You are on page 1of 56

NOTA BAHASA MELAYU 1 NAMA: SHIMA BT JUANIS KELAS: 6B2 NAMAGURU:PN.

BARIZAH
MOHD.KAHAR

T.TANGAN GURU:

SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BAB 1 ASAL USUL BAHASA MELAYU


KONSEP MELAYU
DEFINISI

A.ETIMOLOGI: Kajian asal usul dan sejarah sesuatu perkataan serta makna perkataan tersebut. 1. Berasal daripada perkataan Malaya, iaitu kependekan hima alaya. Alaya bermaksud tempat manakala hima alaya bermaksud tempat bersalji. 2. Perkataan Malayapura yang bermaksud kota Melayu atau kerajaan Melayu. 3. Dikatakan diambil daripada perkataan bahasa Jawa kuno, mlayu yang bermaksud mengembara atau pergi ke mana-mana. 4. Berasal daripada nama sebatang sungai, Sungai Melayu yang disebut dalam buku Sejarah Melayu. 5. Van der Tuuk , perkataan Melayu bererti menyeberang, merujuk kepada orang Melayu yang menyeberang atau menukar agama daripada agama Hindu-Buddha kepada Islam. B. AWAL ISTILAH MELAYU 1. M. Ptolemy menggunakan istilah maleu-kolon dalam karyanya yang berjudul Geographike Sintaxis. 2. Kitab Hindu Purba yang berjudul Purana terdapat perkataan malaya-dvipa. 3. Catatan orang China yang menyatakan bahawa sebuah kerajaan Mo-lo-yeu mengirimkan Utusan ke negara China untuk mempersembahkan hasil bumi kepada raja China sekitar 644-645 Masihi. 4. Satu lagi catatan orang China ialah catatan rahib Buddha bernama I-Tsing yang menggunakan kata ma-lo-yu tentang dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 Masihi, iaitu Kerajaan Melayu di Sungai Batang dan Kerajaan Sriwijaya di Palembang.

5. Catatan dalam kesusasteraan China menyatakan bahawa pengembara yang singgah di Nusantara mendapati bahasa yang

dituturkan penduduk di situ ialah bahasa Kun-lun. Bahasa ini dipercayai oleh penyelidik sebagai bahasa Melayu kuno. 6. Sebuah patung di Padang Rocore, Batanghari bertarikh 1286 M dengan catatan perkataan Malaya atau Melayu pada bahagian belakangnya. 7. Buku Sejarah Melayu mengaitkan perkataan Melayu dengan nama sebatang sebatang sungai yang deras alirannya, iaitu Sungai Melayu.

SALASILAH BAHASA MELAYU


Salasilah Bahasa Melayu Dalam kajian rumpun dan Keluarga Bahasa Melayu, kita perlu memahami istilah yang penting. Antara istilah-istilah yang perlu difahami ialah: Filum : Kelompok bahasa seusia 5000 tahun. Rumpun : Kelompok bahasa 2500 5000tahun. Keluarga : Kelompok bahasa seusia kurang daripada 2500 tahun. Bahasa keluarga mempunyai persamaan dalam pembentukan kata, bunyi dan golongan kata. Setiap keluarga bahasa terdiri daripada bahasa subkeluarga atau subkelompok mengikut faktor geografi dan nama bahasa tertentu. sebagai contoh; Golongan Sumatera Jawa Filipina Bahasa Acheh, Batak, Minangkabau, Lampung, Melayu, Nias, Orang Laut Sunda, Madura,Jawa. Tagalog, Sulu, Pulau, Bisaya, Iloko, Tombulu

Bahasa Asonesia ialah rumpun bahasa yang tergolong dalam satu filum Bahasa Austris. Bahasa Austris terdiri dari, - Austronesia - Austroasia - Bahasa Austrik/Austris FilumTibet China
(5000 tahun ke atas)

2000-5000 tahun Rumpun Austronesia (Istilah Latin austro,iaitu pulau nesos, + istilahYunani iaitupulau = dipulauRumpun Austroasia (Bahasa Khasi, Nicobar,Mon @ Peguan, Khmer,dan Munda) Rumpun Cina-Tibet (Bahasa Tibet,Burma, Annam bahasa lain) Cina, Siam, danbahasa-

bahasa-bahasa pulau selatan )

Rumpun Austronesia Barat (Hesperanesia)

Rumpun Austronesia Timur (Oceanesia)

Kurang 2000 tahun Keluarga Indonesia (Keluarga Nusantara)

Keluarga Melanesia -Kepulauan Fiji -New Caledonia - Irian - New Guinea

Keluarga Mikronesia -Kepulauan Marianna -Marshall -Carolina -Gilbert

Keluarga Polinesia -Hawaii -Tonga -Maori -Kepulauan Easter

Subkeluarga Indonesia Pusat

- Halmahera

Sumatera -Melayu -Aceh -Minangkabau -Lampung -Batak -Orang Laut -Nias

Jawa -Jawa -Madura -Sunda

Kalimantan -Melanau -Iban

Subkeluarga FilipinoFormosa (Bahasa-bahasa di Filipina,bahasa bumiputera di Sabah,dan bahasa di Brunei ( kecuali BM dan bahasa Lun Dayeh) Antaranya: -Tagalog -Bisaya -Sulu -Bikol

RAJAH SALASILAH BM

HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU


Terdapat dua hipotesis tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik iaitu dari kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara. A.KAWASAN ASIA TENGAH B.KAWASAN NUSANTARA A.KAWASAN ASIA TENGAH Hipotesis kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompokkelompok dari selatan China ke Nusantara. Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932. Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali Melayu-Deutro. Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Kelompok Melayu-Deutro inilah yang telah menurunkan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu yang dituturkan hasil daripada kelompok Melayu-Deutro.

B.KAWASAN NUSANTARA Hipotesis kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. Hipotesis ini lebih meyakinkan. Ini berdasasarkan kepada bukti geografi, bahasa, artifak, perkembangan manusia dan kebudayaan. Berdasarkan bukti geografi, perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier.Berdasarkan kepada bukti bahasa pula, bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun ChinaTibet. Ditinjau dari sudut artifak, ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia.Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kebenaran hipotesis ini.Dari segi perkembangan manusia pula, didapati bangsa Melayu berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah. Tambahan lagi, kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 tahun dan 600 000 tahun tahun sedangkan tengkorak menusia Peking berusia 550 000 tahun. Oleh itu, berdasarkan bukti ini, bahasa Melayu memang wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain.

