You are on page 1of 17

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

i)

MUQADDIMAH

Sebagaimana yang telah diketahui, kejatuhan Dinasti Qing ke tangan orang Manchu pada 1644 mendatangkan banyak kemarahan orang Han di China. Hal ini kerana, Dinasti Manchu dibina oleh orang Mongol yang dianggap sebagai orang luar bagi masyarakat China pada ketika itu. Sejajar dengan itu, menurut Alan Lawrence, di akhir abad ke-19 dan suku pertama abad ke-20, telah wujud pelbagai usaha untuk mengembalikan semula kegemilangan org Han.1

Oleh yang demikian, lahirlah beberapa golongan yang cuba mengubah situasi tersebut. Malah hal ini telah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang lain. Menurut Craig Dietrich, mereka cuba untuk menghapuskan amalan nenek moyang bagi mewujudkan sebuah negara yang maju seiring dengan negara- negara barat pada ketika itu.2 Oleh yang demikian, golongan intelektual banyak menyumbang kepada perubahan dan usaha

menghapuskan amalan nenek moyang mereka yang dianggap mengongkong dan tidak lagi relevan digunakan pada hari ini.

ii)
1

FAKTOR-FAKTOR PERUBAHAN PEMIKIRAN DI CHINA

Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook. Routledge Taylor & Francis Group: London and New York. 2004. hlm. 87. 2 Craig Dietrich. People's China: A Brief History, 3rd Edition. Oxford University Press: Oxford. 1997. hlm. 95.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

a) GERAKAN ANTI-MANCHU

Kebangkitan golongan intelektual adalah disebabkan oleh permasalahan yang wujud di Negara China. Mereka merasakan pembaharuan moden perlu dilaksanakan supaya China kembali agung. Punca mengapa mereka menentang amalan tradisi bermula sejak zaman Manchu lagi iaitu sejak tahun 1644 lagi. Hal ini disebabkan oleh kebencian orang-orang Han terhadap orang Manchu yang menganggap mereka bangsa yang kuat. Kebencian ini semakin bertambah apabila Manchu menjalankan dasar-dasar bersifat diskriminasi. Orang Cina diketepikan daripada memegang sebarang jawatan penting dalam perkhidmatan awam. Selain itu, orang Cina lelaki mesti mencukur rambutnya di bahagian hadapan kepala dan bertocang untuk menunjukkan kesetiaannya kepada Kerajaan Manchu. Keadaan ini menimbulkan pemberontakan dan mengakibatkan 80 000 orang telah terkorban sebagai membantah dasar tersebut.3 Selain itu, terdapat juga rusuhan-rusuhan pakatan kongsi gelap seperti Pertubuhan Teratai Putih dan Pertubuhan Triad yang bertujuan

menggulingkan Dinasti Manchu.4 Contohnya pada tahun 1802 dan 1817 rusuhan telah berlaku di Kwantung. Dr. Sun Yat Sen mengatakan pakatan-pakatan ini merintis jalan ke arah gerakan kesedaran China.5

Kekalahan China dalam Perang Candu I (1839-1842) mendedahkan lagi kelemahan Dinasti Manchu. Menurut kepercayaan masyarakat China, Dinasti Manchu telah kehilangan mandat dari syurga. Pencerobohan kuasa asing menyebabkan China terjerumus
3 4

Craig Dietrich. People's China: A Brief History, 3rd Edition. hlm. 65. John King Marle. China A New History. The Belknap Press of Harvard University Press: England. 1998. hlm. 189. 5 Craig Dietrich. People's China: A Brief History, 3rd Edition. hlm. 71.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

ke dalam keadaan yang sempit. China terpaksa membayar wang ganti rugi sebanyak 21 juta tael, menyerahkan Hong Kong kepada British, menghapuskan monopoli Co-Hong dan membuka lima pelabuhan untuk perdagangan asing.6 Keadaan ini menyebabkan China terpaksa menambah pungutan cukai dan memperkenalkan cukai baru untuk menyelesaikan pembayaran ganti rugi tersebut. Beban cukai tersebut jatuh ke atas golongan tani dan seterusnya membebankan golongan ini. Selain beban cukai, golongan bawahan terpaksa bersaing dengan pedagang asing dalam industri. Perluasan kuasa asing mengakibatkan perusahaan tempatan seperti menenun kain dan membuat paku dan jarum di Fatshan merosot dan akhirnya menyebabkan pengangguran semakin meningkat.7

