You are on page 1of 44

BAB 4 SUMBANGAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR Prof.Madya Dr.

Hajah Hanipah Hussin Pusat Bahasa dan Pembanguanan Insan Universiti Teknikal Malaysia Melaka, (UTeM) Jalan Hang Tuah Jaya. Ayer Keroh. 75450.Melaka 4.0 PENDAHULUAN

Sumbangan Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin kepada negara pada awal zaman kemerdekaan merupakan satu perkara yang penting kepada pembangunan

sosio-ekonomi di Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai pegawai di beberapa buah negeri seperti Melaka, Perak, Serawak dan Pahang. Beliau adalah pelaksana yang menjalankan amanah dan tanggungjawab bagi memajukan negara, bangsa dan agama. Walaupun pada peringkat awal, tugas dan tanggungjawab itu sukar tetapi dengan kerjasama semua pihak dan jabatan, tugas seperti mendidik di sekolah, menyeru supaya penduduk luar ke kelas dewasa dan membasmi buta huruf di luar bandar, rajin belajar dan menuntut ilmu bukan perkara yang mudah. Apa yang sukar dalam proses membasmi buta huruf adalah menukar minda rakyat jelata supaya inginkan perubahan pada diri sendiri. Perubahan yang dimaksudkan adalah perubahan yang positif.

Perubahan minda untuk berjaya dan menjayakan kejayaan seperti bangsa lain, membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar merupakan tugas kemanusian yang berat pada awal abad ke 20. Pada abad ini semua bangsa di dunia sedang bangun dari kesakitan peperangan dunia kedua. Negara Jepun yang kita kenali sebagai satu bangsa yang cepat mengambil langkah untuk maju misalnya banyak mempelajari strategi membangunkan bangsa dan negaranya dari negara-negara di Eropah dan United Kingdom. Mereka pergi ke merata dunia walaupun kebanyakan negara yang bersekutu dengan negara Britain adalah musuh mereka dalam Perang Dunia Kedua. Orang Jepun sanggup menterjemahkan buku-buku dan 69

manual kerja dari negara Jerman dan Amerika hanya untuk mempelajari cara dan bagaimana kemajuan kejuruteraan negara musuhnya berjaya

mengalahkannya semasa Perang Dunia Kedua. Atas semangat Asia boleh maju inilah, orang Melayu telah bertindak cepat untuk memajukan bangsanya. Oleh itu jika kita menyingkap sejarah kita akan bertemu beberapa anak Melayu yang menjadi nadi dalam poses merealisasikan rancangan demi rancangan pemimpin atasan. Atas kegigihan beberapa pegawai atasan dan kerjasama dengan pihak-pihak yang sama wawasannya dalam kerajaan, pengisian 50 tahun kemerdekaan Malaysia mencapai objektif asalnya. Selain dari sumbangannya di bidang pendidikan dan pembelajaran dewasa, sumbangan Tan Sri Ahmad Nordin yang paling menonjol sebelum

beliau menceburkan diri dalam arena politik adalah usahanya menjayakan Rancangan Malaysia Kedua yang memberi tujahan utama kepada membasmi buta huruf dan membasmi kemiskinan rakyat. Penekanan yang diberi pemberatan adalah pembangunan luar bandar. Di bawah ini Rajah 4.1 menggambarkan dua kuasa besar yang menakluk Negeri Melaka. Rajah 4.1 Penaklukan Inggers dan Jepun ke atas Tanah Melayu TEMPOH: Inggeris selama 123 tahun bermula tahun 1824 hingga 1957. FAKTOR: Memonopoli hasil ekonomi dan perdagangan bijih timah. SISTEM PENTADBIRAN: Mewujudkan Negeri-Negeri Selat(Singapura,Pulau Pinang,Melaka). Sistem Residen diperkenalkan. Mewujudkan negeri-negeri Melayu Bersekutu dan Tidak Bersekutu Dasar Disentralisasi. KESAN: Perubahan pengaruh politik. Pembangunan ekonomi Perkembangan sosial Persaingan ekonomi dan pengagihan kekayaan adil. TEMPOH:Jepun Bermula pada 8 Disember 1941 hingga 5 Ogos 1945. FAKTOR: Untuk memonopoli sumber ekonomi SISTEM PENTADBIRAN: Berbentuk ketenteraan untuk mewujudkan konsepAsia untuk Orang Asia. memonopoli ekonomi untuk biaya ketenteraan Tanah Melayu ditadbir sebagaiMalai Baru. Singapura sebagai Syonan. KESAN : Kesan ekonomi. Kesan sosial Kesan politik

70

Tan Sri Ahmad Nordin menyatakan bahawa dua penjajah Ingers dan Jepun telah memberi banyak pengalaman dalam perjalanannya menjadi seorang pemimpin. Rajah 4.1 menjelaskan bahawa orang Melayu menjadi lebih peka kepada diri dan harga diri bangsa Melayu itu apabila Jepun memasuki sistem pentadbiran Inggeris di Malaya. Intervention ini membawa gangguan dan kekacauan dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu dan lebih dahsyat lagi kehadiran Jepun dalam masa kurang dari tiga tahun telah membuka mata dan mendesak fikiran orang-orang Melayu berpendidikan tinggi untuk berfikir

panjang dan membuat beberapa soalan kepada diri sendiri terhadap konsep penjajahan dan masa hadapan diri dan keluarga. Tan Sri Ahmad Nordin berpengalaman bertukar sekolah rendah kerana sistem pentadbiran sekolah dalam sistem Jepun bersifat collective dan central. Jadi ramai orang Melayu ketika di dalam sistem pendidikan Jepun menjalani gangguan etnik dan mengalami pluraliti bangsa. ( interview 20 Mei 2007). Pluraliti bangsa bermakna membuat anjakan terhadap unsur-unsur etnikseperti cara berpakaian,cara makan, kesenian dan nilai estetika jua berubah. Proses perubahan ini dinamakan proses akamodasi dan asimulasi budaya.

4.1

SEBAGAI GURU SEKOLAH MENENGAH INGGERIS 1958

Sebelum kemasukan British ke Tanah Melayu, sistem pendidikan di negara ini adalah secara informal. Selepas kemasukan British, beberapa sistem pendidikan di Tanah Melayu telah diperkenalkan. Akibat dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan, sistem pendidikan di Tanah Melayu juga terpisah. Sekolah Vernakular Melayu ditubuhkan pada tahun 1856, menyediakan pendidikan asas selama 4 tahun dan mendapat bantuan penuh kerajaan. Sekolah Vernakular Cina yang pertama pula telah dibina pada tahun 1816 di Melaka. Penubuhan sekolah ini tidak melibatkan Kerajaan British, tetapi diwujudkan hasil usaha 71

orang perseorangan yang kaya dan pertubuhan-pertubuhan masyarakat Cina sendiri. Pada tahun 1920, Kerajaan British meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah untuk mengawasi perkembangan sekolah Cina yang mula dipengaruhi oleh politik negara China. Penubuhan Sekolah Vernakular Tamil berlaku dengan pesat selepas kemasukan beramai-ramai buruh India ke Tanah Melayu untuk bekerja di ladang-ladang. Namun bilangan pelajar adalah rendah akibat sikap ibubapa yang tidak perihatin pada pendidikan. Wujudnya juga Sekolah Aliran Inggeris di Tanah Melayu. Terdapat 2 jenis sekolah, iaitu sekolah yang ditubuhkan oleh pendakwah-pendakwah Kristian dan sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan. Sekolah ini bermutu tinggi dan mendapat bantuan kewangan dari kerajaan dengan banyaknya. Pada peringkat awal, Kerajaan British telah memperkenalkan Rancangan Cheeseman iaitu untuk menjadikan sekolah Inggeris, sebagai asas penyatuan persekolahan di Tanah Melayu. Namun rancangan ini tidak dapat dilaksanakan. Penyata Barnes telah diperkenalkan pada tahun 1950 dan bertujuan untuk menyarankan persekolahan peringkat rendah digunakan untuk usaha penyatuan dan dijadikan agen pembina bangsa Malaya. Kerajaan bercadang membentuk satu pelajaran yang betul-betul bercorak kebangsaan. Penyata ini