BAB 2 BAHASA MELAYU KUNO

DEFINISI BAHASA MELAYU KUNO


Bahasa Melayu kuno ialah bahasa Melayu yang berkembang di Nusantara antara abad ke-7 sehingga abad ke-13, iaitu pada zaman peralihan Hindu-Islam. Pada ketika itu, kerajaan yang berkuasa ialah kerajaan Sriwijaya. Sewaktu pemerintahan kerajaan Sriwijaya, bahasa Melayu berkemungkinan telah menjadi bahasa pengantar kerajaan. Ini terbukti dengan terjumpanya empat buah batu bersurat yang ditulis dalam bahasa Melayu kuno.

BAHAN BUKTI
A. BATU BERSURAT DI KEDUKAN BUKIT
Batu Bersurat Kedukan Bukit dijumpai oleh M. Batenburg pada 29 November 1920, di Sumatera Selatan, di Kedukan Bukit di tepi Sungai Tatang yang mengalir ke sungai Musi. Batu Bersurat "Prasasti" ini berbentuk batu kecil, berukuran 45 x 80 sentimeter. Tarikh batu bersurat ini ialah 682 masehi menggunakan aksara Pallava bahasa Melayu Tua.

TEKS Svasti cri cakavarsatita 605 ekadaci cuklapaksa vulan vaicakha daputa hyang nayik di samvau mangalap siddhayatra di saptami cuklapaksa vulan jyestha dapunta hyang marlapas dari minana Tamvar (Kamvar) mamava yang vala dua laksa ko dua ratus cara di samvau dangan jalan sarivu tlu ratus sapulu dua vanakna datang di matada (nau) sukhacitta di pancami cuklapaksa vulan asada laghu mudita datang marvuat vanua ... Crivijayajaya siddhayatra subhika ... TERJEMAHAN Selamat bahagia pada tahun saka 605 hari kesebelas dari bulan terang bulan waisaka daputa baginda naik perahu mencari rezeki pada hari ketujuh bulan terang bulan jyesta dapunta baginda berlepas dari muara Kampar membawa askar dua laksa dua ratus orang di perahu yang berjalan seribu tiga ratus dua belas banyaknya datang di matada dengan suka cita pada hari kelima bulan terang bulan asada dengan lega datang membuat negeri ... Seriwijaya yang berjaya, yang bahagia, yang makmur

B.
TEKS

BATU BERSURAT DI TALANG TUWO

Svasti.cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra. sana tatkalana parlak Criksetra ini.niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini.niyur pinang hanau rumviya dngan samicrana yang kayu nimakan vuahna.tathapi haur vuluh pattung ityevamadi. punarapi yang varlak verkan dngan savad tlaga savanakna yang vualtku sucarita paravis prayojanakan punyana sarvvasatva sacaracara.varopayana tmu sukha di asannakala di antara margga lai. tmu muah ya ahara dngan air niminumna.savanakna vuatna huma parlak mancak muah ya manghidupi pacu prakara.marhulun tuvi vrddhi muah ya jangam ya niknai savanakna yang upasargga. pidana svapnavighna.varang vuatana kathamapi.anukula yang graha naksatra pravis diya. Nirvyadhi ajara kavuatanana.tathapi savanakna yam khrtyana satyarjjava drdhabhakti muah ya dya. yang mitrana tuvi janan ya kapata yang vivina mulang anukala bharyya muah ya. varamsthanana lagi curi ucca vadhana paradara di sana punarapi tmu ya kalyanamitra. marvvangun vodhicitta dngan maitridhari di dang hyang ratnaraya jangan marsarak dngan dang hyang ratnaraya. tathapi nityakala tyaga marcila ksanti marvvangun viryya rajin tahu di samicrana cilpakala paravis. samahitacinta.mu ya prajna smrti medhavi.punarapi dhairyyamani mahasattva vajracarira. anubamacakti.jaya tathapi jatismara.avikalendriya.mancak rupa.subjaga hasin halap.ade yavakya vrahmasvara.jadi laki.svayambtu.puna (ra) pi tmu ya cintamaninidhana tmu janmavacita. karmmavacita clecavacitaavasana tmu ya anuttarabhisamyaksam vodhi. TERJEMAHAN Bahagia! Tahun Saka 606 pada hari kedua bulan terang caitra, itulah waktunya taman Sriksetra ini diperbuat, milik Dapunta Hyang Sri Jayanaga. Ini Pesan Dapunta Hyang: Semuanya yang ditanam di sini; nyiur, pinang, enau, rumbia dan lain-lain yang (berupa) pohon, dimakan buahnya, serta aur, buluh betung dan yang semacam itu. Demikian pula taman-taman lainnya dengan tebat telaga, semuanya yang kuperbuat, semua perbuatan baik, dimaksud untuk kebahagiaan semua makhluk yang bergerak dan tidak bergerak. Hendaklah daya upaya beliau yang sangat baik itu mendapat kesukaan di kemudian hari dengan jalan lain. Semoga beliau mendapatlah makanan dan air untuk minumnya. Semuanya yang dibuatnya; ladang, kebun luas, menghidupi binatang-binatang, ramai para abdi suburlah. Jauhkanlah beliau dari segala

bencana, siksaan dan penyakit tidak dapat tidur. Bagaimanapun barang usahanya hendaknya berhasil baik, binatang-binatang lengkap semua, beliau dari sakit, dibuat awet muda. Dan lagi hendaklah semua yang disebut abdi setia baktilah mereka pada beliau. Yang menjadi sahabat beliau janganlah mereka itu menderhaka pada beliau; yang menjadi bini beliau hendaklah tetap setia sebagai isteri pada beliau. Di manapun beliau berada, janganlah dilakukan curi, curang, bunuh dan zina di situ. Dan lagi, hendaklah beliau bertemu dengan khalyanamitra, membangun bodhichita dengan maitri, menjadi pertapa pada dang hyang Ratnatraya, melainkan sentiasa teguh bersila dengan senang membangun tenaga, keuliten, pengetahuan tentang perbezaan semua sipakala dan pemusatan fikiran. Mudah-mudahan beliau memperoleh pengetahuan, ingatan dan kecerdasan dan lagi ketetapan mahasatwa badan manikam vajracarira yang sakti tanpa upama, kemenangan, dan lagi ingatan kepada kelahiran yang sudah lampau, indria lengkap, rupa penuh, kebahagiaan, kegembiraan, ketenangan, kata manis, suara Brahma, jadi lelaki kerana kekuatannya sendiri, hendaklah beliau memperoleh cintamaninidhara, memperoleh janmawacita, karmmawacita, akhirnya beliau mendapat anuttarabisamyaksambodhi.

C.

