You are on page 1of 3

KEFAHAMAN UPSR

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca cerita di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Apa yang kamu intai-intai itu, Hana? tanya Suhaila sambil mencuit bahu Suhana yang berada di tepi tingkap dapur. Oh, Kak Su! Terkejut Hana. Hana tengah memerhatikan rumah Mak Cik Malar. Mengapa rumahnya gelap saja, sedangkan tingkapnya terbuka? Setahu Hana, Mak Cik Malar pasti menutup tingkap sebaik-baik saja senja menjelang, kata Suhana kepada Suhaila. Suhaila segera melihat ke arah rumah Mak Cik Malar. Dahinya berkerut seperti memikirkan sesuatu. Yalah, Hana. Kalau Mak Cik Malar tiada di rumah, tentu dia menutup tingkap rumahnya sebelum keluar. Jangan-jangan ada sesuatu yang berlaku kepadanya, kata Suhaila. Hana pun berfikir begitu. Mari kita jenguk Mak Cik Malar, kak, ajak Suhana. Hana risau..., kata Suhana perlahan seolah-olah berkata kepada dirinya. Suhaila hanya mengangguk lalu menuju ke pintu. Suhana mengekorinya. Mereka keluar melalui pintu dapur. Selepas pintu ditutup, mereka berjalan dengan pantas ke rumah Mak Cik Malar. Apabila sampai di bahagian dapur rumah Mak Cik Malar, Suhaila terus mengetuk pintu sambil memanggil Mak Cik Malar beberapa kali. Sementara itu, Suhana menuju ke tingkap yang terbuka lalu menjenguk ke dalam rumah. Ya Allah, Kak Su! Mari sini. Mak Cik Malar terbaring di lantai tu, jerit Suhana dengan suara yang cemas. Matanya terpaku memandang Mak Cik Malar yang terbaring kaku di lantai dapur. Namun, perasaan lega muncul di hatinya apabila ternampak enjutan perlahan pada dada Mak Cik Malar. Mak Cik Malar masih bernafas, kata hati Suhana. Suhaila yang entah bila berada di sisinya tiba-tiba bersuara, Hana tunggu di sini sekejap. Biar Kak Su panggil emak dan abah. Tanpa menunggu sebarang jawapan, Suhaila berlari ke rumah. Suhana terus berdiri di tingkap itu. Dia terus memerhatikan Mak Cik Malar sambil memanggil namanya. Suhana berharap agar Mak Cik Malar mendengar panggilannya lalu membuka mata. Suhana ingin melihat senyuman ramah Mak Cik Malar seperti yang lazim dilihatnya. 31. Apakah hubungan antara Suhaila dengan Suhana? A anak-beranak C jiran tetangga B adik-beradik D handai taulan Mengapakah tingkap rumah Mak Cik Malar terbuka? A kerana Mak Cik Malar berpenyakit

32.

B C D

kerana Mak Cik Malar tidak dapat menutupnya kerana Mak Cik Malar menunggu kedatangan Suhana kerana senja belum menjelma

33.

Di manakah rumah Mak Cik Malar? A di belakang rumah Suhaila dan Suhana B di tepi tingkap rumah Suhaila dan Suhana C di bahagian dapur rumah Suhaila dan Suhana D di hadapan rumah Suhaila dan Suhana

34. Manakah antara yang berikut yang menunjukkan sikap Suhaila dan Suhana? A jujur C prihatin B berani D peramah 35. Pada pendapat anda, apakah yang berlaku kepada Mak Cik Malar? A tertidur di dapur rumahnya B diserang penyakit yang melemahkan anggota badannya C baring-baring untuk merehatkan badan

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca dialog di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Awa: Semakin canggih teknologi hari ini. Kamu lihatlah sendiri, pelbagai bentuk dan jenama telefon bimbit dalam iklan ini. Sim: Memang benar, Awa. Itulah antara ciptaan sains dan teknologi untuk kemudahan manusia. Awa: Hari ini penggunaan telefon bimbit semakin meluas. Maklum sajalah, alat ini mudah dibawa dan digunakan, malah mampu dibeli oleh kebanyakan orang. Lagipun, banyak kepentingannya kepada sesetengah orang. Sim: Yalah, Awa. Dan setahu saya, dari semasa ke semasa kualitinya ditingkatkan. Suatu ketika dulu, sesetengah telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Panggilan dari jarak yang jauh atau dari kawasan pedalaman tak dapat diterima. Tersekat-sekat suara penerima dan akhirnya terputus begitu saja. Tetapi kini, ke mana-mana dan dari mana-mana pun kita boleh menghubungi dan dihubungi sesiapa. Awa: Bukan itu saja, Sim. Kita dapat menghantar pesanan ringkas melalui perkhidmatan SMS (Short Message Service). Cara ini sesuai benar bagi mereka yang kesuntukan masa atau sibuk di tempat kerja. Sim: Cuma rasa saya caj perkhidmatan bulanan yang dikenakan agak tinggi.

Awa: Tanpa perlu berdaftar pun kita masih boleh menggunakan telefon bimbit, Sim. Bukankah perkhidmatan prabayar tersedia? Melalui perkhidmatan ini, pengguna dapat mengunakan telefon bimbit mengikut kemampuannya. Beli saja kad-kad prabayar bernilai RM10, RM50, RM100, dan seterusnya. Sim: Wah, mendalam juga pengetahuan kamu tentang telefon bimbit ini, Awa! Awa: Sebenarnya, banyak perkara lain tentang telefon mudah alih ini yang tidak saya ketahui. Malah, yang ingin sekali saya ketahui ialah kesan penggunaannya terhadap kesihatan manusia. Sim: Saya pun tertarik untuk mengetahui hal itu. Pernah juga saya dengar sesetengah orang berkata bahawa telefon bimbit mengeluarkan gelombang yang berbahaya pada otak manusia. Awa: Kalau begitu, bagaimana kalau sekarang juga kita layari laman web tentang telefon bimbit di kafe siber? 36. Perbualan antara Awa dengan Sim banyak berkisar pada... A kemajuan sains dan teknologi. B kepelbagaian jenama telefon bimbit. C telefon bimbit dan penggunaannya. D kesan telefon bimbit terhadap kesihatan. Semua yang berikut ialah kebaikan telefon bimbit, kecuali... A mudah dikendalikan. B cepat menyampaikan mesej. C meluas liputannya. D agak rendah kos perkhidmatannya. Awa dapat disifatkan sebagai... A bijak menggunakan komputer. B suka merendah diri. C tahu segala-galanya tentang telefon bimbit. Topik apakah yang mungkin dicari oleh Awa menerusi laman web? A ciptaan sains dan teknologi B kepentingan telefon mudah alih C baik buruknya telefon mudah alih D cara-cara menggunakan telefon bimbit

37.

38.

39.

40. Semua penyataan yang berikut adalah benar berdasarkan dialog tadi, kecuali... A Keupayaan telefon bimbit sentiasa ditingkatkan. B Model telefon bimbit beraneka. C Pesanan ringkas dapat dihantar melalui kebanyakan telefon bimbit. D Penggunaan kad prabayar suatu kemestian jika menggunakan telefon bimbit.

You might also like