mencadangkan satu corak sekolah rendah sahaja ditubuhkan iaitu Sekolah Kebangsaan yang akan dibuka kepada kanak-kanak semua bangsa, diajar oleh guru-guru dari pelbagai bangsa dan menggunakan dua bahasa penghantar iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini bermaksud sekolah vernakular dihapuskan. Penyata ini juga mencadangkan tempoh persekolahan wajib dimulakan pada usia 6 tahun dan pelajaran diperingkat rendah adalah percuma. Peringkat Menengah pula akan menggunakan Bahasa Inggeris. Selepas pilihan raya 1955, Parti Perikatan yang memegang kuasa pentadbiran telah memperkenalkan satu sistem pengajaran yang seragam. Pada peringkat ini, dasar-dasar pendidikan peringkat kedua telah diperkenalkan dengan menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan yang telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak (Menteri Pendidikan pada ketika itu) yang telah mengeluarkan

72

suatu penyata yang dinamakan Penyata Razak pada 16 Mei 1956 dan telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Perundangan Persekutuan. Pada perkembangan sistem pendidikan Fasa Pertama, bilangan pelajar sekolah rendah telah meningkat daripada 211,000 kepada 938,000. Peningkatan ini berlaku disebabkan kemasukan pelajar perempuan Melayu. Bilangan pelajar sekolah menengah mengikut kaum pula tidak seimbang dengan bilangan pelajar sekolah aliran Melayu seramai 13000 orang, sekolah aliran Cina seramai 34000 orang dan sekolah aliran Inggeris seramai 152000 orang. Sebagai langkah seterusnya, Ketua Penasihat Pelajaran pada ketika itu, Aminuddin Baki telah berusaha untuk meningkatkan mutu pendidikan dan penglibatan pelajar Melayu diperingkat sekolah menengah dengan membina 3 buah sekolah aliran Melayu berasrama penuh. Pada perkembangan sistem pendidikan Fasa Kedua pula, sistem pendidikan di negara ini telah dipengaruhi oleh 3 faktor utama, iaitu peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dasar Ekonomi Baru dan Laporan Jawatankuasa Mengkaji Keciciran atau Laporan Murad pada tahun 1973. Kerajaan mula menyedari tentang kepentingan peranan pendidikan dalam mewujudkan perpaduan kaum dan merapatkan jurang taraf hidup dikalangan rakyat selepas tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Kerajaan berusaha mewujudkan integrasi nasional melalui Rancangan Malaysia Kedua, berasaskan prinsip Rukun Negara. Melalui rancangan ini, beberapa rancangan telah dilaksanakan. Antaranya ialah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di universiti-universiti tempatan yang telah wujud pada ketika itu, sebagai contoh Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Biasiswa juga disediakan bagi pelajar yang kurang berkemampuan bagi mengelakkan keciciran di kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dari segi kewangan, tetapi mempunyai potensi yang baik dalam bidang pelajaran. Selain universiti yang telah ada, beberapa universiti baru telah diwujudkan, iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat.

73

Pada tahun 1974, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan yang telah diketuai oleh Dr. Mahathir Mohamad (Menteri Pelajaran pada ketika itu) telah mencadangkan 2 matlamat utama iaitu pendidikan digerakkan ke arah pembangunan tenaga manusia untuk memenuhi keperluan pembangunan negara terutamanya dalam bidang

perusahaan dan memperlihatkan pendidikan sebagai pembentuk akhlak yang mulia melalui disiplin dan latihan selain bertujuan untuk mencari ilmu. Berdasarkan laporan tersebut, Kementerian Pendidikan melancarkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan pada tahun 1989, Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) mula diperkenalkan. Perkembangan pendidikan pada akhir era 80-an adalah bertujuan membentuk masyarakat berpengetahuan dan berpendidikan serta berperanan dalam pembangunan negara berdasarkan Falsafah Pendidikan Negara yang menyatakan Pendidikan adalah usaha berterusan ke arah mengembangkan potensi individu secara menyeluruh dalam melahirkan Rakyat Malaysia yang sejahtera terhadap keharmonian dan kemakmuran seluruh Masyarakat Malaysia. A. Sistem Pendidikan yang Berasingan Sehingga Laporan Razak 1956, tiada terdapat satu sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlainan, iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Umumnya, setiap golongan etnik menghantar anak-anak mereka ke sekolah rendah yang

menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Justeru itu, murid-murid kecuali di sekolah Inggeris tidak berpeluang bercampur gaul dengan murid dari kumpulan etnik lain. Kurikulum bagi setiap jenis sekolah tersebut adalah berlainan. Sekolah Melayu menitikberatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira manakala kurikulum sekolah Cina dan India adalah berasaskan apa yang terdapat di negara masing-masing. Ini telah menghasilkan pandangan dunia yang berlainan serta memperkukuhkan lagi keperibadian etnik di kalangan pelajar Cina dan India. Tiada terdapat satu bahasa penghantar yang tunggal dalam sistem sekolah beraneka bahasa. Sekolah-sekolah Inggeris, Melayu, Cina dan India 74

menggunakan bahasa tersendiri sebagai bahasa pengantar. Ketiadaan satu bahasa pengantar yang tunggal sehingga tahun 1970 telah menjejaskan persefahaman dan perhubungan yang erat antara kaum. Malahan, sistem pendidikan sebelum merdeka tidak menitikberatkan pencapaian objektif

perpaduan. Kerajaan British tidak berusaha untuk memperkenalkan satu kurikulum yang dapat membentuk keperibadian dan perwatakan murid yang diingini bagi memupuk perpaduan. Faktafakta di atas menunjukkan bahawa aliran pendidikan negara ini di zaman British saling berasingan dan memisahkan pandangan antara kaum. British tidak bercadang untuk menyatukan semua kaum dalam satu pendidikan dengan satu fahaman kerana ini boleh melahirkan semangat perpaduan yang ditakuti oleh pihak British ketika itu. Justeru itu amat jelas kepada kaum masing-masing bahawa mereka warganegara asal dan hanya berhijrah untuk mencari rezeki dan bukan untuk bermastautin. Fahaman ini juga menyebabkan mereka tidak terlalu mengambil berat tentang soal perpaduan dan pendidikan tempatan. Di antara tahun 1946-1957, beberapa jenis latihan guru dirancang oleh Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu untuk menampung keperluan guru di sekolah rendah dan menengah. Selain dari latihan guru Melayu di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, dan Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka, Kelas Normal dibuka di beberapa tempat bagi melatih guru bagi sekolah jenis aliran bahasa. Bagi melahirkan guru yang boleh fasih berbahasa Inggeris untuk sekolah aliran Inggeris, sebahagian latihan guru diadakan di luar negara. Kerajaan telah meminjam Maktab perguruan Kirkby pada 1951 dan Maktab Perguruan Brinsford Lodge pada 1955 di Wolverhampton, England. Manakala Maktab Perguruan Kota Bahru dibina pada 1954 di negeri Kelantan bagi melatih guru-guru sekolah menengah rendah. Pada tahun 1955, Tan Sri Ahmad Nordin telah berangkat ke England bagi melanjutkan pelajaran beliau dalam bidang perguruan. Pada tahun 1958, beliau balik ke Melaka dan melaporkan diri ke Jabatan Perkhidmatan Awam Persekutuan Tanah Melayu. Beliau ditugaskan ke Sekolah Menengah St.