Pada pertengahan abad ke-19, lebih kurang 60% sehingga 90% kaum tani tidak mempunyai tanah akibat daripada kegagalan membayar cukai yang tinggi. Situasi ini diburukkan lagi dengan masalah bencana alam yang berlaku contohnya pada tahun 1847, musim kemarau telah berlaku di Hunan, banjir di Hupei dan Kiangsu, masalah kebuluran di Kwangsi pada tahun 1849 dan banjir di Shantung pada tahun 1852.8 Permasalahan sebegini tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Manchu. Walaupun ada bantuan, ia tidak berjalan dengan berkesan kerana masalah rasuah dalam pemerintahan Manchu. Kebanyakan pedagang dan pegawai tempatan menyimpan atau menyorok padi dengan tujuan menjualnya pada harga yang tinggi kelak. Kesannya, ramai petani hidup dalam keadaan miskin, tertekan dan menderita. Permasalahan ini dilihat oleh orang China sebagai ketidakupayaan Manchu memerintah China. Impaknya, petani-petani dan golongan bawahan menjadi penyokong bagi sebarang gerakan anti-Manchu.
6 7

Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook. hlm. 101. Ranbir Vohra. Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3rd Edition. Prentice Hall: New Jersey. 2000. hlm. 121. 8 Ibid. hlm. 122

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

Pada tahun 1851, satu pemberontakan yang dikenali sebagai Pemberontakan Taiping telah tercetus. Ia dianggotai golongan petani yang tertindas. Pemberontakan ini dipimpin oleh Hung Hsiu-Chuan yang bertujuan menggulingkan Dinasti Manchu disamping menubuhkan satu susunan politik dan sosial yang baru.9 Pemberontakan ini berjaya mencapai kejayaan pada tahap awal dan mula merosot selepas tahun 1853 dan dipatahkan pada tahun 1864.10 Walaupun pemberontakan ini gagal mencapai matlamatnya, namun ia berjaya menjejaskan imej dan martabat Kerajaan Manchu. Hal ini menyedarkan golongan intelektual seperti Sun Yat Sen dalam usaha menjatuhkan Manchu dan

menubuhkan sebuah republik. Kelemahan Dinasti Manchu semakin jelas selepas pemberontakan Taiping kerana rasuah dan penyelewengan semakin berleluasa dan seterusnya menggagalkan usaha pemodenan iaitu Gerakan menguatkan Diri dan Gerakan Islah. 11

Kekalahan China seterusnya dalam Perang Candu II, Perang China-Perancis dan Perang China-Jepun 1 sangat menghina dan mencabar kedaulatan orang Cina. Mereka berasa malu kerana ditewaskan oleh barbarian. Kelemahan Manchu dan kekalahan China dalam kuasa Asia sendiri iaitu Jepun sangat memalukan China. Situasi ini memberi peluang kepada Barat untuk menindas China. Kuasa-kuasa Barat berlumba mendapatkan konsesi di Negara China dan mewujudkan lingkungan pengaruh masing-masing. Misalnya, lingkungan pengaruh Perancis di Yuna, British di Lembah Yang Tze, Jerman di Shantung, dan Rusia di Manchuria. Golongan intelektual melihat keadaan ini mencabar kedaulatan
9

Craig Dietrich. People's China: A Brief History, 3rd Edition. hlm. 207. Ibid. turut dinyatakan dengan jelas dalam Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. Oxford University Press: Oxford. 1995. hlm. 226. 11 Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 262.
10

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

China dan menganggap bahawa sesuatu perlu dilakukan untuk menyelamatkan China melalui satu revolusi. Kegagalan gerakan pembaharuan untuk memodenkan dan mempertahankan China telah menyedarkan masyarakat China khasnya golongan intelektual tentang perlunya satu gerakan pembaharuan yang bercorak revolusi untuk menyelamatkan China.

