Berbagai-bagai bentuk zikir telah dirumuskan oleh para ulama muktabar di dalam rangkamenghampirkan diri kepada Allah swt. Zikir-zikir sedemikian pada dasarnya mendatangkanbanyak manfaat bagi orang yang mengamalkannya. Salah satu daripada bentuk zikir yang telahdirumuskan ialah Zikir Munajat ini yang diturunkan di sini.Adalah menjadi suatu amalan yang baik seandainya zikir-zikir seperti ini diamalkan secaraistiqamah di samping diperkembangkan di kalangan anggota keluarga terdekat, jiran tetanggadan sahabat handai. Zikir seperti ini jika diamalkan dengan penuh ikhlas dan rasatanggungjawab dengan izin Allah dapat membantu di dalam memanfaatkan masa supaya tidakterjebak dalam aktiviti-aktiviti yang melalaikan. Mudah-mudahan amalan zikir seperti ini dapatmenjadi sumber keberkatan di dalam usaha membina generasi ummah supaya benar-benar menjadi pejuang Islam dan mengingati kebesaran Allah swt. Insya Allah.
*(Boleh di zikir sebanyak mana yang mampu)—————————————————————ZIKIR 1
Ertinya:
Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lainmelainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hambabertaubat kepada Engkau ya Allah.
ZIKIR 2
Ertinya:
Tiada Tuhan yang lain melainkan Allah yang Maha Esa. Tiada sesuatu yang menyengutu bagi-Nya. Tuhan yang memiliki segala kekuasaan. Tuhan yang memiliki segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan Mematikan. Dialah Allah Tuhan yang Berkuasa atassegalanya.
ZIKIR 3
Erti:
Ya Allah, ya Tuhan kami, hindarkan kami daripada azab api neraka