You are on page 1of 11

SISTEM HIDROLOGI

3.1. KITARAN HIDROLOGI MAKSUD KITARAN HIDROLOGI Pergerakan air yang berlaku secara berterusan bermula dengan proses sejatan di ruang hidrosfera di daratan dan lautan ke atmosfera untuk proses pemeluwapan, kemudian kembali semula ke daratan/ lautan melalui proses kerpasan dan menjadi larian air permukaan dan air bawah tanah di lapisan litosfera.Seterusnya proses di atas berulang semula bagi mengwujudkan kitaran hidrologi. KEPENTINGAN KITARAN HIDROLOGI 1. Membekalkan air untuk aliran air bawah tanih, Hal ini disebabkan ianya dapat direalisasikan melalui air hujan yang diserap oleh tanah melalui proses infiltrasi sampai ke lapisan tidak telap air, air berkenaan sebagai sumber air pergerakan air bawah tanah dan sebagai sumber mata air. 2. Untuk aktiviti pertanian, Hal ini disebabkan tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk proses tumbesaran terutamanya padi sawah.Tanpa air tumbuhan akan layu, kering dan mati. Tidak dapat menghasilkan pengeluaran yang berkualiti , malah kuantitinya juga akan merosot. Pengeluaran padi akan berkurangan. 3. Membekalkan air untuk kegunaan domestic.Hal ini disebabkan manusia memerlukan bekalan air untuk kegunaan harian seperti mandi, membasuh pakaian, dan sebagai sumber air minuman. Dengan adanya bekalan air ini dapat memberi kemudahan dan keselesaan kepada penduduk di sesuatu tempat atau kawasan. 4. Bekalan air untuk kegunaan industri. Hal ini disebabkan kegiatan perindustrian memerlukan bekalan air dalam masa memprosesan terutama industri yang berasaskan air seperti membuat minuman, memproses makanan dan membuat batik.Tanpa air industri ini tidak boleh beroperasi dengan baik dan lancar. 5. kepentingan air untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan . Hal ini disebabkan tanpa air semua aktiviti tidak dapat dijalankan dengan lancar. Terutamanya seperti berkayak di sungai dan bekalan di air terjun semula jadi. Malahan aktiviti di kolam renang juga tidak dapat dijalankan oleh pengunjung sehingga boleh menjejaskan keinginan mereka untuk berenang. 3.2. IMBANGAN AIR. MAKSUD IMBANGAN AIR Imbangan air ialah keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera bersamaan dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera. Imbangan air dapat dirumuskan sebagai P = et + st + r P = kerpasan et = sejat peluhan St = air yang diterima @ hilang daripada lapisan tanah

3.3. LEBIHAN AIR. MAKSUD LEBIHAN AIR (Imbangan Air Positif) Lebihan air ialah jumlah kerpasan melebihi jumlah sejatan. Lebihan air menyebabkan kejadian banjir, iaitu limpahan air atau kenaikan aras air sehingga melebihi daya tampungan atau kemampuan sesebuah tasik, sungai dan lautan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEJADIAN BANJIR

a) Kejadian Hujan lebat luar biasa. Hal ini disebabkan hujan musiman yang lebat dan berpanjangan
akan menenggelamkan kawasan rendah. Contohnya, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, tiupan angin monsun timur laut (Nov Mac) membawa hujan lebat berhari-hari dan berminggu-minggu dan menyebabkan banjir di negeri-negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

b) Kejadian Pencairan Salji. Hal ini di sebabkan berlaku kejadian musim bunga dan musim panas serta
dipercepatkan oleh tiupan angin Chinuk yang bersifat panas dan kering sehingga mempu mencairkan salji di Pergunungan Rocky. Seterusnya menyebabkan kejadian banjir di kawasan berhampiran dengannya di Amerika Syarikat dan Kanada.

c) Kejadian Fenomena La Nina. Hal ini disebabkan suhu permukaan laut di Pasifik Tengah dan Timur
menjadi lebih rendah daripada biasa, menyebabkan tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik Barat menurun, mengakibatkan pembentukan awan yang lebih dan hujan lebat sehingga menyebabkan kejadian banjir teruk. Penurunan suhu 30 50 C menyebabkan pergerakan angin lembap bertiup dari Lautan Pasifik ke daratan yang berkelembapan rendah. Contohnya di Eduador, Peru dan Chile di pantai barat Amerika Selatan.

d) Kejadian tsunami yang merupakan ombak besar yang disebabkan gempa bumi atau letusan gunung
berapi di dasar lautan, bergerak dengan kelajuan sehingga 800km/j. Hal ini disebabkan apabila menghampiri pantai, halajunya semakin dikurangkan tetapi ketinggiannya bertambah hingga mencapai 15 30meter.Contohnya gempa bumi di Lautan Hindi berhampiran Pantai Barat Aceh mengakibatkan tsunami melanda kawasan pantai di Selatan Asia, Sumatera Utara, Thai dan Malaysia sehingga sebahagian besar pantai tersebut dilanda banjir dan dipenuhi air laut.

