You are on page 1of 12

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Pelajar Tarikh

: : MOHD ALA HADRAME BIN MOHD NOH : 07 MAC 2011

HALAMAN PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya

Tandatangan Nama Pelajar Tarikh

: : MOHD HIZAMIR BIN HARIDAN : 07 MAC 2011

ii

PENGHARGAAN Alhamdulillah, segala puji bagi Allah S.W.T. kerana dengan rahmat dan izin-Nya, dapat juga kami menyelesaikan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Di ruangan ini, kami ingin mengucapkan penghargaan kepada mereka-mereka yang telah banyak membantu dari belakang bagi menyiapkan tugasan ini. Ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zahara binti Zulkifly kerana telah banyak membantu dan

membimbing kami dalam memberi penerangan terperinci dalam proses penghasilan tugasan ini. Ibu bapa tidak dilupakan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga dikalungkan kepada mereka atas bantuan kewangan serta motivasi diri untuk terus belajar. Rakanrakan seperjuangan dijadikan sebagai inspirasi serta tempat rujukan yang kedua bagi merealisasikan tugasan ini untuk mencapai objektifnya. Segala bantuan dan tunjuk ajar yang telah diberikan oleh pelbagai pihak kepada kami akan sentiasa dikenang dan tidak akan kami lupakan. Bak kata pepatah Melayu harimau mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama . Diharapkan tugasan yang telah kami siapkan ini memenuhi kehendak soalan dan merupakan salah satu tugasan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.

iii

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT HALAMAN PENGAKUAN PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 PENDAHULUAN ELEMEN-ELEMEN DALAM FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) 3.0 PERANAN SEKOLAH MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 4.0 PERANAN SEKOLAH DALAM MEREALISASIKAN FPK. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 Peranan Pihak Pengurusan, Guru Dan Organisasi Sekolah. Aspek Kepemimpinan Aspek Budaya Sekolah Aspek Ko-Kurikulum Aspek Guru Aspek Disiplin 13 14 16 18 20 5 12 12 3 i iii iv 1

5.0

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA 5.1 5.2 5.3 Implikasi Terhadap Kurikulum Implikasi Terhadap Pendidik Implikasi Terhadap Institusi Pendidikan
iv

22 22 23 24

5.4 6.0

Implikasi Terhadap Individu (Murid)

25 26

PENUTUP

BIBLIOGRAFI REFLEKSI LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI (1) Buku Mok Soon Sang (2009). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Puchong, Selangor. Mok Soon Sang(2000).Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan semester 1 Pendidikan di Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1,Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur. (2) Internet http://pelangipetang89.blogspot.com/2010/03/implikasi-fpk-terhadap-sistem.html. Diakses pada 7 Mac 2011. http://pismpmathc5ipgkba.blogspot.com/2010/02/analisis-falasafahpendidikan.html. Diakses pada 7 Mac 2011. http://treebuilder.blogspot.com/2011/01/elemen-elemen-dalam-falsafahpendidikan.html. Diakses pada 7 Mac 2011.

vi

REFLEKSI Mohd Ala Hadrame bin Mohd Noh (911104-01-6785) Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah Subhanahu wa Taala dengan limpah rahmanNya masih memberikan saya kewarasan dan kesihatan yang baik untuk saya meneruskan pembelajaran saya sebagai guru pelatih di IPG Kampus Pendidikan Islam. Dalam memenuhi kehendak soalan tugasan EDU 3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia, saya dan pasangan Mohd Hizamir bin Haridan dikehendaki mengumpulkan bukti dan membincangkan sejauh manakah sekolah telah berjaya merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Langkah pertama untuk memulakan tugasan ini ialah kolaborasi. Tanpa kolaborasi, tugasan yang dibuat mungkin tidak menepati kehendak pensyarah penyelia. Kolaborasi pertama saya ialah pada hari penerimaan kertas soalan tugasan iaitu pada selepas perhimpunan migguan IPG KPI, 21 Februari 2011. Setelah mendapat taklimat pertama ini, saya membuat beberapa kolaborasi bersama rakan kelas dan pasangan bagi mendapat kefahaman yang lebih jelas. Setelah mamahamkan kehendak soalan, barulah tugas-tugas mula dibahagikan dan pencarian bahan dimulakan. Langkahlangkah ini merupakan kebiasaan dalam menyiapkan suatu tugasan, tetapi tetap saya catatkan dalam ruangan refleksi ini bagi membuktikan usaha saya dalam menyiapkan tugasan ini. Sebelum mencari bahan dan menghuraikan berkenaan bukti sekolah telah berjaya merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pemahaman tentang falsafah pendidikan perlulah saya ketahui terlebih dahulu. Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani iaitu mencintai kebijaksanaan. E.D Miller (1984) mengatakan falasafah boleh ditakrifkan sebagai usaha untuk berfikir secara rasional dan kritis terhadap perkara-perkara penting. Falsafah pendidikan, menurut Mok Soon Sang (2008) ialah pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah
vii

dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk rukun negara (Mok Soon Sang). Berdasarkan pengertian yang telah saya coretkan diataslah, tugasan ini harus saya jalankan. Setelah menganalisa Falsafah Pendidikan Kebangsaan, saya mendapati hasrat dan matlamat falsafah begitu murni. Keseluruhan aspek dalam membentuk keperluankeperluan individu, masyarakat dan negara diambil kira dalam membina falsafah ini. Namun, apa yang lebih penting lagi ialah perlaksanaannya. Falsafah ini membantu para pendidik untuk memahami sistem pendidikan negara dan membantu membimbing melaksanakan tugas-tugas pendidikan. Falsafah memudahkan dan memandu arah tuju guru dalam membina peribadi, akhlak, pengetahuan dan keimanan anak murid seterusnya membina masyarakat yang harmoni. Apa yang saya dapat melalui tugasan ini ialah seorang guru haruslah mendidik para murid atau pelajarnya berdasarkan falsafah pendidikan yang sedia ada. Melalui falsafah pendidikanlah terbinanya sukatan pelajaran dan seterusnya silibus pelajaran. Falsafah ini dibuat bukan sahaja untuk menunjukkan matlamat pendidikan negara Malaysia bahkan memudahkan serta menjelaskan matlamat pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Guru memainkan peranan penting dalam membentuk individu dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi dan sosial. Guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. Berdasarkan kurikulum sekolah pula, Falsafah Pendidikan Kebangsaan

memainkan peranan dalam mengubah sukatan pelajaran, bahan-bahan pelajaran, dan program pendidikan yang bersesuaian untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Kurikulum digubal berdasarkan falsafah pendidikan bagi menyelaraskan perlaksanaannya di semua sekolah di seluruh negara. Hal ini bertujuan mengelakkan ketidakpuashatian rakyat Malaysia tidak kira di desa mahupun di kota.

viii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga memainkan peranan dalam mengubah kemudahan , aktivit budaya dan iklim sekolah yang membolehkan pembentukkan insan sebagaimana yang dihasratkan. Suasana sekolah sememangnya memainkan peranan yang penting dalam pembentukan sahsiah murid. Dalam perkembangan kanak-kanak ataupun seseorang, faktor persekitaran merupakan antara elemen yang terbesar dalam pembentukkan peribadi individu. Oleh itu, suasana persekitaran sekolah haruslah bertepatan dengan bagaimana atau seperti mana murid mahu dibentuk. Sebagai seorang yang bakal menjadi pendidik anak bangsa ataupun lebih sedap dipanggil arkitek bangsa, melalui tugasan ini saya dapat menghayati hasrat negara dalam membentuk rakyat dan masyarakat Malaysia yang disalurkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan seterusnya dilaksanakan di sekolah. Jika mahu mengubah anak bangsa menjadi insan yang seimbang dan harmonis, maka diri sayalah yang perlu saya ubah terlebih dahulu. Kekurangan pengetahuan dalam perkara-perkara berkaitan hasrat falsafah pendidikan dalam diri saya dapat saya ketahui melalui tugasan ini. Oleh itu, ilmu pengetahuan yang mantap dalam cara mendidik yang sebenarnya perlu saya usahakan dan perolehi demi melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, dengan membuat tugasan dan belajar subjek Falsafah dan Pendidikan di Malaysia ini, matlamat saya untuk menjadi guru semakin jelas. Menjadi seorang guru bukanlah semata-mata untuk mengejarkan gaji atau harta, tetapi matlamat yang lebih utama ialah membina suatu bangsa yang beriman teguh pada tuhan dan mempunyai keperibadian yang unggul disamping mampu menyumbangkan sesuatu terhadap negara. Kerjaya sebagai seorang guru memang tidak akan menjadikan seorang itu kaya. Namun, kerjaya sebagai pendidik ini adalah sangat mulia kerana mengorbankan perasaan dan tenaga demi untuk kebaikan orang lain. Balasan dan ganjaran ilmu baik yang disampaikan seterusnya yang diamalkan oleh murid-muridnya akan diganti oleh Allah SWT dengan pahala yang tidak dapat dihitung banyaknya. Akhir kata, semoga segala input yang saya perolehi daripada tugasan ini dapat saya aplikasikan semasa saya dalam proses pembelajaran di IPG KPI ini dan apabila saya menjadi guru sebenar kelak. Segala kelemahan dan kekurangan saya harap dapat dimaafkan kerana saya masih dalam era pembelajaran.
ix