BATU BERSURAT DI KOTA KAPUR DAN BATU BERSURAT DI KARANG BRAHI


Pada Batu Bersurat Kota Kapur perkataan/bahasa Melayu telah lebih banyak ditemui

dan unsur bahasa Sanskrit semakin berkurang. Beberapa perkataan bahasa Melayu Kuno sebahagian telah memperlihatkan irasnya dan sebahagian lagi kekal digunakan hingga kini, seperti: abai, aku, batu, banyak, benua, beri, buat, bulan, bunuh, datu, dengan, di dalam, dosanya, durhaka, gelar, hamba, jahat, jangan, kait, kasihan, kedatuan, keliwat, kita, lawan, maka, mati, merdeka, mula, orang, pahat, persumpahan, pulang, roga, sakit, suruh, tapik, tambal, tatkalanya, tetapi, tida, tuba, ujar, ulang, ulu, dan yang. Imbuhan awalan ialah: ni-, di-, mar-, par-, ka-. Imbuhan akhiran pula ialah: -i dan -an. Batu bersurat ini ditemukan oleh J.K. van der Meulen di Kota Kapur, sebuah pekan di Pulau Bangka, pada tahun 1892. Berbeza daripada Batu Bersurat Kedukan Bukit dan Batu Bersurat Talang Tuwo, Batu Bersurat Kota Kapur dijumpai jauh dari Palembang. Batu bersurat ini dipercayai dibawa ke Pulau Bangka kerana tidak ada batu lain seperti itu di pulau tersebut. Batu Bersurat ini bertarikh 608 tahun Saka (686 Masihi) dan mengandungi 10 baris ayat. Secara ringkasnya, kandungan Batu Bersurat Kota Kapur berkisah tentang sumpahan raja Sriwijaya terhadap kerajaan di Pulau Jawa sebelum Sriwijaya menyerang kerajaan tersebut.

Batu bersurat karang brahi yang bertarikh 614 tahun Saka (692 M) ini telah dijumpai pada tahun 1904 oleh seorang inspector bernama L.Berkhout.Sewaktu dijumpa,batu ini di gunakan sebagai lapik untuk membasuh kaki di sebuah masjid di Jambi. TERJEMAHAN Bahagia...(diikuti perkataan jampi) hai kamu sekalian dewa yang mulia yang hadir menjaga kedatuan(kerajaan) Sriwijaya, dan kamu juga sekalian dewa yang menjadi permulaan segala sumpah. Apabila ada orang di bumi di bawah kedatuan ini berpakat dengan orang jahat, menegur orang jahat, mendengar kata orang jahat,mengenali orang jahat, tidak menghormati, tidak tunduk, tidak setia akan daku dan akan dia, yang kuberi kedudukan (menjadi) datu, sangat (busuklah) perbuatan orang itu, biarlah mereka ini dibunuh sumpah. Rombongan di bawah perintah datu Sriwijaya akan dihantar ke padang untuk menghukum mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka. Begitu juga sekalian orang yang berbuat jahat, seperti mengganggu (merosakkan) fikiran orang, membuat orang sakit, membuat orang menjadi gila, menggunakan mantera guna-guna dan racun, upas, tuba, sirih setangkai (yang telah dibubuh guna-guna), pengasih, paksaan dan lain-lain lagi. Semoga perbuatannya yang keji (jahat) itu gagal dan pulang kembali kepada yang berdosa berbuat jahat itu. Tambahan lagi, biar mereka yang menyuruh berbuat jahat itu dibunuh sumpah. Sesiapa yang menyuruh orang memusnahkan batu yang dipasang ini, maka mudah-mudahan mereka pula dibunuh sumpah dan dihukum segera. Mereka yang membunuh, memberontak, tidak setia akan daku, sangat (busuklah) perbuatan mereka. Semoga mereka dibunuh sumpah ini! Tetapi jika mereka tunduk, setia akan daku dan akan dia yang kuberi kedudukan menjadi datu, perbuatan mereka, sanak saudara mereka dan keluarga mereka direstui. Untunglah mereka, selamatlah mereka! Mereka tidak akan ditimpa penyakit dan bencana, makmur pula seluruh negeri mereka. Pada tahun Saka 608 hari pertama bulan terang bulan Waisaka sumpah ini telah diumumkan dan telah dipahat di perbatasan sewaktu tentera Sriwijaya dihantar untuk menakluk bumi Jawa yang tidak tunduk kepada Sriwijaya.

(Transkripsi teks pada Batu Bersurat Kota Kapur dan Batu Bersurat Karang Brahi adalah seperti di atas.Dalam transkripsi ini,baris yang ditebalkan cetak hurufnya merupakan baris yang terdapat dalam Batu Bersurat Kota Kapur)

CIRI-CIRI BAHASA MELAYU KUNO


A.SISTEM TULISAN
Tulisan Palava Keempat-empat buah batu bersurat pada abad ketujuh menggunakan tulisan Palava ( sejenis tulisan India Selatan Purba bagi penyebaran agama Hindu ) (a) Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masihi). (b) Batu Bersurat Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. (c) Batu Bersurat Kota Kapur (Pulau Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M. (d) Batu Bersurat Karang Brahi (Hulu Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M. Tulisan Nagiri Tulisan ini digunakan pada Batu Bersurat Gandasuli. Tulisan Nagiri berasal dari utara India. Tulisan Kawi Tulisan Kawi ini digunakan pada batu bersurat di Joreng (1179M) dan Padang Lawas (1213M) yang terletak di Tapanuli, Sumatera Utara. Kawi berasal daripada perkataan Sanskrit kavi =penyair. Tulisan ini berbentuk kursif pada peringkat awalnya ditulis pada daun lontar.

B.KOSA KATA
Bil. Perbezaan Melayu Kuno
Wulan Wunuh Wuat 1 /w/ - /b/ Watu Wuah Wala Wuluh Tuwa Tidak ada bunyi (e pepet) diganti dengan 2 /a/ atau digugurkan sahaja. Wanua Talaga Sariwu Dngan Niknai Nigalar Sawanakna Tatkalana /n/ - /ny/ 3 Mulana Wuatana Winina Wanuana Dalamna Wuahna Sebanyaknya Dengan Benua

Melayu Moden
Bulan

bh, th, kh, dh

Bhakti Tataphi Sukhacita

Bakti

Bunyi /h/ dihilangkan

Hanau Haur

Enau Aur Berlepas

mar ber

Marlapas Marwuat Marsila Nitanam Nimakan

Ditanam

Awalan ni di

Nimunumna Nisuruh Niwunuh Nipahat Niujari

nipar diper par-an menjadi per-an

Niparwuat Parsumpahan

Kata kerja aktif ditandai awalan ma dan mang

Mawawa Manghidupi Mangujari

Membawa

Dua imbuhan yang sudah tidak dipakai, awalan maka- dan akhiran -a

Makasakit Makagila Datua Tanggungjawab Wuata Tumi Dhawa Inan Saramwat

Menjadi sakit

menjadi datu Perbuatan Dengan Sangat, terlalu Itu Setangkai Batas Tiga Kebun Berpisah Menghubungi Mengganggu fikiran Memiliki hamba abdi Kamu

