You are on page 1of 20

Penghargaan

Salam sejahtera,bersyukur kepada tuhan kerana memberikan kesihatan yang baik kepada saya dalam menyiapkan tugasan subjek Pengajian Malaysia.sebagai ucapan pengharagaan yang tidak terhingga kepada insan-insan yang banyak membantu saya dalam proses menyiapkan kerja kursus ini,atas alas an itu saya wujudkan halaman ini.

Pertama sekali saya sangat berterimakasih kepada ibu saya Hamidah Karim kerana tidak berputus asa memberikan sokongan moral mahupun kewangan kepada saya selama ini.kasih sayang yang ibu berikan menguatkan semangat saya untuk membangkit semula saya mengejar cita-cita saya tidak lupa kepada arwah ayah saya menjadi idola saya dalam menjalani kehidupan di dunia yang penuh mencabar.ku doakan supaya ayah selamat di alam sana.

Di kesempatan ini juga ,saya sangat berterima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu Tuan Haji Ahmad Shahril bin Rajain kerana berkat tunjuk ajar dan bimbingan beliau tugasan ini dapat saya siapkan dengan jayanya.Di harap semnagt beliau tidak pernah luntur dalam memartabakan nilai pendidikan di Negara kita.Sesungguhnya komen-komen yang diberikan sangat berguna kepada saya untuk memperbaiki kelemahan diri.

Tidak juga dilupakan kepada rakan-rakan sekelas yang banyak membantu dalam proses mendapatkan bahan rujukan kepada tugasan yang diberikan dalam proses.Jasa baik kalian tidak akan pernah saya lupakan.Semoga kalian sentiasa di kurnikan kesihatan yang baik dan beroleh kehidupan yang sempurna.

Isi kandungan

Pengenalan
Kajian mengenai sejarah sistem ejaan Rumi bahasa Melayu ini adalah satu tugasan yang diamanahkan kepada para pengkaji sebagai memenuhi kehendak Kursus Kejuruteraan dalam subjek Bahasa Malaysia di Universiti Telekom. Dalam perbincangan kertas kerja ini, para pengkaji telah menyentuh secara ringkas proses- proses perubahan sistem ejaan Rumi beserta dengan contoh- contoh sistem ejaan Rumi yang pernah digunakan di negara kita. Di samping itu, para pengkaji juga telah membuat penyelidikan terhadap beberapa faktor yang menyumbang kepada perubahan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Sebagai pedoman atau rujukan kepada para pembaca, para pengkaji juga memberikan contoh- contoh perbezaan di antara ejaan Rumi lama dan ejaan Rumi baru yang mudah untuk difahami. Mudah- mudahan hasil kertas kerja ini akan memberi manfaat kepada para pembaca dari segi memahami sejarah sistem ejaan Rumi di negara kita dan juga dapat menggunakan sistem ejaan yang ada sekarang dengan penuh yakin. Akhir kata, para pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pensyarah yang memberi sokongan kepada para pengkaji untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan ini dengan jayanya.

Objektif kajian
Kertas kerja ini dihasilkan bagi membentangkan dengan terperinci beberapa objektif yang telah digariskan terlebih dahulu oleh para pengkaji. Objektif-objektif tersebut adalah: 1. Membincangkan sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. 2. Memperjelaskan faktor-faktor yang telah mempengaruhi perubahan dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. 3. Memberikan gambaran tentang perubahan-perubahan tersebut melalui penyenaraian perbezaan-perbezaan antara sistem ejaan baru dan lama disertai dengan beberapa contoh perkataan bagi setiap perbezaan yang dinyatakan.

Kaedah kajian
Kertas kerja ini disiapkan dengan jayanya hasil daripada kerjasama semua ahli. Kaedah yang digunakan untuk mendapatkan maklumat adalah kaedah perpustakaan. Sumber utama para pengkaji adalah Jurnal Dewan Bahasa dan majalah Dewan Bahasa yang diperolehi daripada Perpustaan Awan Melaka. Di samping itu, para pengkaji juga telah merujuk beberapa buah buku yang berkenaan dengan tajuk yang diberi.