e) Kejadian letupan gunung berapi. Hal ini disebabkan pengaliran lava panas terdiri daripada aliran
piroklastik, lahar dan banjir akan mencairkan salji dan ais. Cairan ais mengandungi banyak batuan dan sedimen mengalir masuk ke sungai, menyebabkan dasar sungai cetek. Banjir mudah berlaku khususnya di kawasan rendah. Selain itu gegaran daripada letusan gunung berapi juga menyebabkan air empangan dan tasik di kawasan tanah tinggi melimpah keluar dan membanjiri kawasan sekitarnya.

f) Kegiatan penyahhutanan. Hal ini disebabkan pembukaan tanah pertanian secara besar-besaran,
pembalakan (haram), kawasan petempatan baru, pembinaan lebuh raya. Aktiviti aktiviti tersebut menyebabkan permukaan tanah dan cerun terdedah kepada hujan lebat, berlaku peningkatan larian air permukaan, hakisan dan tanah runtuh yang menghasilkan bahan-bahan kelodak, lumpur dll bahan enapan. Bahan-bahan tersebut masuk ke sungai menyebabkan dasar sungai cetek dan air melimpahi kawasan sekitar sehingga mengakibatkan banjir.

KESAN LEBIHAN AIR

a) Kesan kepada kegiatan pertanian. Hal ini disebabkan banjir akan menenggelam dan seterusnya
memusnahkan kawasan tanaman seperti padi, sayur-sayuran dan buah-buahan. Banjir bukan sahaja memusnahkan hasil tanaman, tetapi juga merosakan struktur tanah kawasan pertanian. Contohnya banjir pada bulan Disember 2005 telah memusnahkan kawasan tanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.

b) Kesan kepada kegiatan perikanan. Hal ini disebabkan pada musim tengkujuh turun hujan lebat,
berlaku banjir, dan laut bergelora akibat tiupan angin monsun timur laut di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehubungan itu, nelayan tidak dapat turun ke laut untuk menangkap ikan khususnya nelayan yang menggunakan bot-bot kecil dan sampan.

c) Kesan kepada kegiatan pengangkutan. Hal ini disebabkan semasa banjir, kawasan jalan raya, jalan
kereta api dan lapangan terbang akan dinaiki air, jambatan rosak dan berlaku kejadian tanah runtuh. Keadaan ini menyebabkan jalan-jalan pengangkutan tersebut terpaksa ditutup, berlaku kemalangan dan kerosakan kenderaan. Contohnya Lapangan Terbang Sultan Abdul Hamid di Kedah ditutup akibat dilanda banjir besar pada bulan Disember 2005.

d) Kesan kepada kegiatan pelancongan dan rekreasi. Hal ini disebabkan pelancong yang datang dari
negara barat ke Malaysia gemar aktiviti berjemur di bawah sinaran matahari atau menyelam di dasar laut. Hujan lebat, banjir dan ombak besar menyebabkan banyak kawasan peranginan tepi pantai dan pulau-pulau terpaksa ditutup. Contohnya pusat pelancongan Pulau Kapas, Pulau Redang dan Pulau Perhentian ditutup kepada pelancong pada bulan Nov Mac.

e) Kesan kepada kegiatan perindustrian. Jenis industri yang terjejas ketika banjir ialah industri kecil dan
sederhana (IKS) seperti industri membuat keropok, belacan, ikan masin dan batik. Hal ini disebabkan kegiatan IKS tersebut memerlukan cahaya matahari yang banyak untuk proses pengeringan di bawah cahaya matahari yang terik. Contohnya jenis-jenis IKS berkenaan yang terletak di Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuala Rompin tidak dapat dijalankan akibat banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia pada bulan Nov Mac.

f) Kesan kepada kegiatan harian penduduk. Hal ini disebabkan banjir turut melanda pusat-pusat
perkhidmatan seperti sekolah, pejabat pos, pusat kesihatan dan pusat rekreasi. Banjir menyebabkan pusat-pusat tersebut ditutup dan tidak dapat memberikan perkhidmatan kepada penduduk. Di samping itu penduduk juga tidak dapat menjalankan aktiviti luar rumah dan sosial seperti kebiasaannya.

g) Hakisan tanih. Hal ini disebabkan ketika banjir, larian air permukaan menjadi laju di cerun-cerun bukit
dan alur-alur sungai dan menyebabkan hakisan giat berlaku. Selain itu, laut bergelora dan ombak besar (Nov Mac) menyebabkan berlaku hakisan pinggir pantai di negeri Kelantan dan Terengganu. Contohnya hakisan pinggir pantai di Pantai Sabak, Kelantan telah menyebabkan petempatan penduduk musnah.