75

Francis, Melaka. St. Francis Institution, merupakan sekolah aliran Bahasa Inggeris. Beliau merupakan anak jati Melaka yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan perkembangan sistem Pendidikan Kebangsaan di

Persekutuan Tanah Melayu.

..tersenyum lebar... semasa menjadi guru di Sekolah St.Francis Melaka.

Pada tahun 1958 bila mana Ahmad Nordin (Tan Sri) mula menjadi guru, Tanah Melayu baru mencapai kemerdekaannya pada tanggal 31 Ogos 1957. Ketika itu perkembangan sistem Pendidikan Kebangsaan melaksanakan Laporan Razak. Laporan Razak diumumkan pada tahun 1956. Laporan Razak menetapkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan mengiktiraf Bahasa Cina, Bahasa Tamil dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah aliran mereka masing-masing. Semasa menjadi guru di St. Francis Encik Ahmad Nordin (Tan Sri) sangat digemari oleh para pelajar kerana beliau mudah didekati. Apabila ditanya kepada beliau mengapa pendekatan serupa itu menjadi amalan beliau, (Interview Julai 2007) Tan Sri Ahmad Nordin dengan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa para pelajar perlu diberi peluang bercakap secara peribadi dengan guru jika 76

guru ingin mencungkil latar belakang pelajar dan dengan cara itu, mudah bagi seorang guru untuk mengambil tindakan untuk membantu pelajar. Pada beliau apabila seorang pelajar ingin bercakap dengan guru, itulah masanya guru menasihatkan pelajar dengan menggunakan psikologi dan pelajar akan rasa bahawa mereka adalah pelajar istimewa. Gambar di bawah menunjukkan Ahmad Nordin (Tan Sri) duduk di tengah dalam barisan tiga mubaligh Kristian. Guruguru senior selain daripada orang Inggeris adalah orang Cina dan India. Guru Melayu sangat kurang, seorang dua sahaja.

....belum ramai guru dan murid Melayu di sana...........

Menjadi guru Kelas Form 4 B pada tahun 1961

Gambar di atas adalah nyata menunjukkan ciri-ciri sekolah menengah Inggeris sebelum merdeka. Zaman pre-kemerdekaan merupakan satu zaman transisi. Dalam gambar di atas dapat dilihat hampir 70% pelajar berbangsa Cina, 20% berbangsa India dan hanya 10% berbangsa Melayu. Perubahan struktur pemikiran masyarakat dan mobiliti sosial masyarakat pada hari ini bergantung kepada bagaimana peluang di zaman dahulu digembeling. Tan Sri Ahmad Nordin menyatakan sesiapa yang mampu bekerja keras, berfikiran jauh dan 77

mengambil peluang belajar dari sistem pendidikan orang Inggeris di masa itu terbukti menjadi peneraju dan tokoh masyarakat di Malaysia pada hari ini. Tan Sri Ahmad Nordin adalah pelaksana kepada peringkat pertama Laporan Razak 1956. Mengikut beliau penggubalan satu sukatan pelajaran yang sama untuk semua sekolah dilaksanakan pada masa itu. Guru-guru diberi Kursus Pendedahan dan Kursus Kefahaman Dasar Pelajaran Kebangsaan untuk mereka lebih faham terhadap sistem pendidikan yang disyorkan dalam Laporan Razak ketika itu. Beliau juga memberi kerjasama antara ahli bahasa dan pendidik bagi menghasilkan buku teks supaya dapat digunakan di sekolah-sekolah

kebangsaan walaupun demikian beliau menjadi rujukan dalam pelaksanaan mata pelajaran Bahasa Melayu kerana pelajaran bahasa kebangsaan diwajibkan untuk semua jenis sekolah rendah dan percubaan dijalankan di beberapa sekolah menengah di sekitar negeri Melaka. Ketika ditanya mengapa tidak ramai anak Melayu berada di sekolah St. Francis ketika itu, beliau hanya tersenyum tetapi menambah dengan penyataan bahawa benar ketika beliau menjadi guru di St. Francis pada 1958, tidak ramai pelajar Melayu, (Temubual-19 Mei 2007). Adalah jelas bahawa, yuran sekolah yang tinggi ketika itu mungkin membantutkan mobiliti pendidikan orang Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Atas. Pelajar di Sekolah Inggeris dikehendaki membayar yuran sebanyak RM2.50 sebulan bagi pelajar di Sekolah Menengah Inggeris (bantuan penuh) mereka dikehendaki membayar RM5.00 sebulan sebagai yuran sekolah. Selain dari yuran pelajaran, pelajar harus juga membayar yuran untuk permainan, seni lukis dan kraf tangan, perpustakaan, sains dan sebagainya. Bagi sekolah menengah Inggeris kadar bayaran maksimum ialah RM9.00 setahun (Mok Soon Sang: 1991). Dengan itu, hanya pelajar yang tinggal di bandar sahaja yang mampu ke sekolah menengah Inggeris kerana kos pengangkutan bagi pelajar luar bandar juga adalah tinggi.

78

4.2

SEBAGAI PEGAWAI DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN MEMBASMI BUTA HURUF 1961-1973

4.2.1 PENGELOLA PELAJARAN DEWASA, MELAKA 1961

Pada tahun 1961 YAB Ketua Menteri Melaka Tun Abdul Ghaffar Baba melantik Tan Sri Ahmad Nordin menjawat Jawatan Pengelola Kelas Dewasa Negeri 79

Melaka di bawah Rancangan Malaya Kedua Pembasmian Buta Huruf dan pada tahun 1962 ditukar ke Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar di Kuala Lumpur menjawat jawatan Pegawai Latihan Guru-Guru Kelas Dewasa.

Kementerian Pembangunan Negara dan Luar bandar pada tahun 1961 di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak ketika itu memberi penekanan bagi menyediakan asas pembangunan sumber manusia di kawasan luar bandar di bawah Rancangan Malaysia Kedua. Tujuan pembangunan manusia di luar bandar adalah dengan tujuan menyokong pembangunan ekonomi berasaskan pertanian. Untuk memberi kefahaman kepada penduduk luar bandar terhadap hasrat kerajaan memajukan penduduk luar bandar, ilmu pengetahuan penduduk luar bandar perlu dipertingkatkan. Penduduk luar bandar perlu diajar membaca dan mengenal huruf. Dasar melaksanakan konsep membaca dan membasmi buta huruf di kalangan penduduk luar bandar adalah bagi mencapai matlamat berikut:-

80

i.

Menjadikan teras dalam membangunkan sumber manusia dalam tempoh pelan perancangan pembangunan lima tahun negara;

ii.

Menyediakan asas bagi melahirkan masyarakat yang menjadikan ilmu pengetahuan sebagai satu budaya serta merealisasikan wawasan negara untuk menjadi sebuah negara maju; dan

iii.

Memberikan

galakan

pendidikan

sepanjang

hayat

dengan

menyediakan kemudahan menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan asas kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal.