Batasan kajian

Sepanjang menjalankan kajian untuk kertas kerja ini, para pengkaji telah mengambil kira beberapa batasan. Para pengkaji memastikan bahawa kajian tidak terpesong daripada batasan-batasan tersebut: 1. Penyelidikan sejarah difokuskan kepada tempoh awal abad ke-20 sehingga perlaksanaan Ejaan Rumi Bersama (ERB) pada tahun 1972. 2. Penyelidikan faktor-faktor yang mempengaruhi perubahan sistem ejaan Rumi tertumpu kepada kelemahan sistem ejaan Rumi, penyesuaian ejaan dalam pendidikan dan aspek standardisasi dalam penggunaan seharian. 3. Perbandingan perbezaan sistem ejaan baru dan lama adalah di antara sistem Ejaan Rumi Bersama (1972) dan sistem-sistem ejaan sebelum 1972 secara am, walaupun kadangkala perbandingan dibuat secara lebih khusus terhadap sistem Ejaan Zaaba.

Definisi konsep
Dalam perbincangan kertas kerja ini, pengkaji mengambil kira pendapat beberapa orang tokoh bahasa dan penulis untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang sistem ejaan Rumi bahasa Melayu. Menurut Noor Azam dalam bukunya Ejaan Baru : 16 Tahun Dalam Gelombang Politik Nusantara (1972) : "Masalah ejaan adalah masalah ilmiah, masalah limu yang menjadi tugas ahli- ahli bahasa". Menurut Profesor Dr. Asmah Haji Omar dalam buku Bahasa Standard dan Standarsisasi Bahasa Melayu (1970:435) : "Sistem ejaan Rumi ini adalah yang paling baik diciptakan selama ini dalam ertikata sistem ini merupakan kompromi antara sistem sistem yang ada di Indonesia dan Malaysia tanpa memasukkan huruf- huruf baru atau lambang- lambang diakritis". Menurut Ismail Dahaman dalam bukunya Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1996:ix) : "Sebenarnya sistem ejaan Rumi sudah mantap dan hampir tidak bermasalah lagi. Dengan pengemaskinian yang dilakukan ini, aturan yang terperinci tentang pengejaan kata dalam ejaan Rumi dapat dilengkapkan". Dengan ini, dapatlah dibuat rumusan bahawa hasil daripada usaha- usaha ahli- ahli bahasa dan kesepakatan di antara Indonesia dan Malaysia, sistem ejaan Rumi telah berjaya dikemaskinikan menjadi satu sistem ejaan yang lengkap tanpa memasukkan lambang lambang diakritis untuk membezakan bunyi.

Sejarah perkembangan ejaan rumi bahasa melayu


Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangan dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluan kepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dan sistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakan sebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapan atau pinjaman daripada bahasa Sanskerta, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan- tulisan oleh orang- orang Inggeris dalam abad ke- 19 membuktikan wujudnya ketidakseragaman dalam ejaan. Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah- sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum. Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusiinstitusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidikdi SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan Ibrahim Dato Muda Linggi (1924). Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun 1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang dikarang oleh Zaba.

Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942- 1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan 50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah dan buku. Penggunaan pelbagai sistem atau aturan ejaan Rumi di Tanah Melayu dan Singapura menunjukkan adanya kekurangan dalam sistem ejaan Zaba dan ketidakpuasan pengguna terhadap sistem itu. Pada tahun 1956, hasil daripada rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang diadakan di Singapura, wujud pula "Sistem Ejaan Kongres". Perubahan- perubahan seperti ini juga berlaku di Indonesia. Dengan ini dapat dikatakan bahawa kedua- dua buah negara mengalami perubahan sistem ejaan dari semasa ke semasa. Perbezaan ejaan yang wujud di Indonesia adalah menurut sistem ejaan cara Belanda sementara di Tanah Melayu, lebih kepada cara Inggeris. Kelainankelainan yang wujud ini telah mendapat perhatian ahli- ahli bahasa di kedua-dua buah negara untuk menyamakan dan menyatukan sistem ejaan. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah diusahakan oleh ahli- ahli bahasa berdasarkan rumusan- rumusan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga. Usaha- usaha ini mendapat perhatian kerajaan dan pada tahun 1957, sebuah Jawatankuasa Ejaan telah dibentuk untuk menimbangkan ketetapan- ketetapan yang telah diambil dalam Kongres tersebut berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia. Soal ejaan melangkah ke peringkat antarabangsa apabila satu perjanjian persahabatan di antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Republik Indonesia tercapai pada 17 April 1959. Kemudian, satu rundingan telah diadakan di Jakarta di antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh (Allahyarham) Syed Nasir bin Ismail dengan Panatia Pelaksanaa Kerjasama Bahasa MelayuBahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana. Hasil daripada pertemuan ini, wujudlah pula "Ejaan Malindo". Akibat pergolakan politik, perkembangan selanjutnya tidak berlaku sehinggalah pada tahun 1966 apabila rundingan kali kedua telah diadakan untuk mengkaji dan memperbaiki Ejaan Malindo. Pada 23 Mei 1972, satu Kenyataan Bersama telah ditandatangani oleh Menteri Pelajaran Malaysia pada masa itu, (Allahyarham) Tun Hussien Onn dan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Repiblik Indonesia, Bapak Mahsuri. Kenyataan Bersama tersebut mengandungi persetujuan untuk melaksanakan asas yang telah dipersetujui oleh para ahli daripada kedua- dua negara tentang Ejaan Baru dan Ejaan Yang Disempurnakan. Puncak daripada segala kegiatan penyempurnaan sistem ejaan Rumi ialah perumusan dan pelaksanaan bersama Sistem Ejaan Baru bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia pada 16 Ogos 1972. Ejaan baru bersama ini dirujuk sebagai Ejaan Rumi Bersama (ERB) yang diguna hingga kini.

Ejaan Wilkinson
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson yang digunakan secara rasmi di semua sekolah-sekolah umum adalah sama dan seragam dengan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karya Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir 1940-an. Pedoman ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun oleh beliau pada tahun 1903. Wilkinson mengambil pendekatan transliterasi daripada Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi-bunyi melayu. Wilkinson menyebut bahawa ada dua sistem yang logis bagi perumian bahasa Melayu. Sistem yang pertama ialah perumian secara harafiah menurut ejaan manakala sistem yang kedua pula ialah perumian secara fonetik menurut sebutan sesuatu kata. Yang dimaksudkan secara harafiah ialah pengambilan huruf-huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan huruf-huruf Rumi tertentu yang diterima. Kebaikan kaedah harafiah adalah kerana ia dapat menjurus kepada keseragaman dengan maksud mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis manakala kelemahannya adalah kerana sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk disepadankan dengan bunyi-bunyi vokal Melayu. Kelemahan kaedah fonetik pula adalah kerana sebutan bahasa Melayu berbeza-beza menurut sesuatu tempat.

Ejaan zaba
Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendita Zaba telah membuat perubahan kepada sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini juga dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem ini digunakan di sekolahsekolah di Tanah Melayu. Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

Ejaan rumi selepas ejaan zaba


Ejaan rumi fajar asia.
Ejaan Rumi yang dikenal sebagai Ejaan Fajar Asia adalah kaedah ejaan yang terpakai dalam majalah dwimingguan Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura bermula pada tahun 1943 di bawah Zainal Abidin bin Ahmad sebagai ketua pengarang. Grafem yang digunakan dalam Fajar Asia menunjukkan sedikit perbezaan sahaja daripada yang terdapat dalam Sistem Ejaan Wilkinson dan Sistem Ejaan Zaba. Sistem Ejaan Fajar Asia dapat dikatakan percubaan yang pertama dalam usaha menyatukan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan ejaan Rumi bahasa Indonesia seandainya dipandang daripada sudut pengejaan kata dan penulisan keharmonian vokal.

Ejaan kongres.
Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi iaitu:

Ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah disatukan atau disamakan. Peraturan ejaan hendaklah mudah; dan untuk ini maka sistem fonoloji diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja. Pengejaan hendaklah tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam. Kata-kata dari bahasa-bahasa asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonoloji Melayu.