h) Kejadian tanah runtuh. Hal ini disebabkan pembangunan yang dijalankan di kawasan tanah tinggi
bercerun curam (melebihi 45 ) seperti untuk tujuan pembinaan jalan dan lebuh raya, petempatan atau pusat-pusat peranginan. Penebangan pokok, pembersihan kawasan, kerja-kerja pemotongan cerun dan meratakan permukaan tanah meningkatkan larian air permukaan dan menjejaskan kemampuan tanah

untuk menyimpan dan menyerap air. Contohnya tanah runtuh telah berlaku di Bukit Antarabangsa pada bulan Mei 1999.

i) Pemendapan tanih. Hal ini disebabkan hujan lebat menyebabkan hakisan giat berlaku di kawasan
cerun atau pada alur sungai. Bahan-bahan hakisan seperti batu kelikir, lumpur dan sedimen diangkut dan dimendapkan di kawasan rendah dan lembangan sungai. Contohnya pemendapan tanih alluvium di Delta Chao Phraya, Thailand, Delta Mekong, Vietnam dan Delta Kelantan, Kelantan sesuai untuk tanaman padi sawah. Namun begitu, peningkatan proses pemendapan tanih selepas banjir menyebabkan dasar sungai menjadi cetek dan menghalang laluan bot dan kapal nelayan. Contohnya di muara Sungai Terengganu, Sungai Besut dan Sungai Semerak.

j) Gangguan ekosistem. Hal ini disebabkan limpahan air banjir menyebabkan rantaian makanan dalam
ekosistem air terjejas. Tumbuhan rumpai air dan alga akan dibawa oleh arus deras menyebabkan rantaian makanan hidupan akuatik terjejas dan berkurangan.

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KEJADIAN BANJIR

a) Pembinaan terusan. Hal ini disebabkan melalui terusan, aliran air sungai, isipadu dan jumlah air di
dalam alur sungai mampu dikurangkan. Bagi sungai yang mempunyai isipadu atau kuantiti air yang tinggi akan disalurkan ke alur atau ke terusan yang baru dibina. Contohya projek Semerak Kemasin di Kelantan dibina untuk menangani masalah banjir di Kelantan.

b) Pembinaan empangan. Hal ini disebabkan empangan dibina di kawasan tadahan hujan atau tanah
tinggi di hulu sungai utama yang berfungsi sebagai tempat takungan dan simpanan air yang berlebihan semasa hujan lebat. Di samping dapat mengawal banjir, empangan juga berperanan sebagai sumber air untuk kegunaan domestik, pertanian dan janakuasa elektrik. Contohnya, Empangan Pedu di Kedah, Empangan Pergau di Kelantan dan Empangan Kenyir di Terengganu.

c) Mendalam dan meluruskan alur sungai. Sungai-sungai yang keadaan dasarnya telah cetek kerana
kesan pemendapan atau sungai-sungai yang berliku yang memperlahankan alirannya akan menyebabkan air sungai mudah melimpah. Justeru itu, kaedah mendalam dan meluruskan alur sungai dapat mempercepatkan proses pengaliran air keluar ke laut dan seterusnya mengurangkan risiko banjir.

d) Pembinaan benteng atau tetambak. Pembinaan ini dilakukan di sepanjang tebing sungai di bahagian
muara sungai yang terdiri daripada benteng guni pasir, benteng konkrit, groin dan gabion. Contohnya benteng dibina di Sungai Kelantan, Sungai Terengganu dan Sungai Semerak.

e) Kuat kuasa undang-undang. Hal ini disebabkan pihak berkuasa boleh memgenakan hukuman dan
denda kepada pesalah yang bertindak memusnahkan kawasan hutan dan merosakan kawasan tadahan sehingga menyebabkan berlakunya banjir di kawasan persekitarannya. Denda dan hukuman yang

maksimum harus dikenakan tanpa sebarang kelonggaran sehingga tidak berani melakukan sebarang kerosakan terhadap alam sekitar.

f) Kempen alam sekitar. Hal ini disebabkan dengan mengadakan kempen akan dapat menimbulkan
kesedaran kepada pihak-pihak yang berkenaan dan masyarakat umumnya. Dengan adanya kesedaran ini masyarakat lebih mengetahui kepentingan penjagaan alam sekitar. Kempen ini boleh diadakan dalam bentuk media cetak atau media elekteronik.

