You are on page 1of 5

Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin 910928-145569

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah 1. TGFU (Teaching Games For Understanding)

TGFU merupakan satu model pembelajaran yang diperkenalkan oleh Bunker and Thorpe untuk diasimilasikan di dalam permainan. Hal ini bermakna. TGFU merupakan satu model yang melatih murid untuk memahami sesuatu permainan secara keseluruhan bukannya tertakluk kepada teknik semata- mata.

Semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang diadakan oleh guru pendidikan jasmani di Sekolah Permatang Tiong, saya mendapati bahawa pengajaran yang dilakukan tidak sejajar dan seiring dengan model TGFU. Hal ini demikian kerana, pelajar tidak memahami pada waktu bilakah, bagaimanakah dan apakah cara yang paling sesuai untuk digunakan semasa bertindak di dalam permainan. Guru pendidikan jasmani di sekolah tersebut menggunakan permainan ketam berjalan sebagai aktiviti di dalam pengajaran pendidikan jasmani. Semasa permainan tersebut berjalan, pelajar hanya melakukan pergerakan sebagaimana yang ditunjukkan oleh guru. Mereka tidak mempunyai inisiatif tersendiri andainya menemui halangan seperti bola yang sedang dibawa terjatuh. Hal ini berkemungkinan berpunca daripada kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru tersebut sendiri kerana sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran. Saya mendapati bahawa murid hanya melakukan permainan tersebut dengan melakukan demo sepertimana yang ditunjukkan oleh guru.

Pada pandangan saya, sewajarnya guru tersebut menerangkan kepada setiap pasangan permainan dengan teliti agar pelajar dapat memahami kaedah can melakukan corak permainan yang lebih baik seterusnya meningkatkan lagi keseronokan bermain pelajar.

Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin 910928-145569

2. Kaedah Pengajaran

Kaedah pengajaran yang telah dipilih oleh guru pendidikan jasmani tersebut ialah kaedah Kuliah- Demonstrasi. Kaedah ini dapat dijelaskan melalui keterangan seperti berikut: Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani. Demonstarsi boleh digunakan oleh guru, pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. Berikut adalah contoh kaedah kuliahdemonstarsi yang boleh dipraktikan dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani:

a. a.

Pendahuluan Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk,

melutut dan berdiri. b. c. b. a. b. c. c. a. b. c. Mengenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah. Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini Demonstrasi Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar. Ikut cara dan prosedur yang piawai. Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan. Demonstrasi dan pengajaran Semasa membuat perlakuan, beri butiran yang sepatutnya. Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan. Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat

jika ia tidak diberitahu. d. Gunakan kaedah ansur maju dan mengajar mengikut turutan yang

sebenarnya.

Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin 910928-145569

e.

Kaitkan pertalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman

lepas. d. a. b. c. Ulang demonstarsi dan butiran yang penting Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit. Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan. Beri butiran penting.

e. a. b. c.

Penutup Ulang butiran penting. Menggalakkan perbincangan. Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran.

Analisis daripada sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya ikuti, pelajar gagal untuk memahami dengan baik mengenai aspek kemahiran yang cuba disampaikan oleh guru kerana perlaksanaan kaedah pengajran kuliah- demostrasi yang tidak sistematik. Hal demikian kerana, guru tidak menjelaskan kepada pelajar secara terperinci tentang permainan ketam yang sedang diajar. Murid tidak didedahkan dengan baik tentang sebab mengapa mereka perlu bertindak mengepit bola dengan kemas semasa mereka berjalan secara berpasangan seperti ketam untuk membawa bola ke hujung garisan. Selain itu, tiada kaedah ansur maju dilakukan oleh guru. Sebaliknya guru hanya menyuruh murid untuk mengulangi perlakuan dalam permainan tersebut tanpa sebarang penambahbaikan ke atas kemahiran yang sedang diterapkan kepada murid. Akhir sekali, guru juga tidak menggalakan interaksi bersama murid seperti berbincang bersama untuk mencari kaedah sesuai untuk bermain permainan tersebut dengan baik. Melalui perbincangan yang baik, guru dapat menjana pemikiran kognitif di kalangan pelajar dan menggalakan mereka untuk menjadi seseorang yang bersifat analitikal dalam melakukan sesuatu perkara.

Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin 910928-145569

3. Bahan Bantu Mengajar

Semasa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang sedang dilakukan saya mendapati bahawa berlaku masalah bahan bantu mengajar yang sedang digunakan oleh guru. Hal ini demikian kerana Bahan Bantu Mengajar yang digunakan iaitu bola dan tali hadir di dalam kuantiti yang tidak mencukupi malah tidak diselenggara dengan baik. Kebanyakan bola yang digunakan tidak dibekalkan dengan tekanan udara yang baik. Hal ini sedikit sebanyak memberikan satu gambaran yang jelas kepada saya tentang kelemhan penyelenggaraan alat- alat sukan di stor sukan sekolah tersebut. Sewajarnya hal ini patut diatasi dengan segera kerana peralatan sukan merupakan nadi utama yang membantu guru pendidikan jasmani menyampaikan kemahiran kepada pelajar dengan berkesan. Sekiranya tiada alatan dapat digunakan, maka pelajara kan mengalami kesukaran untuk mengaplikasikan kemahiran yang dipeolehi melalui pemerhatian daripada demostrasi yang ditunjukkan guru atau teori daripada kelas di dalam kehidupan seharian. Tanpa pengalaman sebenar murid tidak dpaat mensistesis ilmu yang diperolehi dengan pengalaman sedia ada mereka untuk mewujudkan kefahaman di atas kemahiran yang sedang mereka pelajari.

Muhammad Norhisyam Bin Shamsudin 910928-145569

You might also like