b) GERAKAN PEMBAHARUAN DALAM PENDIDIKAN

Sebagaimana yang kita ketahui, China cukup terkenal dengan sistem pendidikan yang berorientasikan perperiksaan. Masyarakat China kuno satu ketika dahulu sangat mementingkan perperiksaan bagi memperoleh jawatan sebagai pegawai kerajaan dalam mengubah status kehidupan mereka. Sejajar dengan itu, golongan intelektual yang banyak dipelopori oleh golongan pelajar cuba untuk memansuhkan sistem ini memandangkan ianya tidak lagi relevan dan mengongkong kemajuan China pada ketika itu.

Sejajar dengan itu, sistem pendidikan ini telah mengalami perubahan yang ketara semenjak berlakunya Gerakan Reformasi Seratus Hari. Pada peringkat awal gerakan, ianya mendapat tentangan yang hebat daripada golongan konservatif.12 Menerusi gerakan ini, sistem perperiksaan tradisional telah dihapuskan.13 Hal ini telah menjadi punca utama kemarahan golongan konservatif terhadap reformasi ini. Oleh yang demikian, akibat daripada tentangan yang hebat dari golongan konservatif, reformasi ini hanya bertahan

12

Golongan konservatif merupakan golongan yang masih mengamalkan pegangan yang utuh terhadap ajaran Confucius di mana pada peringkat awalnya, golongan ini mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar di dalam istana dan maharaja itu sendiri. 13 Suffian Mansor. Tamadun China. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. 2003. hlm. 179.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

selama 3 bulan sahaja.14 Implikasinya, pada 21 September 1898, satu rampasan kuasa telah berlaku dan diketuai oleh Maharani Dowager Hsu-hsi, yang bertujuan menghapuskan gerakan reformasi ini.15

Kegagalan gerakan reformasi ini menimbulkan satu keresahan di kalangan masyarakat China pada ketika itu. Kebimbangan ini wujud kerana masa depan negara mereka sukar untuk diramal. Malah, kuasa asing seperti kuasa 9; British, Perancis, Itali, Sweden, Norway, Amerika, German, Russia, dan Jepun, semakin membimbangkan.16

Oleh yang demikian, menerusi Pemberontakan Boxer, sistem pendidikan di China mula berubah secara keseluruhan. Pada 2 September 1905, sistem pendidikan menerusi perperiksaan tradisional dihapuskan secara mutlak.17 Hal ini kerana, sistem perperiksaan menjadikan China sebagai sebuah negara yang mundur. Dalam masa yang sama, golongan intelektual ini menganggap bahawa dasar China yang dianggap tertutup perlu diubah kepada dasar yang lebih terbuka. Sejajar dengan itu juga, fahaman Confucius yang dianggap mengongkong masyarakat China pada ketika itu menjadi penyebab utama kepada kemunduran China dan perlu dimansuhkan.

Kang Yu-Wei dan Liang Chi-Chao menyarankan agar doktrin pemerintahan berperlembagaan, institusi politik seperti parlimen, perlembagaan dan kerajaan
14

John Bryan Starr. Understanding China: A Guide to China's Economy, History and Political Culture. Hill and Wang: New Jersey. 2001. hlm. 52. 15 Jonathan D.Spence. The Search for Modern China, 2nd Edition. W.W. Norton & Company Ltd.: London. 1999. hlm. 224. 16 Ibid. hlm. 226. 17 Ranbir Vohra. Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3rd Edition. hlm. 159.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

bertanggungjawab ditubuhkan. Kehendak ini diteruskan oleh seorang intelektual berpendidikan Barat iaitu Dr. Sun Yat Sen.18 Beliau telah membangkitkan sentimen antiManchu dan idea pemberontakan revolusi di kalangan pelajar serta masyarakat umum melalui akhbarnya iaitu Min Pao. Beliau turut menubuhkan parti politik kebangsaan iaitu Tung Meng Hui berdasarkan Tiga Prinsip Rakyat iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.Gerakan ini berjaya menyatukan masyarakat China.19

Perubahan yang ketara dapat dilihat pada tahun 1912, di mana sistem pendidikan mula berubah kepada bentuk yang lebih fleksibel dan menepati kehendak zaman. Kedatangan John Dewey pada tahun 1919 telah menerapkan sistem pendidikan Amerika di China.20 Secara tidak langsung, sistem pendidikan yang lebih berorientasikan perperiksaan semata-mata telah dimansuhkan.