g) Pendidikan. Hal ini disebabkan dengan adanya pendidikan ini dapat memupukkan nilai kecintaan dan
kebanggaan kepada alam sekitar. Pendidikan ini boleh diadakan secara formal dan tidak formal. Pendidikan secara formal dimulai daripada tadika, sekolah rendah dan menengah dan pusat pengajian tinggi.Contohnya dalam mata pelajaran Geografi, Sains dan Kajian Tempatan diajar akan kepentingan alam sekitar dan kesan jika tidak dijaga dengan baik.

h) Peranan stesen kaji cuaca. Hal ini disebabkan melalui penyelidikan dan pembangunan (R&D) keadaan
cuaca dapat diramal dan seterusnya bertindak sebagai langkah persediaan bagi menghadapi banjir. Contohnya R&D yang berterusan dan sistematik mampu meramal kekuatan hujan, lokasi dan kesannya terhadap penduduk.

3.4. KURANGAN AIR ( KEMARAU0.

MAKSUD KURANGAN AIR (IMBANGAN AIR NEGATIF)

Kurangan air ialah jumlah sejatan melebihi jumlah kerpasan. Di mana berlaku kejadian kekurangan bekalan air dalam sesebuah negara atau kawasan dalam tempoh masa tertentu.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KURANGAN AIR

a) Perubahan suhu. Hal ini disebabkan keadaan suhu yang meningkat dengan mendadak dan tinggi
menyebabkan udara menjadi kering dan kelembapan udara adalah rendah. Keadaan tersebut turut mempengaruhi kandungan air tanah serta menjejaskan proses sejatpeluhan oleh tumbuh-tumbuhan yang menyerap air daripada tanih. Kekurangan lembapan udara akan menyebabkan hujan yang turun berkurangan

b) Perubahan jumlah hujan. Hal ini disebabkan berlakunya kelembapan tanih berkurangan dan bekalan
air bagi kawasan tadahan hujan turut berkurangan. Apabila keadaan ini berlaku kadar sejatan akan berkurangan untuk membentuk hujan. Keadaan ini juga menyebabkan pergerakan air tanah bagi badan air seperi tasik, sungai dan empangan berkurangan dan menyusut. Seterusnya kemarau akan berlaku.

c) Perubahan angin. Hal ini disebabkan halaju angin boleh mengubah kawasan yang sepatutnya
menerima hujan. Awan hujan akan bergerak ke kawasan lain dan menurunkan hujan di kawasan tersebut. Akhirnya menyebabkan kawasan asal yang terdapat awan tadi mengalami kemarau.

d) Fenomena El-Nino. Hal ini disebabkan pemanasan suhu di Lautan Pasifik yang mengubah tiupan angin
Timuran yang sepatutnya membawa hujan lebat le Asia Tenggara, telah menyebabkan hujan lebat turun di Pantai Barat Amerika Selatan seperti di Ecuador, Peru dan Chile. Kesannya Negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia mengalami kemarau, contonya berlaku pada tahun 1997 dan 1998.

e) Penyahhutanan. Hal ini disebabkan fungsi hutan sebagai kawasan tadahan hujan. Melalui litupan
tumbuh-tumbuhan, titisan hujan akan dipintas oleh cegatan silara dan bertindak menyerap air hujan ke dalam tanah dan disimpan sebagai sistem akuifer. Di samping itu melalui proses transpirasi,tumbuhtumbuhan akan membebaskan wap air ke udara dan mempengaruhi pembentukan awan hujan. Bagaimanapun aktiviti penyahhutanan untuk tujuan pembangunan, petempatan, perindustrian dsbnya menyebabkan proses sejatan meningkat, hujan berkurangan, udara kering dan kelembapan udara berkurangan.

KESAN KURANGAN AIR TERHADAP ALAM SEKITAR FIZIKAL DAN MANUSIA

a) Gangguan ekosistem. Hal ini disebabkan kemarau mengakibatkan badan air mengalami kekurangan
air dan seterusnya mengganggu kitaran makanan di dalam ekosistem terbabit. Kekurangan air menjejaskan habitat dan sumber makanan seperti alga, zooplankton dsbnya yang menjadi sumber makanan kepada hidupan akuatik seperti ikan, udang, ketam dsbnya. Contoh ekosistem akuatik yang terjejas ialah tasik, kolam, paya dan sungai.

b) Kebakaran hutan. Hal ini disebabkan kemarau mengakibatkan persekitaran menjadi panas dan udara
kering yang memudahkan kebakaran hutan berlaku secara semula jadi. Kemusnahan hutan akan membawa kepada kemusnahan habitat flora dan fauna, kepelbagaian biologi, jerebu dsbnya. Contoh fenomena El-Nino pada tahun 1997 dan 1998 menyebabkan kebakaran hutan di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.

