You are on page 1of 4

Aduh

Cis

Nah

Oh

Syabas

Hai

Wah

1. _______________, rupa-rupanya begini cara kamu menggunakan kamera digital ! 2. _______________, berani kamu merosakkan telefon bimbit saya ! 3. _______________, kawan-kawan ! Lihatlah computer baru saya. 4. _______________, sakitnya tangan saya kerana terkena sterika yang panas itu ! 5. _______________, ambil alat kawalan jauh kamu ini semula ! 6. _______________, kejayaan ini adalah kebanggaan untuk kita semua! 7. _______________, berkereta besar engkau sekarang ! Jawapan : 1. Oh, 2. Cis, 3. Hai, 4. Aduh, 5. Nah, 6. Syabas, 7. Wah

Keterangan : Kata seru digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang sama ada gembira, geram, marah, hairan, sakit , takut dan sebagainya. Contoh: Ah menyatakan penolakan atau rasa tidak setuju. Aduh menyatakan perasaan sakit. Aduhai menyatakan perasaan sedih atau rintihan. Am boi menyatakan rasa kagum atau hairan Cis - untuk menyatakan perasaan marah , mencemuh atau marah bercampur jijik. Eh perasaan hairan atau terkejut Hai menyapa atau menarik perhatian Nah untuk mempelawa seseorang menerima sesuatu Oh menyatakan perasaan terkejut, hairan, sedih atau kecewa Wah menyatakan perasaan kagum Wahai perasaan sedih atau untuk menarik perhatian

Latihan :

Isikan tempat kosong di bawah dengan kata seru yang sesuai : Aduh Aduhai Oh Eh Amboi wahai Cis Wah Nah Syabas Hai

1.) ______________, sudah lama kita tidak berjumpa ! 2.) ______________, kamu rupa-rupanya yang mengambil pensel aku ! 3.) ______________, kamu berjaya mendapat markah yang baik dalam peperiksaan Bahasa Melayu. 4.) ______________, malangnya nasib pemuda yang ditimpa kemalangan di jalan raya itu. 5.) ______________, kawan-kawan, mari kita ke kantin bersama-sama! 6.) ______________, merahnya baju awak ! 7.) ______________, cubalah kek yang saya buat ini ! 8.) ______________, rupa-rupanya awak yang mencuri duit aku ! 9.) ______________, malangnya mangsa-mangsa di Indonesia yang ditimpa bencana bumi seperti tsunami dan gempa bumi. 10.) _____________, sakitnya gigi aku ! 11.) _____________, cantiknya bunga ini ! 12.) _____________, berani kamu menggangu adikku ! 13.) _____________, ambillah wang ini ! 14.) _____________, kamu telah mengambil tempat pertama dalam pertandingan melukis itu ! 15.) _____________, peningnya kepala aku ini !

16.) _____________, sakitnya perut aku ini ! 17.) _____________, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang!

Contoh Ayat Yang Menggunakan Kata Seru


Aduh, sakitnya tanganku! Aduh, sakitnya gigiku! Aduh, peningnya kepalaku ! Aduh, gatalnya tanganku ! Aduh, pedihnya luka jari aku ini ! Aduh, sakitnya perut aku ini !

Aduhai, malang sungguh nasibku! Aduhai, keluarga itu sentiasa ditimpa nasib malang! Aduhai, malangnya mangsa banjir itu ! Eh, rupa-rupanya dialah yang membongkar rahsia itu! Eh, kamu rupa-rupanya yang mencuri pensel aku !

Oh, di sini kamu rupanya ! Oh, di sini rupa-rupanya awak sorokkan buku saya ! Ah, saya tetap tidak mengaku bersalah! Ah, alasan itu tidak dapat kuterima! Amboi, mahal betul kereta itu! Amboi, merahnya baju ini ! Amboi, cantiknya gadis ini ! Amboi, cantiknya bunga ini ! Amboi, cantik sungguh pakaian pengantin itu !

Wah, tingginya menara itu ! Wah, berani betul budak itu! Wah, cepatnya budak itu berlari ! Wah, hebat sungguh pahlawan it menunggang kuda liar yang baru ditangkapnya. Cis, berani dia menentangku! Cis, berani kamu menggangu adikku ! Cis, berani kamu menentang arahanku ! Cih, mereka tidak kenal siapa aku ! Eh, kamu sudah sampai! Eh, tadi dia ads di sini! Eh, bagaimana pula awak dapat masuk sedangkan pintu bilik itu berkunci. Hai, diamlah sikit! Hai, sudah lama kita tidak bertemu! Hai, lama kita berjumpa ! Hai, mari kita ke kantin bersama-sama sekarang !

Syabas (Tahniah), kamu telah berjaya mengharumkan nama negara ! Syabas (Tahniah), kamu telah lulus dalam peperiksaan Bahasa Inggeris ! Syabas (Tahniah), kamu telah mendapat tempat pertama dalam kelas ! Syabas (Tahniah), kamu telah berjaya !

You might also like