Pada tahun 1929, Chiang Kai Shek telah diarahkan untuk menggubal satu sistem pendidikan baru. Dalam sistem ini, kanak-kanak berusia 7 tahun diwajibkan untuk ke sekolah, dan pendidikan sekolah rendah diwajibkan selama 6 tahun dan sekolah menengah juga 6 tahun.21 Bagi pendidikan di sekolah rendah, kurikulumnya lebih berorientasikan kepada pengajaran moral, semangat nasionalisme, keharmonian hidup bermasyarakat, pendidikan asas; membaca, mengira dan menulis, serta penerapan nilai-nilai murni di dalan kehidupan.

18 19

Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 475. John King Marle. China A New History. hlm. 224. 20 Ibid. 21 Ibid. hlm. 225.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

Bagi sekolah menengah, kurikulum yang sama juga digunakan, cuma lebih spesifik dan mendalam. Malah di sekolah menengah, terdapat mata pelajaran tambahan seperti matematik, sejarah geografi serta sains. Selain itu, bahasa Inggeris juga diajar di sekolah menengah. Bahasa pengantaraannya ialah bahasa Mandarin. Bagi kanak-kanak lelaki di sekolah menengah, mata pelajaran ketenteraan juga diterapkan, dan bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan diajar subjek berkaitan pengurusan rumah tangga.22

Pendidikan di China pada ketika itu lebih meluas. Buktinya, kanak-kanak perempuan juga diberikan hak untuk mendapat pendidikan.23 Sebelum ini, golongan perempuan langsung tidak diberikan pendidikan secara formal. Namun begitu, sekitar tahun 1900 ini, perubahan telah berlaku.

Dalam masa yang sama juga, pendidikan di pengajian yang lebih tinggi juga telah ditubuhkan. Universiti Peking umpamanya, telah melahirkan banyak golongan reformis yang menjadi penggerak kepada perkembangan China moden itu sendiri.24

Oleh yang dimikian, dapatlah disimpulkan bahawa, dengan adanya gerakan pembaharuan di China ini telah banyak melahirkan golongan intelektual yang lebih agresif dalam memodenkan China. Malah, gerakan golongan intelektual yang berusaha mengubah sistem pendidikan di China merupakan satu pilihan yang bijak dalam usaha menjadikan China sebagai sebuah negara yang tidak lagi dianggap sebagai sebuah negara yang kuno dan bersifat tertutup. Dalam masa yang sama juga, perkembangan dalam bidang pendidikan
22 23

Ibid. Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 408. 24 Ibid. hlm. 411.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

ini telah menyumbang kepada lahirnya banyak fahaman di China seperti Legalisme, Pragmatisme dan fahaman yang paling dominan iaitu Marxisme. Hal ini dijelaskan seperti yang berikut:

The Chinese student movement of 1945-1949 provides insights into student movements in general as well as the distinctive Chinese tradition of student activism. While the conflict of generations might help politicize youth, nationalist issues activated Chinese students. Failure to defend China's sovereignty or to lead her in modernizing undercut the fathers' right to speak for China. The anti-imperialist emphasis of Chinese nationalism and the acceptance of the state as modernizing instrument indicate why Chinese student movements often coincided with foreign threats and benefitted the Chinese Communist Party.25

c) PENGARUH KOMUNIS DALAM CHINA

Gerakan 4 Mei 1919 merupakan satu titik tolak kepada perkembangan gerakan komunis di China.26 Gerakan ini dikenali sebagai Revolusi Kebudayaan Baru dan Revolusi Kesusasteraan. Dalam masa yang sama, kedua-dua gerakan ini lebih menjurus kepada kritikan terhadap kerajaan China yang dianggap tertutup.