Aktiviti pertama yang diusahakan oleh Tan Sri Ahmad Nordin sebagai Pengarah KEMAS ialah menganjurkan `Ujian Membaca bagi orang-orang dewasa di peringkat kampung. Gambar di bawah menunjukkan peserta ujian membaca di Melaka pada tahun 1962. Aktiviti KEMAS yang dilaksanakan pada tahun 1961 dan 1962 di peringkat negeri dan Kebangsaan telah membawa kepada aktiviti yang lebih kompleks yang dinamakan Pendidikan Sepanjang Hayat (PHS). PHS telah sedikit sebanyak menjadi budaya dalam masyarakat negeri Melaka (Hanipah 2005). Dalam program membaca 2005 yang telah diadakan oleh Perpustam bersama PERPUSTAM, beliau mendapati pembelajaran dewasa dan PSH telah dilaksanakan oleh sebahagian keluarga dan individu di Negeri Melaka.

Ciri-Ciri Pembelajaran Sepanjang Hayat Berdasarkan kepada pandangan di atas, PSH dapat disimpulkan kepada proses pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: 1) Pembelajaran bersifat disengajakan dan sedar ianya satu proses pembelajaran yang mempunyai kurikulum dan pedagogi tersendiri. Ia bersifat formal dan bukan formal 2) Pembelajaran adalah perkara yang jelas dan tetap. Mempunyai matlamat dan diikuti untuk mencapai tujuan

81

Pelajar mengaplikasikan ilmu dipelajari mengikut perubahan dan kesesuaian masa. Ia adalah satu proses yang berterusan.

3) Membantu dalam perubahan meta kognisi. Ia membawa kepada perubahan tingkah laku kerja dari kurang mahir kepada lebih mahir. Dari satu kemahiran kepada pelbagai kemahiran; dan dari peringkat rendah ke peringkat yang lebih tinggi. 4) Membantu kepada perubahan nilai dan sikap. Mendorong perubahan minda, falsafah , kepercayaan dan pendapat pada satu-satu perkara.

Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Masyarakat Islam Hadhari

Tan Sri Ahmad Nordin

juga bersetuju bahawa pembelajaran sepanjang

hayat juga dianggap sebagai aktiviti intrinsik yang bernilai, suatu yang baik di dalam diri dan dianggap sebagai alat bagi mencapai matlamat ekstrinsik. Inilah 82

sebenarnya konsep Islam Hadhari yang dituntut oleh Falsafah Pembelajaran Sepanjang Hayat seperti ditunjukkan oleh Rajah 4.2 di bawah. Salah satu pendekatan bagi pembelajaran sepanjang hayat adalah menegaskan penekanan utamanya pada promosi kemahiran dan kompetensi. Kompetensi dalam berkomunikasi menggunakan multi-language dan kompetensi dalam teknologi menggunakan hybrid technology dan multi-skilling. Dengan kata mudah, kebolehan dalam pelbagai persembahan spesifik dan aktiviti yang mempunyai kaitan secara langsung dengan pembangunan multi-based knowledge dalam menjana ilmu yang boleh menjana nilai tambah kepada pemegangnya. .

Rajah 4.1: Falsafah Pembelajaran Sepanjang Hayat Dalam Islam Hadhari ALLAH Prinsip Maqasidal Syariah menjaga, memartabat dan memperkasa Agama Akal Nyawa Harta Keturunan

Konsep hidup sebagai pengabdi ilmu

kemahiran MANUSIA

nilai MASYARAKAT

Konsep Kerja dan Belajar Sebagai Ibadah

Sumber : Hanipah, 2005

Secara teorinya pembelajaran dewasa yang efektif memerlukan input ekstrinsik dan intrinsik. Sesungguhnya, ia melibatkan keseluruhan (DAMN) Cycle: Desire 83

(Keinginan) dan Ability (Kemampuan) untuk belajar daripada pihak pelajar, Means (Makna) bagi menyokong pembelajaran dan pengertian terhadap Need (Keperluan) bagi merangsang kesemua aspek ini. Dalam gambarajah 4.1 di atas idea terhadap falsafah pembelajaran sepanjag hayat dalam Islam Hadhari menekankan prinsip maqasidal syariah ia itu menjaga, memartabatkan dan memperkasakan agama, akal, harta, nyawa, harta dan keturunan. Menurut beliau lagi apabila program pembelajaran dewasa telah dirancang ianya adalah telah mengambil kira elemen-elemen seperti dalam rajah seperti di bawah.

Rajah 4.2: Rekabentuk Sokongan (Scaffold) Terhadap Proses Pembelajaran Sepanjang Hayat Yang Efektif

Keinginan Desire

Keperluan Need

Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kemampuan Ability

Makna Means

84

Secara keseluruhannya, pembelajaran sepanjang hayat perlu digambarkan berdasarkan rekabentuk cycle yang mempunyai ciri-ciri (DAMN) seperti yang ditunjukkan oleh Rajah 4.2 di atas. Ini bermakna DAMN Cycle membentuk keseluruhan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang efektif.

Keinginan Tan Sri Ahmad Nordin sering bertanya, mengapa manusia belajar? Mungkinkah belajar itu ada kaitan dengan naluri? Kerana pada pandangannya belajar melibatkan keinginan, keperluan intelektual dan perkara yang mahu dicapai. Keinginan untuk belajar, kecenderungan semula jadi individu dan bergantung pada diri mereka, manusia secara naturalnya meneruskan pembelajaran kecuali dalam keadaan yang tidak mengizinkan. Perkara yang disesalkan adalah mereka yang terdedah kepada perkara yang dapat menumpulkan atau menghancurkan keinginan ini. Pengalaman pembelajaran yang positif membangunkan keyakinan diri dan ketekunan untuk belajar.

Kemampuan Sebagai seorang pedagogi, saya pula sering mencari jawapan terhadap bagaimana manusia belajar? Ahli psikologi kognitif seperti Burner, Ausabel dan Piaget dari Amarika dan Naom Chomsky dari Rusia menekankan kesedaran orang yang belajar, belajar bukan sahaja menerima maklumat, tetapi menghasilkan makna daripadanya. Model yang logik berkenaan dengan peralihan dari pemusatan kepada jurulatih kepada pemusatan kepada pelajar mempunyai implikasi penting untuk membuat teori dan strategi. Untuk berdikari dalam pembelajaran sepanjang hayat, pelajar perlu membangunkan minda yang dapat membawa mereka kepada jawapan dan penyelidikan. Pelajar perlu belajar berfikir secara kreatif dan imaginatif.

85

Makna Rekaan infrastruktur yang baik menggalakkan perkembangan pembelajaran yang pesat di kalangan masyarakat. Kumpulan komuniti dan profesional dalam organisasi mempunyai had dalam menyediakan pembelajaran sepanjang hayat di mana ia lebih banyak kepada asas tidak formal. Bagi para pelajar, mereka melihat ia sebagai minat untuk melibatkan diri dalam usaha menyediakan kemudahan pembelajaran sepanjang hayat bagi mengekalkan kualiti yang tinggi di tempat kerja.

Keperluan Pembelajaran Dewasa dan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Laporan dari PBB dan UNESCO menyatakan bahawa Suruhanjaya Antarabangsa Mengenai Pendidikan Bagi Abad Ke -21 bertajuk Learning: The Treasure Within. Sangat memberangsangkan. Intisari kepada laporan tersebut mencerminkan bahawa PSH menjadi kunci kepada pembangunan sumber manusia di negara membangun dalam Abad Ke-21. Menyedari PSH menjadi penting bagi memastikan kekayaan dan kemakmuran sesebuah negara, Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan proaktif dengan mengubal dasar di mana PSH menjadi teras utama dalam perancangan pembangunan negara. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) bagi tempoh 20012010 dan Dasar Wawasan Negara (DWN) adalah merupakan rangka pembangunan negara jangka panjang bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi dan persekitaran ekonomi berasaskan pengetahuan. Mengenang kembali apa yang telah dibuat pada tahun 1961, Tan Sri Ahmad Nordin menunjukkan beberapa keping gambar menunjukkan beliau sedang bersyarah untuk berkempen di hadapan penduduk kampung di beberapa tempat di negeri Melaka dalam menjayakan Kempen Membaca dan

menyedarkan masyarakat untuk membasmi buta huruf di kalangan ahli keluarga mereka.

