You are on page 1of 29

Haiwan Peliharaan

arnab

kucing

Hamster

ikan

kura - kura

anjing

Haiwan Ternakan

ayam

kambing

lembu

itik

KUCING

Cara mandikan kucing anda..


Perkara yang perlu disediakan untuk memandikan kucing adalah seperti : Tuala Air suam Sikat khas untuk Kucing Syampu Ubat Pengering rambut

Sebelum memandikan kucing, pertama sekali kita perlu memeriksa bahagian badan kucing yang sakit sekiranya ada. Contohnya seperti bahagian dagu, ketiak, lipatan paha, tapak kaki, ekor dan pangkal ekor.

Setelah memeriksa seluruh badan kucing, basahi seluruh badan kucing dengan air suam, tidak terlalu panas tidak terlalu sejuk. Pastikan air membasahi seluruh badan kucing, ini kerana syampu ubat yang tidak sampai ke bahagian kulit dan bulu kucing akan membuat rawatan kucing tidak berkesan, terutama pada kucing yang mempunyai bulu yang lebat dan panjang.

Sapukan syampu dengan rata setelah air membasihi seluruh badan kucing. Tetapi perlu berhati-hati pada bahagian badan kucing yang mempunyai kesan luka. Kemudian, sisir badan kucing perlahan-lahan sambil urut-urutkan badan kucing. Pastikan syampu tidak terkena pada mata dan hidung kucing. Selepas itu biarkan syampu selama 5 10minit melekat dibadan kucing agar segala kutu, kulat dan bakteria mati.

Setelah tempoh lebih kurang 10 minit, bilas badan kucing dengan bersih dan jika perlu ulangi lagi dengan syampu dan sikat sambil mengurut badan kucing dengan perlahanlahan selama 5 hingga 10 minit. Kemudian bilas badan kucing dengan bersih sehingga kesan syampu tersebut hilang dibilas air, ini dapat mengelakkan kucing anda daripada menjilat-jilat badannya selepas di mandikan.

Bagi proses pengeringan badan kucing, pastikan badan kucing kering sampailah ke kulit dan kucing anda betul-betul berada dalam keadaan yang kering. Jika pengeringan tidak sempurna, akan menggalakkan lagi pertumbuhan segala bakteria, kutu dan tungau. Selepas memandikan dan kucing anda telah kering sepenuhnya, nikmatilah bulu kucing anda yang segar lagi nyaman.

You might also like