c) Kelembapan udara berkurangan. Hal ini disebabkan kemarau mengakibatkan kekurangan proses
sejat peluhan yang membekalkan wap-wap air ke udara. Seterusnya menjejaskan kadar pembentukan awan hujan seperti awan kumulonimbus. Kekurangan hujan dalam tempoh masa yang panjang akan menyebabkan krisis bekalan air.

d) Penurunan aras air tanih. Kemarau menyebabkan simpanan air tanih (akuifer) berkurangan,
seterusnya berlaku penurunan aras air tanah dan perubahan isipadu badan air. Contoh fenomena ElNino pada tahun 1997 dan 1998 menyebabkan Empangan Langat dan Klang Gates mengalami krisis bekalan air.

e) Gangguan kepada aktiviti manusia. Hal ini disebabkan kemarau mengakibatkan bekalan sumber air
kepada aktiviti manusia terganggu. Contoh aktiviti manusia yang terjejas kesan kemarau ialah perindustrian, pertanian, penternakan, akuakultur, pelancongan dan rekreasi, perniagaan dsbnya.

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH KEKURANGAN BEKALAN AIR

a) Pengekalan kawasan tadahan air. Hal ini disebabkan litupan tumbuh-tumbuhan merupakan zon
penampan yang menakung dan menyimpan air bawah tanah. Kawasan tadahan hujan boleh diwartakan sebagai Hutan Simpan Kekal, Taman Negeri dan Taman Negara yang bertujuan memastikan bekalan sumber air negara dapat dikekalkan.

b) Penggunaan sumber air bawah tanah. Hal ini disebabkan air bawah tanah adalah lebih murah kosnya.
Kawasan yang telah dikenal pasti perlu digerudi dan air dipam keluar menggunakan enjin serta dirawat sebelum digunakan. Contoh penduduk yang menggunakan air telaga ialah di kawasan desa di negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah.

c) Memproses air lombong dan tasik. Hal ini disebabkan di kawasan-kawasan tertentu terdapat banyak
kolam atau tasik bekas lombong bijih timah, khususnya di Lembah Kinta dan Lembah Klang. Alat ultrasource digunakan untuk memproses air dari kolam atau tasik yang dipam, dirawat dan disalurkan kepada penduduk.

d) Kitar semula air. Hal ini disebabkan air yang telah digunakan boleh dirawat dan digunakan semula
seperti untuk tujuan mencuci kereta, menyiram pokok hiasan dan aktiviti pembinaan. Keadaan ini mampu mengatasi masalah bekalan air yang tidak cukup terutamanya bagi aktiviti yang berasaskan air.

e) Pembenihan awan. Kaedah ini dilakukan dengan menyembur larutan garam ke atas awan
kumulonimbus yang berada pada ketinggian antara 800 6 000 meter. Larutan garam ini bertindak sebagai nucleus kondensasi yang menarik wap-wap air dan bercantum bagi membentuk titisan-titisan air. Seterusnya apabila titisan-titisan air ini mencapai takat tepu, titisan-titisan air akan turun sebagai hujan.

f) Penyaluran air sungai ke sungai lain. Kaedah ini dilakukan dengan menyalurkan air sungai yang
mempunyai isipadu yang tinggi tetapi kurang permintaan penduduk ke sungai yang mempunyai isipadu yang kurang khususnya pada musim kemarau tetapi permintaan penduduk yang tinggi. Contohnya air Sungai Benus, Pahang melalui terowong disalurkan ke Empangan Klang Gates, Selangor. Kaedah ini walaupun melibatkan kos yang tinggi tetapi dapat mengatasi masalah kekurangan air di Lembah Klang.

g) Pendidikan alam sekitar. Pendidikan dimulakan di peringkat sekolah hinggalah ke institusi pengajian
tinggi melalui mata pelajaran Geografi, Sains atau Pendidikan Moral yang menjadi wadah untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan air , penjimatan penggunaan air dan menghargai air. Kaedah pendidikan secara tidak formal pula dijalankan melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan di luar kelas.

h) Kempen kesedaran. Kempen kesedaran perlu dijalankan oleh kerajaan melalui Jabatan Bekalan Air,
pihak swasta melalui media akhbar atau televisyen dan radio bertujuan mendidik masyarakat umum agar menyedari kepentingan penjimatan air dan penjagaan sumber air bersih. Contoh slogan kempen ialah Jimatkan Air, Jangan Bazirkan Air dan 1Negeri 1Sungai.

i) Kuat kuasa undang-undang. Hal ini disebabkan pihak berkuasa boleh memgenakan hukuman dan
denda kepada pesalah yang bertindak memusnahkan kawasan hutan dan merosakan kawasan tadahan sehingga menyebabkan berlakunya kurangan bekalan air di kawasan persekitarannya. Denda dan hukuman yang maksimum harus dikenakan tanpa sebarang kelonggaran sehingga tidak berani melakukan sebarang kerosakan terhadap alam sekitar.

j) Kaedah catuan air. Hal ini disebabkan krisis bekalan air yang kian meruncing. Justeru Jabatan Bekalan
Air negeri yang berkenaan melaksanakan kaedah catuan air untuk menjamin bekalan air yang berterusan di samping mendidik masyarakat supaya menggunakan air secara berhemah.

