Read without ads and support Scribd by becoming a Scribd Premium Reader.
 
KANDUNGAN
BILPERKARAMUKA SURAT
1PENDAHULUAN12FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN23OBJEKTIF MATA PELAJARAN34OBJEKTIF PENTAKSIRAN45TAFSIRAN56KERANGKA STANDARD PRESTASI LEMBAGA PEPERIKSAAN67PERNYATAAN STANDARD78BAND, STANDARD,
DESCRIPTOR 
DAN
EVIDENCE 
8
1
 
PENDAHULUAN
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikalserta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran teras Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran iniyang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran teknologi dankeusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik.Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan bolehbuat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaanmengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiranformatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. PentaksiranPusat dijalankan berdasarkan jadual yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan yang mempunyai standard, panduan dan peraturan,instrumen dan kaedah menganalisis yang akan disediakan oleh Lembaga Peperiksaan.Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembanganindividu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah PendidikanKebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dansosial. 
2
 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untukmelahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmurankeluarga, masyarakat dan negara.
3
Search History:
Searching...
Result 00 of 00
00 results for result for
  • p.
  • More From This User

    Notes
    Load more