak sekolah haruslah mengambil tindakan yang tegas kepada pelajar yang merokok terutamanya di kawasan Asrama dan sekolah. Di sekolah, guru-guru boleh menghukum pelajar dengan merotan atau merekod kesalahan pelajar di buku rekod kesalahan disiplin. Pelajar yang merokok di kawasan sekolah juga boleh dikenakan hukuman yang tegas seperti dibuang dari sekolah atau gantung sekolah selama seminggu atau lebih dan membimbing pelajar yang terlibat dalam gejala merokok. Tindakan yang tegas dilakukan secara sistematik terhadap pelajar yang merokok akan dapat mengurangkan kes merokok di kawasan sekolah atau asrama. Di samping itu, pihak sekolah perlu mengadakan ceramah tentang bahayanya merokok dalam kalangan pelajar agar mereka sedar akan kesan merokok terhadap kesihatan mereka.

C) Peranan ibubapa Ibubapa perlu memainkan peranan penting dalam memastikan anak-anak tidak terlibat dalam gejala merokok.Antara langkah ibubapa ialah memantau aktiviti anak-anak dari semasa ke semasa agar segala perbuatan mereka dapat diketahui dan dapat diselesaikan. Ibubapa perlu memastikan anak-anak tidak keluar waktu malam, membuat kerja rumah, dan tidak bergaul dengan rakan yang terjebak dalam aktiviti sosial. Selain itu, ibubapa perlu tahu masalah yang dihadapi anak-anak di sekolah agar mereka tidak stress belajar dan supaya mereka sentiasa tenang ketika berada di sekolah.

5.3 Kesimpulan Secara keseluruhannya dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan ini menunjukkan hasil yang membanggakan kerana saya . Sebagai seorang pelajar , kita sepatutnya mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial

27

yang boleh merosakkan diri kita sendiri. Tugas utama kita adalah untuk belajar dan mempersiapkan diri untuk kecemerlangan pada masa hadapan. Gejala sosial seperti merokok sememangnya sudah diketahui membahayakan

kesihatan, merugikan diri sendiri dan seterusnya menjejaskan prestasi akademik pelajar. Para pelajar disarankan agar membelanjakan duit yang diberi oleh ibu bapa untuk tujuan yang baik bukannya untuk membeli rokok. Malah bantuan biasiswa yang diberikan perlulah dimanfaatkan untuk kegunaan masa depan dan pelajaran sahaja. Dalam hal ini, pelajar janganlah memusnahkan kehidupan dengan merokok kerana sememangnya merokok membahayakan kesihatan malah akan menjejaskan tumpuan pelajar dalam pembelajaran. Para pelajar perlu muhasabah diri sebelum menjadi golongan perokok tegar.

28

BIBLIOGRAFI 1.Roslee B Ahmad & Mohamed sharif B Mustaffa , Universiti Teknologi Malaysia , Kajian Punca , Risiko merokok & sumbangan merokok terhadap penagihan bahan . Satu kajian di Mara Bukit Payong , Marang , Terengganu. 2.Hafizah Bt Saari , Universiti Teknologi Malaysia , Persepsi pelajar terhadap kegiatan merokok Dalam kkalangan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kangkar Pulai , Johor. 3.Haree , R. & Lam R .(1983) . the encyclopedia dictionary of psychology .London :Blackwell published Limited

4.Dzulkifli Abd. Razak .(1997) Gejala Ketagihan nicotin . Buletien utama Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia . HTTP://www.prn .usm.my 5. Kinner , C (1994) Adolescent Subtance Abuse & Psychological Well-bieng . Adolescence , (40) , 51,56 6.Mahmood , N,M Nadiyah Elias , Ahmad Merteda , Azizah Ahmad Saedaon Ahmad (1989) Kajian Gaya Hidup Remaja Kedah . Laporan Kajian UUM- Majlis Belia Malaysia . 7. Mohamed Isa Abd Majid (2001)Penyelesaian Masalah Ketagihan Rokok melalui islam . http://www.pm.my /tabacco/ucaptarna.html . NIDA (2000). 8.Nicotine Addition . The Nation Institude on Drug Abuse. Research Report Series . http://www.NIDA.NIH.gov.my 9.Roosalen , E .V. (1992)Adolescent Smoking Intention:Gender Different In Peer Context Adolsence .(16),185-201(2000)Teks Ucapan Perasmian Di Majlis Pelancaran Pertandingan International Quit Smoking & Win : Malaysia 2000 Oleh setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia . Kementerian Kesihatan Malaysia. 10.Foshee, .V. & Bauman , K.E (1999).Parental Attachment and Adolescence Cigarette Smoking Initation. 11.Journal Of Adolescence Research.Hundleby , M & Mercer , C. (1987) . Early Adolescence and cigarette Smoking , Adolescence (133) , 123-131

29

12.Kandel , D.B. &chef , K .(1991) Extent Of Smoking And Nicotine Dependence In United State , Nicotine and Tombacco Research , 36 , 221-230 . 13.Sallehuddin Abu Bakar (1998) Bahaya Tembakau Kepada Kesihatan . Utusan Malaysia , 31 Mei. Yi J.K(2001) Subtance Use Among Vietnamese American . Collage Student Journal (35) , 11-13 .

LAMPIRAN GAMBAR PELAJAR MEROKOK

30

31

You might also like