86

Gambar di atas menunjukkan Ahmad Nordin (Tan Sri Datuk Wira) sedang memberikan syarahannya.Kempen Membaca. kepada masyarakat kampung di negeri Melaka menyadarkan masyarakat kepada peri pentingnya belajar untuk membaca dan Pelajaran Dewasa, membasmi buta huruf.....di Negeri

Melaka........pada 1961

87

Gambar di atas menunjukkan Isteri ( Puan Seri Datin Wira Halijah Aji) menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang dalam peraduan membaca pada tahun 1962, semasa Tan Sri Datuk Wira berkhidmat di Kuala Lmpur sebagai Pegawai Latihan di Kementerian Pembangunan Negara. Dan Luar Bandar.

4.2.2 SEBAGAI PEGAWAI LATIHAN DI NEGARA DAN LUAR BANDAR

KEMENTERIAN PEMBANGUNAN

Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin adalah seorang contoh yang merupakan pelaksana kepada apa yang difahamkan sebagai pembelajaran sepanjang hayat. Dari seorang guru di sekolah Inggeris St. Francis, Melaka, beliau belajar bagaimana untuk menjadi pentadbir yang cekap. Semasa bertugas sebagai sebagai pegawai latihan di Kementerian Pembangunan Negara dan Luar bandar sekitar tahun 1960an hingga 1970an, beliau telah banyak membaca perkaraperkara yang berkaitan dengan undang-undang. Sehingga akhirnya beliau dapat melanjutkan pelajarannya di University of Middle Temple, England dalam bidang undang-undang. Semasa menuntut

jurusan undang-undang pula beliau telah belajar ilmu politik dan usaha beliau telah membawa beliau ke dunia politik. Sehingga hari ini setelah menjadi ahli politik beliau belajar pula ilmu keusahawanan dan beliau berjaya menjadi Pengarah utama kepada syarikat NORDIN GROUP. Beliau tidak berhenti pada paras ini, usaha untuk belajar diteruskan lagi dalam bidang kemasyarakatan dan keagamaan. Tidak hairan kalau pada hari ini Tan Sri Datuk Wira Nordin Ahmad dapat membaca surah Al-Quran dan berbahasa Arab. Katanya sebagai

tambahan, dengan teknologi yang canggih pada abad 21 ini semuanya tidak mustahil untuk dipelajari. 88

God does not expect ordinary man to do miracle but God expect ordinary man to do ordinary thing extra ordinary well. (Temubual Ogos 2007)

Bersalaman dengan Tun Sardon Jubir, Menteri Perhubungan dan Pengangkutan 1962 Sebelum berangkat ke India untuk meneruskan usaha pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang kemasyarakatan.

Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin dipilih mewakili MAYC menghadiri WORLD Assembly of Youth (WAY), pada tahun 1962. Beliau telah bertemubual dengan YB Datuk (TUN) Sardon Jubir dan mendapat arahan sebelum berlepas ke India. Hasil daripada lawatan beliau ke Patna India, beliau mendapati bahawa orang kampung di Patna menggunakan perkhidmatan seorang pengerusi untuk mengumpulkan hasil-hasil pertanian untuk dikumpulkan dan ditaksirkan

seterusnya dijual kepada pihak tertentu untuk mengelakkan orang tengah. Anak tempatan yang berkebolehan membuat keputusan akan dipilih untuk membantu dalam menerangkan kepada penduduk kampung tujuan projek daerah mereka, pengerusi ini juga membentuk jawatankuasa pelaksanaan dalam hal memajukan pertanian seperti mengenal pasti baja, struktur tanah, pasaran 89

dan proses pinjaman di bank dan sistem pembayaran balik wang yang telah dipinjam ditadbir oleh jawatan kuasa ini. Cara ini benar-benar dapat membantu penduduk kampung dari dekat dan pengerusi dan jawatankuasa dapat mengenal pasti masalah kecil yang dihadapi dan segera mengambil tindakan untuk membetulkan keadaan. Cara ini telah membuat Patna menjadi daerah contoh di India dalam bidang pentadbiran pembangunan luar Bandar. Sekembalinya beliau dari Patna, India, beliau telah membawa idea yang sangat bernas kepada sistem pentadbiran dan organisasi di peringkat kampung. Kalau sebelumnya Mukim, Kampung dan Solok ditadbir secara terasing mengikut penghulu dan ketua kampung, tetapi Tan Sri Ahmad Nordin telah mengambil idea sistem dari Patna untuk dilaksanakan di peringkat kampung. Sistem Jawatan Kuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang diadakan adalah idea yang datang dari India. Sistem ini dipermudahkan sedikit dari apa yang ada di Patna dengan meletakkan organisasi JKKK terus di bawah Ketua Menteri atau Menteri sesebuah negeri. Bezanya adalah jika di Patna India Pengerusi JKKK mereka berperanan 80% ke arah aktiviti pertanian dan 20% aktiviti pentadbiran dan perbankandan kewangan. Manakala di Malaysia sistem ini telah diterima sebagai menjaga kemajuan dan keselamatan kampung. Oleh itu JKKK di Malaysia lebih berfokus kepada 80% pentadbiran dan keselamatan dan pembangunan kampung. Selebihnya adalah memenuhi agenda politik. JKKK di Malaysia adalah jawatan politik yang dilantik kepada jawatan pembangunan dan keselamatan kampung. Pengerusinya boleh mendapat arahan dari Pegawai Daerah atau

penolong Pegawai Daerah secara terus. Pengerusi juga mendapat arahan terus dari Pemimpin Negeri dan Presiden parti.

4.2.3

SEBAGAI PENGARAH KEMAS DI NEGERI PERAK PADA TAHUN 1963

Bahagian Pelajaran Dewasa yang telah ditubuhkan pada 1961, melalui kertas kabinet Bil.385/25/60 dengan memberi fokus utama kepada program 90

Pembasmian Buta Huruf. Pada masa itu, tidak ramai anak bangsa Melayu yang boleh diangkat menjadi peneraju dalam menjayakan visi dan misi kerajaan ini. Bagaimanapun Tan Sri Ahmad Nordin telah terpilih untuk memikul

tanggungjawab berat ini. Tan Sri Ahmad Nordin telah bertukar jawatan dari guru ke jawatan sebagai pegawai kerajaan di Bahagian Pelajaran Dewasa pada tahun1961. Beliau diberi tanggungjawab oleh kerajaan ketika itu untuk menganalisa beberapa laporan kabinet dan usaha pihak pemerintah ke atas kemajuan dan pembangunan penduduk luar bandar. Beliau diperlukan bagi menjadi peneraju dalam memberi idea kepada pemerintah cara bagaimana untuk menggembeling segala jentera kerajaan yang ada di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan luar bandar untuk menjadikan kawasan luar bandar produktif dan berdaya maju. Berikutan pelancaran Dasar Ekonomi Baru (1970), Bahagian ini telah ditukar namanya kepada Bahagian Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dengan penekanan kepada usaha-usaha pembangunan masyarakat dalam erti kata sebenar. Pembasmian Buta Huruf telah distruktur semula dan diperhebatkan pada tahun 1970, gerakan membasmi buta huruf ini telah dipertingkatkan dengan pengenalan konsep 'Functional Literacy' oleh UNESCO sebagai satu usaha untuk menjadikan gerakan membasmi kemiskinan sebagai salah satu strategi membangunkan masyarakat luar bandar, (Dasar Ekonomi Baru :1970).

