You are on page 1of 9

PERATURAN PERTANDINGAN BOLA JARING 1.0 PERATURAN AM 1.

1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung,pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA) yang terkini. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirannya, Undang-undang dalam Bahasa Inggeris yang terkini akan dipatuhi. Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :1.3.1 Semua kejadian am akan diputuskan berasas kepada Peraturan Am Majlis Sukan Politeknik (MSP). 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasaskan kepada Undang-undang Persekutuan Persatuan Bola Jaring Antarabangsa (IFNA). Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring adalah muktamad.

1.2 1.3

1.4 2.0

NAMA PERTANDINGAN Pertandingan Bola Jaring Berpasukan Antara Politeknik Malaysia

3.0

BILANGAN PEGAWAI/PESERTA Bilangan Pegawai dan Atlet bagi Pertandingan Bola Jaring ialah seperti berikut :Pengurus Pasukan 1 orang Jurulatih Pasukan 1 orang Atlet 10 orang 12 orang

4.0

PENYERTAAN 4.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan politeknik-politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Penyertaan hendaklah dibuat melalui Unit Sukan dan Kokurikulum dan disahkan oleh pengarah (atau wakilnya) politeknik masing-masing. Setiap kontinjen hanya boleh mendaftarkan satu (1) pasukan sahaja. Hanya peserta yang didaftarkan sahaja layak menyertai pertandingan ini.

4.2 4.3

4.4 5.0

Pertukaran peserta yang didaftarkan selepas Mesyuarat pengurus pasukan adalah tidak dibenarkan.

TEMPOH PERLAWANAN Jangkamasa perlawanan adalah seperti berikut: Bahagian pertama 15 minit Rehat 5 minit Bahagian kedua 15 minit

6.0

SISTEM PERTANDINGAN 6.1 Liga Kumpulan 6.1.1 Pusingan Permulaan Sekiranya dua belas atau lebih pasukan mengambil bahagian, mereka hendaklah dibahagikan kepada 4 kumpulan A,B,C dan D dan pertandingan dijalankan secara liga. 6.1.2 Pusingan Suku Akhir i. Pusingan kedua dijalankan secara kalah mati ii. Johan A lawan Naib Johan C dan Johan C lawan Naib Johan A. Pemenang sebagai kumpulan X1 dan X2 iii. Johan B lawan Naib Johan D dan Johan D lawan Naib Johan B. Pemenang sebagai Kumpulan Y1 dan Y2 6.1.3 Pusingan Separuh Akhir i. Pusingan separuh akhir secara kalah mati. ii. Separuh akhir pertama X1 lawanY2 dan pemenang sebagai Z1 iii. Separuh akhir kedua Y1 lawan X2 dan pemenana sebagai Z2. 6.1.4 Pertandingan akhir i. Menentukan Johan dan Naib Johan,Z1 lawan Z2. ii. Tempat ketiga dan keempat, kalah X1 lawan Y2 dan kalah Y1 lawan X2. 6.2 Tiga kumpulan 6.2.1 Pusingan Permulaan i. Sekiranya sembilan hingga sebelas pasukan yang mengambil bahagian,mereka hendaklahdibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu A,B dan C dan pertandingan dijalankan secara liga. 6.2.2 Pusingan Kedua i. Pusingan kedua dijalankan secara liga

ii.

iii.

iv.

Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan dimasukkan ke dalam kumpulan X dan Y dengan cara undian yang akan dibuat selepas sahaja tamat pusingan pertama. Daripada tiga Johan, dua johan akan ditempatkan dalam kumpulan yang sama samada X atau Y dan satu lagi akan ditempatkan ke dalam kumpulan Y atau X dengan cara undian. Naib Johan Kumpulan akan ditempatkan dalam kumpulan lain dari Johan kumpulannya dalam pusingan pertama.

7.0

MENENTUKAN KEMENANGAN BAGI SESUATU PERLAWANAN 7.1 Sistem pemberian mata bagi pertandingan bola jaring secara Liga adalah seperti berikut :Menang 3 Mata Seri 1 Mata Kalah 0 Mata Keputusan Seri Jika dua atau lebih pasukan mendapat jumlah mata yang sama pemenang akan ditentukan seperti berikut: 7.2.1 Jika kedua-dua pasukan seri atau jika lebih daripada dua pasukan mempunyai jumlah mata yang sama di akhir perlawanan. 7.2.2. Jika purata gol masih seri, maka perbezaan gol yang terbanyak dikira pemenang 7.2.3. Jika kedudukan masih seri, maka pasukan yang menjaring gol terbanyak akan diistiharkan sebagai pemenang. Sekiranya berlaku seri semasa perlawanan di peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir 7.3.1 Pasukan hendaklah diberi masa rehat dua (2) minit di akhir masa sepenuh perlawanan. 7.3.2. Masa tambahan selama dua (2) x tujuh (7) minit setiap bahagian akan dimainkan. 7.3.3 Pasukan bertukar Kawasan Gol dan perlawanan dimulakan semula oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya. 7.3.4 Pasukan bertukar Kawasan Gol di separuh masa tanpa rehat. 7.3.5 Hantaran Tengah diambil oleh pasukan yang berhak kepada Hantaran Tengah berikutnya.