Dalam gerakan revolusi ini, terdapat 3 orang tokoh yang memainkan peranan yang penting iaitu, Chen Tu-Hsui, Hu Shih, dan Tsai Yuan-pei.27 Ketiga-tiga tokoh ini
25

Jessie G. Lutz. The Chinese Student Movement of 1945-1949. The Journal of Asian Studies. Vol. 31. No. 1 (Nov., 1971). hlm. 89. 26 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 184. 27 Ibid. hlm. 185.

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

merupakan penggerak kepada penyebaran fahaman komunis di China. Malah mereka berpendapat bahawa adalah perlu revolusi dijalankan bagi memodenkan China dengan fahaman komunis itu sendiri.

Dalam idealogi Chen Tu-hsiu beliau berpendapat bahawa ajaran lama China menutup pemikiran masyarakat di China. Hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan China ketinggalan. Sejajar dengan itu, beliau menyarankan supaya dihapuskan 3 ajaran utama di China; Toaisme, Confucius, dan Buddha.28 Dalam masa yang sama, beliau sangat mengecam amalan mengikat kaki dan menentukan jodoh berdasarkan tarikh lahir.29 Malah, hal ini dikatakan telah menyebabkan masyarakat China terus terperangkap dalam kapsul masa serta ketinggalan zaman.

Menurut Hu-Shih pula, beliau mengkritik tentang kesusasteraan China. Beliau beranggapan bahawa kesusasteraan China ini tidak dinamik. Malah menurut Alan Lawrence, kemunduran China adalah kerana terlalu menganggap karya sastera dan tamadun mereka terlalu gemilang, sehingga menolak semua fahaman dari luar.30

Dalam idealogi Tsai Yuan-pei pula, beliau mengfokuskan pada pembangunan sahsiah muda mudi ke arah yang lebih cemerlang, aktif dan terbuka. Selaku seorang Canselor di Universiti Peking, beliau sering menggalakkan pelajar-pelajarnya melibatkan diri dalam aktiviti perbahasan, persatuan, pidato dan sebagainya. Dengan aktiviti seperti

28

Ibid. Turut diperjelaskan di dalam Jonathan D.Spence. The Search for Modern China, 2nd Edition. hlm. 296. 29 Suffian Mansor. Tamadun China. Hlm. 185. 30 Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook. hlm. 121.

10

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

ini, pemikiran pelajar akan menjadi lebih terbuka. Implikasinya, objektif revolusi yang dilancarkan akan mudah diperolehi.

Implikasinya, golongan pelajar mula berani menyuarakan pendapat. Dengan kata lainnya, dalam Gerakan 4 Mei 1919, banyak mengubah dasar dan kepercayaan lama China. Misalnya, golongan pelajar di Universiti Peking telah melakukan bantahan terhadap

Perjanjian Versailles yang dianggap tidak adil.31 Dalam masa yang sama juga, Gerakan 4 Mei 1919 turut menyumbang kepada kelahiran banyak fahaman baru di China seperti pragmatisme, marxisme dan sebagainya.32

Menerusi perkembangan pelbagai fahaman di China pada ketika itu, fahaman Marxisme merupakan fahaman yang paling dominan. Malah, melalui fahaman ini, mereka (orang China) percaya ia mampu melahirkan satu sistem yang paling efektif kerana fahaman ini dikatakan mampu mengembalikan kedaulatan China. Pada Mei 1920, Chen Tu Hsiu dan Li Chao menubuhkan sebuah Persatuan Pengajian Marxisme yang dianggotai oleh sebilangan besar penyunting, penulis, profesor dan pelajar. Pada Jun 1920, Voitinsky, agen Komintern (Komunis Antarabangsa) dijemput ke China untuk menerangkan doktrin dan disiplin komunisme. Kemudian Chen Tu Hsiu menubuhkan Socialist Youth Corps pada bulan Ogos 1920. Dalam masa yang sama, persatuan bersayap kiri juga muncul. Contohnya Persatuan Mencipta (Creation Society) oleh Kuo Min Jo dan Yu Ta Fu, Persatuan Penyelidikan Kesusasteraan (Literary Research Society) oleh Mao Tun, Chu Shih Ying dan Cheng Chen To. Kebanyakan persatuan-persatuan ini menggalakkan
31

Ranbir Vohra. Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3rd Edition. hlm. 162. 32 Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 186.