3.5. BANJIR KILAT MAKSUD BANJIR KILAT. Banjir kilat merujuk kepada peningkatan aras air permukaan dengan cepat disebabkan curahan air hujan yang lebat dalam satu tempoh masa yang singkat dan air surut dengan cepat selepas hujan berhenti disebabkan oleh aktiviti manusia. PUNCA-PUNCA BANJIR KILAT

a) Kekurangan kawasan telap air. Peratus kawasan telap air yang sedikit manakala peratus kawasan
yang tidak telap air yang tinggi menyebabkan kadar infiltrasi atau kadar susupan air oleh liang liang pori tanah menjadi rendah. Hal ini disebabkan permukaan bumi di kawasan bandar yang diliputi oleh tar, simen, bitumen, dan aspalt menyebabkan kadar susupan rendah manakala kadar larian permukaan tinggi. Oleh itu peratus air yang diserap ke dalam tanah menjadi rendah. Banjir terjadi apabila hujan lebat, disebabkan aliran air permukaan berkumpul dan memasuki sistem perparitan yang kurang berkeupayaan menampung air. b) Keamatan hujan tinggi. Hal ini disebabkan jumlah hujan yang turun dengan banyak dalam tempoh masa yang singkat menyebabkan sungai dan parit tidak mampu menampung hujan. Kawasan berhampiran dengan pantai juga lebih terdedah dengan banjir kilat kerana hujan yang turun ketika air laut pasang menyebabkan aliran sungai sukar keluar ke laut.

c) Kurang litupan tumbuh tumbuhan. Hal ini disebabkan litupan tumbuh tumbuhan yang kurang di
kawasan bandar menyebabkan proses pintasan atau cegatan silara kurang berkesan. Keadaan ini akan mengurangkan proses susupan atau infiltrasi air hujan ke dalam tanah. Tanpa sistem akar pokok, air hujan akan terus jatuh ke permukaan bumi tanpa halangan dan seterusnya ke sistem perparitan yang kurang berkeupayaan menampung air, menyebabkan banjir berlaku. d) Sistem perparitan tidak sempurna. Kebanyakan sistem perparitan tidak berupaya menampung banyak air dalam satu masa terutama ketika hujan lebat dalam masa yang singkat. Hal ini disebabkan pembinaan longkang dan parit di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Ipoh, bersaiz kecil, sempit, cetek dan uzur. Air akan melimpah keluar ke kawasan rendah dan menyebabkan banjir. e) Bahan buangan domestik. Hal ini disebabkan perbuatan membuang sampah sarap ke dalam longkang atau parit oleh sesetengah penduduk bandar terutama di kawasan perumahan dan premis perniagaan makanan akan menyebabkan kapasiti saliran menjadi rendah. Selain itu, sampah sarap juga menghalang pengaliran air di dalam saluran parit dan longkang di bandar- bandar seperti Kuala Lumpur, Georgetown dan Ipoh. f) Bahan buangan industri. Hal ini disebabkan pemendapan atau pengenapan pada sungai berlaku apabila bahan kumbahan atau sisa sisa daripada perindustrian dibuang, menyebabkan kedalaman sungai menjadi cetek seterusnya kapasiti sungai menjadi rendah. Keadaan ini akan menjejaskan

keupayaan sungai menampung serta mengalirkan air hujan, dan memudahkan banjir kilat berlaku seperti yang berlaku pada Sungai Gombak. KESAN BANJIR KILAT TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

