You are on page 1of 16

Teater tradisional merupakan suatu bentuk kesenian tradisi.

Peranannya lebih kepada bentuk hiburan masyarakat Melayu sebelum ia dimasuki oleh unsur-unsur modenisme yang sesuai dengan pertumbuhan masyarakat yang kaya dengan unsur ritualisme dan kepercayaan anismisme. Kegiatannya menjadi lambang serta imej bercorak kemasyarakatan. Teater tradisional juga berfungsi sebagai satu alat media komunikasi atau ekspresi.

TIGA KOMPONEN TEATER TRADISIONAL

GENRE TEATER TRADISIONAL

Lakonan

Mak Yung

Muzik

Wayang Kulit

Tarian

Mak Yung merupakan satu taridra Melayu yang begitu unik bentuknya dan lahir daripada satu kebudayaan yang begitu halus. Ia adalah kombinasi unsur tari, muzik, drama, komedi dan dipentaskan secara teater keliling. Pelakonnya terdiri daripada gadis-gadis muda dan jelita yang mengambil semua peranan lelaki dan perempuan kecuali watak-watak komedi atau Peran.

Lahirnya keadaan begini kerana Mak Yung merupakan hiburan bagi permaisuri-permaisuri dan puteri-puteri raja. Oleh kerana, bimbang sekiranya mereka ini jatuh hati kepada pelakonpelakon Mak Yung semasa raja atau pembesarpembesar meninggalkan istana untuk menjaga keselamatan negeri dan lain-lain tugas di luar istana maka pelakonnya terdiri daripada perempuan belaka. Dalam persembahan Mak Yung dia mungkin berlagak seperti perantaraan mewakili Raja dan rakyatnya bagi tujuan meminta sesuatu. Pada permulaan persembahan Mak Yung, seorang bomoh bertindak sebagai Syaman atau orang perantaraan akan hadir.

Memakai setanjak atau mahkota yang diperbuat daripada baldu khas dengan hiasan mutu manikam dan mempunyai tepi yang berkilau. Di bahagian atas setanjak dihiasi dengan beberapa kuntum melur. Beberapa ikat bunga melur digantung pada alas telinga kiri. Seabad yang lalu, memakai setangan balik dan tujuh ulas ikatan bunga melur berjuntai dari telinga kiri.

Pakaiannya dipengaruhi gaya mempelai-mempelai diraja Patani dengan memakai setanjak yang diperbuat daripada sutera kuning dan dihiasi dengan bunga-bunga emas yang digantung pada rantairantai emas terjuntai di telinga kiri. Membawa seikat rotan yang dipanggil rotan bera atau pemiat. Rotan ini digunakan untuk memukul peran.

Menjadi raja atau pemerintah Menjadi tulang belakang cerita

PAK YUNG

PAK YUNG MUDA

Watak utama atau hero Mengalami berbagai-bagai peristiwa dari saat ia dilahirkan hingga dewasa semasa cerita berkisar di sekitar kehidupan Pak Yong Muda

Gadis-gadis manis Penari atau pengiring Mak Yung atau Puteri Mak Yung

DAYANGDAYANG

MAK YUNG

Permaisuri Mengambil peranan penting sebagai watak utama

Wayang kulit adalah satu bentuk teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Bayang-bayang daripada patung-patung kulit yang terdiri dari berbagai watak methologi dan khayalan dilarikan oleh seorang Dalang. Persembahan Wayang Kulit selalunya diiringi oleh satu kumpulan muzik paluan atau Gamelan dan juga alat tiupan (serunai) atau alat bertali (rebab).

Kesemua bentuk jenis Wayang Kulit yang terdapat di Semenanjung Malaysia mempunyai pengaruh-pengaruh samada dari Jawa atau Patani (Selatan Thai) tetapi dalam perkembangannya semua pengaruh ini telah mengalami perubahan dan persesuaian mengikut peneriman dan konteks masyarakat tempatan. Aliran cerita, bentuk patung-patung dan watak masih lagi mengekal keaslian dan pengaruh asalnya tetapi pada adegan-adegan kelakar comic relief jelas mengemukakan unsur-unsur tempatan dari segi bahasa dan juga peristiwa-peristiwa yang digambarkan.

WAYANG KELANTAN

WAYANG MELAYU

WAYANG GEDEK

WAYANG PURWA

1. Wayang kulit Kelantan Disampaikan dalam bahasa Melayu loghat Kelantan. Dipercayai mempunyai pengaruh Petani di selatan Thai. Paling popular di Kelantan. 2. Wayang kulit Melayu Disampaikan dalam bahasa Melayu. Dipercayai mempunyai pengaruh Jawa. Popular di negeri-negeri Pantai Timur

3. Wayang Purwa Disampaikan dalam bahasa Jawa dengan diselitkan bahasa Melayu tempatan. Didapati di bahagian selatan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Popular di negeri Johor . 4. Wayang Gedek Disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu tempatan. Dipercayai mempunyai pengaruh Nang Talung dari Thai Selatan. Popular di negeri Kedah dan Perlis.

Acara menyembah Guru


Kepada Perayaan Harijadi Rajaraja Mengubat Orang Sakit

Kepada Perayaan Harijadi Rajaraja Semasa Pesta Menuai atas Pesta Kampung

Upacara memuja semangat

KLIK

You might also like