REFLEKSI Mohd Hizamir bin Haridan (910625-09-5023) Salam 1Malaysia dan selamat sejahtera, syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin rahmat dan limpah kurniaNya, saya Mohd Hizamir bin Haridan mampu untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi mata pelajaran EDU 3101 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia yang telah diberikan pada 21 febuari 2011 oleh Puan Normah binti Idris selaku penyelaras EDU 3101 dan pensyarah pembimbing Puan Zahara, terima kasih diucapkan atas segala tunjuk ajar ilmu yang diberi. Jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa yang memberi sokongan khususnya daripada segi semangat untuk terus menyiapkan tugasan dengan bersungguh-sungguh dan sumbangan kewangan. Kepada kawan-kawan terima kasih daun keladi kerana membantu daripada pelbagai segi aspek. Hasil pembelajaran yang saya dapat melalui tugasan ini dapat mengamal dan menghayati prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam

perkhidmatan perguruan kelak. Saya dapat meneliti kandungan FPK dengan telitinya, dapat memahami dan tujuan FPK itu sendiri, berbanding sebelum ini perkataan FPK hanya ternampak di halaman kulit depan dan belakang buku tulis tanpa menghiraukan maksud serta erti kepentingan FPK terhadap agama, negara, bangsa dan indivdu. Perbincangan dan kajian tentang FPK sangat menarik apabila dihuraikan

dengan rapinya. Pelbagai pihak terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memenuhi keperluan FPK. Terutama di pihak sekolah yang memainkan peranan penting untuk mendidik para pelajar ke arah FPK. Setelah menyiapkan tugasan ini, saya dapati untuk seimbang dari segi JERIS semua pihak perlu memainkan peranan dan dapat tahu huraian sebenar JERIS dan FPK itu sendiri, selama ini saya hanya mendengarnya secara rawak dan hari ini saya dapat mengetahui peri pentingnya FPK terhadap sesebuah masyarakat dalam sesebuah negara itu.

Pada kurikulum terdapat kesannya hasil FPK, contohnya FPK jika diubah, mungkin kurikulumnya diubah dan secara automatik sukatan pelajaran juga diubah bagi menyesuaikannya dengan tujuan FPK..Sebagai bakal guru memang menjadi kewajipan saya untuk mengambil tahu apa-apa mengenai mengenai pendidikan, salah satunya FPK, ini kerana FPK mempunyai elemen-elemen yang penting untuk melahirkan insane yang dimahukan oleh negara dan saya sebagai ejen perubahan perlu peka dengan keadaan sekeliling bagi mengeluarkan generasi yang bertepatan dengan FPK. Sedarlah saya yang FPK ini mempunyai tujuan yang baik dan sangat penting bagi melahirkan rakyatnya yang berkualiti bagi memajukan sesebuah negara tersebut. Proses P&P di sekolah mestilah dilakukan oleh guru dengan sebaik mungkin untuk menarik perhatian pelajar untuk belajar, selain itu kemudahan-kemudahan asas dan teknologi-teknologi pengaplikasian P&P hendaklah wujud di sekolah dan digunakan dengan sehabis baik. Sistem pendidikan Negara dengan FPK mempunyai hubungan yang saling berkaitan hasil kajian dan bacaan saya. Sistem pembelajaran diatur dan disusun berpandukan FPK yang melahirkan insan yang seimbang dari segi JERIS. Berdasarkan pemerhatian sekolah-sekolah di Malaysia telah keinginan untuk mencapai hasrat FPK yang ingin para pelajarnya menjadi insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERIS telah tercapai, tetapi tidak sempurna, kerana terdapat segilintir yang seolah-olah tidak mahu mengikuti dan membantah FPK serta di bahagian pelaksana yang kurang memberikan didikannya kepada yang berkenaan ke arah membentuk pelajar yang di kehendaki oleh FPK. Kesimpulannya,kerja kursus ini telah memberikan saya pelbagai pengalaman dan pengetahuan baru. Pembelajaran dan pengajaran yang saya terima sepanjang penghasilan tugasan ini akan dijadikan rujukan ikutan dan iktibar kepada diri saya buat bekalan saya mengajar di sekolah nanti.. Sekian terima kasih.

xi

LAMPIRAN

xii

You might also like