a) Menjejaskan sistem pengangkutan. Hal ini disebabkan kejadian banjir kilat menyebabkan kawasan
rendah dan jalan raya ditenggelami air. Keadaan ini menyebabkan banyak kenderaan rosak, kesesakan lalu lintas berlaku dan banyak berlaku kemalangan jalan raya. Menganggu sektor perindustrian. Hal ini disebakan kejadian banjir kilat menyebabkan sektor perindustrian lumpuh dan mengalami kerugian yang banyak. Bangunan kilang, stok bahan mentah, mesin dan jentera kilang dan stok barangan siap rosak ditenggelami air banjir. Para pekerja juga mengalami kesukaran untuk ke tempat kerja dan operasi kilang terpaksa dihentikan. Menjejaskan sektor perniagaan. Hal ini disebabkan banjir kilat yang berlaku menjejaskan aktiviti perniagaan seperti pasaraya, kedai runcit, kedai makan atau gerai penjaja. Premis perniagaan dan stok barangan jualan mereka ditenggelami air menyebabkan pendapatan mereka terjejas dan mengalami kerugian. Menjejaskan sektor pertanian. Hal ini disebabkan kawasan pertanian seperti tanaman sayur-sayuran, padi, getah dan kelapa sawit turut mati atau terjejas akibat ditenggelami banjir kilat. Selain itu haiwan ternakan seperti ayam-itik, lembu dan kambing juga turut mati kerana gagal diselamatkan. Kesannya petani menanggung kerugian ribuan ringgit. Menjejaskan sektor perikanan. Hal ini disebabkan banjir kilat menjejaskan aktiviti akuakultur seperti ternakan ikan patin, tilapia dan keli di kolam atau sangkar. Ikan ternakan akan terlepas atau mati kerana air dicemari bahan-bahan pencemaran seperti sisa toksid. Kesannya nelayan/ penternak kerugian. Pelancongan dan rekreasi. Banjir kilat turut menjejaskan sektor pelancongan. Hal ini disebabkan pelancong dari dalam dan luar negara menghadapi masalah pengangkutan ke destinasi yang ingin dikunjungi. Di samping itu banyak pusat pelancongan turut ditenggelami banjir. Kegiatan harian terganggu.Hal ini disebabkan banjir kilat mengakibatkan jalan raya, sekolah, hospital, bank dan sebagainya ditenggelami air. Kegiatan harian penduduk terjejas khususnya untuk berurusan dengan perkhidmatan-perkhidmatan tersebut. Pengangkutan awam terpaksa dihentikan dan menyukarkan pekerja berulang-alik ke pejabat.

b)

c)

d)

e)

f)

g)

LANGKAH MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT

a) Memperbaiki dan menyelenggara sistem perparitan. Pihak Kerajaan Tempatan (PBT) perlu
mewujudkan satu pelan induk untuk penyediaan sistem perparitan yang lebih cekap dan sistematik bagi tujuan pembangunan bandar lestari. Sehubungan itu semua projek pembangunan mestilah mempunyai perancangan dan kajian terperinci di samping kelulusan EIA. Pihak PBT juga mesati memastikan perparitan seperti longkang, parit dan sungai siselenggara dan dibersihkan secara berkala dan berterusan. b) Mendalamkan dan melebarkan sistem perparitan. Kerja-kerja melebar, mendalam dan meluruskan sungai, parit dan longkang perlu dilakukan. Hal ini disebabkan keperluan untuk menampung kapasiti air larian permukaan yang semakin meningkat kerana kadar infiltrasi rendah disebabkan faktor kekurangan permukaan yang dapat menyerap air. c) Menghijaukan bandar. Kawasan bandar perlu ditanam lebih banyak tumbuh-tumbuhan hijau agar dapat meningkatkan kadar infiltrasi dan sekaligus dapt mengurangkan kadar larian air permukaan. Di samping itu, PBT perlu mengurangkan peratusan permukaan berturap denga n membina medan atau laluan yang berumput. Selain itu PBT perlu membina Bandar Dalam Taman dan Bandar Lestari.

d) Kawalan guna tanah bandar. Projek pembangunan di kawasan bandar perlu dikawal dan dihadkan.
Contohnya lokasi industri perlu diselerakkan atau dipindahkan ke luar bandar. Kawasan lapang dan paya pula perlu dikekalkan sebagai tempat simpanan air permukaan seperti wet land di Putra Jaya. e) Kuat kuasa undang-undang berlu dilaksanakan. Tindakan tegas seperti dendaan, penjara atau menyita premis boleh dilakukan oleh PBT dan JAS ke atas penduduk bandar, penjaja, peniaga kedai makanan, pengilang dan syarikat pembinaan yang membuang sampah-sarap serta bahan buangan ke dalam system perparitan dengan sewenang-wenangnya. f) Kempen kesedaran. PBT dan JAS perlu menjalankan kempen kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan kebersihan melalui ceramah, poster dan papan tanda peringatan. Penduduk perlu disedarkandan dididik agar tidak membuang sampah-sarap dan sisa kumbahan ke dalam sistem perparitan agar tidak tersumbat dan mengganggu aliran airnya. g) Pendidikan alam sekitar. Pendidikan dimulakan di peringkat sekolah hinggalah ke institusi pengajian tinggi melalui mata pelajaran Geografi, Sains atau Pendidikan Moral yang menjadi wadah untuk menyemai kesedaran tentang kepentingan penjagaan alam sekitar untuk menggelakan kejadian banjir kilat daripada berlaku dan banyak mendatangkan kesan negative kepada penduduk . Kaedah pendidikan secara tidak formal pula dijalankan melalui aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan di luar kelas. 3.6. KEPENTINGAN SUMBER AIR TERHADAP AKTIVITI MANUSIA

