You are on page 1of 14

ADAT RESAM SUKU KAUM KADAZAN DAERAH PENAMPANG

EDU 3106 BUDAYA & PEMBELAJARAN Pensyarah Pembimbing En Osman Leon

Felicia Pearl Fidelis PISMP PJK

PENGENALAN
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adatadat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.

Semasa Kematian
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah
adat memberitahu berjaga-jaga moginupus.

KEMATIAN[Memberi Tahu]
Apabila salah seorang dalam kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati.

Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantanglarang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan.

Sambungan .

Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula.

Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

KEMATIAN [Berjaga-Jaga]
Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan.
Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Sambungan. Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh manusia. Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah.

Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya.

Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

KEMATIAN [Moginupus]
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir.

Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.

KEMATIAN [Pengebumian]
Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau.

Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah.
Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut.

Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong.

Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup.

Sambungan

Mengikut

kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang merah.

Sambungan

Apabila

balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

KEMATIAN [Selepas Kematian]


Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu: Makan Tiga dan Tujuh Hari Makan Empat Puluh Hari Makan Seratus Hari Makan TigaTahun

KOTOHUADAN KIO TOPINAI.

You might also like