You are on page 1of 3

Prosedur Ujian SEGAK 2.1 Naik Turun Bangku 2.1.1 Murid memakai kasut sukan yang sesuai 2.1.

3 Murid berdiri tegak dengan kaki kanan atau kiri (ikut keselesaan) diletakkan di atas bangku. 2.1.4 Penguji akan memberi isyarat mula. 2.1.5 Murid melakukan pergerakan naik dan turun. (kaki kiri naik di ikuti kaki kanan kemudian kaki kiri turun di ikuti kaki kanan) 2.1.6 Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome 96 detik/minit selama 3 minit. 2.1.7 Selepas tamat murid dikehendaki duduk serta merta. 2.1.8 Kira kadar nadi selepas 5 saat tamat perlakuan - kiraan dilakukan oleh guru atau menggunakan Polar Heart Rate Monitor. 2.1.9 Kadar nadi diambil dlm jangkamasa 1 minit 2.1.10 Jika murid tidak menamatkan lakuan selama 3 minit, skor murid ini dibatalkan.

2.2 Tekan Tubi 2.2.1 Mula dengan kedudukan sokong hadapan dengan berat badan disokong oleh tangan yang lurus dan dan jari-jari kaki. Badan diluruskan. 2.2.2 Turunkan badan dengan membengkokkan siku sehingga dada menyentuh span. 2.2.3 Luruskan tangan seperti dlm kedudukan sedia.

2.2.4

Tekan

tubi

diteruskan

sehingga

murid

tidak

berupaya

meneruskannya. 2.2.5 Ujian akan ditamatkan jika murid tidak melakukan aktiviti secara sempurna mengikut arahan 1 hingga 3. 2.2.6 Murid B mengira dan merekod bilangan lakuan Murid A. 2.3 Ringkuk Tubi Separa 2.3.1 Ujian ini dijalankan dengan murid memakai kasut yang sesuai. 2.3.2 Murid A berbaring dgn lutut bengkok 90 darjah dan tumit dan kaki sentiasa menyentuh lantai. 2.3.3 Buka kaki seluas bahu. 2.3.4 Kedua-dua belah tangan lurus di sisi dan hujung jari menyentuh bahagian luar pelekat pertama. 2.3.5 Pada setiap lakuan ringkuk, bahu perlu diangkat supaya jari tengah kedua-dua tangan menyentuh bahagian luar pelekat kedua. 2.3.6 Bahagian bawah belakang badan hendaklah rata dan jari tengah pada kedudukan asal (ulang prosedur 2.3.4) sebelum melakukan ulangan yang seterusnya. 2.3.7 Murid melakukan pergerakan mengikut rentak rakaman atau metronome dengan kadar 50 detik/minit selama 1 minit. 2.3.8 Murid B mengira ulangan perlakuan.
*Ujian akan ditamatkan sekiranya murid A - Berasa tidak selesa. - Jari tidak menyentuh bahagian luar garisan penanda kedua. - Tumit terangkat.

2.4 Jangkauan Melunjur 2.4.1 Murid duduk melunjur tanpa kasut.

2.4.2 Tumit kaki di letak di belakang penanda 23 sentimeter. 2.4.3 Kedua-dua kaki lurus sepanjang masa ujian. Rakan memegang lutut. 2.4.4 Tapak tangan kanana ditindih di atas belakang tapak tangan kiri dalam keadaan hujung jari tengah hendaklah sama. 2.4.5 Dagu rapat ke dada. Jangkaukan tangan perlahan-lahan sejauh yang mungkin atas pita pengukur. 2.4.6 menyentap. 2.4.7 Murid diberi tiga percubaan berturut-turut. 2.4.8 Percubahan terbaik diambil kira sebagai skor. Bacaan dikira pada sentimeter yang terhampir. 2.4.9 Tidak perlu merekod dalam titik perpuluhan. 2.4.9 Murid yang membantu memegang lutut pelakutidak menganggu pelaku. 2.5 Indeks Jisim Badan 2.5.1 Murid dikehendaki menimbang berat badan dalam ukuran kilogram dan mengukur tinggi dalam meter. 2.5.2 Indeks jisim badan dikira berdasarkan formula BMI = BERAT(KG) TINGGI (M) x (M) Jangkauan hendaklah dikekalkan selama 3 saat tanpa

You might also like