BM kuno yang tidak digunakan lagi

Wela Tlu Parlak Marsarak Mawuddhi Makalangit Marhulun Kita

Perubahan makna

Sapuluh dua

Dua belas

BAB 3 BAHASA MELAYU PRAKLASIK DAN KLASIK

BAHASA MELAYU KLASIK


DEFINISI Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa Melayu yang telah mempunyai aksara tersendiri.Masyarakat Melayu pada zaman ini dikatakan telah mengenali huruf kerana masyarakat Melayu pada ketika itu telah mampu merakamkan bahasa mereka dalam bentuk tulisan. BAHAN BUKTI Surat : Surat Sultan Ternate kepada Raja Portugal Naskhah : Kitab Dar al Mazlum Salalatus Salatin Teks Undang-undang Hukum Kanun Melaka Undang- undang Laut

PERKEMBANGAN AKSARA JAWI Sistem ejaan yang digunakan dalam tulisan Melayu berhuruf Arab yang dikenali juga sebagai ejaan Jawi. Tulisan Jawi digunakan oleh orang Melayu sejak orang Melayu memeluk agama Islam. Orang Arab menggelar orang Melayu sebagai Jawah atau Jawi. Hal ini disebabkan pada zaman dahulu, daerah Asia Tenggara terkenal sebagai Javadwipa. Di Malaysia, sistem ejaan Jawi bukanlah sistem tulisan rasmi tetapi diajar sebagai satu subjek dalam pengajaran di sekolah manakala di Indonesia pula, sistem ini hanya dikenali oleh para pengkaji naskhah Melayu lama. Sebelum Bahasa Melayu menerima mana-mana pengaruh, bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisannya yang tersendiri walaupun tidaklah begitu sempurna. Aksara rencong ialah huruf Melayu tua yang lebih tua daripada aksara Jawa kuno (tulisan Kawi). Sisa tulisan ini dapat kita lihat dalam tulisan Rencong yang digunakan di Sumatera Selatan, di daerah Bangkahulu dan Palembang di sebelah hulu, manakala tulisan Kawi di Jawa. Masyarakat yang memiliki tulisan kebiasaannya dianggap telah memiliki peradaban yang lebih tinggi berbanding dengan yang lain. Hingga abad ke-14, Bahasa Melayu telah mengalami pengaruh daripada tiga bahasa, iaitu Bahasa Sanskrit, Bahasa Jawa dan Bahasa Arab. Pengaruh pertama terhadap Bahasa Melayu ialah Bahasa Sanskrit yang dibawa oleh pedagang-pedagang India atau pedagang Melayu yang berurusan dengan negara India. Akibatnya pengaruh

indianisasi berkembang dalam budaya Melayu. Para sarjana berpendapat pengaruh Hindu masuk ke alam Melayu sekitar abad ke-14, iaitu zaman kemuncaknya pengaruh Hindu di kepulauan Melayu. Bahasa Sanskrit dianggap asas kepada Bahasa Melayu yang hidup hingga pada hari ini. Tulisan Bahasa Melayu yang asal, iaitu huruf Rencong tersisih tetapi kosa katanya bertambah kaya. Namun begitu, muncul pula tulisan yang dikenali sebagai tulisan Jawi. Didapati bahawa menerusi tulisan inilah Bahasa Melayu terus maju dalam pelbagai bidang. Kebanyakan mubaligh dan golongan cendekia Melayu mengenal pasti bunyi Bahasa Melayu yang tidak terdapat dalam Bahasa Arab. Kekurangan abjad ini telah menyebabkan mereka memilih huruf Parsi dan huruf lain yang mereka cipta sendiri dengan menambah tanda pada huruf Arab yang sedia ada.

BAB 4 BAHASA MELAYU MODEN

TAHAP PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU


A. BAHASA MELAYU MODEN PRAMERDEKA

Sebelum merdeka, bahasa melayu terpinggir kerana penggunaan bahasa inggeris lebih
diutamakan dalam pentadbiran dansebagaibahasa pengantar di sekolah-sekolah Tidak diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan kerana penggunaan yang terhad dalam komunikasi seharian dan penulisan buku-buku berunsur Islam dan sastera sahaja Pada awal abad ke-20 sasterawan, wartawan, budayawan telah menyedari bahawa bahasa melayu semakin dipinggirkan dan mereka mahu memperjuangkan kedudukan bahasa melayu di tanah melayu Mereka telah memperjuangkan bahasa melayu ini melalui perantaraan akhbar dan majalah serta hasil karya mereka Penyebaran tersebut dibahagi kepada dua iaitu melalui perseorangan dan pertubuhan-pertubuhan Perjuangan secara individu dilakukan melaui akhbar tempatan dengan megemukakan pelbagai isu dan persoalan dari hasil karya.

B.

BAHASA MELAYU MODEN PASCAMERDEKA


melayu

Para nasionalis berusaha gigih untuk menjadikan bahasa

sebagai bahasa kebangsaan Usul bahasa melayu sebagai bahasa kenagsaan telah termaktub dalam perlembagaan negara kita . Hasilnya , tertubuh Suruhanjaya Reidyang dilantik khas untuk menyediakan draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Apabila mencapai kemerdekaan Perlembagaan Persekutuan Perkara 152v menyatakan bahawa Bahasa Melayu sebagai bahasakebangsaan bagi negara yang merdeka.

