You are on page 1of 2

OBJEKTIF

Setelah melaksanakan kerja kursus pendek ini, pelajar akan dapat: 1. Menjelaskan pengertian dan prinsip pengajaran dan pembelajaran. 2. Menerangkan pelbagai jenis model pengajaran. 3. Menerangkan konsep serta pengertian kemahiran-kemahiran mikro. 4. Menerangkan perlaksanaan pengajaran menggunakan satu kemahiran mikro.

PENGENALAN

Bagi seseorang yang baru menjejak kakinya dalam arena pengajaran malah ramai guru yang berpengalaman, konsep pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran amat sukar dibeza-bezakan. Apa lagi terdapat orang yang menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja.

Ini adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep adalah amat berguna bagi guru-guru supaya ilmu pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.

Tugasan ringkas ini bertujuan memberi sedikit sebanyak penjelasan tentang pengajaran, pembelajaran, pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaran serta hubungan di antara satu sama lain.

ii

You might also like