11

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

penulisan bercorak realisme dan sosialisme. Selain itu, penulisan juga turut dibuat berdasarkan tema kemiskinan rakyat jelata atau golongan massa, penindasan oleh golongan tuan-tuan tanah, penjajah dan pemikiran orang-orang Cina yang ketinggalan zaman. Bukubuku asing juga seperti Gladkov, The Diary of a Communist Student oleh Ogynyor dan tulisan Cerafimovith, Plinak, Zoscchenko dan Lunarchasky juga digunakan. Pada tahun 1930 pula, Lu Shun telah menubuhkan Liga Penulis Sayap Kiri. Disamping itu, Liga Penyair Proletariat dan Liga Sayap Kiri Penulis Drama turut ditubuhkan. Semua persatuan ini mencontohi Pertubuhan Penulis-penulis Proletariat Rusia yang ditubuhkan pd 15 Mac 1930. Perkembangan pengaruh dan ideologi komunis telah mencapai satu peringkat yang begitu meluas pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an sehinggakan Lim Yu Tong (seorang penulis termuka) berkata pada tahun 1930; Sekali pandang kedai-kedai buku di Shanghai, terdapat 70% daripada buku-buku terjemahan yang berasal dari Rusia telah menguasai pemikiran golongan muda China dalam masa 3 tahun yang akhir-akhir ini mereka menjadi komunis. Pada awal tahun 1922, Dr. Tsai Tuan Pei, Canselor Universiti Peking pernah berkata dalam satu jamuan rasmi bahawa, Pentadbiran Bolshevik (Komunis Rusia) adalah sesuatu yang kita mesti cuba usahakan di negara kita ini (China).

Namun, dalam usaha fahaman ini terdapat beberapa masalah.. Antaranya ialah masalah menyerapkan fahaman kepada masyarakat. Pada peringkat awal penubuhan, ahli bagi fahaman ini hanya 57 orang. Oleh yang demikian, bagi mencari pengaruh dan jalan penyelesaian, Parti Komunis China telah bergabung dengan Kuomintang yang merupakan parti awal dan mendapat sokongan masyarakat pada ketika itu.33

33

Immanuel C.Y Hsu. The Rise of Modern China, 5th Edition. hlm. 415.

12

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

Walau bagaimanapun, Kuomintang mula merasakan kedudukan parti itu sebagai parti utama di China semakin tergugat apabila kuasa komunis bertambah dan bagi menyelamatkan keadaan, Kuomintang telah menyingkirkan Parti Komunis China dari pakatan itu.34

Oleh yang demikian, pemimpin Parti Komunis China pada ketika itu, Mao Tse Tung telah mencari satu formula mengembangkan fahaman komunis di dalam masyarakat. Akhirnya, beliau menjadikan golongan petani sebagai sasaran utama.35 Hal ini kerana, petani merupakan golongan dominan di China. Dalam masa yang sama, Parti Komunis China telah memberikan kesedaran kepada golongan petani ini iaitu pembebasan China dari imperialisme asing dan tekanan dari golongan kaya dan tuan tanah.

Secara keseluruhannya, Parti Komunis China telah berjaya dikembangkan dengan baik di China dan pengaruhnya semakin besar. Malah, golongan petani yang menjadi sasaran telah menyumbang kepada perkembangan Parti Komunis di China. Sebagai balasan timbal balik, Parti Komunis China telah membantu petani dalam pembahagian tanah dan membaiki kehidupan mereka. Malah, kehidupan petani menjadi lebih baik dan akhirnya mendapat sokongan untuk mengubah dasar dan kepercayaan lama di China.

Berikut merupakan beberapa perubahan yang dilakukan oleh golongan intelektual China menerusi parti Komunis China ini. Antaranya ialah:

34 35

Ibid. hlm. 426. Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 187.