FUNGSI BAHASA MELAYU MODEN


Digunakan sebagai bahasa kebangsaan , bahasa rasmi bahasa perpaduan dan bahasa ilmu Fungsinya sebagai bahasa rasmi negara , bahasa penradbiran, bahasa perhubungan umum, bahasa pengantar dan bahasa ilmiah Bahasa melayu sebagai bahasa komunikasi * untuk menyampaikan perasaan dan fikira secara lisan ataupun bertulis *digunakan sebagai bahasa tulisan di akhbar dan majalah * digunakan dalam pertuturan, penerangan dan penyampaian maklumat Bahasa melayu sebagai bahasa perpaduan * alat untuk menyatupadukan kaum *dapat melahirkan bangsa Malaysia yang mempunyai identiti yang sama * memupuk semangai kekitaan dan bersatu-padu Bahasa melayu sebagai bahasa ilmu * alat untuk menyampaikan dan memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang * memantapkan sisten ejaanserta meluaskan perbendaharaan kata sertamempunyai tatabahasa yang lengkap

Tokoh-Tokoh Bahasa Melayu Sebelum Merdeka


Abdullah bin Abdul Kadir Munshi Abdullah bin Abdul Kadir Munshi (1796-1854), menghasilkan karya pertamanya pada tahun 1830 yang bertajuk Syair Singapura Terbakar. Beliau melihat bahawa nahu bahasa Melayu yang ditulis oleh orang asing merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan ke atas bahasa Melayu . Karya -karya Abdullah ialah : Syair Singapura Terbakar (1830, Hikayat Kalilah Wa Daminah (Terjemahan Tamil 1835), Kitab Adat Segala Raja-raja Melayu Dalam Segala Negeri (1837), Dawai-Kulub (1838), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan (1838), Hikayat Abdullah(1843), Kisah Pelayaran Abdullah ke Jedah (1854).

Raja Ali Haji Raja Ali Haji (1809-70), merupakan salah seorang sasterawan yang sezaman dengan Abdullah tetapi mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab. Antara karya beliau yang penting berjudul Bustanul-Katibin. Sebuah lagi karya Raja Ali Haji yang penting berkaitan dengan bahasa Melayu ialah Kitab Pengetahuan Bahasa. Raja Ali Haji pernah mengarang sebuah gurindam yang sangat terkenal dalam bidang sastera lama, iaitu Gurindan Dua Belas. Dalam bidang sejarah, terdapat dua belas karya Raja Ali Haji yang penting iaitu Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dan Thufat- Al-Nafis. Kitab Salasilah Melayu dan Bugis dihasilkan pada tahun 1890, sementara kitab Taufat al-Nafis pula dihasilkan pada tahun 1865. Kedua-dua karya ini membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan rajaraja Bugis., asal usul mereka dan pergolakan politik yang mereka alami sehingga menyebabkan mereka tersingkir daripada kuasa diraja tradisional dan Kepulauan Riau. Tuhfat al- Nafis pula merupakan hasil sejarah Melayu yang penting. Zaba Tan Sri Pendeta Zaba ( 1895 1973), atau nama sebenarnya Zainal Abidin bin Ahmad merupakan seorang tokoh bahasa dan pemikir Melayu. Zaba muncul sebagai seorang cendekiawan Melayu yang dihormati sejak tahun 1920-an lagi. Antara karyanya ialah Ilmu Bahasa Melayu, Rahsia Ejaan Jawi, Pelita Mengarang, Ilmu Mengarang Melayu, Daftar Ejaan Melayu: Jawi Rumi dan Pelita Bahasa Melayu.

Malaysia (P

INSTITUT BAHASA MELAYU

MODEN

PRAMERDEKAena ASPAM) Persaudaraan Sahabat Pena Malaysia (PASPAM)


1. Tarikh tubuh : 7 April 1934 2. Pelopor utama : Mohd Al-Khatib dan Ariffin Ishak 3. Tujuan : - Mendirikan satu roh perhubungan berkenalan dan pergaulan sesama ahli. -Menggalakkan karang mengarang dalam bahasa Melayu dan buku-buku bahasa Melayu. 4. Kegiatan Lembaga bahasa ( dibentuk bagi menjalankan kegiatan PASPAM dalam bidang bahasa dan persuratan.) : -Edar buku adat Melayu

-Beli karangan daripada ahli PASPAM -Keluar kamus bahasa Melayu -Adakan peraduan karang-mengarang bahasa Melayu 5. Kejayaan Lembaga bahasa PASPAM Timbulkan kesedaran tentang pentingnya bergerak secara kolektif bagi memajukan bahasa dan persuratan Melayu.

Pejabat Karang Mengarang


1. Tarikh tubuh : 1924 2. Pelopor utama : -Zaba -R.O. Winstedt -O.T. Dussek 3. Tujuan : - Mengeluarkan buku sekolah -Menghasilkan bahan bacaan untuk masyarakat -Menerbitkan jurnal -Mengadakan perpustakaan bergerak. 4. Menghasilkan Siri Buku Teks Sekolah -Antara buku yang dihasilkan buku ejaan,nahu,sejarah,ilmu hisab dan ilmu alam. 5. Menghasilkan The Malay Home Library Series -buku bacaan untuk masyarakat umum dan kanak-kanak -Antara buku yang dihasilkan ialah Sang Maharaja Singa,Hikayat Taman Ajaib,Ali Baba dengan 40 Orang Penyamun.

Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50)


Tarikh : 6 Ogos 1950 Di mana : Singapura Tokoh : Masuri SN, Kris Mas, Rosmera, Usman Awang (Tongkat Waran), Arif Ahmad( MAS). Tujuan : 1. Memperluas dan mempertingkatkan mutu sastera Melayu. 2. Mengadakan pemaharuan sastera Melayu 3. Melindungi hak-hak dan kepentingan para penulis dan pengarang. Hasilnya : 1.ASAS 50 merupakan pelapor pembaharuan kepada kesusasteraan Melayu moden.

BAB 5 UNSUR-UNSUR ASING DALAM BAHASA MELAYU

DEFINISI
Peminjaman kata asing bererti peminjaman bahasa lain dengan atau tanpa adaptasi linguistik. Peminjaman dilakukan secara -terus -terjemahan Peminjaman terus -Bentuk dan sebutan kata asing disesuaikan dengan sitem bahasa Melayu. -Contoh:model,komputer,bot. Peminjaman Terjemah -Sesuatu konsep diberikan maknanya dalam bahasa Melayu -Contoh: Honeymoon diterjemahkan menjadi bulan madu

JENIS-JENIS PEMINJAMAN
a. peminjaman tulen (matematik, bonus) b. peminjaman kacukan (kasut but) c. peminjaman pemerian (kapal selam, kapal terbang, peluru meriam) d, peminjaman dialek Igmpar (dialek Pulau Pinang). e. peminjaman kuno (purnama) f. peminjaman berpindah (vokal/vowel) Susur galur peminjaman kata-kata adalah seperti berikut: Sanskrit - Arab - Indonesia - Inggeris

FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMINJAMAN BAHASA ASING


Keperluan untuk menamakan sesuatu konsep yang baharu Kekerapan penggunaan kosa kata asing yang lebih tinggi berbanding bahasa penutur natif. Bagi mengatasi masalah sinonim Bagi mengungkapkan sesuatu kata dengan lebih tepat.