7.2

7.3

7.3.6 Sekiranya berlaku seri di akhir masa tambahan,permainan akan diteruskan sehingga satu pasukan mendapat dua (2) kelebihan gol. 8.0 PERTUKARAN PEMAIN 8.1 Penggantian dan Pertukaran posisi 8.1.1 Penggantian berlaku apabila pemain keluar gelanggang dan di ganti oleh pemain yang lain. 8.1.2 Setiap pemain hanya dibenarkan melakukan penggantian maksimum sebanyak tiga kali di setiap satu satu perlawanan. Setiap pemain yang telah digantikan dibenarkan untuk bermain semula tetap pertukarannya telah diambil kira. 8.1.3 Pertukaran posisi dalam pasukan adalah apabila pemian di gelanggang bertukar posisi. 8.1.4 Kedua-dua pasukan berhak membuat penggantian dan / atau pertukaran posisi sama ada: 8.1.4.1 Masa rehat 8.1.4.2 Apabila permainan di berhentikan untuk kecederaan atau sakit. Walaubagaimanapun dalam kes pemain yang cedera atau sakit yang menyebabkan permainan di berhentikan mestilah terlibat dalam penggantian dan / atau pertukaran posisi. 8.1.5 Penggantian bagi sesebuah pasukan tidak boleh melebihi 10 pemain yang telah di daftarkan Kecederaan dan kesakitan Jika seseorang pemain tercedera atau sakit dan tidak dapat meneruskan permainannya, permainan boleh dihentikan selama 2 minit untuk merawat. Seterusnya penentuan sama ada pemain itu boleh meneruskan permainannya atau diganti dengan pemain simpanan akan dibuat oleh pegawai pasukan yang terlibat. Hanya dua (2) orang pegawai sahaja yang dibenarkan masuk ke gelanggang semasa sesi rawatan berlangsung. Pemain yang sakit atau cedera boleh diganti dan boleh bermain semula selepas waktu rehat separuh masa. Pemain hanya boleh diganti selepas permainan diberhentikan kerana kecederaan atau kesakitan dan pertukaran pemain boleh dibuat selepas waktu rehat separuh masa.

8.2

8.3 8.4

9.0

PAKAIAN

9.1 9.2 9.3 9.4 9.5 10.0

Setiap pasukan hendaklah memakai jersi seragam iaitu corak, bentuk dan warna yang sama. Setiap pasukan dikehendaki membawa dua (2) set bib berlainan warna yang ketinggian hurufnya adalah di antara 4 hingga 6 inci. Jika berlaku pertembungan warna bib, pasukan pertama namanya dalam jadual dikehendaki menukar bib. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai barang perhiasan dan mesti berkuku pendek. Setiap pemain tidak dibenarkan memakai kasut yang mempunyai tapak berpaku.

GELANGGANG DAN PERALATAN 10.1 Gelanggang merujuk kepada peraturan IFNA 30.5 m (100 kaki) Kawasan Gol Kawasan Tengah Kawasan Gol

15.25m (50 kaki)

Bulatan Gol Bulatan tengah 0.9 m (3 kaki)

4.9 m (16 kaki)

10.1.1 Tiang gol terletak di tengah bulatan gol berukuran 3.05 m (10 kaki) tinggi. 10.1.2 Bulatan tiang gol mempunyai diameter 380 mm (15 inci) 10.1.3 Panjang net jaring secara horizontal dari tiang gol berukuran 150mm atau 6 inci panjang. 10.1.4 Tebal garisan gelanggang mempunyai 50 mm (2 inci) lebar 10.2 Peralatan Jika permainan di jalankan di atas padang, dua biji bola perlu di sediakan oleh penganjur mengikut spesifikasi berikut:

10.2.1 Permainan di jalankan di atas gelanggang padang: Jenis bola jaring : rubber Ukuran bola : 690 710 mms (27 28 inci) Berat : 400 450 gm ( 14 16 auns) 10.2.2 Permainan di jalankan di atas gelanggang bersimen Jenis bola jaring : synthetic leather Ukuran bola : 690 710 mms (27 28 inci) Berat : 400 450 gm ( 14 16 auns) 11.0 KELEWATAN 11.1 Setiap pasukan hendaklah berada di gelanggang tiga puluh (30) minit sebelum perlawanan dimulakan. 11.2 Pasukan yang lewat lima belas (15) minit dari masa yang telah dijadualkan tanpa alasan yang munasabah dianggap memberi kemenangan percuma kepada pihak lawan dengan jaringan 5-0. 11.3 Pemain yang lewat hadir selepas permainan bermula tidak di benarkan mengambil tempat pemain yang telah mengisi posisinya, tetapi boleh di jadikan sebagai pemain gantian seperti mana yang di peruntukkan dalam Undang-Undang Penggantian dan Pertukaran Posisi. 11.4 Jika posisi pemain yang lewat itu tidak di isi oleh pemain lain, pemain berkenaan tidak boleh masuk bermain semasa permainan sedang berlangsung, tetapi selepas memberitahu pengadil, pemain itu boleh masuk ke gelanggang apabila:11.4.1 Sebaik sahaja gol di jaringkan. Dalam keadaan ini, pemain mestilah bermain di posisi yang di biarkan kosong dalam pasukan itu. 11.4.2 Semasa pemberhentian untuk kecederaan atau sakit. 11.4.3 Sebaik sahaja selepas rehat 12.0 BANTAHAN DAN RAYUAN 12.1 Bantahan atau rayuan bertulis yang ditandatangani oleh pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat dari satu (1) jam selepas tamat perlawanan.