Falsafah Pembangunan Luar Bandar ialah peningkatan kualiti hidup penduduk luar bandar melalui program-program dan usaha menjadikan kawasan luar bandar satu kawasan yang produktif, menarik, maju dan menguntungkan. Ianya harus seimbang dengan pembangunan insan yang dinamis, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran di kalangan kumpulan sasar untuk menggunakan faktor masa, sumber alam dan pengetahuan ke tahap optima. Dengan demikian, pembangunan ekonomi dan kesejahteraan hidup keluarga sentiasa cemerlang dan dalam keredhaan Tuhan. Dari dimensi ini falsafah pembangunan luar bandar 91

akan memberi fokus kepada pembangunan manusia oleh manusia. Instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumur hidup. Berasaskan pembangunan manusia secara fizikal dan mental,

kematangan akan dapat membuat manusia menggunakan faktor masa dan sumber ke tahap paling optima supaya kadar pembangunan ekonomi dan kesejahteraan kecemerlangan. Visi KEMAS adalah untuk menjadikan KEMAS sebuah organisasi yang berwibawa dalam pembangunan masyarakat. Manakala misi bagi mencapai visi tersebut adalah seperti berikut : 1. Memberikan perkhidmatan yang cemerlang melalui penggunaan dan pengurusan sumber secara optima; 2. Memperkukuhkan sikap positif dan mengamalkan nilai-nilai murni di kalangan anggota KEMAS dan masyarakat desa ke arah pembangunan yang lebih seimbang; dan 3. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta penguasaan teknologi terkini supaya masyarakat desa bijak menguruskan sumber ke tahap optima. Objektif : 1 Melahirkan masyarakat yang berilmu, berdaya tahan dan memiliki nilai-nilai murni sehingga mampu menghadapi saingan dan cabaran bagi menjadikan kawasan luar bandar maju, menarik dan hidup kendiri dan keluarganya sentiasa dalam tahap

menguntungkan; Meningkatkan perkembangan sosio-ekonomi, fizikal, intelek dan rohani serta memberi kemahiran 3M kepada 2 kanak-kanak (berumur 4-6 tahun) melalui pendidikan prasekolah; Menentukan perancangan dan pelaksanaan program dan aktiviti melibatkan penyertaan menyeluruh ahli masyarakat (peserta, ibubapa dan pimpinan tempatan. 92

3 Meningkatkan kualiti dan produktiviti kakitangan melalui kursus dan latihan dengan menggalakkan perubahan sikap dan pemakaian kaedah baru di dalam semua program dan aktiviti KEMAS Peranan 1. Mengubah sikap dan menyemai nilai murni di kalangan masyarakat untuk membina satu masyarakat yang maju, berdaya saing dan berdikari; 2. Mewujudkan inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik; 3. Melibatkan penyertaan rakyat secara aktif dalam menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan 4. Mengeratkan hubungan kerajaan dan rakyat di samping mendapatkan sokongan mereka (rakyat) terhadap usaha-usaha pembangunan negara. Strategi

Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Masyarakat Luar Bandar.

Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.

Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun Masyarakat Luar Bandar.

Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang programprogram pembangunan

Aktiviti - Aktiviti

Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) Gerakan Daya Wawasan (GDW) Bina Insan (BI) 93

Pusat Sumber Pendidikan Kemahiran (PK) Pendidikan Literasi Komputer (PLK) Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) Pendidikan Kesejahteraan Keluarga (PKK)

Perancangan & Pengurusan 2. Sumber Manusia dan Pentadbiran 3. Perolehan 4. Kewangan 5. Latihan 6. Pengurusan Maklumat 7. Pembangunan dan Perancangan

Operasi Bina Insan Pembangunan Desa Pendidikan Masyarakat Kurikulum dan Naziran Pengurusan Pemakanan Perhubungan

Banyak lagi usaha telah digembeling bagi memajukan penduduk luar Bandar di serata Tanah Melayu masa itu. Pada tahun 1963 ditukarkan ke Perak sebagai Pengelola Kelas Dewasa Negeri Perak. Jawatan itu kemudiannya diberi nama Pengarah Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Perak.

Ini pejabat baru di Perak ...1963

94

Oleh kerana sumbangan beliau di Negeri Melaka telah dapat mengubah sistem dan cara berfikir penduduk luar bandar, banyak kejayaan dalam pelajaran telah dibuktikan dan ramai lagi orang Melayu yang sedar tentang pentingnya pelajaran, maka Negeri Melaka bertambah pesat membangun. Anak-anak sibuk mengejar kemajuan dalam pelajaran dan ibu-ibu pula sibuk mengendalikan rumah tangga dengan tekun dan sabar. Negeri Melaka ketika itu menuju kemajuan. Pada tahun 1962 beliau ke Kuala Lumpur untuk menjadi pegawai pembangunan luar bandar. Pada tahun 1963 pula beliau telah diarahkan berpindah pejabat dari Kuala Lumpur ke negeri Perak. Negeri Perak semasa itu telah pun sedikit sebanyak membangunkan penduduk luar bandar yang rata-rata adalah penduduk Melayu. Tan Sri Ahmad Nordin telah mengumpul kekuatan pasukan dan telah mengadakan pelbagai kempen seperti membasmi buta huruf dan pertandingan membaca. Melawat ke kampung-kampung dan antara yang dapat diingat dan mempunyai bukti gambar adalah Pameran Sains. Gambar di bawah

menunjukkan satu pameran sains telah diadakan bagi menggalakkan penduduk mengetahui kehidupan di sekitar mereka dengan berfikir secara rasional dan waras.

Tan Sri Ahmad Nordin menjadi Pembangunan Setiausaha Negeri

Perak. Gambar di atas menunjukkan Gerakan diadakan. penduduk telah luar datang Pameran telah Ramai bandar dan 95

Maju

memeriahkan lagi pameran tersebut.

Pameran Peringkat Negeri ini telah dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Datuk Seri Ahmad bin Said, Tetamu Kehormat DYAM Raja Hilir Perak.

Kursus Penyelia Pelajaran Dewasa dirasmikan oleh YB Dato Sulaiman Bulon, Timbalan Menteri Besar Perak.

Gambar di bawah menunjukkan Ahmad Nordin (Tan Sri Datuk Wira) menyambut ketibaan YAB Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri pembangunan Negara dan Luar Bandar untuk melawat kemajuan projek-projek luar bandar di negeri Perak.

96

Bergambar bersama pelajarpelajar kelas dewasa di Perak

97

Berceramah

dan

berkempen di Perak untuk membasmi

buta huruf.

98

Memberi ceramah lagi kepada para tenaga pengajar Kelas Dewasa, di Perak.

Lawatan rasmi Y.T.M. Tunku Ab.Rahman ke Negeri Perak di sambut oleh Ahmad Nordin (Tan Sri Datuk Wira) 1963. selaku setiausaha lawatan pada tahun

99

Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin Mohd Amin menunjukkan tanda hormat takzimnya kepada bapa kemerdekaan ini, kerana beliau mengkagumi Tunku semasa beliau merundingi Kerajaan Kolonial mengemukakan memorandum Perlembagaan Merdeka mengadakan perundingan kemerdekaan dan perjanjian kemerdekaan bagi generasi selepasnya.