BAHASA SUMBER
A.BAHASA SANSKRIT
Hubungan dengan India telah menyebabkan banyak kosa kata Sanskrit diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Kosa kata yang dipinjam melibatkan pelbagai bidang antaranya: - Bidang agama dan falsafah - Istilah abstrak - Fenomena semula jadi,Negara dan kekerabatan - Haiwan - Tumbuhan - Kekeluargaan - Tubuh - Penyakit - Dagangan

B.BAHASA ARAB
Penyebaran Islam di Kepulauan Melayu bukan sahaja mengubah kepercayaan penduduk tetapi telah menyebabkan banyak kosa kata Arab,khususnya yang berkaitan dengan agama Islam diserap ke dalam bahasa Melayu.

C.BAHASA CINA
Hubungan dengan masyarakat Cina,khususnya penutur bahasa hokkian telah menyebabkan banyak kosa kata Cina dipinjam,anataranya yang berkaitan dengan - Makanan - Sayur-sayuran - Buah-buahan - Adat istiadat - Sistem panggilan - Kebudayaan - Peralatan - Permainan

D. BAHASA JAWA
Pemerintahan Majapahit dan penghijrahan penduduk Jawa ke Tanah Melayu telah menyebabkan bahasa Jawa diserap ke dalam bahasa Melayu. Antara kosa kata Jawa yang digunakan ialah: - Kosa kata umum - Kata konsep - Kata panggilan - Makanan - Kebudayaan

E. BAHASA PARSI DAN TAMIL


Pergaulan dengan penutur bahasa Tamil dan Parsi turut menyebabkan beberapa kosa kata bahasa tersebut digunakan dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,jumlahnya tidak begitu banyak.

F.KATA PINJAMAN EROPAH


Kedatangan orang Eropah untuk meluaskan tanah jajahan mereka ke Kepulauan Melayu telah menyebabkan banyak kosa kata Eropah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu. Antaranya kosa kata Portugis,Belanda dan Inggeris. Antaranya bahasa-bahasa tersebut bahasa Inggeris masih diserap sehingga kini akibat daripada kemajuan dalam bidang sains dan teknologi.

DINAMIKA BAHASA

BAB 6 VARIASI BAHASA

DIALEK DAN BAHASA BAKU


A. DIALEK
Kelainan bahasa yang berbeza daripada bentuk baku Perbezaan adalah dari segi: - sebutan - tatabahasa - kosa kata

B.

BAHASA BAKU
Kelainan bahasa oleh komuniti bahasa yang lazimnya terdiri daripada golongan berpendidikan Digunakan dalam situasi rasmi

C.

BAHASA RASMI
Bahasa yang digunakan dalam urusan rasmi Negara,iaitu bahasa dalam pentadbiran.

BAHASA FORMAL DAN TAK FORMAL


A. BAHASA FORMAL
Bahasa yang mematuhi sistem bahasa,iaitu dari segi: - Fonologi - Morfologi - Sintaksis

B.

BAHASA TAK FORMAL


Disebut juga sebagai bahasa basahan yang digunakan dalam situasi tidak rasmi.

BAHASA HALUS DAN BAHASA KASAR


A. BAHASA HALUS
Bahasa yang sopan. Menggunakan ungkapan yang lebih lembut.

B.

BAHASA KASAR
Bahasa yang tidak sopan Tidak manis dituturkan

BAHASA ISTANA
A. BAHASA ISTANA
Bahasa yang khusus digunakan oleh golongan istana. Empat aspek tentang penggunaan bahasa istana,ialah: -penggunaan kata ganti nama diri -penggunaan gelaran -penggunaan perkataan dan ungkapan khusus -unsur pemulukan dan pendinaan. Pemulukan:bertujuan untuk meninggikan kedudukan seseorang Pendinaan:ungkapan merendahkan diri apabila rakyat biasa berhubung dengan istana.

BAB 7 LARAS BAHASA

DEFINISI
Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa. Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan. Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar, situasi, topik dan tujuan perbincangan.

CIRI-CIRI LARAS BAHASA


A. CIRI-CIRI KEPERIHALAN SITUASI LUARAN
maksudnya ialah latar belakang sosial dan kebudayaan sesuatu masyarakat bahasa. merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara hidup yang menentukan tindak-tanduk anggota masyarakat. cara penyampaian perhubungan sosial dan peribadi bahan fungsi sosial

SITUASI PERSEKITARAN

B.

CIRI LINGUISTIK
Aspek Bunyi Aspek Perkataan Aspek Ayat

JENIS-JENIS LARAS BAHASA


Laras Bahasa Biasa Laras Bahasa Iklan / Perniagaan Laras Bahasa Sains Laras Bahasa Media Massa Laras Bahasa Rencana Larasa Bahasa Undang-Undang Laras Bahasa Agama Laras Bahasa Sukan Laras Bahasa Sastera / Kreatif Laras Bahasa Ekonomi Laras Bahasa Akademik

LARAS BAHASA BIASA


Tiada konteks khusus atau melibatkan sebarang bidang ilmu Penggunaan dalam perbualan harian Tiada istilah khusus

Struktur ayat adalah mudah, ringkas dan padat Kata pinjaman tidak banyak digunakan Tidak terdapat istilah teknikal Bentuk laras bahasa biasa formal digunakan dalam situasi rasmi sahaja

Bentuk laras bahasa biasa tidak formal menggunakan ciri-ciri bahasa basahan

LARAS BAHASA IKLAN


Untuk menyampaikan maklumat berkesan Pemberitahuan fakta yang jelas amat dipentingkan Ayat ringkas dan pendek (banyak guna kata sifat) Sifat bahasa adalah imaginatif dan kreatif Penggunaan bahasa retorik Tidak mementingkan tatabahasa Guna pernyataan tertentu

LARAS BAHASA SAINS


Laras ilmiah, berbahasa moden, bersifat formal dan menidakkan bahasa basahan Mempunyai sifat intelektual, saintifik, formal dan objektif berdasarkan kajian dan fakta Istilah sains dan teknikal adalah banyak Ada istilah pinjaman Terdapat banyak penggunaan kata nama dan ragam ayat pasif Dibahagikan kepada subbidang seperti laras fizik, biologi, kimia dan teknologi

LARAS BAHASA MEDIA MASSA


Peranan media massa adalah untuk melapor atau menyampaikan berita dengan bahasa yang paling mudah diterima pendengar dan pembaca Laras media massa tidak mementingkan tatabahasa, seperti imbuhan dan kata hubung Tiada istilah teknikal dan khusus

LARAS BAHASA RENCANA


Bersifat umum Menampilkan berbagai-bagai idea tentang sesuatu isu Gaya bahasa mudah difahami Melaporkan sesuatu kepada pembaca secara umum ataupun terperinci