12.2 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan Wang Pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit Malaysia dua ratus sahaja) 12.3 Wang pertaruhan akan luput jika bantahan atau rayuan yang dikemukakan itu didapati tidak wajar. 13.0 JURI RAYUAN 13.1 Ahli juri rayuan hendaklah terdiri daripada 5 orang (minimum) atau 7 orang (maksimum) dengan sekurangkurangnya 3 wakil daripada politeknik berkecuali. 13.2 Ahli juri rayuan terdiri daripada: i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola MSP atau wakilnya sebagai Pengerusi. ii. Pengerusi Jawatankuasa Teknik dan Pertandingan MSP atau wakilnya. iii. Pengerusi Teknik Permainan berkenaan. iv. Dua hingga empat orang wakil daripada Politeknik yang berkecuali. 13.3 Keputusan yang dibuat oleh Juri Rayuan MSP adalah muktamad. 14.0 KEHILANGAN DAN KESELAMATAN Jawatankuasa Pengelola tidak bertanggungjawab di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan pegawai atau peserta di dalam kawasan kejohanan dan tempat penginapan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian semasa pertandingan dijalankan. Setiap politeknik adalah digalakkan untuk mengambil insurans tambahan bagi peserta dan pegawai yang menyertai kejohanan/ karnival.Walau bagaimanapun, beberapa persediaan dan langkah keselamatan akan diadakan bagi mengelakkan kehilangan dan kemalangan semasa kejohanan berlangsung.

15.0 PENANGGUHAN PERLAWANAN 15.1 Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan untuk perlawanan diteruskan seperti hujan lebat, petir dan kilat, keadaan padang yang becak dan licin, cuaca gelap dan sebagainya, maka Pengadil dengan persetujuan Jawatankuasa Pertandingan dan Teknikal berhak menangguhkan perlawanan.

15.2 Perlawanan yang ditangguhkan itu akan ditentukan seperti berikut :15.2.1. Sekiranya perlawanan ditangguhkan pada hari yang sama, maka perlawanan akan disambung mengikut baki masa yang tinggal. 15.2.2. Sekiranya perlawanan ditangguhkan ke hari yang lain, maka perlawanan hendaklah dimainkan semula. 15.2.3. Jawatankuasa Pengelola mempunyai kuasa untuk menangguh atau mengubah sesuatu jadual atau tempat pertandingan dengan terlebih dahulu memberitahu atau diputuskan secara serta merta. 15.2.4. Jawatankuasa Pertandingan dan Teknik Bola Jaring akan menetapkan semula perlawanan yang tertangguh itu. 16.0 PENGADIL-PENGADIL/PENGERUSI TEKNIK MSP akan melantik Pengerusi Teknik Permainan Bola Jaring manakala pengadil-pengadil dan pegawai teknikal akan disediakan oleh politeknik yang menganjurkan karnival sukan tersebut untuk menyediakan borang pendaftaran pemain dan borang-borang perlawanan, penyediaan gelanggang, jaring, kerusi rehat pemain, pemungut bola dan minuman. 17.0 MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH Sekiranya sesebuah pasukan menarik diri atau menyerah kalah dengan sengaja daripada pertandingan, maka semua keputusan pertandingan yang dijalankan oleh pasukan itu akan dibatalkan dan pasukan itu tidak dibenarkan memasuki sebarang pertandingan seterusnya. Mata yang diperolehi pasukan lain yang terlibat dalam perlawanan yang terdahulu dengan dengannya tidak diambil kira untuk menentukan keputusan kumpulan. 18.0 MESYUARAT PENGURUS PASUKAN 18.1 Taklimat Pengurus Pasukan akan diadakan satu (1) hari sebelum pertandingan pertama dijalankan. 18.2 Senarai peserta yang disahkan semasa Taklimat Pengurus Pasukan adalah muktamad. 19.0 PERKARA- PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN

Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan Am dan Peraturan Permainan Bola Jaring akan diputuskan oleh Jawatankuasa Pengelola Karnival berkenaan di mana keputusan adalah muktamad.

You might also like