a) Kegunaan domestik. Hal ini disebabkan Jabatan Bekalan Air (JBA) bertanggungjawab membekalkan
sumber air dari loji rawatan air kepada penduduk di Malaysia melalui sistem paip rumah ke rumah untuk kegunaan seharian seperti memasak, mencuci pakaian, dan sebagainya . Selain melalui JBA, penduduk juga mendapatkan sumber air dari sungai, perigi, dan tasik. Sesetengah negeri menswastakan pengurusan air untuk menjamin kecekapan pengurusan air seperti Selangor kepada PUAS Sdn. Bhd, dan Kelantan kepada Air Kelantan Sdn. Bhd. Aktiviti pertanian. Hal ini disebabkan bekalan sumber air mempengaruhi aktiviti pertanian sesebuah negara. Bagi negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia yang menerima hujan lebat(2 030mm), aktiviti pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun. Empangan-empangan telah dibina untuk menakung dan menyimpan air hujan bertujuan membekalkan air untuk pertanian pada musim kemarau. Empangan lazimnya dibina di kawasan tadahan hujan di hulu-hulu sungai utama. Antara empangan yang dibina bagi mengairi padi sawah ialah Empangan Pedu dan Empangan Muda di Kedah dan Empangan Kemubu di Kelantan. Aktiviti penternakan ikan atau akuakultur. Hal ini disebabkan air tawar, empangan, tasik, kolam dan sungai berfungsi sebagai sumber bekalan ikan air tawar semula jadi selain menjadi tempat penternakan ikan dalam sangkar. Pelbagai jenis ikan air tawar diternak di dalam sangkar seperti ikan patin dan tilapia giat dijalankan di Sungai Pahang dan Sungai Kelantan. Selain dapat membekalkan sumber ikan negara, aktiviti ini juga menjana sumber pendapatan dan peluang pekerjaan kepada masyarakat. Akuakultur juga turut dijalankan di kawasan lombong tinggal di Lembah Kinta dan di tali air atau parit yang membekalkan air ke kawasan sawah padi seperti MADA di Kedah. Aktiviti perindustrian. Hal ini disebabkan sumber air banyak digunakan dalam aktiviti perindustrian di negara kita yang pesat dijalankan di Bayan Lepas, Kulim, Shah Alam, dan Johor Bharu. Sesebuah kilang hanya akan beroperasi jika mendapat bekalan air yang banyak dan berkekalan. Selain digunakan dalam industri kecil dan sederhana (IKS) seperti industri batik dan keropok, air juga digunakan sebagai bahan pencuci dalam industri pemprosesan kertas dan petrokimia serta penyejuk bagi enjin dan generator kilang. Aktiviti janakuasa hidroelektrik (KHE). Hal ini disebabkan sumber air dijadikan sumber alternatif bagi menjana tenaga elektrik untuk kegunaan domestik dan industri melalui pembinaan empangan. Hal ini disebabkan kekurangan sumber bahan mentah seperti arang batu, petroleum, dan gas asli dan kos yang

b)

c)

d)

e)

tinggi untuk menjana tenaga elektrik. Sumber KHE adalah murah, bersih dan berterusan. Antara empangan yang dibina ialah Empangan Kenyir di Terengganu, Empangan Chenderoh di Perak, dan Empangan Pergau di Kelantan. f) Aktiviti pengangkutan. Hal ini disebabkan jalan air merupakan jalan pengangkutan terpenting sejak dari dahulu. Selain menjadi penghubung antara kawasan, jalan air juga digunakan untuk mengangkut barang keperluan penduduk, membawa keluar barangan hasil pertanian, pembalakan, dan sebagainya. Sistem pengangkutan air masih murah, mudah, dan dijadikan jalan utama bagi kawasan pedalaman atau sukar dihubungi oleh jalan darat seperti Sungai Rajang di Sarawak, Sungai Kinabatangan di Sabah, Sungai Pahang dan Sungai Kelantan. g) Aktiviti pelancongan dan rekreasi. Hal ini disebabkan sumber air yang banyak dan menarik menyumbang kepada aktiviti pelancongan. Sungai dijadikan sebagai pusat pelancongan melalui pelbagai aktiviti termasuk memancing dan sukan air seperti berkayak, jet ski, dan berakit. Manakala air terjun seperti Air Terjun Lata Kijang, Sekayu dan Gunung Stong, Jeli menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain itu, empangan seperti Empangan Pedu dan Empangan Kenyir juga menjadi tarikan pelancong. Aktiviti pelancongan yang pesat mampu memajukan industri perhotelan, pembinaan chalet, resort,dan homestay.

You might also like