LARAS BAHASA UNDANGUNDANG


Teks bersabit dengan perundangan yang mengandung prinsip undangundang tertentu dan berbentuk akta (bahagian dan seksyen) Terdapat istilah khusus yang kebanyakannya dipinjam daripada bahasa Inggeris Makna kosa kata berdasarkan intepretasi Struktur ayat tidak diutamakan, tetapi kepersisan dan kejelasan dipentingkan Bersifat objektif, terperinci, tepat dan padat Tiada graf atau gambar Binaan ayat adalah panjang

LARAS BAHASA AGAMA


Membincangkan isu agama Ada istilah pinjaman Terdapat petikan Terdapat tamsil ibarat atau kias ibarat untuk pengajaran

LARAS BAHASA SUKAN


Menyampaikan maklumat kegiatan sukan Bahasa adalah ringkas, bersahaja dan jelas Ada istilah aktiviti sukan Kosa kata mudah difahami

LARAS BAHASA SASTERA


Laras bahasa terhasil daripada cetusan imaginasi dan pengalaman Ada istilah khusus tentang sastera Bersifat figuratif (penyimpangan makna daripada bahasa biasa) Mementingkan pemilihan diksi berkesan, bahasa tersirat Ada unsur seperti metafora, kiasan, imejan, personifikasi dan hiperbola Bernada puitis dan bersifat komunikatif

LARAS BAHASA EKONOMI


Berbentuk ilmiah tentang isu ekonomi

Ada istilah teknikal ekonomi Tidak mengutamakan struktur ayat Gaya bahasa formal Maklumat jelas dan eksplisit Fakta berdasarkan bukti data dan statistik

LARAS BAHASA AKADEMIK


Bersifat ilmiah, formal dan objektif Gaya bahasa menunjukkan kematangan dan keintelektualan (berkeupayaan menyampaikan buah fikiran dan hujah dengan tepat dan berkesan) Istilah bersifat khusus dan sukar difahami oleh orang yang tidak berpendidikan tinggi Ada kesempurnaan bahasa (kestabilan, kelenturan, kepelbagaian, keberkesanan dan keindahan) Mengutamakan pemaparan, perbincangan dan penghuraian Terdapat penulisan ragam ayat pasif dan ayat majmuk Ada format seperti nota kaki, bibliografi dan indeks

BAB 8 WACANA

DEFINISI
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana merupakan satu satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri buku.

CIRI-CIRI WACANA
TUJUAN
Ditentukan oleh penghasil wacana tersebut sama ada penulis atau pembicaranya. Untuk menimbulkan interaksi yang komunikatif. Menentukan jenis wacana yang digunakan. Jika tujuan seseorang adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat yang sering digunakan ialah ayat tanya.

PENERIMAAN
Tahap penerimaan seseorang itu tinggi jika pendengar atau pembacamemahami sepenuhnya wacana yang diujarkan sama ada dalam bentuk lisanatau tulisan.

KOHESI (tautan)

Bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan


denganunsur linguistik yang lain dalam sesuatu wacana untuk menghasilkan wacanayang lengkap. Keserasian hubungan ini lazimnya dilihat melalui Hubungan antara satu perkataan Frasa atau ayat lain dalam wacana yang sama Frasa atau ayat dengan perkataan Contoh:-

Muhammad, Fatimah dan Azian ke perpustakan. Mereka ke sana untuk meminjam buku. Dalam contoh di atas, terdapat tautan antara kedua-dua ayat tersebut. Perkataanmereka dalam ayat kedua merujuk kepada Muhammad, Fatimah dan Azian, sementara sana merujuk kepada perpustakaan.

KOHEREN (runtutan)
Tatabahasa Dewan (2005:525) menjelaskan ia merupakan kesinambunganidea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi teks itubermakna. Contoh:Penyakit sindrom kurang daya tahan atauAIDS bukanlahgejala yang baharu. Penyakit ini telah lama dikesan di beberapa buah negara di Eropah. Walaupun bidang sains dan teknologi berkembang maju, tetapi masalah ini masih tidak dapat diatasi. Contoh di atas jelas menunjukkan kesinambungan idea melalui perkataan AIDS, gejala, penyakit dan masalah ini. Kesinambungan idea ini telah menjadikan ayat-ayat tersebut bertaut di antara satu sama lain untuk membentuk wacana yang bermakna.

MAKLUMAT
Terbahagi kepada dua; maklumat lama (maklumat yang telah dinyatakan padaperingkat awal dan diulang semula dalam konteks yang berikutnya) danmaklumat baharu (maklumat yang baru sahaja dinyatakan dengan anggapanpendengar atau pembaca tidak mengetahui maklumat itu sebelum ini). Contoh:Muhammad memandu van. Van itu kepunyaan Hassan.

KEADAAN
Sesuatu wacana yang diujarkan perlulah sesuai dengan keadaan. Oleh itu, untuk menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan, pemilihan kata, frasa atau ayat adalah penting.

INTERTEKS
Bermaksud wacana yang bergantung kepada wacana yang lain. Wacana-wacana lain turut memainkan peranan penting untuk membantu seseorang memahami dengan mudah. Kefahaman seseorang terhadap sesebuah wacana bergantung kepada pengetahuannya terhadap perkara yang sedang dibaca atau didengarnya itu.

PENANDA WACANA
Bertujuan untuk mewujudkan kesinambungan dalam teks. Terdiri daripada penanda: - Leksikal - Rujukan - Penghubung - Penggantian - Elipsis/pengguguran -

A.

PENANDA LEKSIKAL
Merupakan pertautan dari segi makna Melibatkan pengulangan perkataan,iaitu pengulangan: - Unsur yang sama perkataan diulang sepenuhnya - Sinonim pengulangan perkataan yang mempunyai makna yang hampir sama - Hiponim pengulangan antara makna khusus dan makna umum - Kolokasi pengulangan kata selingkungan

B.

PENANDA RUJUKAN
Melibatkan rujukan ganti nama diri dan ganti nama tunjuk. Contoh:mereka rujukan kepada orang kampung.

C.

PENANDA PENGHUBUNG

Menghubungkan unsur-unsur linguistik dalam teks. Terdiri daripada penghubung:


Tambahan Tentangan Musabab Tempoh

D.

PENANDA PENGGANTIAN

E.

Terdiri daripada penggantian: - Nominal - Verbal - Klausa

ELIPSIS

Melibatkan pengguguran kata atau frasa yang telah dinyatakan sebelumnya maklumat tersebut telah diketahui

JENIS-JENIS WACANA

Terdiri daripada wacana lisan dan tulisan. Wacana lisan melibatkan pembicara dan pendengar. Wacana tulisan melibatkan penulis dan pembaca.

