Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
3Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Labu Sayong

Sejarah Labu Sayong

Ratings: (0)|Views: 1,479|Likes:
Published by Fatin Nadia

More info:

Published by: Fatin Nadia on Apr 08, 2012
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

04/04/2013

pdf

text

original

 
Menurut cerita, dipercayai bahawa labu telah dibawa ke Sayong oleh Tuk Kaluk yang datangdari Minangkabau dalam zaman pemerintahan Sultan Iskandar. Tuk Kaluk merupakan salahseorang yang mempunyai hubungan yang intim dengan istana, dikatakan telah dianugerahitanah oleh sultan di Kampung Kepala Bendang sebagai menghargai kepandaiannya membuathasil pertukangan seperti pedang, parang, keris dan juga tembikar. Sejak itu Tuk Kalukmenyumbangkan kebolehannya membuat labu kepada penduduk kampung. Lama-kelamaanpenduduk di kampung ini pandai membuat labu hingga ke hari ini Penggunaan tembikar dalamkehidupan seharian memang meluas. Labu Sayong bukan sahaja digunakan oleh golonganrakyat biasa malahan golongan istana turut juga menggunakanya, sebagaimana yang dicatatoleh Raja Chulan dalam Misa Melayu. Sewaktu Sultan Iskandar Zulkarnain menghilir sungai dariistana Pulau Cempaka Sari, baginda turut membawa tembikar tanah ini yang digunakan sebagaibekas air minuman dan untuk bersiram.
 
Kuala Kangsar mendapat nama daripada perkataan 'Kuala Kurang Sa' yang membawa maksudkurang satu daripada seratus. Nama ini tercipta apabila sembilan puluh sembilan anak sungaiyang mengalir ke Sungai Perak dan akhirnya menjadi 'Kuala Kangsar'. Kuala Kangsar diberigelaran 'Bandar Diraja' sejak dahulu lagi apabila Sultan Yusof Sharifudin Muzaffar Shah yangdikenali sebagai Marhun Garullah (1877-1887) telah mendirikan istana baginda di Sayong.Namun apabila Raja Idris ditabalkan menjadi sultan pada 1887, baginda telah membina sebuahistana di atas bukit yang berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong ditenggelami airapabila banjir melanda. Raja Idris menamakan bukit tersebut dengan nama 'Bukit Chandan'sempena mengambil nama seekor gajah kepunyaan Sultan Yusuf yang bernama "KulopChandan".Faktor kewujudan istana sultan di kedua-dua tempat ini iaitu Sayong dan Bukit Chandan jugamenyebabkan kraf pertukangan tangan Melayu tradisional wujud di sekitarnya. Kemahiran inisebenarnya datang daripada pandai tukang-pandai tukang yang berkhidmat di istana.Sebagaicontohnya Kampung Padang Changkat,Bukit Chandan, Kampung Kepala Bendang dansekitarnya. Di Sayong masih terdapat lagi pandai tukang-pandai tukang yang mengusahakanKraftangan Melayu tradisional seperti tembikar, tekat, pertukangan logam dan sebagainya.
Kegunaan Labu Sayong
 Masyarakat Melayu telah menggunakan labu sebagai bekas untuk menyimpan air dan jugabarangan lain sejak dari dahulukala lagi. Air yang disimpan di dalam labu akan menyejuksecara semulajadi dan enak untuk diminum. Adalah dipercayai kandungan mineral yang unik didalam tanah liat yang digunakan untuk membuat labu, menjadikan air yang disimpan di dalamlabu mempunyai khasiat untuk melegakan kepanasan badan, melegakan batuk dan demam.
 
 Sebelum menggunakan labu untuk menyimpan air, masukkan air ke dalam labu, biarkansemalaman dan buang air di dalamnya pada hari berikutnya. Ini diulang sebanyak 3 atau 4 kalisebelum airnya digunakan untuk diminum. Petua ini adalah bertujuan untuk membersihkanlabu dan mengurangkan rasa payau air labu. Elakkan dari membasuh labu menggunakan sabun,kerana sabun akan meresap ke dalam labu dan air didalamnya menjadi kurang enak.Selain dari labu tradisional yang digunakan umumnya untuk menyimpan air, labu juga telahberkembang menjadi barangan perhiasan, sebagai contoh labu sayong tradisional yang telahdiubahsuai bentuknya menjadi labu eksklusif.
 
Penyediaan bahan asas
Tanah liat boleh dijumpai dengan mengorek tanah sehingga dalamnya kira-kira 3 kaki. Tanah liatkemudiannya akan dijemur selama 1 atau 2 hari. Tanah liat yang telah kering ditumbuk sehinggahalus dengan lesung kaki. Kemudian ia akan diayak untuk mengasingkannya dari ketulan yangkasar. Tanah liat yang halus tersebut kemudiannya akan dicampurkan dengan air. Tanah liatakan diuli untuk mengeluarkan udara yang terkandung di dalamnya.
 
 
Proses Pembentukan
 Tanah liat akan diletakkan di atas pinggan yang dipusingkan dengan tangan. Labu dibentuk dengan tangan mengikut bentuk yang dikehendaki dan dimampatkan dengan menggunakanpenepek. Sudip pula digunakan untuk melicinkan labu. Setelah itu labu yang terbentuk akandicantumkan dengan tapaknya, dibuat dari tanah liat yang dibentuk rata. Labu kemudiannyaakan dilicinkan dengan batu luru dan dibiarkan kering secara semulajadi. Corak-corak dibentuk dengan menekan kayu yang bercorak ke atas permukaan labu.
 

Activity (3)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
nas_93 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->