Ejaan persekutuan bahasa melayu universiti Malaya.


Kaedah Ejaan Rumi PBMUM ialah sistem ejaan yang digunakan dalam penerbitan jurnal Bahasa yang diterbitkan oleh PBMUM bermula pada tahun 1959. Kaedah PBMUM bukanlah suatu kaedah ejaan rasmi yang diperakukan tetapi merupakan suatu percubaan lanjutan ke arah penyatuan ejaan Rumi bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia kerana sistem ini hampir menyamai Ejaan Fajar Asia dan Ejaan Soewandi.

Ejaan rumi baharu


Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Rumusan Ejaan Rumi Baharu memperlihatkan prinsip-prinsip linguistik, ekonomi, kesederhanaan, kejelasan dan fleksibiliti serta taraf standardisasi yang tinggi dan lebih nyata berbanding dengan sistem-sistem yang terdahulu. Ejaan Rumi Baharu tidak syak lagi merupakan wahana yang cukup mudah dan cekap bagi penulisan Rumi bahasa Melayu di rantau ini untuk beberapa dasawarsa yang akan datang.

Factor-faktor yang mempengaruhi perubahan system ejaan rumi bahasa melayu.


Perubahan ke atas Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu Lama (1972) berlaku kerana ingin mewujudkan bahasa Melayu standard yang boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan bagi negaranegara yang mengamalkan bahasa Melayu. Terdapat tiga faktor utama yang difikirkan menyumbang ke atas perubahan ini.

Menyesuaikan sistem ejaan


Pertama, untuk menyesuaikan sistem ejaan sekarang dengan perkembangan semasa yang pesat membangun. Bahasa mencerminkan tahap tamadun sesuatu bangsa, oleh itu perubahan-perubahan seperti ini perlu wujud supaya bahasa Melayu boleh diterima pakai di dalam mana-mana bidang. Istilah istilah baru dicipta berpandukan sistem ejaan yang tersusun.

Pentingnya ejaan dalam pendidikan


Kedua, sejajar dengan dasar negara yang merasakan pendidikan amat penting untuk kemajuan negara, maka terdapat langkah untuk menyamakan sistem ejaan Rumi bahasa Melayu Malaysia dan Indonesia. Kalau sebelum pengisytiharkan penggunaan sistem ejaan baru, timbul masalah kefahaman antara bahan-bahan ilmiah yang diterbitkan dari kedua-dua negara tetapi setelah wujudnya ejaan bersama, masalah ini tidak ketara lagi. Perubahan sebegini amat penting kerana ia akan dapat menentukan aliran ilmu antara kedua-dua negara. Sumber-sumber ilmiah yang digunakan di institusiinstitusi pengajian tinggi tidak lagi perlu diterjemah dari sistem ejaan Malaysia kepada sistem ejaan Indonesia atau sebaliknya. Penuntut-penuntut di universiti pengajian tinggi dapat memahami dengan jelas dan teratur maklumat yang cuba disampaikan oleh rakan mereka dari negara jiran. Kerjasama yang erat dan dipergiatkan antara universiti-universiti dan maktab-maktab di kedua-dua negara akan dapat membantu negara masing-masing berkembang dengan pesat. Hal ini dapat diperkukuhkan apabila sejak pengisytiharan dibuat penggunaan Sistem Ejaan Rumi Baharu digunakan secara meluas di akhbarakhbar, surat rasmi, undang-undang, dokumen-dokumen dan buku teks yang dicetak semula.

Memperbaiki kekurangan anda


Ketiga ialah untuk memperbaiki sistem yang sedia ada, iaitu mengubah beberapa cara penggunaan tanda baca dan ejaan supaya lebih mantap dan mudah. Sistem ejaan yang mudah tidak akan membebankan ingatan pengguna dan ianya akan mudah diterima oleh masyarakat. Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah dalam bidang ilmu bahasa memberikan pedomanpedoman baru untuk pakar-pakar bahasa bagi penyusunan ejaan yang baik. Beberapa tanda baca yang biasa digunakan semasa sistem Ejaan Za'ba telah dimansuhkan seperti penggunaan tanda diakritis pada huruf e untuk membezakan sebutan e pepet dan e taling. Penggunaan tanda diaktiris ini dirasakan tidak sesuai kerana ia melambatkan proses penulisan dan proses percetakan.