13

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

a) Menjalankan usaha rampas kuasa dari tuan tanah dan tanah itu dibahagikan kepada para petani. Dalam hal ini, Parti Komunis China telah menghapuskan hampir 700 000 tuan tanah.36 b) Memperkenalkan undang-undang perkahwinan. Dalam undang-undang ini, sistem penentuan jodoh berdasarkan kesesuaian tarikh lahir telah dihapuskan sama sekali.37 c) Menghapuskan aktiviti kerajaan yang tidak sihat; rasuah, penipuan kontrak kerajaan, pembaziran dan sebagainya d) Memperkenalkan Gerakan Melompat Ke Hadapan 1958. Dalam gerakan ini, ia telah mewujudkan Commune. Dalam commune, setiap individu akan dikumpulkan dalam commune dan akan bekerja dalam unit akaun sendiri.38 e) Revolusi Kejayaan Agong telah ditubuhkan. Dalam revolusi ini, Pengawal merah (red guard) merupakan agen utama untuk menerapkan fahaman komunis dan sasaran golongan pelajar. Usaha penerapan fahaman komunis lebih tertumpu di sekolah. f) Pemusnahan patung-patung kecil Buddha,lukisan dan kaligrafi di kuil-kuil. Hal ini adalah usaha untuk menghapuskan fahaman Toisme, Conficuis dan Buddha. Sebagai gantinya, gambar Mao digantung di situ.39

Secara rangkumannya, golongan intelektual yang lahir di dalam Parti Komunis China ini secara tidak langsung telah mengubah dasar dan amalan tradisi China yang
36

John King Marle. China A New History. hlm. 237. Turut dijelaskan di dalam Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 188. 37 Suffian Mansor. Tamadun China. hlm. 188. 38 Ibid. Turut dinyatakan dalam Alan Lawrance. China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook.. hlm. 136. 39 Ibid.

14

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

dianggap mengongkong kehidupan masyarakat pada ketika itu. Malah, secara tidak langsung parti ini banyak mempengaruhi perkembangan pemodenan China secara keseluruhan atau pun secara minor.

AKHIRUL QALAM

Sebagai kesimpulannya, kita dapat melihat perubahan yang berlaku di China merupakan satu anjakan paradigma dan menjadi titik tolak kemada kemajuan China pada hari ini. Segala amalan kuno yang menjadi pegangan mereka selama ini merupakan satu kekangan kepada masyarakat untuk terus maju ke hadapan.

Sememangnya gerakan pembaharuan telah cuba dilakukan sejak sebelum abad ke 20 lagi. Namun kejayaan yang paling ketara dapat dilihat pada awal suku pertama abad ke20 yang dipelopori golongan intelektual. Gerakan-gerakan ini telah mengubah China dari terus dikongkong oleh adat tradisional dan dikatakan menyekat perkembangan China pada ketika itu. Manakala, kemuncak usaha menggerakkan China ke arah yang lebih moden dilihat apabila pengenalan fahaman Maxisme kepada golongan pelajar dan apabila ia mendapat sokongan dari petani.

15

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

BIBLIOGRAFI

Alan Lawrance (2004), China Since 1919 Revolution and Reform: A SourceBook, London and New York: Routledge Taylor & Francis Group. Craig Dietrich (1997), People's China: A Brief History, 3rd Edition, Oxford: Oxford University Press. Immanuel C.Y Hsu (1995). The Rise of Modern China, 5th Edition, Oxford: Oxford University Press. Jessie G. Lutz (1971), The Chinese Student Movement of 1945-1949. The Journal of Asian Studies. Vol. 31. No. 1 (Nov., 1971). John Bryan Starr (2001), Understanding China: A Guide to China's Economy, History and Political Culture, New Jersey: Hill and Wang. John King Marle (1998), China A New History. England: The Belknap Press of Harvard University Press. Jonathan D.Spence (1999), The Search for Modern China, 2nd Edition, London: W.W. Norton & Company Ltd. Ranbir Vohra (2000), Chinas Path to Modernization: A Historical Review From 1800 to the Present, 3rd Edition, New Jersey: Prentice Hall. Suffian Mansor (2003), Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

Sejarah Asia Timur Jauh Perbandingan: China

LAMAN WEB 2006. Pemberontakan Taiping. Diperolehi pada 04 Mac, 2007 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemberontakan_Taiping.

17

You might also like