100

4.2.4 SEBAGAI PENGASAS RANCANGAN PELAJARAN DEWASA DI SARAWAK PADA TAHUN 1965

Pada tahun 1965 Tan Sri Ahmad Nordin ditugaskan ke Negeri Sarawak bagi memulakan dan mengasaskan Program Pelajaran Dewasa di Negeri Sarawak selama enam (6) bulan. Pada ketika itu Ketua Menteri ialah YAB Stephen

Kalong Ningkan. Bandar Kuching, ibu negeri Sarawak sedang membangun di sekitar tahun 1965 dan 1970an.

Baru turun dari pesawat untuk menjalankan tugas di Sarawak pada 1965

101

Pemandangan luar Hotel Fata, tempat menginap di bandar Kuching pada tahun 1965. Hotel ini adalah salah satu landmark yang ada di Sarawak ketika itu. Gambar di bawah menunjukkan supermarket tertua di bandar Kuching pada tahun 1965.

Bersama keluarga

Membeli barangan keperluan di supermarket Ting and Ting, satu-satunya tempat membeli belah di Bandar Kuching ketika tahun 1965.

Sebagai kesimpulan sumbangan Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin dalam pendidikan dan pembangunan luar bandar di awal merdeka dapat dilihat dalam 102

dua cabaran. Pertama dan yang paling mencabar adalah bagaimana memujuk golongan minoriti dalam negara Malaysia ini mendapat pencapaian yang seimbang dalam pelbagai usaha ke arah menambah k- ekonomi. Nilai tambah dalam diri individu seperti boleh membaca dan belajar beberapa aspek kemahiran dan teknologi pada peringkat asas adalah objektif dalam Rancangan Malaysia Kedua. Cabaran kedua adalah lebih berat. Iaitu menggalakkan masyarakat belajar membaca dalam Bahasa Melayu dan berkomunikasi dengan menggunakan Bahasa Melayu yang betul dan gramatis. Tujuannya hanyalah satu, iaitu untuk mengimplimentasikan konsep perpaduan dan integrasi nasional di seluruh negara melalui penggunaaan Bahasa Melayu di semua peringkat dan di pelbagai lapisan masyarakat. Bagi mereka yang tinggal di Sabah dan

Sarawak, penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran formal di sekolah, perbualan di kedai kopi, di kebun, ladang dan pasar besar adalah usaha yang mesti diberi peneguhan secara bersungguh-sungguh. Bahasa Melayu diperhebatkan peggunaannya sehingga menjadi alat perpaduan pelbagai kaum dan alat ingtegrasi nasional.

4.3

SUMBANGAN DALAM MENTERJEMAH INTEGRASI DAN PERPADUAN

Sebagai seorang yang cukup berpengalaman berkhidmat dalam kerajaan diawal zaman kemerdekaan, apakah yang Tan Sri faham dengan perpaduan di Malaysia?

Secara perlahan-lahan Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin menyatakan bahawa perpaduan dan integrasi boleh dilihat sebagai satu perlaksanaan proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di kalangan pelbagai kumpulan yang terpisah dari segi bangsa, budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Perpaduan adalah proses penyatuan dari semua aspek seperti fizikal, sosial, ekonomi dan politik tetapi tidak termasuk biologikal. Manakala Integrasi pula 103

melibatkan semua penyatuan di atas dan termasuk aspek biologikal. Sebagai sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum dengan berbagai kebudayaan, agama dan ideologi yang berlainan.

Sumber: Melaka Melangkah Maju, Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Adakah pengalaman Tan Sri di Sarawak pada tahun 1965 dahulu dapat memberi perspektif yang lebih luas ke atas konsep perpaduan di Malaysia?

Ya. Kalau di Sabah dan Sarawak, konsep perpaduan dan integrasi saling berkaitan tetapi merujuk kepada proses yang berbeza. Sebagai sebuah negara yang didiami oleh pelbagai kaum dengan berbagai-bagai kebudayaan, agama dan idealogi yang berlainan masing-masing, dua konsep ini amat penting untuk ditekankan. Saya sendiri percaya bahawa konsep perpaduan harus ditekankan di dalam kurikulum supaya proses akomodasi dalam perpaduan dapat dilaksanakan dengan cara yang paling natural. Setiap kelompok etnik di Malaysia mempunyai budaya, bahasa dan kepercayaan masing-masing. Penonjolan masyarakat etnik juga boleh dikenal pasti kepada wilayah-wilayah tertentu iaitu: 104

i) ii) iii)

Semenanjung Malaysia Melayu, Cina, India Sabah Kadazan-Dusun, Cina dan Melayu. Sarawak Dayak (Dayak Iban, Dayak Bidayuh, Dayak Ulu), Melayu-Melanau dan Cina.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menyebut wujud tidak kurang daripada 40 suku etnik di Malaysia terutama lebih kurang 20 suku di Sabah dan 20 suku di Sarawak. Dasar "Pecah dan Perintah" yang dilakukan oleh British semasa penjajahan memang sangat memberi kesan. Jurang ini wujud bukan sahaja antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera malah antara di dalam kaum itu sendiri. Selain itu, jurang sebegini juga boleh wujud antara golongan kaya dengan golongan miskin juga antara wilayah dengan wilayah lain terutamanya wilayah maju dengan wilayah yang lebih mundur.

Secara ringkas, apakah peranan wakil rakyat dalam melaksanakan objektif Kementerian Perpaduan Negara?

Secara ringkasnya Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. i) Menggalakkan perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan integrasi nasional. ii) iii) iv) Memberi bantuan khidmat kebajikan masyarakat. Membangun dan mengintegrasikan masyarakat orang asli. Memajukan kepentingan dan penglibatan wanita dalam pembangunan negara. v) Menyelaras program kependudukan dan pembangunan keluarga.

Apakah jabatan-jabatan lain yang boleh dilihat sebagai penyumbang kepada perpaduan ketika dasar ini dilaksanakan? Sebagai pegawai atasan dalam Rancangan Pelajaran Dewasa di Sarawak ketika tqahun 1965, saya dapati beberapa jabatan ditubuhkan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, Jabatan Perpaduan Negara, Jabatan Hal Ehwal 105

Orang Asli, Jabatan Hal Ehwal Wanita dan Yayasan Kebajikan Negara. Sambutan hari perpaduan disambut pada setiap 16 September setiap tahun. Ia disambut oleh semua pihak. Pelbagai aktiviti diadakan dan disertai oleh semua golongan.

4. 4

WAKIL RAKYAT MEMAHAMI MATLAMAT INTERGRASI DAN PERPADUAN

Sebagai wakil rakyat saya melihat bahawa semangat untuk memupuk dan memelihara

keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan mesti dimasukkan

dalam agenda perjuangan. Matlamat perpaduan dan integrasi juga bertujuan untuk mencapai perpaduan yang erat di kalangan seluruh

masyarakat. Pemeliharaan cara hidup yang demokratik akan menyebabkan rakyat hidup dalam keadaan muhibbah. Selain itu, membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran

dinikmati bersama secara adil dan saksama dan akan mewujudkan keadaan hidup yang aman dan damai dan saling bekerjasama. Pembentukan masyarakat bersifat liberal terutama terhadap kebudayaan masing-masing dan membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi. Memperkayakan kualiti dan

mempertingkatkan

kehidupan

kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang

106

dengan pembangunan sosio-ekonomi menjadi antara agenda dalam matlamat integrasi dan perpaduan nasional.