Kelemahan dari aspek fonem


Ejaan Rumi mengalami proses standardisasi disebabkan oleh beberapa faktor yang timbul akibat arus peredaran zaman atau berpunca daripada kelemahan sistem ejaan Rumi itu sendiri. Antara kelemahan tersebut termasuklah: i). Kodifikasi fonem Melayu tidak tepat dan tidak jelas kerana penulis atau penyusunnya tidak mengetahui sistem bunyi atau fonologi Melayu yang sebenar, serta pendekatan yang mencampuradukkan antara bunyi, fonem dan huruf atau ejaan. Jadi, kodifikasi fonem diperlakukan berdasarkan nilai sebutan bahasa asal penyusun atau penulisnya yang berkenaan seperti Inggeris, Belanda, Itali, Perancis dan seumpamanya. Kodifikasi fonem tersebut turut dilambangkan dengan huruf yang terdapat dalam sistem ejaan bahasa penulis terbabit. ii). Pelambangan fonem dibuat dengan pelbagai grafem, iaitu menggunakan satu grafem bagi lebih daripada satu fonem, dan sebaliknya, melambangkan satu fonem dengan lebih daripada satu grafem, banyak menggunakan digraf dan geminasi, serta banyak menggunakan tanda diakritik. iii). Pengejaan kata sering tidak tepat kerana kebanyakannya tidak berdasarkan sebutan penutur asli yang sebenar atau penutur yang terpelajar, sebaliknya banyak berdasarkan bahasa pasar. iv). Perumian atau pengejaan vokal sering tidak tepat kerana dibuat berdasarkan proses penukaran huruf daripada tulisan jawi yang sistemnya tidak dapat menggambarkan kesemua bunyi enam vokal Melayu baku dengan sahih. v). Penulisan kata banyak yang tidak seragam dan tidak berasaskan atau mengikut prinsip-prinsip nahu atau tatabahasa yang betul kerana kejahilan penulis atau penyusunnya tentang perkara berkenaan. Ini merangkumi aspek pembentukan kata, fungsi serta kelas kata. vi). Perlakuan terhadap fonem asing, khususnya konsonan daripada bahasa Arab, tidak seragam dan tidak jelas dalam kebanyakan sumber kerana penulis atau penyusunnya tidak tidak memahami dan tidak dapat menyebut bunyi konsonan asing dengan betul seperti dalam bahasa Arab. Oleh yang demikian penulis terbabit memberikan petua sebutan yang tidak tepat dan melambangkannya dengan grafem yang janggal pula.

Kelemahan dari aspek lain.


Selain kelemahan yang berpunca daripada aspek bunyi, terdapat juga kelemahan-kelemahan lain pada sistem ejaan terdahulu yang menyebabkan perlunya proses standardisasi dilaksanakan. Antara kelemahan dan kekurangan berkenaan diperlihatkan dengan ciri-ciri seperti yang berikut: i). Tidak ekonomis: Banyak menggunakan digraf iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi (seperti ng, ny, sy). Selain daripada itu, penggunaan tanda sempang dalam penulisan imbuhan atau bentuk terikat dan pengunaan grafem baru terutamanya dalam tulisan Zaba turut dilihat sebagai tidak ekonomis kerana memerlukan biaya yang besar apabila dilaksanakan. ii). Tidak praktis: Pengunaan grafem baru yang janggal, sukar ditulis dan membebankan ingatan pengguna serta penggunaan tanda diakritik yang menyukarkan penulisan dan percetakan. iii). Tidak fonemik: penggunaan satu grafembagi satu fungsi, penggunaan digraf yang tidak sesuai dengan fonem dan transkripsi satu fonem dengan dua grafem. iv). Penulisan kata yang mencampuradukkan unsur bentuk terikat dengan unit bentuk bebas. v). Tidak fleksibel iaitu penolakan fonem asing seperti /f/, /v/, dan /s/. vi) Tidak jelas: Penulisan kata ulang berimbuhan dengan menggunakan angka dua, penulisan kata depan <di> dan <ke> yang serupa dengan awalan <di>dan <ke> serta penulisan frasa dan kata majmuk yang tidak tetap bentuknya kerana tidak jelas kategorinya. vii) Tidak simple: Penggunaan tanda trema <"> diatas <i> sebagai akhiran selepas <a>, penggunaan tanda koma di atas () dan peraturan pengejaan keselarasan vokal yang berbagai-bagai. viii) Tidak seragam: Menggunakan dua cara bagi penulisan kata depan <di> dan <ke> serta penulisan kata depan <di>yang berbeza daripada <ke>. Penulisan kata ulang juga dilakukan dengan menggunakan tanda sempang disamping dengan penggunaan angka dua. ix). Tidak menyeluruh: Senarai fungsi atau kegunaan bagi tanda baca, penulisan huruf, lambang dan angka tidak lengkap

