You are on page 1of 1

DOA MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PERTANDINGAN PUBLIC SPEAKING 2012

..




Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan
Majlis perasmian penutup pertandingan public speaking peringkat daerah hilir perak bagi
tahun 2012 ini.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan
hidayah-Mu.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang terlibat dalam pertandingan pada hari ini sebagai pelajarpelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan
prestasi mereka sama ada dalam bidang ko-kurikulum, akademik mahupun ketrampilan
peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah dengan penuh kehambaan
agar majlis ini dapat menjadi sumber dorongan kepada semua pihak supaya dapat sama-sama
mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan Daerah Hilir Perak, bukan sahaja di Negeri Perak, bahkan juga di seluruh
Malaysia .

You might also like