4.5

MENGHADAPI PERISTWA HITAM 13 MEI 1969

Semasa peristiwa hitam 13 Mei 1969, Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin memberitahu penulis bahawa beliau ketika itu bertugas di bandar Ipoh, Perak, sebagai pegawai awam kerajaan (civil officer). Keadaan di bandar Ipoh terkawal. Bandar Ipoh sebenarnya didiami oleh beberapa kaum seperti Cina, India dan Melayu. Sebagai pegawai kerajaan, beliau mendapat maklumat dari pusat di Kuala Lumpur dan sentiasa menunggu berita dari akhbar sahaja. Mengikut Tan Sri lagi, (perbualan telefon 10 Julai 2007) Bandar Ipoh tidak terjejas dengan rusuhan di Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun pihak pegawai kerajaan sentiasa memantau dan mendapat maklumat dari sumber-sumber yang mutlak dan sahih tentang apa yang sebenarnya terjadi di Kuala Lumpur. Tanggal 13 Mei 1969, negara kita Malaysia telah mengalami satu peristiwa hitam. Satu rusuhan kaum telah berlaku di antara kaum Melayu dan kaum Cina. Tragedi ini berlaku sebaik sahaja selepas pilihan raya pada tahun 1969. Kejadian ini berlaku di mana parti-parti pembangkang iaitu Democratic Action Party (DAP) dan Parti Socialist telah mendapat kemenangan yang memberangsangkan. Walau bagaimanapun, Parti Perikatan masih lagi menerajui tonggak kepimpinan negara pada masa itu walaupun jumlah kemenangan agak merosot berbanding pilihan raya sebelum ini. DAP dan Parti Socialist telah mengadakan perarakan besar-besaran pada 11 dan 12 Mei 1969 yang sesetengahnya tidak mendapat kelulusan polis. Parti UMNO yang terasa tercabar dengan perarakan itu turut mengadakan perarakan bertujuan untuk menyambut kejayaan menubuhkan kerajaan selepas pilihan raya tersebut. Perarakan itu diketuai oleh Datuk Harun, Menteri Besar Selangor ketika itu. Perarakan seperti itu telah membakar semangat setiap kaum dan tercetuslah titik hitam dalam sejarah Malaysia. Pergaduhan dan rusuhan tercetus sehingga 107

memaksa tentera campur tangan kerana pihak polis tidak dapat mengawal keadaan. Bagaimanapun rusuhan kaum ini hanya berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja. Walau bagaimanapun, kesan dari rusuhan ini amat mengerikan. Ini kerana banyak kematian yang berlaku misalnya di Selangor. Tempoh darurat selepas kejadian itu terutama antara 13 Mei hingga 31 Julai, jumlah kematian yang dilaporkan adalah sebanyak 172 hingga 196 orang. Angka rasmi yang tercedera pula dilaporkan sebanyak 493 orang.

4.6

TINDAKAN-TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH KERAJAAN UNTUK MEMBENDUNG PERPECAHAN KAUM

PENGISYTIHARAN DARURAT. Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman dan ahli jemaah menteri telah menasihatkan YDPA untuk mengisytiharkan darurat berdasarkan perkara 150 di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia berkuatkuasa serta merta di hari yang sama dengan rusuhan itu. Melalui Ordinan Darurat yang pertama, YDPA diberi kuasa yang luas ke atas keselamatan awam, pertahanan dan ketenteraan awam, perbekalan dan perkhidmatan. Oleh itu, Persidangan Parlimen dan Persidangan Dewan Negeri telah digantung termasuk pilihan raya bagi Sabah dan Sarawak yang belum dilaksanakan. Apabila Ordinan Darurat yang kedua dikeluarkan, kuasa eksekutif Persekutuan yang sebelum ini dipegang oleh Jemaah Menteri diberikan kepada Timbalan Perdana Menteri iaitu Tun Abdul Razak yang akan mengetuai sebuah gerakan. Beliau akan bertindak mengikut arahan Perdana Menteri (Tunku Abdul Rahman) dibantu oleh sebuah gerakan digelar Majlis Gerakan Negara yang ahlinya dilantik oleh beliau sendiri.

PEMBENTUKAN MAJLIS GERAKAN NEGARA

108

Akibat tercetusnya rusuhan kaum, keadaan darurat yang berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 telah diisytiharkan di seluruh negara. Sistem kerajan berparlimen telah digantung. Semua kuasa pentadbiran dipusatkan di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak. Ahli-ahli MAGERAN terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawaipegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Fungsifungsi utama MAGERAN adalah: (a) (b) (c) Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. Mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.

PEMBENTUKAN MAJLIS PERUNDINGAN NEGARA Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari 1970 dengan Tun Abdul Razak sebagai Pengerusi. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakilwalil: (a) (b) (c) (d) (e) (f) (g) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN. Kerajaan-kerajaan Negeri. Parti-parti politik. Sabah dan Sarawak. Kumpulan-kumpulan agama. Badan-badan profesional. Perkhidmatan Awam. 109

(h) (i) (j) (k)

Kesatuan sekerja dan persatuan majikan. Wartawan. Persatuan guru-guru. Kumpulan minoriti.

Fungsi utama majlis tersebut ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah-masalah masyarakat berbilang kaum. Ia bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhubungan kaum. Di antara hasil utama perbincangan Majlis Perundingan Negara ialah Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru. PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA (JPN) DAN MAJLIS

MUHIBBAH NEGARA (MMN) JPN ditubuhkan pada tahun 1970.Tujuan penubuhannya ialah untuk membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan

negara.Jabatan ini diketuai oleh Tan Sri Ghazali Shafie. Tujuan JPN adalah untuk mengadakan keselarasan dengan ideologi negara serta menuju kearah perpaduan negara. Penubuhan Majlis Muhibbah Negara (MMN) pula diwartakan pada 18 Julai 1969 dan berfungsi untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum. Ianya juga untuk mengkaji dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham. MMN juga ditubuhkan untuk membantu dan menyusun kerja-kerja sukarela serta menjadi pembantu kerajaan jika diminta. Pada 1 Januari 1972, MMN dan JPN digabungkan dan menjadi Kementerian Perpaduan Negara yang kini digelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Sosial. Kementerian ini bertugas untuk mengendalikan aktivitiaktiviti bercorak muhibbah untuk berbilang kaum.

110

4.7 SEBAGAI AHLI EXCO DAN MENGETUAI PORTFOLIO 1986

PELAJARAN

Dalam pilihanraya pada tahun 1986, beliau dipilih bertanding sekali lagi di kerusi DUN Sungai Udang. Beliau berjaya mengalahkan pencabarnya, Encik Hassan bin Md. Dahan (PAS) dengan kelebihan 5061 undi. Berikutnya, beliau sekali lagi dilantik menjadi Ahli Exco dengan mengetuai Portfolio Pelajaran, Kebudayaan, Belia dan Sukan.

YB Datuk Abdullah Ahmad Badawi (Menteri Pelajaran Malaysia) merasmikan Sekolah Kebangsaan Pantai Kundur Melaka pada tahun 1986

111

Proses perpaduan secara natural telah dibuktikan di sekolah-sekolah di negeri Melaka sebelum tahun 1986 lagi.

Sumber: Melaka Melangkah Maju. Sumber Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Sebagai kesimpulan dapat kita katakan bahawa Tan Sri Datuk Wira Ahmad Nordin merupakan anak tempatan Melaka yang telah banyak menyumbang

kepada negeri Melaka khususnya dan Malaysia amnya. Gambar di atas telah diambil pada tahun 1982 di salah sebuah sekolah yang berada di Melaka. Dari gambar di atas kita boleh melihat bahawa pentadbir di Negeri Melaka telah berjaya menterjemahkan apa yang kita katakan sebagai masyarakat majmuk yang sihat, berlimu dan boleh bekerjasama serta bersama-sama menuntut limu serta mencapai cita-cita sendiri, bangsanya, agama dan menjulang nama negara ke peringkat antara bangsa.

112

You might also like