kesan-kesan sampingan
Penggunaan sistem Ejaan Rumi Baharu ini telah meluas ke negara jiran selain Indonesia. Melalui Kongres Kebangsaan Singapura, sebuah jawatankuasa ejaan bahasa Melayu telah ditubuhkan untuk menyelaraskan Sistem Ejaan Rumi bahasa Melayu yang sedang digunakan di Singapura supaya dapat disesuaikan dengan Sistem Ejaan Bahasa Malaysia. Hal ini lebih jelas lagi apabila Kementerian Pelajaran Singapura telah mengarahkan pihak sekolah dan institusi pengajian tinggi menggunakan Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai bahan rasmi pembelajaran dan pengajaran. Negara Brunei juga tidak ketinggalan dengan menggangotai Majlis Bahasa Indonesia (MBIM) pada 4 November 1985 dan serentak dengan itu MBIM telah bertukar nama kepada Majlis Bersama Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM). Kesimpulannya, pelaksanan sistem ejaan rumi Bahasa Malaysia dapat menyatukan bidang kebudayaan, sosial dan ekonomi antara negara-negara yang telibat. Ini bermakna sistem ejaan baru merupakan alat percantuman kembali sendi kebudayaan Melayu yang selama ini terpisah akibat penjajahan.

Perbezaan antara sistem ejaan rumi baru dan sistem ejaan rumi lama
Terdapat beberapa perbezaan di dalam ejaan Rumi bahasa Melayu baru (selepas 1972 ) dan ejaan Rumi bahasa Melayu lama. Di antaranya ialah:

Grafem
Penggunaan huruf e pepet atau dikenal juga sebagai huruf e bertanda di atas dalam ejaan lama (ejaan Rumi Zaba). Tanda diakritik di atas e pepet () tidak digunakan lagi dalam ejaan Rumi sekarang. Contoh penggunaannya ialah: Ejaan Lama mak kledek mntri tmpoh jadi " " " Ejaan Sekarang emak keledek menteri Tempuh

Penggunaan huruf konsonan


Terdapat juga perbezaan dari segi penggunaan huruf konsonan. Perubahan lima huruf konsonan, iaitu: Huruf Lama (i) ch Huruf Sekarang c Contoh Penggunaan chacat jadi cacat chuchi " cuci (ii) dh d kadhi " kadi dharab " darab (iii) dz z dzalim " zalim dzat " zat (iv) sh sy sharat " syarat mashhor " masyhur (v) th s mithal " misal ithnin " isnin

Tanda koma di atas () dan (`) yang terdapat dalam sistem ejaan Rumi lama (sebelum tahun 1972) tidak digunakan lagi dalam sistem Rumi sekarang. Tanda-tanda koma tersebut digugurkan atau digantikan dengan huruf konsonan Rumi seperti yang berikut:

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( suku kata. Contohnya: alam maaf jadi " alam maaf

) dihapuskan jika membuka

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi ain ( konsonan k jika menutup suku kata. Contohnya: mana tama jadi " makna tamak

) digantikan dengan huruf

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( membuka suku kata. Contohnya: masaalah soal jadi " masalah soal

) dihapuskan jika

Tanda koma di atas () yang sepadan dengan huruf jawi hamzah ( konsonan k jika membuka suku kata. Contohnya: dato ruyah jadi " datuk rukyah

) digantikan dengan huruf

Selain itu, tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap semenjak tahun 1972 ialah q, v dan x.

Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata yang mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya: qariah qunut

Huruf v digunakan untuk mengeja kata serapan daripada bahasa Inggeris dan Bahasa-bahasa Eropah yang lain, di pangkal kata atau di pangkal suku kata, sebagaimana yang terdapat dalam ejaan bahasa sumber. Contohnya: versi subversif universiti

Huruf x hanya digunakan pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya: xelophone jadi xenomorph " xelofon xenomorf

pola ejaan
Perbezaan lain yang terdapat dalam ejaan rumi lama dan ejaan rumi baru ialah dari aspek pola ejaan. Dasar mengenai perubahan ini menetapkan supaya digunakan huruf vokal i atau u di suku kata akhir tertutup sekiranya digunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u di suku kata praakhir. Ejaan Rumi Lama Pola Ejaan (1) a --- e taling (2) a --- o (3) e pepet ---e taling (4) e pepet --- o (5) i --- e taling (6) i --- o (7) u --- e taling (8) u --- o Contoh aleh batok lbeh Ejaan Rumi Baru Pola Ejaan a --- i a --- u e --- i Contoh alih batuk lebih tempuh pilih tidur usik untung

tmpoh e --- u pileh tidor usek untong i --- i i --- u u --- i u --- u

Catatan: Kata-kata yang mengalami perubahan tersebut biasanya mengandungi huruf konsonan akhir h, k, ng atau r.

Penulisan imbuhan
Aturan penulisan imbuhan yang berubah daripada kaedah ejaan rumi lama (sebelum tahun 1972) kepada ejaan rumi sekarang adalah seperti berikut:

tanda sempang pada awalan di dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya: Ejaan Lama di-makan di-pandang di-prkatakan di-slideki Ejaan Sekarang dimakan dipandang diperkatakan diselidiki

tanda sempang (-) pada awalan sa- dalam ejaan lama digugurkan dan awalan itu digugurkan dan awalan itu dieja se dan ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada selepasnya dalam ejaan sekarang. Contohnya: Ejaan Lama sa-bagaimana sa-blas sa-orang sa-saorang sa-umpamanya Ejaan Sekarang sebagaimana sebelas seorang seseorang seumpamanya

Penulisan partikel
Ada empat jenis partikel dalam bahsa Melayu sekarang, iaitu lah, -kah, -tah dan pun. Partikel lah, kah, dan tah yang menggunakan tanda sempang dalam ejaan Rumi lama ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang ada di depannya, tanpa tanda sempang, dalam ejaan Rumi sekarang. Contohnya: Ejaan Lama ada-lah Ejaan Sekarang adalah

tolong-lah apa-kah kenapa-kah bila-tah

tolonglah apakah kenapakah Bilatah

Penulisan kata ulang


Kata ulang (atau kata ganda) dalam sistem ejaan Rumi bahasa Melayu sekarang yang ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang (-) yang dibubuh di bahagian kata yang diulang. Angka dua (2) yang digunakan sebagai tanda ulangan dalam ejaan Rumi lama dihapuskan dalam ejaan Rumi sekarang. Kata ulang yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak dan kata ulang berimbuhan. Contoh kata ulang yang sebelum ini menggunakan angka dua dan telah digantikan dengan tanda sempang: ber-ulang2 di-paksa2kan di-marah2i berulang-ulang dipaksa-paksakan dimarah-marahi

Penutup
Kesimpulan
Berpandukan isi-isi yang telah dibincangkan, maka para pengkaji membuat kesimpulan bahawa proses pengembangan Sistem Ejaan Rumi mengambil masa yang lama dan memerlukan usaha berterusan daripada pelbagai pihak untuk mewujudkan sistem ejaan Rumi yang benar-benar sempurna dan mantap. Seharusnya, kita menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang terlibat dalam perkembangan sistem ejaan rumi di rantau ini.

You might also like