BAB 9 RETORIK

DEFINISI
Retorik (bahasa Greek: ; rhtr, pemidato, guru) merupakan seni atau teknik memujuk melalui bahasa lisan, visual atau tulisan. Definisi retorik sudah diperluas sejak retorik dijadikan satu bidang kajian di universiti. Oleh itu, retorik klasik (iaitu yang didefinisikan di atas) berbeza dengan retoik komtemporari yang turut melibatkan analisis teks tulisan dan visual. Retorik klasik diajar dalam sastera liberal asal dan trgolong dalam trivium. Dalam zaman purba dan pertengahan, kajian tatabahasa menekankan penggunaan bahasa yang betul, tepat, memuaskan dan berkesan dalam pengkajian dan kritikan karya sastera. Logik pula menekankan ujian dan penciptaan ilmu baru melalui proses soal dan jawab. Manakala retorik menekanan kaedah memujuk dalam tempat awam dan politik, seperti Dewan Perhimpunan atau Mahkamah. Retorik banyak digunakan dalam masyarakat demokratik dengan prinsip kebebasan bersuara, kebebasan berpersatuan dan kebebasan politik. Konsep retorik telah diperluas daripada bidang politik, undangundang, hubungan awam, melobi, pemasaran dan pengiklanan kepada bidang lain seperti kemanusiaan, agama, sains sosial, kewartawanan, sejarah ,kesusasteraan, kartografidan seni bina.

JENIS-JENIS RETORIK
i. Pemerian Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.

ii. Pemujukan Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang diperkatakan.

iii. Penerangan Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.

iv. Penceritaan Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam penulisan mahupun lisan.

v. Pendedahan Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.

vi. Penghujahan Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan penulisan yang bersifat akademik.

TEKNIK PENYAMPAIAN IDEA


Teknik Deduksi Kaedahpenulisannya dimulai dengan suatu penyataan umum dan kemudiannyadiikuti oleh penyataan-penyataan yang khusus. Ayat topik dalam perenggan yang menggunakan teknik deduksi akan diletakkan dipermulaan perenggan manakala idea-idea sokongan akan hadir kemudian. Kaedahdeduktif ini dinamakan perenggan deduktif atau perenggan piramidterbalik. Teknik Induksi Suatu kaedah penulisan yang dimulai dengan suatu penyataan khusus dan diakhiridengan penyataan umum atau generalisasi. Ayat topik yang menggunakan kaedah induksi akan diletakkan pada akhirperenggan. Teknik Analogi Penghasil wacana akan membandingkan sesuatu perkara dengan perkara yanglain yang mempunyai ciri-ciri persamaan dan kesejajaran. Digunakan untuk menerangkan sesuatu perkara yang sukar atau komplek denganmembandingkan perkara tersebut dengan perkara lain yang lebih senang difahami.

Teknik Pentakrifan Idea utama dikembangkan dengan cara memberikan batasan makna ataupengertian kepada sesuatu istilah atau konsep. Teknik penyampaian ini biasanya digunakan dalam penulisan ilmiah atau akademik

Teknik Pencerakinan Dikenal juga sebagai teknik analisis. Teknik ini mengembangkan sesuatu topik dengan membahagikannya kepadabeberapakomponen. Setiap komponen diperhatikan secara terasing tetapi mempunyai hubungandalam kesatuan yang lebih besar Aspek komponen yang diperhatikan biasanya berkaitan dengan ciri-ciri, fungsi,dan tindak balas komponen tersebut. Digunakan dalam retorik pendedahan yang bertujuan memberikan pemahamankepada khalayak. Teknik Petikan Digunakan untuk menyokong atau mengukuhkan hujah Petikan langsung diambil dari sumber tertentu,tanpa melakukan sebarang perubahan.Umumnya,petikan langsung ditandai oleh pengikat kata. Petikan tidak langsung diambil daripada sumber tertentu dengan melakukan pengolahan semula dengan menggunakan perkataan sendiri.

BAB 10 KESANTUNAN BERBAHASA

DEFINISI
1. Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. 2. Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa. 3. Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. 4. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. 5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. 6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.'' 7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan sebagainya. 8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

CIRI-CIRI KESANTUNAN BERBAHASA


A. UNGKAPAN BERTATASUSILA

Ungkapan yang sopan semasa berkomunikasi. Dalam Bahasa Melayu terdapat beberapa kosa kata yang
dianggap halus dan santun.

Contoh: buang air kecil,nikah,meninggal


dunia dan hamil.

B.

KATA GANTI NAMA DIRI

Bahasa diraja:
bahasa yang digunakan dalam komunikasi yang melibatkan golongan diri. - Kata kekeluargaan Kosa kata yang digunakan dalam lingkungan keluarga diraja. Kata ganti nama diri Merujuk kepada ganti nama diri pertama,kedua dan ketiga yang digunakan oleh keluarga diraja atau rakyat biasa apabila berurusan dengan keluarga diraja. diraja. Terbahagi kepada kata kekeluargaan dan kata ganti nama

Bahasa Biasa atau Bahasa Orang

Kebanyakan

Kata ganti nama keluaga - Melibatkan kata sapaan atau gelaran dalam keluarga. - Contoh:ayah,ibu,emak,kakak,adik,long,angah,the,busu,opah dan datuk. Kata ganti diri di luar keluarga - Usia dan keakraban menentukan bahasa sapaan yang digunakan. - Bagi hubungan yang akrab,kata sapaan yang digunakan adalah tidak formal seperti Pak Ngah Leman,Mak Lang Zainab. - Bagi hubungan yang formal,kata sapaan seperti saudara,saudari,encik atau cik kerap digunakan.

C.

GELARAN ATAU PANGGILAN MENGIKUT SITUASI

Gelaran Keturunan
-

Gelaran yang diperoleh secara warisan.

Gelaran anugerah
-

Gelaran yang diberikan oleh kerajaan disebabkan jasa yang disumbangkan kepada negara.

Gelaran ikhtisas
-

Gelaran bagi individu yang berjaya dalam bidang ikhtisas atau akademik Contoh:professor,doctor,ustaz,ustazah. Panggilan hormat bagi individu yang berpangkat atau berstatus dalam majlis rasmi/formal antaranya ialah Yang Amat Berhormat,Yang Amat Berbahagia,Yang Amat Arif.

KANDUNGAN BAB 1 BAB 2 BAB 3 BAB 4 BAB 5 BAB 6 BAB 7 BAB 8 BAB 9 BAB 10

M/S 1-5 6-14 15-16 17-20 21-24 25-26 27-33 34-37 38-41 42-44

You might also like