You are on page 1of 10

ASAS FALSAFAH & PENDIDIKAN DI MALAYSIA

KOD KURSUS : PAET 1102 PENYATA RAHMAN TALIB : SYOR- SYOR LAPORAN

Siapa Abdul Rahman Talib?

panggilan : AKI tarikh lahir : 02 ogos 1916 tempat lahir : Temerloh, Pahang tarikh kematian : 17 oktober 1968 tempat kematian : Qaherah, Mesir Agama : Islam pdidikan : pendidikan awal Melayu & Inggeris : sultan Idris Training College ( SITC ) jawatan ( Menteri ) : Ijazah kehormat Doktor Undang2 (UM) 1957: Menteri Pengangkutan Pekerjaan : Guru (1940 - sekolah Abdullah, 1959: Menteri Perdagangan & Industri Kuantan), Penolong Nazir sekolah2 Melayu Pahang, Pasas Jabatan Hal Ehwal Agama ( JPP) 1960: Menteri Pelajaran Parti Politik : aktif dalam UMNO. merupakan Ahli 1962: Menteri Kesihatan Bersekutu Majlis Kebangsaan. 1964: Menteri Pelajaran tahun 1956, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Sumber Alam Semula Jadi dan Kerajaan Tempatan

Pendahuluan

Selepas pilihan raya tahun 1959, sebuah jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan untuk menyemak semula syor-syor dalam Laporan Razak 1956 serta mengkaji langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Syor-syor Penyata Rahman Talib akhirnya telah digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.

Laporan Rahman Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dan menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat sekarang.

Laporan Rahman Talib ini akhirnya berjaya mengenalpasti beberapa kelemahan dalam Laporan Razak 1956 dan mencadangkan supaya ianya dipinda/ubahsuai.

Cadangan-cadangan Laporan Rahman Talib


1)

Bahasa Melayu bahasa kebangsaan


Menjadi titik permulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia sbg bahasa pengantar utama & proses penukaran bahasa pengantar. Bahasa Melayu dijadikan sbg bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah & institusi pengajian tinggi. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.

Utk memberi kedudukan yg wajar kpd Bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan, sekolah rendah umum & sekolah rendah jenis umum dicadangkan tukar nama menjadi sekolah rendah kebangsaan & sekolah rendah jenis kebangsaan.

2) Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

Umur berhenti sekolah dinaikkan kpd 15 tahun dgn mengadakan sekolah pelajaran lanjutan. Ini membolehkan murid-murid menyambung pelajaran selama tiga tahun lagi dgn penekanan kpd pelajaran seni perusahaan.

Dlm

Laporan Razak, kebanyakan murid yg gagal dipilih utk masuk sekolah menengah terpaksa meninggalkan alam persekolahan, ini kurang baik kerana umur 12 thn sukar mendapat pekerjaan. Peng-angguran boleh menyebabkan masalah sosial. Umur persekolahan dinaikkan dari 12-15 thn.

3) Kelas Peralihan

diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) & SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris.

Utk menampung murid sekolah rendah naik ke sekolah menengah telah dicadangkan penubuhan sekolah pelajaran lanjutan yg mena-warkan kursus vokasional selama 3 thn. (utk melatih kemahiran kpd pelajar yg gagal akademik).

4) Kenaikan Automatik
Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah & sekolah menengah bantuan kerajaan.

Murid-murid dinaikkan darjah secara automatik dgn syarat di adakan peperiksaan sekurang- kurangnya sekali sepenggal & peperiksaan tahunan.

Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah & 3 tahun sekolah menengah rendah.

Pelajaran percuma kpd semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya.

5) Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang.


Kemudahan hendaklah diberikan untuk mengajar Agama Islam di sekolah jika terdapat 15 org murid yang beragama Islam, pembiyaannya ditanggung oleh kerajaan Negeri & Perse-kutuan.

Pendidikan akhlak utk murid bukan Islam dimasukan dlm sukatan matapelajaran wajib mulai darjah 4 & 5.

6) Jemaah Nazir Persekutuan diadakan.

Penguasa pelajaran tempatan yg ditubuhkan di bawah laporan razak 1957 didapati kurang sesuai ( tidak mencapai matlamat) & digantikan dengan Lembaga Penasihat Pelajaran Negeri. jemaah nazir negeri ditubuhkan untuk membantu jemaah nazir persekutuan untuk tugas penyeliaan.

7) Kenaikan pangkat guru-guru

dibuat oleh Jemaah Pengurus hendaklah dibuat oleh Menteri Pelajaran. Utk mengatasi kekurangan guru di SekolahPelajaran Lanjutan kementerian menganjurkan latihan separuh masa selama 3 tahun utk guru-guru (Latihan hujung minggu di pusat latihan berhampiran dlm masa yg sama mengajar)

Sistem Pendidikan Anika Jurusan (1965) bagi Sekolah Menengah Rendah menggantikan Sistem Pelajaran Lanjutan yang dihapuskan.

Walaupun hasrat & tujuan Akta Pendidikan 1961 ini untuk menyatukan kaum yang ada di Malaysia ini, tetapi secara prakti-kalnya, sukar untuk mencapai matlamat itu memandang-kan pola tempat tinggal yang berlainan.

Selepas dari Laporan Rahman Talib 1960, muncul pula laporan-laporan seperti Laporan Hussein Onn (1971) dan Laporan Mahathir 1976. Kedua-dua Laporan ini adalah untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara yang sebelumnya berdasarkan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib.

You might also like